Wednesday, January 12, 2011


Bukan main melonjak lagi para penyokong tegar mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Salleh tun said di Kota Belud, apabila ketua Umno Bahagian itu juga merangkap timbalan perhubungan Umno negeri seperti "kera mendapat bunga" dan umpama "purnama jatuh ke riba" di permulaan tahun baru ini, apabila menyaksikan dua jawatan digondol serentak iaitu, Pengerusi Finas dan juga Speaker Dun Sabah. Ini sekaligus melonjakkan nama daerah Kota Belud sebagai antara tempat yang mencatat sejarah negara apabila dua pemimpin yang sebelum ini digugurkan dalam PRU 12, namun akhirnya diiktiraf kepimpinan mereka apabila Tan Sri Pandikar dilantik ke jawatan YDP Dewan rakyat dan akhirnya gandingan Salleh-Pandikar ini menyaksikan kemudiannya DSSK dilantik sebagai speaker Dun sabah.

Ramai yang menobatkan DSSK sebagai politikus yang sangat licik dan strategik apabila, berjaya membawa politiknya kembali mendapat kepercayaan pucuk pimpinan negeri dan negara. Walaupun ada yang berpandangan bahawa penyusunan DSSK dalam politik Sabah adalah percaturan Najib yang kononya untuk mengimbangi kuasa politik Musa Aman, yang dilihat terlalu mendominasi politik Umno dan BN, setelah ayam tambatan Najib, Datuk Shafie Apdal dilihat 'gagal' menyempurnakan banyak startegik Najib di Sabah. Ini sekaligus membawa satu andaian politik bahawasanya DSSK telah mempunyai pelung cerah untuk diclaonkan semula pada PRU 13 akan datang. Namun senarion terbaru ini, juga tidak memungkinkan 'kawan sepermainan" DSSK dalam USBO iaitu TSP dan Datuk Amir Kahar akan mendapat tempat semula.

Beberapa penyokong tegar DSSK yang sempat ditemui di Kota Belud, terus memberikan gambaran bahawasanya peluang DSSK untuk sekurang-kurangnya menduduki kerusi nombor 2 di sabah bisa termakbul selepas PRU 13. Dulu, ramai yang meramalkan situasi kontra dan tekanan politik yang diwujudkan oleh DSSK ketika dalam USBO akan mendekatkan kepada jawatan CM, namun apabila strategi politik akrab berjaya dilakukan keatas Musa Aman, maka paling cincai pun kata orang Kota Belud, DSSK bakal menjadi timbalan ketua menteri mewakili kouta Bumiputera Islam.

Oleh kerana yang demikian senario terbaru ini iaitu dengan perlantikan DSSK sebagai Speaker Dun Sabah akan memberikan petanda baik bagi politik beliau. Jika selepas ini KETUA-KETUA UMNO BAHAGIAN bakal dipanggil oleh Najib selepas pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen, maka sayugia memberikan signal yang DSSK mempunyai kuasa politik dalam pemilihan calon khususnya di daerah Kota Belud. Yang menjadi teka-teki ialah, apakah DSSK akan memberikan laluan kepada Datuk Musbah Jamli? Atau adakah nama Datuk Rahman akan tersenarai? Bagaimana dengan nasib Datuk Japlin Akim? Atau akan berlaku kejutan, bila golongan muda diberikan kesempatan? masih tidak terjawab!

24 ulasan :

azman said...

Tahniah kepada Datu Salleh kerana dilantik sebagai Pengerusi Finas dan juga Speaker Dun Sabah.semoga beliau dapat melakukan tugas dengan cemerlang.

azman said...

DSSK dilihat semakin menonjol dan semakin mendapat perhatian. ini mungkin disebabkan kualiti kempimpinan dan sumbangan beliau dalam memastikan kekuatan UMNO di Sabah.

Jason said...
This comment has been removed by the author.
Jason said...

Congrats to Datuk Salleh for his recent appointment as the Speaker Dun Sabah.

Jason said...

Hopefully Datu Salleh does a better job than the previous one. It's always good to have someone new to perform better that the old one.

Anonymous said...

Congratulation to Kota Belud leaders for managing to snatch up the 2 coveted positions.

mantra said...

tahniah kepada Datuk Salleh atas pelantian sebagai Pengerusi FINAS dan speaker DUN Sabah.. beliau mmg layak memegang jawatan. semoga dpt laksanakan tanggungjawab dgn baik.

Anonymous said...

pelantikan ini benar2 merupakan petanda baik untuk meneruskan kerjaya politik beliau. tahniah..

Anonymous said...

pelantikan ini menunjukkan bahawa Datuk Salleh akan mempunyai masa depan yang lebih cerah.

BELUM PENDEKAR said...

Saya fikir, mana-mana penyokong pemimpin tertentu "berhak" untuk merasa gembira apatah lagi jika pemimpin yang mereka dokong mendapat pengiktirafan berupa jawatan daripada kepimpinan negeri dan juga persekutuan. Maka itu, saya tidak nampak rasionalnya mengapa ada orang yang seolah-olah mempersoalkan "kegembiraan" para penyokong DSSK.

Jika diperhalusi, pemberian jawatan tertentu kepada seseorang adalah berdasarkan kepada keupayaan individu. Bukannya kerana seseorang itu licik dan sebagainya. Oleh itu, apa juga tindakan yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang beleh disifatkan mempersoalkan perlantikan DSSK boleh dilihat dari sudut berikut.

1. Orang tersebut sebenarnya mempersoalkan kebijaksanaan orang yang memilih atau membuat keputusan. maka, mempersoalkan perlantikan DSSK sebagai Speaker, samalah seperti mempersoalkan kebijaksanaan Ketua Menteri dan Perdana Menteri. Adakah kita fikir Ketua Menteri atau Perdana Menteri sendiri akan melantik sesiapa saja ke jawatan tertentu walaupun calon berkenaan tidak "layak" ? sebagai pemimpin utama negeri dan negara, saya tidak fikir ketua menteri atau PM seteruk itu?

2. Setakat ini, saya tidak dengar orang luar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perlantikan DSSK. Maka, mengapa agaknya orang KB sendiri yang mempersoalkannya?.. adakah kerana kita irihati?, atau takut kewibawaan DSSK semakin terserlah dan orang yang kita sokong tidak akan mempunyai ruang atau kita sendiri tidak lagi ada peluang selepas itu?.. saya kira, jawapannya jelas..

Tambahan pula, kalau beliau layak dari semua sudut, apa lagi yang menjadi isu?.. Lainlah kalau ada yang tersirat...

Salam
BELUM PENDEKAR

Hosie Masie said...

Mungkin ramai yang percaya Datuk Salleh pasti yang terbaik bagi menjadi Speaker DUN Sabah.

Hosie Masie said...

tahniah kepada Datuk Salleh semakin hari semakin bertambah rezeki. Menjadi Speaker Dun Sabah semoga berjalan kerja harian dengan baik nanti.

wata samar said...

Tahniah DSSK permulaan yg baik dlm tahun 2011...tanggungjawap yg berat...jgn pula penyokong yg ego

Paquin said...

Taniah kepada Datuk Salleh. Semoga perlantikan beliau menjanjikan sesuatu yang positif :)

Paquin said...

Saya harap beliau dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Paquin said...

Betuk juga tu wata samar. k/kala pemimpinnya low profile tapi penyokongnya ja terlebih sudah. hahaha

Paquin said...

Jadi kita tunggu dan lihat sajalah perkembangan kepimpinan Datuk Salleh nanti.

Paquin said...

Apapun taniah jugalah pada Datuk salleh.

tawadakan said...

Kelapa Mawar saya teramat bersetuju dengan ulasan saudara BP...saya sendiri telah melihat sewaktu lawatan ke parlimen baru-baru ini akan kewibawaan TSPA sewaktu mengendalikan Dewan Rakyat. Mungkinkah kelapa Mawar ada agenda tersendiri seperti Murai Isu ataukah orang ang sama yg mungkin ditaja oleh seorang AJK Bahagian atau bekas calon ketua pemuda yang tertewas dalam pemilihan sebelum ini. Lupakanlah agenda mu wahai kelapa mawar. Terima kasih

onong said...

Dia hanya dilantik sebagai speaker..tiada kaitan langsung dengan inti politiknya.

Nemia said...

What kind of signs are you referring to?

chimchim said...

Look, he was chosen because of majority voice. He's not solely powerful to make such decision.

Velove said...

Salleh adalah seorang yang berpengalaman dalam bidang tersebut.

Ezef said...

Please don't politicize this matter.