Wednesday, February 9, 2011


Ketegasan Najib dalam melaksanakan transformasi politik dan pentadbiran begitu dikagumi. Mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli parlimen BN, yang menyaksikan MP Kota Belud Datuk Rahman Dahlan tidak terkecuali dalam pertemuan itu. seperti yang dimaklumkan oleh DARD dalam FCBnya, antara isu utama yang dibentangkan di depan PM datuk Seri Najib pada pertemuan itu ialah "masalah' bekalan air yang melanda Kota Belud sejak dari dulu lagi. Dengan andaian bahawa luahan dan isu itu diambilkira oleh PM, rakyat di Kota Belud kini 'ternanti-nanti' apakah "follow up" Datuk Najib dalam siu yang dibangkitkan oleh MP Datuk Rahman Dahlan itu?.

Selepas daripada pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen BN, Najib sekali lagi membuat 'kejutan' di Sarawak apabila menghimpunkan seluruh ADUN di sarawak untuk menemui beliau. Dikhabarkan bahawa dalam pertemuan beberapa hari yang lepas, ada ADUN di sarawak yang tidak 'menceritakan' perkara sebenar yang berlaku di kawasan mereka. Selain berkaitan dengan soal demografi penduduk yang amat signifikan dengan sokongan akar umbi, ada ADUN Sarawak yang dikatakan 'gagal' melayan kehendak dan tujuan PM menemui mereka. Malahan rekod permasalahan serta maklumat yang 'tersimpan' dalam pengetahuan Najib yang diperolehi melalui 'perisikan' politik nyata tidak sama dengan apa yang diperkatakan oleh beberapa ADUN Sarawak kepada Najib. Bagaimanakah Transformasi politik akan berlaku jika keadaan ini terus berlarutan?

Kini isu terbaru seperti yang diwar-warkan oleh media ialah pertemuan Najib dengan 191 orang ketua bahagian Umno seluruh negara pada sabtu ini.(12.02.2011). Ini menyaksikan salah seorang daripada ketua Umno Bahagian yang menemui Najib ialah Datuk Salleh Tun Said yakni Ketua UMNO Bahagian Kota Belud. Walaupun ada khabar angin menyatakan bahawa pertemuan itu nanti adalah antara lain berkaitan dengan "status' calon pada PRU13, namun ia masih samar kebenarannya. Dan adakah dengan pertemuan itu Najib akan dapat mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh UMNO KB dibawah pimpinan DSSK? Jika benar bahawa pertemuan itu adalah antara usaha 'merisik' bakal calon pada PRU 13, maka adakah pasti DSSK akan menyenaraikan nama-nama calon yang menjadi pilihan parti dan bukan masyarakat KB? Bagaimanakah dengan isu calon pilihan rakyat di mata DSSK selaku ketua Bahagian? Bagaimanakah pula isu bahawa calon PRU 13, tidak semestinya berkedudukan dalam parti dan kerajaan? Tentunya kita memikirkan bahawa tidak akan ada isu lain yang timbul selain daripada isu politik dan parti UMNO Bahagian. Bersama kita tunggu, apakah isu Datuk Salleh 'menemui' Najib nanti?

24 ulasan :

azman said...

jika benar PM ingin menemui ketua bahagian UMNO seluruh negara, ini merupakan peluang mereka untuk membincang isu dan keperluan di kawasan mereka.

azman said...

diharapkan pertemuan ini akan digunakan sebaiknya oleh DSSK untuk membincangkan pekara yang akan memantapkan parti dan membantu penduduk KB untuk lebih maju lagi.

Mohd Ishak said...

Harap pertemuan ini mendatangkan kebaikan kepada Sabah.

songkilou said...

Keadaan sebenar haruslah diperkatakan, jika tidak, sampai bila masalah itu akan dapat diselesaikan. Ini bukan untuk kepentingan diri tetapi untuk kepentingan semua.

songkilou said...

Sangat2 setuju dengan tidankan Najib. Pemantauan dari masa kesemasa diharap dapat menyelesaiakan lagi banyak masalah.

mantra said...

nampaknya PM benar2 ingin mengetahui keadaan semua kawasan seluruh negara. dgn pemantauan yang dlakukan, beliau dpt mengetahui masalah kawasan tersebut dan selesaikannya.

mantra said...

bagi pertemuan antara Salleh dan Najib, ia mgkin membincangkan mengenai permasalah penduduk dan mencari jalan penyelesaiannya.

Sanih Alias said...

Semoga apa-apa masalah tolong suarakan kepada PM supaya PM tahu apa yang perlu dilakukan untuk menanganinya.

Unknown said...

Selalunya pertemuan itu adalah untuk membincangkan masalah yang dihadapi dan perlu diselesaikan.

Hamdan Hadillah said...

tidak perlulah menjadikan isu tetang pertemuan ini. Tidak ada apa-apa juga boleh kita buat dengan pertemuan ini. Mungkin mereka bercerita tentang masalah yang dihadapi sekarang ini.

mandau said...

pertemuan mereka pasti membincangkan perkara yang baik untuk rakyat.

Anonymous said...

walau apapun isu yang bakal dibawa dalam perjumpaan antara najib dan ketua bahagian umno, jangan sesekali mengulangi kesalahan yang dilakukan oleh ADUN di sarawak.

Datu Kabogatan said...

sdr KM..

DSSK seorang yg berpengalaman dlm politik..beliau tahu kehendak m'kat di KB..dia bukan pemimpin yg opportunis tetapi jenis yang berkerja..saya yakin DSSK akan membawa isu yg lebih besar dari isu bekalan air bersih ..sebab DARD sudah bawa isu itu..sekarang DSSK pula akan bawa isu lain..kalau isu calon PRU 13..saya yakin DSSK akan beri keutamaan kp parti dan kemenangan BN nanti

watasikadi said...

dengar2 dssk memang mengumpul segala dokumen permasalahan rakyat KB dan bakal dibawa kepada datuk seri najib..

Anonymous said...

najib tidak perlu percaya 100% dengan apa yang dikatakan oleh wakil rakyat kerana yang merasai adalah rakyat..seharusnya najib mengadakan dialog terbuka dengan rakyat dan wakil rakyat untuk membuat penilaian.

Anonymous said...

ianya perkara biasa seorang ketua bermesyuarat dengan ahlinya..ianya tidak perlu diisukan.

Anonymous said...

yang penting adalah isu rakyat..wakil rakyat harus bersikap jujur dan ikhlas untuk menyelesaikan isu2 rakyat dan bukannya menggunakannya sebagai 'tiket' pilihanraya.

Anonymous said...

diharap pembaharuan yang cuba dibentuk oleh najib akan mencapai objektifnya..

Anonymous said...

apa pun, diharap perjumpaan kali ini akan memberikan sesuatu yang positif untuk rakyat...kita tunggu dan lihat..

onong said...

Saya rasa tidak salah bagi beliau untuk menemui Najib.

Nemia said...

Najib has never say anything about this meeting. Did someone really seeing both of them?

Velove said...

Mungkin ada kaitan dengan perlantikannya baru2 ini.

Nemia said...

It is really necessary to know?

wake said...

They are colleagues.Anything wrong?