Monday, April 19, 2010


"Keputusan beberapa kumpulan peneroka tanah kerajaan negeri Sabah yang menemui Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia beberapa hari yang lepas, dilihat sebagai ‘mencurah air di daun keladi’ . Ini berikutan kerana ketiadaan peruntukan khas kepada YDP Dewan untuk menyelesaikan permasalahan rakyat, apatah lagi kerana beliau bukannya bergelar wakil rakyat".Demikian kata rakan saya petang tadi.



Isu pengambilan tanah milik kerajaan yang diterokai oleh rakyat di Sabah bukanlah satu perkara kecil tetapi sudah mencapai tahap kronik. Seperti yang dikatakan oleh wakil peneroka itu sdr.Jeffry Kideng, bahawa bukan sahaja hasil dan tanah mereka di rampas tanpa pampasan malahan rumah kediaman mereka juga turut dibakar dan mereka dihalau dari tanah yang diusahakan oleh mereka.



Beberapa bulan yang lepas, ada usaha dibuat oleh Datuk Ramli Marhaban selaku wakil rakyat Bugaya untuk menemui beberapa orang peneroka di semporna yang terlibat dalam kes seperti ini. Khabarnya nama-nama mereka sudahpun diberikan. Namun hingga kini khabar itu menjadi mimpi hampir 1000 orang peneroka yang terlibat di kawasan Semporna dan Tawau tidak termasuk di daerah kunak dan Lahad Datu.


Justeru tindakan beberapa orang peneroka menemui TSP hanyalah dilihat sebagai memohon ehsan dan pertimbangan supaya isu ini boleh dibangkitkan di Parlimen seterusnya boleh dibahaskan. Selain mungkin kerana ketiadaan sudah saluran ‘diplomatik’ dengan pihak kerajaan negeri yang diketuai oleh Datuk Musa Aman. Tanah-tanah yang diambil itu khabarnya diusahakan oleh beberapa buah Koperasi.


Walaupun sudah melalui saluran tertentu, termasuk SUHAKAM, dan beberepa badan bukan kerajaan seperti CASH juga melalui Media massa seperti TV3, namun keluhan para peneroka ini, tidak dipedulikan. Akhirnya sebagai langkah terakhir, mungkin mereka mengambil keputusan menemui Speaker Dewan Rakyat TSPM.



Apakah langkah seterusnya yang bakal diambil oleh TSP? apatah lagi mereka yang datang adalah rakyat Sabah sendiri? Bolehkah atau adakah peruntukan undang-undang yang membolehkan TSP meminta dewan membahaskan usul mengenai permasalahan ini ? Bagaimanakah ‘hubungan’ baik TSP dengan Datuk Musa Aman memberi kelebihan kepada TSP menjadi ‘orang tengah’ kepada kemelut tanah milik kerajaan yang diusahakan oleh rakyat ?



Barangkali PERKASA SABAH belum bersedia memperjuangkan isu ini? Maklumlah YDP nya pun masih ‘sibuk’ di Hulu Selangor.

19 ulasan :

watasikadi said...

kalo jumpa YB pembangkang rasanya sampai ke parlimen.cuba jumpa Chua soon bui MP tawau from SAPP.kes sama berlaku di kanibongan pitas..apa nak buat BN berkuasa..teruskanlah usaha BN sampai ke be end...dan kami rakyat tertindas tetap mengundi BN dan teruslah tindas kami...matai lum balik nia aku ngundi berisan..hehehe amun aku pesut tigad ku betisku...kakak

Unknown said...

Salam Kelapa Mawar,

Inilah pemimpin BN yang ada tiada usaha untuk menyelesaikan masalah rakyat. Justeru itu, jika isu ini tidak selesai sebelum PRU13 saya mencadangkan YB Ramlee Marahaban perlu digugurkan dari calun BN. Demikian juga wakil-wakil rakyat yang mewakili kawasan peneroka ini.

Kepada Ketua Menteri Sabah saya merayu agar isu ini di padang berat olehnya sebelum rakyat Sabah beralih arah kepada pembangkang.

paikankb said...

IBARAT TAHI AYAM....HANYA SEKTIKA PANASNYA....SEBELUM JADI WAKIL RAKYAT ATAU KERAJAAN...INTAN PERMATA PUN DISUAP KEDALAM MULUT RAKYAT...HANYA RAKYAT YANG INGIN DITIPU SAHAJA AKAN BERJUANG DALAM ARENA POLITIK NIE, SENANG CERITA KITA TUKAR AJE KUDA YANG SEDIA ADA...

paikankb said...
This comment has been removed by the author.
dave said...

Semua saluran sudah digunakan, tapi tiada yg membantu? Teruskan usaha untuk berusaha mendapatkan apa yg pada zahirnya menjadi hak anda...sya percaya bantuan akan tiba juga dan nasib para peneroka ini akan didengar & dibantu...

bayugunung said...

Salam,

Khabarnya Pemuda PAS Sabah lead org kg landau pigi parlimen. Tahniah!

kelapa mawar said...

salam watasikadi..

ma kasih kerana memberikan pendapat..saya tertarik dengan ...


.matai lum balik nia aku ngundi berisan.. amun aku pesut tigad ku betisku..

semoga sdr sukses.

kelapa mawar said...

Salam juga buat sdr Rakyat Biasa..

isu penerokaan tanah kerajaan oleh rakyat yang memakan masa lebih 10 tahun seharusnya diselesaikan oleh kerajaan negeri..jangan sampai seperti apa yang berlaku sekarang..hingga ke pengetahuan YDP Dewan Rakyat.

kelapa mawar said...

Sdr Paikankb..

jarang-jarang memberikan komen..sekali berkunjung ulasan dr membawa seribu makna..

ma kasih.

kelapa mawar said...

sdr Dave..

ma kasih atas sokongan itu..semoga jalan penyelesaian akan dapat diperolehi oleh mereka.

kelapa mawar said...

sdr bayugunung..

ma kasih dan tahniah buat anda juga kerana sempat memberikan ulasan.semoga sukses.

Paquin said...

Watasikadi, sindiran maut kalau itu. hehehee

Paquin said...

Betul tu RayatBiasa.
Hal ni patut diselesaikan segera alau tak konpom rakyat tak puas hati dengan BN..
aduuiii, siapa yg ada autoriti tu tolonglah bersuara utk rakyat.

Paquin said...

paikankb, kalau la tukar kuda ni boleh kasi selesai semua masalah yg wujud, rasanya dari dulu g Sabahan da tukar kuda ba..
Tapi yg hairan masih ramai yg bertahan sokong BN sbb tula BN sentiasa menang..
Apapun sama2 la kita tgok apa kejadian next GE nanti. hehee

Paquin said...

Takkan betul2 tak dapat layanan kot (hairan)...
Tapi mcm yg si dave cakap teruskanlah usaha, suatu hari nanti pasti ada hasil juga tu :)

Paquin said...

kelapa mawar saya pun sebenarnya tertarik dengan "matai lum balik nia aku ngundi berisan... amun aku pesut tigad ku betisku..." hehhee

Biarpun saya nda faham tapi saya yakin itulah luahan hati si watasikadi..

btw, apa maksudnya aa? hehee

2718 said...

selaku wakil rakyat beliau perlu berusaha mengatasi masalah rakyat ini. sekiranya tidak dapat juga diselesaikan, beliau sepatutnya memberi penjelasan kepada para peneroka dan terangkan sebab2 yang munasabah. setiap wakil rakyat perlu bersedia menghadapi masalah2 rakyat dan bertindak dihaluan yang betul bagi mengelak pandangan negatif terhadap parti pimpinannya.

BELUM PENDEKAR said...

Salam KM,

1. Saya juga ada terdengar mengenai perjumpaan pekebun-pekebun ini dengan YPDR. Cuma, yang saya dengar mereka telah di bawa oleh YB Tawau dan turut disertai oleh beberapa orang wakil rakyat PKR dan PAS.

2. Di dalam pertemuan tersebut, pekebun-pekebun meminta jasa baik YPDR untuk menyampaikan memorandum yang telah mereka sediakan kepada YAB Perdana Menteri.

3. Oleh yang demikian, saya tidak nampak ada isu samada YPDR boleh membantu rakyat yang tertindas atau tidak. Ini adalah kerana sepertimana saya jelaskan dipara 2 di atas, YPDR hanya diminta menyampaikan memorandum kepada YAB Perdana Menteri yang mana pada kebiasaanya menjadi keutamaan YPDR lakukan.

4. Selain itu, YPDR juga tidak pernah "menghalang" bahkan memberi ruang yang seluas-luasnya kepada YB Sallehuddin Ayub membangkitkan perkara ini semasa berbahas di Parlimen.

watasikadi said...

kalau masuk dalam aduan rakyat panggil karam singh ndak sampai seminggu setel sudah tu..