Dalam permainan bola sepak, keputusan untuk membawa 'pemain import' biasanya dibuat bertujuan untuk menyuntik semangat baru di kalangan pemain sedia ada. Selain itu ia juga bertujuan untuk memberikan satu motivasi dan gandingan mantap di kalangan pemain pasukan berkenaan untuk menjaringkan gol kemenangan dalam setiap perlawanan. Itu Bola Sepak...dan ia berkait benar dengan politik dan situasinya di Kota Belud.
Ketika Datuk Rahman 'diturunkan' di Kota Belud selaku MP yang baru menggantikan Datuk Salleh Tun said ketika itu yang 'digugurkan', ramai pemerhati politik di Kota Belud yang menganggap DARD tidak lebih dari "orang Luar" yang merebut peluang 'orang tempatan'. Amat sedikit yang merasakan bahawa DARD adalah 'pemain Import' yang didatangkan untuk 'membantu' menjaringkan gol buat kemenangan penduduk Kota Belud. Dan setelah lebih dua tahun memegang selaku tonggak utama skuad pemimpin Kota Belud, akhirnya DARD telah menunjukkan prestasi yang cemerlang apabila dengan cukup bergaya menyempurnakan kehendak dan keinginan penduduk Kota Belud untuk menikmati bekalan air bersih. Permasalahan ini ternyata sukar diselesaikan oleh pemain tempatan sekalipun sejak 45 tahun yang lampau. Namun dengan kehadiran DARD selaku 'pemain import' bersama rangkaian media di peringkat pusat, akhirnya masalah air di Kota Belud akan menemui penghujungnya.
Jika berpandukan Buletin Utama TV3 dalam slot Aduan Rakyat beberapa hari lepas, Kota Belud dilaporkan merupakan daerah di sabah yang memperolehi peruntukan lebih 80 juta ringgit dalam menyelesaikan permasalahan bekalan air bersih. Turut dilaporkan lagi ialah projek membaiki dan mengganti saluran paip dijangka akan selesai pada bulan Julai tahun ini dan sekirang-kurangnya paling lewat tahun depan.
Inilah antara rahmat menyerapkan "pemain import" dalam sesuatu permainan. Dan kerana Politik itu adalah "game' maka ada kewajarannya pemimpin atasan memikirkan semula keperluan untuk mengimport pemain dari luar. Kita tentu masih ingat gandingan scot dan Matlan Marjan dalam skuad Sabah suatu ketika dulu telah mencetuskan gelombang kemenangan buat skuad negeri di Bawah bayu itu. Apakah dengan kehadiran DARD selaku pemain import ini dan bergandingan dengan pemimpin sedia ada seperti Datuk Musbah Jamli, Datuk Japlin dan Datuk Herbert Lagadan juga akan membawa tsunami pembangunan di Kota Belud...nyata segalanya terbukti...DARD menjadi 'wira' seketika buat penduduk Kota Belud.
18 ulasan :
Datuk Rahman adalah pemimpin yang berjasa kepada rakyat Kota Belud. Rakyat mesti akan mengingati jasanya.
Salam...
bukan semua pemain import akan beraksi dengan buruk....tag 'orang luar' bukan la satu ukuran untuk mengadili seseorang itu...yg penting performace beliau...kalau tidak perform, jgn harap la di pilih utk pilihanraya akan datang....
Berikut adalah kebimbangan yang utarakan dalam blog YB AP KB melalui tintanya yang bertajuk
Khabar Terkini Air Kota Belud
pada Ahad, Februari 28, 2010
salam YB AP,
saya rasa teruja dengan penerangan YB AP yang penuh dengan fakta, cara penyelesaian dan hala tuju masa depan masalah air di KB.
tapi saya rasa terkilan kerana segala penjelasan dan perancangan YB AP tiada langsung melibatkan kg TSP dan kg2 yang berdekatan IPS (Institut Pertanian Sabah)
terima kasih YB AP
*seandainya projek ini telaksana sudah pasti hanya kawasan-kawasan yang terpilih (seperti yang terkandung dalam tulisan tersebut)sahaja akan merasai hasilnya.
Apakah ertinya semua ini?
As Salam,
Dari satu sudut, saya fikir barangkali ada kebenarannya bahawa pemain import memberi impak yang positif dalam sesebuah 'pasukan'.
Namun demikian, dari sudut yang lain pula, terdapat beberapa pertimbangan lain yang perlu kita bicarakan terlebih dahulu sebelum kita terus kepada "kesimpulan" bahawa pemain import lah "kunci" kepada kejayaan sesebuah 'pasukan'.
Mengambil gambaran yang lebih besar, apa agaknya reaksi teman-teman pembaca blog KM sekelian andai kiranya jawatan Ketua Menteri Sabah kita isi dengan "pemain import". Atau, untuk gambar yang lebih besar lagi, apa agaknya reaksi kita semua andai jawatan Perdana Menteri Malaysia, kita isi dengan "pemain import"? Apa agaknya implikasi tindakan berkenaan terhadap "tahap moral" rakyat negara ini? Apa agaknya persepsi masyarakat luar terhadap keupayaan Dan ketamaddunan bangsa kita?
Dulu, kita banyak menggunakan jurulatih import dalam hamper semua bidding sukan. Alasannya, jurulatih import lebih pakar Dan lebih pandai dari jurulatih tempatan. Kita sanggup membayar gaji yang mahal untuk khidmat mereka. Tapi, setelah agak lama, akhirnya jurulatih tempatan juga yang membawa kejayaan kepada negara dalam bidang sukan. Chong Wei, hanya setelah dilatih oleh misbun, barulah beliau menyerlah. 'pasukan' bolasepak Sabah juga begitu. Pada zaman kegemilangannya dahulu, siapa jurulatihnya? Bukankah Kelly Tham? Orang Kota Belud yang juga orang tempatan? 'pasukan' Malaysia sekarang, siapa jurulatihnya, Dan siapa pemainnya? Adalah diimport?
Sebenarnya, quality pemain atau jurulatih tempatan kita tidak berbeza dengan yang diimport. Masalahnya ialah, mentality kita yang terlalu mengagung-agungkan barangan import berbanding barang keluaran sendiri..
Lebih mengelirukan saya ialah... Ramai yang bercakap bahawa golongan muda sudah bersedia mengambilalih kepimpinan di KB, tapi dalam masa yang sama... Mengagungkan pemain import... Yang mana satu sebenarnya pendirian mereka sekarang ini?... Apa kata kita guna pemain import untuk kesemua DUN dan Parlimen Yang ada di Kota Belud... Kalau baru satu pun sudah cemerlang, kalau semua mesti lebih gemilang lagi... Heheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheh....
Salam dari
BELUM PENDEKAR
pengambilan pemain import juga perlu kerana ia akan membawa pemikiran dari luar yang lebih baik dan bernas untuk memperbaiki kelemahan yang ada.
tidak kisah sama ada "pemain import" atau bukan. yang penting adalah prestasinya. jika prestasi yang ditunjukkan baik, maka beliau wajar disokong.
kita kena pasti pemimpin yang dipilih adalah seorang yang benar2 baik dan dpt laksanakan tanggungjwab dgn baik, tak kisah samada ia import atauoun tidak.
pemimpin yang baik akan sentiasa disayangi rakyat.
Tak kisahlah Datuk Rahman ni 'pemain import' atau tak, yang penting beliau tetap berusaha membantu rakyat.
Untungnya penduduk di KB, selalu dapat perhatian:) Berterima kasihlah dengan perhatian yang diberikan.
Seorang pemimpin yang berwibawa adalah pemimpin yang sentiasa mengutamakan rakyat. Jadi dengan adanya sikap sebegini saya yakin Datuk Rahman pasti disenangi ramai.
Lagi bagus kalau tindakan pemimpin sebegini dicontohi oleh pemimpin lain. Jadi, jika semua pemimpin menjalankan peranan masing2 pastinya permasalahan rakyat dapat ditanggani dengan lebih mudah.
Apapun, terpulanglah pada rakyat utk membuat penilaian dalam hal ini. Siapa yang banyak jasa, itulah yang patut disokong:)
Saya rasa kebolehan datuk Rahman membolehkan beliau begitu disukai oleh penduduk kota belud, walaupun beliau diimport dari Tuaran.
Tidak semestinya semua pemain import akan menunjukkan kebolehan mereka dan tidak juga semestinya pemain import itu berkebolehan ditempat lain. Tapi dalam politik yang berlaku sekarang, seperti Datuk Rahman yang begitu berjasa kepada penduduk kota belud dengan kebolehan yang ada pada beliau menyebabkan beliau kekal disayangi. Semoga Datuk Rahman akan terus beraski dengan baik.
nasib la pembangkang d kb ni tak kuat,kalau tidak,ianya jadi isu besar pemain import ni, seolah2 kb ketandusan pemimpin tempatan.
Itu adalah pilihan rakyat, jika dibegitu baik tidak mustahil diimport dari mana pun akan tetap dipilih oleh rakyat. Pilihan ditangan rakyat, maka terpulang dari rakyat mahu memilih siapa yang terbaik untuk mereka.
hanya segelintir individu yang mempunyai kriteria yang mencukupi untuk menjadi pemimpin politik yang disegani dan pemimpin kerajaan yang dihormati. bagi saya DARD lebih kepada pemimpin kerajaan dimana beliau lebih mengutamakan survival generasi akan datang berbanding dengan survival agama dan bangsa yang biasanya menjadi agenda pemimpin politik.
Post a Comment