Monday, January 31, 2011


Sejak laporan sulit politik Najib menunjukkan rakyat sudah semakin 'kembali' kepangkuan BN dan UMNO, ramai penganalisis politik meramalkan ada kemungkinan PRU 13 akan diadakan lebih awal sebelum tamat tempoh pada 2013. Ada yang menjangkakan PRU 13 akan diadakan serentak dengan PRU Sarawak yang paling lewat perlu adakan pada pengunjung Julai 2011 ini. Ada juga yang menyarankan agar PM Datuk Najib terus membiarkan tempoh berakhir agar segala janji kepada rakyat dapat dilaksanakan. Untuk mendapat kepercayaan rakyat! kata mereka.

Namun yang demikian, jika Najib menutup adegan politiknya dengan membubarkan parlimen sebelum tempoh matang berakhir, maka beberapa persoalan berikut harus dicari jawapannya. Pertama ialah Apakah negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat seperti selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan juga akan membubarkan DUN masing-masing untuk membolehkan PRU dapat diadakan? Kerana Hak secara ekslusif pembubaran DUN atau Mesyuarat Kerajaan Negeri itu adalah terletak kepada kuasa Ketua Menteri/Menteri Besar.

Dewasa ini memperlihatkan kepada rakyat bahawa sudah semacam pertentangan antara kerajaan Pusat dengan kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat. Isu di Pulau Pinang dengan cadangan untuk mengadakan kembali Pilihanraya Majlis Tempatan. Kemudian di Selangor ada isu Sidang DUN tergempar untuk meminda undang-undang Tubuh Kerajaan berkaitan dengan hak dan kuasa MB dan Sultan dalam melantik 3 Jawatan utama melibatkan perkhidmatan Awam yang dikatakan oleh MB Selangor sebagai 'mengembalikan' kuasa Sultan setelah Kerajaan Pusat meminda perlembagaan pada tahun 1993.

Selain itu, pindaan-pindaan perlembagaan yang dibuat selama BN dan UMNO memerintah dikhabarkan sebanyak 700 kali sejak negera merdeka. Oleh yang demikian, ada logiknya jika anggapan bahawa Najib akan berhadapan dengan 'krisis' perlembagaan jika kerajaan negeri di bawah pembangkang 'enggan' membubarkan DUN masing-masing. Isu ini akan menjadi pertimbangan utama Najib untuk mengadakan PRU 13 lebih awal. Jika tidak adalah lebih baik sekiranya Najib menunggu tamat tempoh pentadbiran dan kemudian baru membubarkan parlimen.


15 ulasan :

mandau said...

rasanya PRU tak perlulah diadakan dgn tergesa-gesa. tumpukan dahulu kepada kebajikan rakyat dalam menguatkan lagi jentera parti.

Mohd Ishak said...

Harap rakyat akan bersedia untuk mengundi.

Unknown said...

Mungkin memang 100 tandatanya akan berlegar difikiran rakyat. PRU13 kenapa dicepatkan, Apa sebab ini berlaku..Kenapa tidak tunggu sampai tempoh matang 2013..Hanya Najib saja tahu apa sebab sebenarnya. 3 PRK buat masa ini menampakkan bahawa BN mendapat sokongan yang padu dari rakyat. Batu Sapi Sabah dahulu dikuasai oleh BN, PRK dimenangi oleh PBS/BN, Galas yang dikuasi oleh PAS jatuh, PRK dimenangi oleh UMNO/BN dan minggu lepas DUN Tenang juga dimenangi oleh UMNO/BN juga. Maka kita boleh memikirkannya sendiri..

Anonymous said...

kita sendiri pun tidak tahu bila PRU akan diadakan.

Anonymous said...

yang penting persediaan perlu agar jentera yang mantap dapat disediakan.

Jason said...

I guess we will just have to wait for Najib to announce the next GE date.

Jason said...

While waiting, it's best for all parties to get ready.

nickko said...

BN harus mempertimbangkan beberapa faktor penting seperti kedudukan ekonomi semasa, domestik dan juga global, populariti di kalangan pengundi, bajet negara khususnya isu berkaitan dengan kakitangan awam sebelum menetapkan tarikh sesuai bagi pilihan raya umum ke-13. jangan jadikan kemenangan dalam PRK kebelakangan ini sebagai faktor penyumbang kepada keyakinan rakyat terhadap kemampuan kepimpinan kerajaan.

nickko said...

selain itu adalah penting untuk BN menganalisis kekuatan dan kelemahan yang ada padanya berbanding hanya bergantung pada kecacatan di kalangan parti2 pembangkang sebagai jaminan untuk menang dalam PRU13 akan datang.

Anonymous said...

kena kuatkan dahulu jentera parti sebelum adakan PRU.

Paquin said...

S/ada PRU diawalkan atau sebaliknya, bukanlah suatu isu yang perlu dirisaukan kerana penentunya adalah undi rakyat:)

Paquin said...

Semoga rakyat tahu membuat penilaian dan memilih pemimpin yang benar2 layak jadi pemimpin:)

Anonymous said...

mungkin najib perlu menimbangkan semula sama ada mahu mengadakan PRU lebih awal, serentak dengan PRN sarawak atau menunggu hingga tempoh habis..faktor2 yang akan memungkinkan kemenangan dan kekalahan harus dikenalpasti.

Anonymous said...

apa pun, keputusan terletak di tangan pucuk pimpinan kerajaan..kita tunggu dan lihat.

Anonymous said...

namun, persediaan harus dilakukan..segala janji pada PRU lalu wajib ditunaikan..tidak semestinya hari ini rakyat undi BN, esok juga sama..rakyat kini bijak menilai dan memilih terutama golongan muda..