Monday, February 7, 2011


Sememangnya Datuk Rahman adalah antara 'personaliti' politik di Kota Belud yang begitu mendapat perhatian umum, kerana percaturan politiknya yang dianggap 'berani' "berkeupayaan" dan begitu 'lantang' memperjuangkan kemashalatan penduduk Kota Belud sejak beliau buat pertama kali dalam hidup politiknya menjadi MP di daerah ini. Kerana itu DARD sentiasa dilingkari pelbagai cerita 'panas', 'gossip' dan cerita-cerita nakal mengenai kedudukannya dan 'keberanian' serta hubungannya dengan UMNO Kota Belud. Spekluator politik tempatan beranggapan bahawa sebagai personaliti politik baru di Kota Belud, DARD 'sentiasa' terancam dengan apa juga percaturan politik peringkat Bahagian.

Apa yang menjadikan DARD sebagai 'unik' di peringkat daerah ,negeri dan nasional ialah, beliau antara merupakan politikus yang mendapat tempat dalam organisasi politik BN. Pernah menjadi S/usaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, juga pernah menyandang S/usaha Pemuda Barisan Nasional dan Naib Pengerusi Kelab Penyokong BN Parlimen. Malahan atas 'kepakaran' nya DARD telah dilantik sebagai S/usaha BN negeri Sabah. Menyoroti pelbagai jawatan yang diberikan kepada DARD ini, membayangkan kepada kita betapa peranan beliau sebegitu penting dan tentunya kerja seorang "setiausaha" ini memerlukan 'ketangkasan'kebijakan, dan kerajinan yang cukup luar biasa.

Namun apa yang menghairankan ialah, DARD tidak punya apa-apa kedudukan dalam parti UMNO. Kegagalannya beliau bertanding sebagai Tim. Ketua Umno Tuaran menandakan bahawa 'jawatan' Setiausaha BN pada waktu itu bukanlah 'modal' terbesar dalam meraih sokongan perwakilan dan menyakinkan ahli UMNO bahawa DARD harus mendapat tempat di daerah Tuaran.

Justeru itu, ramai pemerhati politik berpandangan bahawa sebagai 'jaminan' kedudukannya dalam politik ,DARD harus mengambil peluang dan kesempatan 'memberadakan' dirinya dalam organisasi parti UMNO. Sebab itu desas-desus politik yang bertiup kencang di Kota Belud sekarang ialah ada 'berkemungkinan' DARD akan bertanding Ketua Bahagian Umno berhadapan dengan penyandangnya Datuk Salleh Tun Said. Alasanya yang cukup kuat untuk itu ialah kononnya DARD harus memikirkan 'keberadaannya'dalam parti UMNO untuk memastikan kelangsungan politiknya sebagai MP akan lebih terserlah. Ini ada asasnya kerana DARD dikatakan tidak langsung diberikan tempat di Tuaran, Justeru sebagai MP Kota Belud adalah lebih tepat jika DARD juga mempunyai 'keintiman' yang kuat dalam UMNO Kota Belud. Dalam hal ini DARD bukanlah personaliti politik yang asing kerana dikhabarkan DARD juga mempunyai susur galur keturunannya di daerah ini sekaligus membayangkan bahawa DARD pastinya tidak akan ketandusan sokongan peringkat akar umbi.

Demi memastikan adanya gandingan mantap antara Datuk Musbah dan DARD maka tidak ada pilihan lain selain dari memastikan DARD dikedepankan untuk tujuan itu. Perkembangan terkini politik tanah air di bawah kepimpinan Najib juga membawa satu gelombang deras terutama dalam soal pemilihan calon Pilihanraya yang bakal mewakili UMNO dan BN pada PRU13 akan datang. Calon mestilah benar-benar disukai oleh rakyat. Dan jika bersandarkan kepada itu, adalah tidak mustahil DARD akan mendapat tempat semula di KB lantaran sokongan akar umbi yang bertamabh setiap hari kepada beliau terutama golongan "non partisan " yakni golongan muda. Berita yang bertiup kencang sekarang ialah DARD dikatakan sudah mula menyusun startegi politik dan dikhabarkan beberapa penyokong kuatnya telah mula menyusup dalam cawangan UMNO Tuan Gusi. Sama ada benar atau sebaliknya, hanya DARD yang boleh menjawab spekulasi ini.

Jikapun benar DARD akan mempertaruhkan 'hijab' politiknya dengan bertanding ketua Bahagian, maka ia tidaklah sesuatu yang menghairankan kerana dalam politik selagi ada peluang maka selagi itu ia harus dipergunakan. Namun seperti yang diberitahu kepada saya oleh seorang politikus Kota Belud, bahawa DARD harus memikirkan secara mendalam niat dan hasratnya kerana DSSK juga bukan sembarangan personaliti di Kota Belud. Apa yang ditakuti ialah keadaan seperti pepatah melayu lama :"menang Jadi arang, Kalah jadi Abu".

19 ulasan :

Anak Sabah said...

Selamat berjuang.

zam said...

tidak pasti lagi mengnai pekara ini. mungkin juga hanya khabar angin saja.

mantra said...

beliau seorang yang berpotensi. apapun kita lihat sahaja nnti.

zam said...

apa pun, yang penting adalah semua pemimpin harus fokus terhadap tugas mereka kepada rakyat.

Bujang Senang said...

Itu satu perkara yang tidak mustahil berlaku. lagi pun tidak ada salahnya jika orang itu benar-benar layak untuk membantu rakyat yang inginkan pertolongan.

Unknown said...

Sebaiknya kita tunggu dan lihat adakan beliau akan bertanding atau tidak pada PRU13 nanti. Keputusan calon bertanding ditangan Ketua UMNO kita, maka kita tunggu saja.

Hosie Masie said...

Apa pun selamat berjuang untuk rakyat dan parti. buat yang terbaik untuk rakyat. Siapa pun calon itu tidak penting, yang penting rakyat senang dengan calon berkenaan.

mandau said...

kena pastikan yang bertanding benar2 berpotensi dan layak.

Anonymous said...

ambil sahaja apa2 peluang yang ada dihadapan mata. biarlah kegagalan merebut peluang itu berlaku setelah mencuba sedaya upaya, bukannya terus mengakui kekalahan tanpa melakukan apa2.

Anonymous said...

tidak pasti..mungkin benar atau tidak..

Anonymous said...

kita tunggu dan lihat sama ada benar atau tidak..

Anonymous said...

apa pun selamat berjuang kepada DARD.

watasikadi said...

hehehe..lucu jga..baru majoriti 3ribu lebih mau jolok sarang tebuan? patah riuklah...bg saya adalah amat sesuai untuk DARD bersabar dulu..jangan telampau 'gawa-gawa'memang adat yg baru sukar mengatasi yg lama..dimanapun, di KB mahupun di tuaran..tiada bezanya..lebih baik DARD masuk dan aktif dimana2 NGO besar terlebih dahulu dan menunjukkan servicenya kepada rakyat..barulah rakyat tahu setangkas mana DARD dan setangkas mana tajudin menutup lmbang ahli parlimen untuk pg damai main jackpot...hehehe..jgn jadi bekas bosnya yg setiakawan si KJ tu..terlampau cepat naik terlampau cepat jga turun..

ANAK WATAN said...

Kalau Datuk Rahman di sokong oleh Datuk Musbah ada lawan, kerana Datuk Musbah mempunyai penyokong setia yang kuat diperingkat akar umbi. Kemenangan Datuk Saleh dlm pemilihan yang lalu hanya 45 undi kerana menaburkan fitnah dan bohong kepada perwakilan konon bila menang jadi ketua Menteri ternyata jadi speaker dan khianat pula pada Datuk Shafie Afdal yang memestikan kemenanganya pada ketika itu.

ROJOKOBOG said...

Salam KM,

Harus diingat bahawa politik ini tiada bukunya, apa pun boleh terjadi dari masa kesemasa....

Daripada pemerhatian saya adalah terlalu jauh jangkuan dan diluar kota pemikiran bahawa DARD akan bertanding Ketua Bahagian UMNO Kota Belud, ini semua provakasi samaada untuk melaga-lagakan pemimpin atau pun ada maksud yang tersirat disebalik semua cerita dan provakasi ini.

Untuk kelapa Mawar ayat yang Saudara gunakan iaitu " Kegagalan beliau (DARD) bertanding sebagai TKB UMNO Tuaran " kenyataan ini jauh tersasar,saya faham maksud KM tetapi seharusnya KM menggunakan ayat berikut " Kekalahan beliau dalam pertandingan merebut jawatan TKB UMNO Tuaran "

Untuk Sdra Watasikadi, jika membuat ulasan janganlah terlalu emosinal, ulasan biar lah melambangkan bahawa anda seorang yang berilmu dan berwawasan, hal-hal peribadi jangan sekali-kali dikaitkan, ini adalah sekadar pandangan peribadi saya, mohon maaf Sdra Watasikadi....

WASSALLAM

getah lastik said...

DARD ahli cawangan mana? sudah la 'rampas' parlimen kb,ini mau lagi 'rampas. Ketua Bahagian ish ish ishh tak patut tak patut....sedangkan perwakilan tuaran menolaknya utk jawatan timbalan ketua bahagian ini kan pulak bertanding ketua bahagian d kb.org kb mau putihmata skali lagi ka...fikr2 kan

sara said...

Salam..
Saya teramat tidak setuju untuk DARD menerajui Bahagian Kota Belud..seolah olah KB ketandusan pemimpin..adakah ini helah Datuk Musbah untuk menumbangkan DSKK?...Cukuplah jadi MP KB untuk satu penggal...orang orang Tuaran menanti khidmat DARD di sana..

hashim bin andah said...

Apa yg kita tahu bahawa rahman dahlan adalah kroni Khairy Jamaluddin yg telah ditonjolkan di PRU lalu. Tanpa Khairy siapa dia. Sekarang Khairy pun mcm telur di hujung tanduk. Tindak tanduk mereka ini tidak menyenangkan Najib dari dulu. Mereka ini tergolong pada ketegori pemimpin muda yg gelojoh dan bernafsu besar. Pada yg tahu siapa mereka ini tentu akan meluat melihat tindakan mereka. Dlm kontek KM dlm perkara di persoalkan, rahman dahlan akan berkubur jika ada niatnya bertanding Ketua Bahagian. Ahli UMNO bukan mudah diperbodohkan. Saya percaya dan amat tabik dgn ahli UMNO KB dan pasti mereka akan menolak calun luar yg cuba memporak peranda keharmonian politik setempat. Pengundi KB sudah amat baik memberikan tempat untuk rahman dahlan memulakan kriear politik beliau, jgn tdk mengenang budi. Cuba tepuk dada tanya selera, kenapa org tuaran tidak menyukaai rahman dahlan di sana. Cuba perhalusi apa mereka buat di waktu khairy berkuasa dulu, selidik ECM LIBRA, Penjualan Pasir ke Singapura, Patrick Lim, Pembatalan Jambatan Bengkok dan memberi rasuah pada pemuda waktu beliau bertanding, Land Avenue dan banyak lagi.

Mohd Ishak said...

Datuk Rahman juga perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat jika ingin menang.