Wednesday, February 2, 2011


Berasaskan Tinjauan Pendapat Peminat Face Book , atas tajuk : Kalau anda ditakdirkan terpilih sebagi Wakil Rakyat Kota Belud atau anda mencadangkan calon Pilihan Raya, ditakdirkan cadangan anda diterima dan menang dalam Pilihan Raya jadi ADUN atau AP. Apakah cadangan anda kepada Wakil Rakyat untuk dilaksanakan di Kota Belud.

Bersasakan kepada tajuk tersebut, pendapat para peminat FB,yang memberi respon dapat diklasfikasikan seperti berikut:




A. CIRI-CRI WAKIL RAKYAT YANG DIKEHENDAKI IALAH Sbb:



1.1. WR mesti bersedia jadi Kuli rakyat dan menunaikan Manifesto yang dikeluarkan semasa Pilihan raya;


1.2. WR harus sering betanya dan memantau permasalahan rakyat atau WR harus sering turun padang


1.3. WR mestilah mesera Rakyat dan sentiasa memberi bantuan kepada rakyat


1.4. WR mestilah memilik sahsiah yang baik, bersih, cekap dan amanah;


1.5. WR mestilah mementingkan rakyat daripada diri sendiri dan tijak menunjuk-nunjuk kekayaan;


1.6. WR mestilah mempunyai Perancangan Strategik bagi memajukan kawasaannya


1.7. WR mestilah memiliki kemampuan berfikir dan bertindak secara Luar Biasa, bukan yang biasa-biasa .


B. MASALAH RAKYAT YANG DIKENAL PASTI



2.1. Keadaan infrastruktur yang kurang baik malahan ada yang lebih teruk, iaitu seperti keadaan jalan raya yang sukar dapat dilalui oleh kendaraan keci dll.



2.2. Kekurangan bekalan air bersih,disebabkan sistem perpaipan yang tidak sempurna, dan bekalan tidak meliputi semua

penduduk.



2.3. jalan yang sedia ada tidak diselenggara dengan baik,


2.4. Keadaan pekan Kota Belud yang kurang bersih dari sampah sarap dan tahi lembu,


2.5. Bantuan untuk rakyat tidak disampaikan kepada rakyat sebaliknya disimpan oleh agen wakil rakyat dirumahnya;


2.6. Kurang Inisiatif Wakil Rakyat atau agensi-agensi untuk memastikan segala bantuan kerajaan sampai ketangan

rakyat.




C. CADANGAN LANGKAH-LANGKAH MEMAJU DAN MENGATASI MASALAH RAKYAT



3.1. Meyusun semula sistem pentadbiran Daerah dan Majlis Daerah supaya lebih berkesan;


3.2. Penguatkuasaan Undang-Undang secara berterusan dan bukan bermusim;


3.3. Memperpebesarakan pejabat pos dan mendirikan pejabat pos disetiap daerah mengundi atau mukim;


3.4.Membina jalan-jalan perhubungan disetiap pelusuk kampong dan membaiki dan menyelenggara jalan-jalan yang

sedia ada bagi memudahkan pergerakan pendud3.5. Menyediakan Bekalan Leterik kepada semua penduduk


3.6. Membangunkan tanah terbiar dan dirikan rumah-rumah kos rendah untuk rakyat yang kurang mampu;


3.7. Adakan saluran maklumat yang lebih cepat seperti mengwujudkan TV Penyiaran, agar penduduk berpeluang untuk

mengasah bakat untuk menjadi juruhebah, pelakon dsb.



D. CADANGAN TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN OLEH WAKIL RAKYAT




4.1. Membuat Perancangan Strategik dengan Melibatkan pemimpin pendapat darai kalangan rakyat dan agensi kerajaan

(Perancangan StrategikPembangunan Bersepadu)


4.2. Mengusahakan Peruntukan Pembangunan, langsung dari Ketua Menteri atau Perdana Menteri bersaskan Kertas

Kerja Pelan Strategik pembangunan daerah tersebut.


4.3. Mengalakkan belia memajukan tempat sendiri (Mengembeling Tenaga Belia)


4.4. Memastikan agar infrastruktur dapat dibina dengan baik bagi menggalakkan pelaburan dan industri pelancongan;


4.5. Jadikan Pembinaan Infrastruktur Jalan, sekolah dll sepagi KPI



sumber : FCB DJDS..

19 ulasan :

BELUM PENDEKAR said...

Untuk lebih adil, rakyat juga perlu menggariskan apakah pula tjwb mereka. Ini perlu kerana usaha membangunkan masyarakat adalah merupakan usaha yang sepatutnya digalas secara bersama oleh WR Dan juga kalangan rakyat itu sendiri. Mengharapkan untuk WR melaksanakan semua perkara sedangkan kita hanya menunggu untuk menikmati hasilnya, mungkin agak keterlaluan.

Saya fikir, persepsi mengenai tjwb WR perlulah diperbetulkan agar ianya berada ditempatnya. Menganggap WR sebagai "Kuli" misalnya, adalah amat jauh menyimpang daripada yang sepatutnya. Pada saya, WR adalah orang yang boleh menerajui proses pembangunan secara menyeluruh Dan bukannya sebagai balaci.

Salam hormat
BELUM PENDEKAR

Watababai said...

KM..

jika hanya bdasarkan tinjauan rambang dlm fcb...apakah ia mewakili aspirasi keseluruhan penduduk KB yg terdiri daripada pelbagai suku dan berlainan pemikiran...

saya rasa ia hanya mewakili orang2 yg berada dlm fcb bukannya semua..

w/pun begitu ia memberitahu kebanykkan masalah kita di Kb ini..

salam hormat..

Watababai/Dara Taruna

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar dan Kalian.

Pada pandangan saya, syarat-syarat yang KM wajibkan (melalui tinjauan atau pun persepsi penulis) untuk melayakkan seseorang menjadi Wakil Rakyat di KB? amat menarik. Namun dari aspek realiti nya amat susah untuk di capai.
Seada nya, untuk memenuhi criteria tersebut seseorang itu seharus nya mempunyai kelayakan dan pengalaman yang bukan calang-calang hebat nya.

Bagi saya, Individu yang di maksudkan sekurang-kurang nya berkelayakan berantai sebagai seorang Jurutera (Pakar perancang infrastruktur dan alam sekitar), Peguam ( Pakar hal-ehwal undang-undang) dan Ekonomist (Pakar perancang pembangunan ekonomi) yang berpengalaman. Disamping itu, kebolehan individu tersebut semesti nya selari dengan hasrat rakyat yang diwakili.

Untuk memenuhi syarat dan memantapkan lagi tanggung jawap sebagai wakil rakyat yang dimaksudkan, sesorang itu sepatut nya pernah menjawat jawatan berganda seperti Pegawai Daerah, Jurutera Daerah, Pegawai EPU, IDS dan lain-lain lagi yang ada hubung kait dengan pembangunan masyarakat.

Setahu saya ( maaf kalau saya salah) , hingga setakat ini belum ada lagi individu dari KB yang saya kenali mempunyai kelayakan sebegitu ‘hyper’.

Walau macam mana pun, dalam diam-diam, mungkin penulis telah terfikir calon-calon yang begitu gah lagi canggih untuk memenuhi syarat-syarat yang diletakkan. Oleh itu sama-sama lah kita menunggu siapa kah individu-individu pilihan penulis tersebut.

Apa-apa pun semuga kalian sukses

Tudung Duang said...

Setuju sangat dgn cadangan sdra BP..rakyat juga perlu menggariskan satu set tanggungjawab!...sebagai rakyat yg diwakili oleh WR..maka perlulah rakyat juga menumpahkan peranan dan ciri-ciri rakyat yg ideal utk sama-sama membangun! Bahasa yg paling cantik untuk menjelaskan ialah...WR perlu beradaptasi masyarakat dan rakyat juga seharusnya perlu beradaptasi dengan WR!!Apa ciri-ciri itu??..Kelapa Mawar sendiri mampu menjawabnya!

Sdra Solymone...buat pertama kalinya saya mungkin menyangkal sedikit pandangan sdra..setelah sekian lama membaca dan bersetuju dengan segala pandangan2 sdra sebelum2 ini.

1.Jurutera? Peguam? Economist?..dan inilah melayakkan seeorang untuk menjadi WR? Ya ka??
...pada saya WR hnya perlu daya kepimpinan yg jauh!..idealistik. berwawasan..WR rakyat sebagai pemimpin dalam konteks politik, jika difahami maksudnya ialah..Kebolehan dan kebolehupayaan mempengaruhi individu atau kumpulan atau masyarakat untuk mencapai matlamat! Maknanya WR itu nanti akan tahu bagaimana memanfaatkan sumber-sumber manusia yg ada untuk mencapai matlamat..menggerakkan jurutera, peguam, ahli ekonomi dan apa saja sumber manusia yg ada, ke arah mencapai matlamat..

2.Menjawat jawatan pegawai daerah? Jurutera daerah? peg.EPU? IDS? ya ka?..pasti? inika syarat untuk memantapkan seorang WR??

...konsep pembangunan masyarakat, membawa maksud bahawa "perencanaan masyarakat" mengambilkira kejadian pada masa depan, menganalisa keadaan dan menyelesaikan
masalah, bersifat rasional dan disusun dengan menggunakan method-method tertentu...
Justeru..wawasan bertindak itu yg penting! Perlu sangat kah menduduki jawatan-jawatan tertentu sebelum mnjadi WR?...yg perlu hanya pembela!..pembela masyarakat!

Apa pun...pandangan saya ini masih terbuka untuk diperdebatkan!

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar dan kalian.

Untuk mengurangkan kekliruan, saya mohon izin untuk response kepada ulasan sdra Tudung Duang terhadap ulasan saya disini.

Dengan ringkas nya, saya hanya fokus kan pandangan berpandukan ciri-ciri dan criteria yang diletakkan oleh penulis(KM) untuk melayakkan seseorang itu menjadi WR.
Bagi saya idea tersebut ada lah terlalu ideal dan amat susah untuk di realisasikan. Itu saja.

Pernah saya mengulas dalam fb TSPA, bahawa untuk menjadi seorang WR, setakat berkelulusan SPM pun boleh dengan syarat individu itu dapat memahami tanggung jawab sebagai WR dan beliau dapat di terima oleh rakyat sebagai wakil mereka.
Cerita-cerita lain ada lah hanya pandangan akedemik.

Semuga kalian sukses

zam said...

setiap WR sememangnya mempunyai ciri-ciri tertentu yang diingini oleh rakyat dan WR juga perlu melaksanakan tugasnya dengan baik.

mantra said...

jika dilihat byk lagi yang perlu dibangunkan di Kota Belud, sebagai wakil rakyat, ia kena sentiasa peka dgn keadaan rakyat. penduduk Kota belud telah nyatakan ciri2 wakil rakyat yang mereka inginkan. wakil rakyat kena mengikuti ciri2 yang dinginkan.

Bujang Senang said...

Bagus kalau ada WR yang betul-betul mahu jadi kuli untuk rakyat. Tapi jika dilihat sekarang, susah kita mahu menyuruk WR. Malahan kita pula yang jadi kuli oleh mereka.

Hosie Masie said...

WR perlu mempunyai ciri-ciri berikut. Selalu mendengar masalah penduduk, mencuba untuk menyelesaikan masalah mereka, memberikan bantu kepada penduduk, menyuarakan masalah penduduk kepada kerajaan negeri dan pusat dan sebagainya. Dengan adanya WR sebegini tidak mustahil penduduk akan berasa selesa dengan WR yang mengambil berat tentang rakyat..

Unknown said...

Wakil Rkayat mesti membantu membangunkan kawasan mereka. Kota belud perlu dibangunkan, dikawasan itu jugalah politik sangat kuat di Sabah. Maka kepada Wakil Rakyat perlu melakukan sesuatu untuk kepentingan rakyat.

Anak Sabah said...

Setuju dengan ciri-ciri yang disenaraikan oleh Saudara KM.

Anonymous said...

Ciri pertama, WR yang hendak dipilih biarlah yang pandai berjanji perkara yang logik dan diterima akal yang waras agar tidak dikatakan pemimpin lidah bercabang di kemudian hari. yang kedua dan paling penting, pilihlah WR yang berintergriti dan bersih dari skandal mikro dan makro kerana pemimpin sebegini akan menjadi liabiliti kepada parti apabila beliau dicalonkan semula.

mandau said...

ciri2 pemimpin telah dikemukakan, para pemimpin perlu mengikuti ciri2 tersebut jika ingin disayangi rakyat.

Anonymous said...

untuk mendapat WR yang 'cukup syarat' berdasarkan kepada tinjauan tersebut amatlah mustahil kerana sifat tamak itu ada di dalam diri setiap manusia..yang pasti, rakyat kenalah bijak menilai dan memilih calon untuk menjadi WR di kawasan mereka..jangan pula menyesal dengan keputusan sendiri di kemudian hari.

onong said...

Setiap pemimpin memang ada cacat celanya namun untuk menjadi seorang wakil rakyat, dia harus fahami tanggungjawabnya.

Nemia said...

Of course reliable and responsible one to handle the tasks.

Velove said...

Bijak, berkaliber dan bertanggungjawab.

wake said...

Kota Belud shouldn't be neglected.

Ezef said...

A good representative must do his job in a very great way.