Friday, February 4, 2011


Isu politik yang membelenggu BN sejak kebelakangan ini ialah berkaitan dengan sokongan masyarakat Cina terhadap parti perikatan terbesar sejak merdeka ini. Penurunan sokongan masyarakat Cina dikatakan berpunca daripada beberapa isu besar terutama berkaitrapat dengan peluang ekonomi serta tuntutan kebersamaan hak dan peluang selaku warganegara di negara ini. Tuntutan itu dikatakan tidak dipenuhi oleh UMNO selaku parti teras dalam BN. Selain itu pergolakan dalam parti MCA dan GERAKAN juga menyumbang kepada penurunan sokongan tersebut.

Sejak awal merdeka masyarakat Cina dilihat mempunyai 'value politik' yang besar dalam menentukan sokongan majoriti dalam parlimen. Kerana itu bila berlaku penurunan sokongan mayarakat Cina kepada BN, ia memberikan impak besar keatas keutuhan BN. Misalnya, apa yang berlaku di Sibu melambangkan bahawa masyarakat Cina tidak sangat terikat kepada budaya politik pembangunan yang dicanangkan oleh kerajaan. Semacam ada sesuatu yang 'mengguris' hati perasaan masyarakat Cina di negara ini, kerana walaupun pelbagai taktik digunakan, namun nyata sokongan masyarakat Cina ke atas BN masih terlalu perlahan.

Di Kota Belud, Masyarakat Tiong Hwa ini adalah masyarakat minoriti dari segi kuantiti, tetapi ia boleh menjadi 'king maker' di Kota Belud. Sedangkan masyarakat lain seperti kadazandusun, Bajau dan Iranun tentunya mempunyai 'majoriti' politik yang besar. Apakah pendekatan beberapa orang pemimpin setiap kali Musim Perayaan Tahun Baru Cina dengan mengadakan kunjungan dari kedai ke kedai masyarakat ini melambangkan bahawa 'pertautan' politik yang kuat? Ertinya, apakah dengan memperolehi sokongan masyarakat Cina di daerah ini akan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN? Atau apakah ia juga melambangkan bahawa masyarakat Cina yang menguasai tidak sampai 1/2 daripada ekonomi Kota Belud mempunyai 'pengaruh' besar dalam menentukan pola sokongan terhadap BN di kota Belud?

Sepanjang yang KM ketahui, masyarakat Cina di daerah ini tidaklah menjadi dominan kepada sokongan politik keatas BN, malahan hanya beberapa legasi keluarga yang menguasai ekonomi peruncitan serta pemaju perumahan . Antara yang menonjol ialah legasi "Gui Brothers" dengan rangkaian keluarga Yick Ming. Pun begitu tidak dapat dinafikan bahawa kesepaduan dan hubungan intim masyarakat Cina dengan pertubuhan mereka , menjadikan golongan ini mempunyai nilai modal yang tingggi berkaitan dengan kemampuan wang ringgit dan pengaruh politik yang besar.

Sejauhmanakah masyarakat Kadazandusun, Bajau dan Iranun akan menjadi 'penentu' undi pada masa hadapan? Dan juga sejauhmanakah masyarakat Tiong Hwa akan memberikan sokongan kepada BN pada PRU 13 akan datang, kerana parti tempatan Cina seperti SAPP masih mempunyai aura di daerah ini.

7 ulasan :

BELUM PENDEKAR said...

Kadazandusun, Bajau dan Irranun hanya akan menjadi penentu kepada keputusan pilihanraya sekurang-kurangnya du Kota Belud andai mereka telah mula "berhenti" daripada berpecah-belah dan berhenti daripada berebut-rebut menjadi YB. Selagi tidak, jumlah yang ramai tidak membawa apa-apa makna kerana "Lidi hanya akan menjadi kuat bila ia telah menjadi penyapu"...

Salam
BELUM PENDEKAR

Anak Sabah said...

Rakyat perlu bersatu untuk menjadi penentu undi yang lebih kuat.

zam said...
This comment has been removed by the author.
zam said...

setiap rakyat adalah berperanan besar sebagai penentu undi dalam pilihan raya.

mantra said...

semua masyarakat adalah penentu UNDi kerana satu satu undi boleh menentukan keputusan pengundian. oleh itu tumpuan harus diberikan kepada semua kaum.

Unknown said...

Semoga berhak untuk mengundi. Semua adalah penentu, maka berikanlah sama rata dengan semua penduduk dan bangsa. Kerana merekalah yang akan menentukan siapa yang terpilih untuk mereka.

Anonymous said...

jangan abaikan mana2 kaum walaupun kaum itu diklasifikasikan sebagai kaum minoriti. impaknya tetap besar kepada kerajaan jika kerajaan gagal bertindak sesuai dengan kemahuan mereka.