Sudah banyak artikel yang saya tulis berkaitan pemimpin ini. Baik yang berupa spekulasi, atau berkaitan tindakan dan percaturannya dalam dunia politik selaku MP Kota Belud. Tidak terkecuali saya juga menulis berkait dengan "keperluan' Datuk Rahman untuk "terus' berada di Kota Belud. Barangkali sesetengah pembaca beranggapan 'sinis' kerana seolah-olah penulisan sebegitu bersifat 'anti' pemimpin sedia ada di Kota Belud, Kononnya. Hinggakan lontaran idea itu tidak diperhalusi, tidak diperdebatkan, bahkan tidak diberikan ruang langsung untuk diterangkan.
Kali ini seperti yang sebelumnya, saya 'masih' berkeinginan untuk menulis berkaitan dengan MP Kota Belud yakni Datuk Rahman Dahlan. seorang pemimpin yang dikatakan bukan tidak mendapat tempat di daerahnya, Tuaran..tetapi tidak diberikan ruang secukupnya untuk 'membuktikan' keupayaan dan keberadaannya dalam dunia politik khasnya dalam parti UMNO di daerah itu. Dan seakan 'berhijrah' di Kota Belud, pemimpin ini ,tahu bahawa berkemungkinan 99.99% pada PRU 13, namanya tidak akan tersenarai sebagai wakil rakyat di Parlimen Kota Belud, apatah lagi Datuk salleh dan gandingannya Tan Sri Pandikar Amin kini dilihat telah mendapat dan kepercayaan masing-masing dalam dunia politik dan pentadbiran Najib.
Namun apa yang cukup memeranjatkan saya ialah kesungguhan dan komitmen padu yang ditunjukkan oleh DARD dalam menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Kota Belud. Sebagai seorang pemimpin muda yang punya rangkaian media di peringkat nasional, DARD dilihat "opportunis" yakni mengambil kesempatan dari apa 'kelebihan' yang beliau miliki itu. Bermula rasanya dengan 'membawa' wartawan TV3 meninjau malapetaka banjir yang berlaku di Kota Belud, DARD dikatakan mempunyai 'kemesraan' intim dengan TV3. banyak aktiviti parlimen mendapat liputan daripada stesen TV swasta nombor satu negara itu. Walaupun dalam beberapa saat 'dikeudarakan' ia sudah cukup menjadi publisiti buat DARD dan Kota Belud. Terbaru apabila Slot Aduan Rakyat disiarkan dalam Buletin Utama TV3, memaparkan permasalahan tentang bekalan air bersih ini. Begitu bersungguh-sungguh DARD dalam hal ini, segenap ruang dan peluang dipergunakan untuk merealisasikan impian penduduk Kota Belud untuk menikmati bekalan air bersih dan mengakhiri kesengsaraan menjadikan air telaga tiub yang tidak terawat dan berkeodak sebagai minuman harian mereka.
Sesungguhnya seorang pemimpin yang berjiwa rakyat akan meninggalkan 'jasa' dan pengorbanan' yang menjadi kenang-kenangan bagi rakyat yang diwakilinya. Apakah ini yang tersemat dalam hati politik DARD?. sementelahan itu, dari pengamatan saya, Hanya DARD satu-satunya pemimpin politik di Kota Belud yang memaparkan permasalahan ini dalam blog dan laman sosialnya FCB. mendapatkan feedback dan sedikit timbangrasa dari penduduk Kota Belud supaya 'bersabar' . Seperti yang diwar-warkan oleh DARD bahawa isu utama yang disajikan kepada PM datuk Najib ketika pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen BN,ialah masalah air.
12 ulasan :
Salam sahabat seperjuangan saya, Kelapa Mawar.
Sekali lagi saya tertarik dengan ‘contents’ yang di paparkan dalam blog KM kali ini. Walau macam mana pun, pada jangkaan saya, moral cerita yang diketengahkan disini ada lah status dan ala tuju selanjut nya DARD dalam mengharungi dunia politik di masa akan datang.
Dari apa yang KM nyatakan, jelas sekali bahawa DARD telah menjalankan kewajiban beliau sebagai MP KB sebaik mana yang sepatut nya. Ini termasuk usaha gigih beliau untuk menyempurnakan kelemahan system bekalan air bersih di KB.
Dalam pada itu, pada jangkaan saya, KM selitkan juga rasa sayu peribadi KM sekira nya DARD ditempat kan di kawasan lain selain dari KB ketika PRU13 nanti. Dilapurkan sebagai seseorang pemimpin yang telah berjasa dan berkorban di KB, ya?
Justifikasi pemergian beliau ada lah kerana banyak kemungkinan tiada tempat DARD di KB dalam senarai TSPA dan DSSK? Yangmana kedua pemimpin ini dikatakan telah mendapat kepercayaan dalam dunia politik dan pentadbiran Najib. Disamping itu kedua-dua mereka ini pasti nya akan di beri kuasa penentu ‘ ‘siapa dan siapa’ yang akan menerajui BN di KB dimasa kana datang?
Dalam pada itu, pernah seorang kawan berkata pada saya, ‘Mutiara yang tulen itu, kalau di limpar kelaut pun akan menjadi pulau.' Dan selanjut nya kata beliau, ‘ Ular yang berbisa itu walau pun hanya menyusup dicela-cela akar, tidak akan hilang bisa nya.'
Maksud nya, sesiapa pun yang sememang nya mempunyai ciri-ciri pimpinan yang berkualiti itu akan tetap di terima oleh rakyat, walau di mana sekali pun beliau diletakkan. Pemimpin yang saya maksudkan termasuk lah DARD (sebagai contoh berasakan lapuran KM).
Justru itu, kerunsingan tidak perlu di bendung selama nya. Kerana saya perhatikan, pemimpin-pemimpin KB yang sedia ada dan bakal yang akan muncul nanti banyak yang berkemampuan dan pasti nya akan meneruskan jasa bakti yang pernah DARD taburkan di sana.
Saya penuh kepercayaan bahawa perubahan besar akan berlaku di KB dari sudut politik, pimpinan dan pembangunan yang maseh belum lagi diselesaikan dengan sepenuhnya.
Cuma Mungkin, kita selaku pemerhati dan pendorong politik sanggup memberi mereka ruang dan dorongan untuk meneruskan perjuangan rakyat yang belum selesai di KB.
Diakhiri, dengan kata-kata, 'Along the frontier of Heaven, the beautiful district of Kota Belud will prosper. So be it.'
Semuga KM sukses selanjut nya.
Salam KM,
Disebalik ketenangan politik di Sabah, sesekali muncul juga gelora yang memanaskan suasana seperti musim hujan sekarang ini, tidak terkecuali Ahli Parlimen P.169 Kota Belud Dato' Abdul Rahman Datuk Hj. Dahlan, walaupun usia beliau sebagai AP Kota Belud baru mencecah dua tahun lebih namun berbagai kritikan, pujian,cemuaan dan tidak kurang juga yang simpati atas dasar bahawa beliau juga berkemampuan menjana pembangunan infrastruktur Parlimen Kota Belud
dengan jayanya, beliau juga telah dianggap sebagai pendatang atau orang luar oleh sebilangan masyarakat Kota Belud suatu ketika dulu, tapi kini semua itu tidak lagi sinonim dengan beliau, hakikatnya darah yang mengalir ditubuh beliau adalah merupakan aliran darah yang mengutamakan revolusi bangsanya demi melonjakkan martabat dan maruah setiap pengudi khususnya di Kota Belud.
Saya begitu berkeyakinan penuh bahawa Dato Abdul Rahman Datuk Hj Dahlan akan kekal sekurang-kurangnya sepenggal lagi sebagai Ahli Parlimen P.169 Kota Belud berdasarkan prestasi beliau yang cemerlang dalam merealisasikan pembangunan berterusan di Parlimen
Kota Belud..sekian.
Datuk Rahman sememangnya pemimpin yang berjasa kepada rakyat Kota Belud.
Seorang pemimpin yang baik dan bertanggungjawab pasti akan terus mendapatkan sokongan daripada rakyat.
tindakan DARB memanggil TV3 untuk menyiarkan mengenai permasalahan penduduk KB teleh membuka mata orang ramai dan ini menunjukkan keprihatian beliau terhadap penduduk KB.
I praise DARB for his utmost concern regarding the issue that KB is facing.
kesungguhan yang ditunjukkan oleh DARD ini amat dihargai dan sememangnya itu yang diharapkan oleh penduduk KB.
tindakan DARD memanggi TV3 adalah satu tindakan yang baik. dgn ini permasalahan di KB akan dketahui dan pembangunan akan dijalankan.
Sebagai seorang yang bijak mahupun dalam politk atau pemerintahan. mereka haruslah tahu merancang sesuatu dan mengambil kesempatan dalam kesulitan. Jika kita tikda bijak maka tidak bergunalah kita sebagai seorang pemimpin. Seperti DARD tahu apa yang beliau lakukan. Maka kesempatan ini tidak dilepaskan begitu saja oleh beliau. tapi beliau mengunakkan sebaik-baiknya peluang itu.
Kesungguhan DARD dalam membantu menyelesaikan permasalahan di KB patut dihargai dan saya yakin penduduk KB pun sukakannya:)
Apapun terpulanglah pada rakyat utk membuat penilaian. Yang penting DARD telah jalankan tanggungjawabnya.
untuk menyelesaikan keseluruhan masalah air di Kota Belud memerlukan masa. kerajaan Persekutuan telah merancang untuk memastikan 90% kawasan berpendudukan di negeri Sabah akan mendapat bekalan air bersih melalui sistem retikulasi (paip) dan bekalan air alternatif seperti melalui sistem graviti dan sebagainya menjelang penghujung tahun 2012. dengan komitmen itu, saya yakin bekalan air di Kota Belud juga akan dapat diselesaikan.
Post a Comment