Kenyataan ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada PRU 13akan datang telah mengundang pelbagai spekulasi politik peringkat atasan. Setelah tidak diberikan sebarang 'portfolio' dalam kerajaan oleh Najib , Khairy Jamaluddin dilihat keseorangan merealisasikan agenda politik peribadinya.'Keseorangan dalam kumpulannya' kerana ramai orang-orang kanannya semasa era Pak Lah yang turut dikesampingkan dalam kerajaan,walaupun ada juga yang diberikan tempat dan kedudukan.
Di Kota Belud, antara yang menjadi tumpuan ialah Datuk Rahman Dahlan yang dikatakan mempunyai hubungan politik yang akrab dengan KJ. Malahan sudah menjadi 'rahsia umum' di Kota Belud bahawa 'kehadiran DARD" di Kota Belud pada PRU 12 yang lepas adalah atas 'ehsan' dan percaturan politik KJ peringkat pusat. Walaupun pada mulanya menimbulkan rasa tidak senang dikalangan pemimpin sedia ada dan peringkat pimpinan belia di daerah ini,namun setelah 2 tahun DARD yang disinonimkan dengan status politik "orang luar" itu nyata mula mendapat tempat dan keyakinan di kalangan rakyat. Walaupun ada berlaku beberapa kerapuhan keyakinan rakyat kepada MP Kota Belud ini, namun nampaknya DARD tetap terus bertahan dan dikalangan golongan muda, prestasi DARD agak memuaskan. saya masih ingat bahawa satu ketika dalam blog ini saya pernah menyuarakan bahawa betapa keperluannya DARD dikekalkan di Kota Belud dengan mengambil kira 'pendekatan' politik DARD dikalangan pemimpin peringkat pusat dan negeri di samping pengalaman luas dalam parti dengan menyaksikan jawatan 'setiausaha' yang pernah disandangnya.
Apa yang menimbulkan banyak perkiraan politik di Kota Belud mengenai kenyataan KJ ini ialah ada pihak-pihak peringkat pimpinan kelas atas yang membuat kenyataan dalam FCB bahawa jika KJ tidak mahu mempertahankan kerusi ,kawasan yang diwakilinya pada PRU 12 yang lepas, maka ada logiknya juga DARD tidak dicalonkan di Kota Belud, kerana kononnya DARD harus mengikut rentak KJ. Apakah perkaitannya dengan ituasi KJ itu? Lalu apakah KJ begitu berperanan besar dalam mencorakkan landskap politik KB? Atau apakah Kota Belud akan mendapat "durian runtuh" yang besar dengan pengunduran DARD? Persoalan-persoalan ini harus perhalusi walaupun sudah kedengaran bahawa DARD juga berkemungkinan akan berhijrah di Sepanggar, namun dalam politik semuanya adalah 'rahsia' yang terpelihara sehinggalah dibongkar dan didedahkan kepada umum.
Jika pun DARD sudah 'berniat' meninggalkan KB, namun bagi hemat saya, ia satu kerugian yang besar dengan mengambilkira beberapa faktor dan keadaan yang telah saya sebutkan pada penulisan terdahulu. itupun ia sekadar pandangan peribadi. Mungkin ada sebab yang lebih kuat untuk kita memberikan peluang semula kepada pemimpin dulu di daerah KB?
18 ulasan :
semua ini hanyalah spekulasi yang belum tahu lagi benar ke tidak.
dapat dilihat setakat ini DARD seorang yang dihormati dan pemimpin yang berpotensi besar untuk terus maju ke depan.
mungkin pelbagai andaian dibuat namun, semuanya tidak pasti lagi.
Salam Semua,
Prestasi setiap wakil rakyat untuk dinobatkan sebagai calon pada PRU-13 nanti adalah intiutama yang akan diambilkira oleh rakyat dan parti, keberkesanan gerak kerja yang berprestij dan didokong oleh matlamat akar umbi, ini adalah salah satu faktor utama yang membolehkan wakil rakyat akan terus kekal sebagai Yang Berhomat di kawasan tersebut.
Saya rasa tidak timbul isu dan persoalan YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau dengan Ahli Parlimen Kota Belud Dato Abdul Rahman Datuk Hj Dahlan, biar pun ada cerita disebalik tabir punca dan kenapa Dato Abdul Rahman dicalonkan di Parlimen Kota Belud pada PRU-12 berdasarkan mereka berdua adalah rakan karib dan kebetulan pula PM ketika itu bapa mentua YB Khairy Jamaluddin, apa yang masyarakat Kota Belud tidak dapat terima hakikat ketika itu adalah yang tersingkir Datuk Salleh Tun Said, sebab itulah DARD dilabelkan sebagai org luar dan berbagai andaian lagi,DARD adalah salah seorang pemimpin pelapis
untuk kepimpinan negeri akan datang yang ditonjolkan oleh peringkat pusat dengan persetujuan
negeri.
Jika pun YB Ahli Parlimen Rembau hendak mengundurkan diri daripada bertanding pada PRU-13 nanti itu adalah hak dan matlamat politik beliau sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang ingin mengambil kesempatan diatas isu ini.
hanya beliau sahaja yang tahu bagaimana pendirian beliau berkenaan dengan isu ini.
biarlah mereka putuskan sendiri.
mungkin Datuk Dahlan rapat dgn Khairy, namun ia takkan mengikut jejak Khairy.
Terlalu banyak persoalan tapi jawapannya entah ke mana..
Saya yakin jika DARD berjaya mendekati rakyat, pasti rakyat akan memberikan sokongan penuh pada beliau tidak kira apapun gosip mengenainya keluar.
Ya azman. Terlalu banyak andaian yang dibuat dan kepastiannya pula belum dapat ditentukan.
Jadi kita tunggu dan lihat sajalah apa yang berlaku nanti.
Apapun saya harap agar rakyat membuat penilaian dengan baik dan tahu apa yang patut dilakukan.
Ini hanya untuk memecehbelahkan mereka berdua. Memang banyak spekulasi berlaku dekat dengan PRU13 ini.
Mungkin perkara ini tidak ada kebenarannya. mereka sendiri lagi tahu apa sebenarnya berlaku.
Sebaiknya ahli parlimen sekarang undur bagi memberi laluan pada calun anak jati berkhidmat. Menjadi masalah org luar menarajui kepimpinan daerah KB bila perjuangan Parti terarah kiblat lain. Lagipun apa istemewanya Rahman Dahlan
Betulkah Khairy akan mengundur?
hashim bin andah,
apa istimewanya kau untuk pertikaikan kepimpinan Dato Abdul Rahman Dahlan??...
kalau kau jadi pemimpin kota belud alamat hancurlah dan mundurlah kota belud ini pada masa akan datang...
berfikir tu biar terarah ke positif...bengong
Apa jua keputusan yang dibuat nanti, diharapkan itulah apa yang terbaik untuk rakyat dan negeri.
Post a Comment