Siapa yang tidak mengenali Datin Saidatul Badru Tun said di Kota Belud ? Beliau bukan sahaja dikenali sebagai kakak kepada Datuk Salleh Tun Said yang merupakan ketua Umno Bahagian Kota Belud sekarang, tetapi juga Datin Saidatul telah menjadi perhatian pemerhati politik tempatan dalam sejarah perjuangan politiknya. Seorang politikus pada zaman USNO di bawah kepimpinan Tun Mustapha Datu Harun lagi, malahan Datin Saidatul dikatakan adalah antara AJK penaja awal kemasukan UMNO ke Sabah yang dilahirkan kemudiannya di Usukan. Selepas itu, 'naluri' percaturan politik beliau menjadi 'songsang' seketika apabila mengambil keputusan menyertai Parti keadilan Rakyat (PKR) sehingga memegang portfolio penting dalam PKR. Namun atas sebab peribadi kemudiannya, Datin Saidatul mengumumkan keluar PKR dan menyertai Umno Semula.
Beberapa tahun lepas, politik Kota Belud sekali lagi digemparkan dengan kemenangan Datin Saidatul Badru dalam pemilihan G7 ke Kuala Lumpur. Ramai yang 'terperanjat" dan "terkedu' dengan pencapaian dan penerimaan politik Datin Saida di Kota Belud. Ada yang menyifatkan kemenangan itu sebagai aura Ayahanda beliau Tun Said yang begitu dihormati di daerah ini. Tidak kurang juga ada yang memandang sinis dan melabelkan Datin ini sebagai 'tempua bersarang rendah". Sejak itu Datin Saida dikerumuni spekulasi politik yang hebat. Ada yang menyatakan bahawa Datin saida bakal dicalonkan di Usukan pada PRU 13 akan datang.
Terkini dalam FCB saya mengutip komen Datin Saida mengenai cadangan awal beberapa orang Kota Belud terhadap penilaian dan pemantauan kepimpinan YB-YB di kota belud sekarang.
Cadangan supaya satu AJK penilaian dan satu dialog diadakan untuk mengetahui apakah gagasan, wawasan, dan perancangan para pemimpin untuk kemajuan daerah Kota Belud, rasanya satu idea besar tetapi boleh dilaksanakan. Namun apakah ada kebersetujuan di kalangan pemimpin sedia ada?
Komen Datin Saida :
Cadangan DJDS itu memang baik dan boleh diteruskan tapi pasti ada yang memulakannya. Ia agak mengambil masa panjang. Barangkali DJDS boleh mulakan bentuk JK Penganjur. Walau bagaimanapun saya mencadangkan agar dalam masa terdekat ini perlu ada forum dailog atau perbincangan dengan pemimpin2 kb iaitu kbahagian umno,MP dan 3 Adun kb bagi menilai kepimpinan dan peranan mereka untuk perjuangan rakyat kb dan kemajuan daerah kb. Kita mahu tahu apa yg telah, sedang dan akan mereka buat utk kb selama ini. Sayapun mahu tahu samada mereka ini pernahkan berbincang dan apakah perancangan kemana hala tuju kb sejak umno bertapak di kb? Saya ini orang lama dalam politik usno lagi dan anak pertama kb masuk umno di KL dan antara penaja terawal umno kb pd thn 1991. saya pernah ikut pembangkang kerana membantu kawan tapi kembali kpd perjuangan umno. Saya hanya ahli biasa dalam umno tapi saya sayangkan perjuangan umno dan sentiasa mengikuti perkembangan politik kb. oleh itu saya juga spt sdr semua inginkan kemajuan kb dan rakyatnya. Maka itu kita perlukan pemimpin terbaik di kb. Kalau pemimpin2 sekarang ini memuaskan kita teruskan saja tapi kalau tidak boleh tukar ba.....PR13 tidak lama lagi! Saya sarankan sdr DJDS, TF, SR, RR, Ladim, Golda atau dll untuk bentuk JK Bertindak mengenai Penilaian Pemimpin. Bolehkah sdr2?
12 ulasan :
Untuk menjadi "penilai", seseorang itu perlulah memiliki pengetahuan Dan juga kemahiran yang lebih banyak berbanding pihak yang dinilai. Justeru, saya tertanya-Tanya siapakah agaknya individu yang layak untuk menjadi penilai tersebut...
Seperkara lagi, saya bersetuju bahawa perkara ini kelihatan agak "ideal", tetapi pada saya, ianya tidak "practical" untuk dilaksanakan.
Salam.
BELUM PENDEKAR
salam KM dan sdr BP..
salam sejahtera dan selamat tahun baru Cina..
penilai itu harus berkecuali dan tdk terlibat dlm dunia politik..ramai penjawat2 awam di kb ini yang mencapai prestasi yg cemerlang...begitu juga bijak pandai suda ramai...
adakan sahaja forum tersebut...ramai pegawai2 kerajaan di Kb yg berpotensi sebagai penilai...
....berpijak di bumi yang nyata!...dialog dan forum biarpun baik dan ideal namun ada lebih baik tidak perlu diadakan secara formal! Di kedai2 kopi sudah memadai..malahan dlm blog KM sdh ramai penilai..
Siapa penilainya?..mudah saja!..KITA!! RAKYAT!!
Kitalah dan rakyatlah penilainya...
Rakyat akan menentukan siapa perlu kita angkat!...PRU dijadikan gelanggang!...
satu cadangan yg baik utk adakan Forum..Saya cadangkan di Dewan Tun Said Kota Belud..Jemputan terbuka kpd warga KB yg juga merupakan pengundi KB yang akan menilai prestasi para YB...
Salam Semua,
Forum boleh diadakan tetapi tindakan susulan perlu dilakukan, kalau sekadar melepaskan batuk ditangga, adalah lebih baik buat kerja masing-masing, rasanya ada lagi faedahnya...
Kalau anda rasa seseorang wakil rakyat sudah tidak berkesan untuk mewakili anda..pen dan pensil berada ditangan anda ketika PRU-13..war-warkan, ada kalanya pemimpin BN ini ikut kemahuan mereka saja, suara akar umbi langsung tidak dihiraukan, sudah terantuk baru sedar diri, saya amat TIDAK BERSETUJU bahawa KETUA BAHAGIAN UMNO yang akan menyenaraikan senarai calun bagi DUN-DUN yang diwakili khususnya UMNO tanpa mendengar suara akar umbi yang telah menjerit selama ini agar wakil rakyat mereka ditukar, jangan hanya pentingkan diri sendiri, ingatlah pengaruh seseorang itu akan PUPUS jika rakyat sudah muak....ini zaman moden bukan zaman batu.
salam saudara/i ku,
TIDAK PENTING DI MANA KITA BERMULA
YANG PENTING DI MANA KITA BERAKHIR DENGAN MEMPEROLEHI KEJAYAAN YANG CEMERLANG
FORUM, DEBAT, DIALOG DAN YANG SEUMPAMANYA ADALAH AMAT BAIK UNTUK PEMIMPIN DAN YANG DIPIMPIN
SEBIJI LADA AKAN HILANG RASA PEDASNYA
Rakyat akan menjadi penilai.
Nampaknya karies politik Saidatul akan semakin baik.
mengadakan forum dialog ada pro dan kontranya. apa pun, yang penting ada hasil positif yang diperoleh dan boleh digunakan untuk memajukan masyarakat.
Pengaruh Datuk Tun Said ini membolehkan anak-anaknya berjaya. Semoga anak-anak beliau berjasa kepada negeri ini.
apa sahaja cadangan atau usaha yang menjurus kepada kebaikan untuk rakyat dan negeri perlu diteruskan.
Post a Comment