Ketika PKR yang menjadi "nukleus" politik dalam dalam Pakatan Rakyat bergolak dengan seribu macam kemelut dalam usaha memperteguhkan prinsip perjuangan parti itu dalam persada kepolitikkan di Malaysia dengan bermacam-macam cabaran termasuk beberapa pemimpinnya yang terputus hubungan dengan PKR ekoran kahwin Mutaah politik mereka telah berakhir. Maka pada waktu yang sama PKR masih nampak utuh...penyertaan beberapa Individu berpengaruh dalam parti itu begitu menyuntik semangat baru pada ahlinya. Di Sabah, penyertaan Datuk Kalakau Untol, walaupun tidak meremangkan bulu-bulu politik pemimpin BN Sabah, kata mereka...tetapi nyata sedikit sebanyak membuat ramai yang memikirkan hala tuju politik di negeri di bawah bayu ini.
Di Sarawak, mendekati PRK Sibu beberapa minggu lagi menyaksikan sebuah parti tertua di bumi kenyalang itu telah bertindak menyertai PAKATAN RAKYAT. Sarawak National Parti atau SNAP itu pada mulanya adalah komponen BN yang kemudiannya di pecat dari BN pada tahun 2006 kerana ekoran krisis kepimpinan parti itu telah mengubah landskap politik Sarawak apabila parti Dayak-Iban yang diketuai oleh Edwin Dundang Bungak itu berikrar akan menjalin kerjasama dengan PR pada PRK Sibu dan PRU 13.
Kelebihan politik di Sarawak sejak penubuhan Malaysia ialah dengan memastikan kepentingan suku-suku dan bangsa mereka terpelihara dengan tertubuhnya beberapa parti berasaskan kaum dan suku. Dengan mengambil kira bahawa dengan berpayung kepada parti itu mereka boleh menyuarakan kemahuan dan kehendak akar umbi , maka SNAPP bertindak menyertai PR.
Di Sabah keadaan politik sebegini tidak berlaku.Malahan kemasukan UMNO ke Sabah dilihat sebagai mematikan USNO sebuah parti yang mewakili bumiputera Islam. Akibatnya, ramai penyokong parti itu masih bergentayangan di merata tempat dengan menyertai pelbagai parti selain daripada UMNO.
Dunia pembangkang di Sabah masih dilihat bergerak secara sendirian. SAPPbiarpun bertindak meninggalkan BN dengan menjadikan beberapa MP nya sebagai BEBAS. Namun belum ada tanda-tanda SAPP akan turut menyertai PR. Begitu juga BERSEKUTU sebah parti yang pernah mengangkat kembali populariti Datuk Haris Saleh mantan KM Sabah, tetapi gagal mendapat sokongan rakyat.
Apakah senario politik di sabahperlu diubah? dengan penyertaan parti pembangkang seperti SAPP dan BERSEKUTU dalam PR?..Kerana dengan penyertaan mereka, kepentingan rakyat yang diwakili oleh parti ini nanti jika ada akan lebih terjamin. Fikirkanlah..

10 ulasan :
Salam KM,
Percaturan politik yg bijak atau 'SMART' boleh dimainkan peranannya oleh Parti pembangkang tempatan Sabah berteraskan strategi " satu lwn satu " dlm PRU-13 nanti, siapa parti pembangkang yg dapat memainkan peranan tersebut, SAPP, BERSEKUTU,keADILan, DAP,dan PAS...ternyata parti pembangkang tempatan diantara yg disebutkan hanya lah SAPP dan BERSEKUTU, mereka sudah pasti akan menyertai pakatan rakyat pada zahirnya jika ada perhimpunan oleh PR dimana-mana ceruk bandar dan kampung khususnya di Sabah, tujuan mereka hadir hanya semata-mata utk mengaburi mata pengundi bahawa mereka juga adalah pembangkang yg berwibawa dan mampu memenangi kerusi DUN atau Parlimen, walhal kalau direnungkan kembali parti BERSEKUTU sejak akhir-akhir ini baru lah muncul kembali setelah sekian lama menghilang diri, berbeza dgn SAPP yg senantiasa mengkritik agenda kerajaan di media massa walaupun satu ketika dahulu memuji kerajaan yg ada sekarang tapi ini semua lumrah pembangkang, SAPP harus bijak dlm pembahagian 60 kerusi DUN, jgn termakan taktik dan penipuan parti Keadilan,kedua-dua parti pembangkang ini masing-masing mempunyai calun yg berwibawa utk diketengahkan, jika strategi satu lwn satu dapat dicanangkan pada PRU-13 nanti ada kesulitan timbul di parti memerintah, jika disebaliknya maka terlalu sukar utk pembangkang mencabar BN...BERSEKUTU berpeluk tubuh??
Salam KM, satu langkah bijak bagi parti seperti SAPP tidak menyertai pakatan rakyat namun tetap berkompromi untuk merealisasikan satu lwn satu PRU-13 nanti..SAPP hampir pasti menjamin 5-6 kerusi DUN dan sekurang-kurangnya 3 Parlimen boleh membantu pembangkang sekaligus menarik minat BN membawa mereka kembali dalam BN. so itulah bijaknya politik SAPP bila mana mereka kini parti yang tidak menyertai mana2 pakatan namun sering mengutarakan isu sabah yang bernas...MENNYINSING SINAR MENTARI..CEKAL HATI TEGUH BERDIRI..INILAH HASRAT HATI KAMI..ZAMAN SILAM KAMI LEWATI MELEBAR SAYAP DEMI MENGEJARI...IMPIAN YANG MURNI YAKINLAH ESOK HARI LEBIH BERSERI..SAPP......
SALAM KM,
NAK HEBAT KENA LAH BERPADU, BIAR APA CARA SEKALIPUN LOLONGAN GEGAK GEMPITA HARUS DISATUKAN...HAKIKATNYA SEMUA DEMI RAKYAT...NAK JADI BIJAK MAKA PILIHLAH WAKIL RAKYAT YANG BIJAK...KUDA BARU LAGI LAJU BILA KENA LIBAS...KUDA LAMA PENGALAMAN PENUH TAPI LAMBAT BERLARI...LAGI SATU KUDA LAMA BANYAK MASALAH...HAMPEH...
Ada baiknya kalau bersekutu dan sapp menyertai PR..mereka boleh merangka program bersama utk menentang BN di Sabah. PR kena bijak menarik minat duah buah parti ini. Misalnya bersekutu walaupun tidak ada kerusi tetapi ada kwsn tertentu yg mempunyai penyokongnya..
Sapp pula tentu lebih kuat dari bersekutu..
harap dapt join dgn kami..takbir 3x
samada bersatu atau tidak dengan pakatan rakyat, biar lah mereka dengan strategi masing2. seperti kata rojokobog, masing2 mempunyai calon yang berwibawa. namun, rakyat perlu bijak memilih siapa yang lebih layak. sebagai parti memerintah (BN) sudah pasti mereka rasa tergugat dengan situasi yang berlaku sekarang, namun tidak dinafikan masih ramai yang setia dengan kepimpinannya....
politik memang sukar diramal..
Salam Kelapa Mawar,
Tahniah kerana maseh aktif dalam dunia blogging yang saya rasakan makin hari makin mencabar.
Dalam kontek isu yang di ketengahkan, saya kemukakan tiga perkara yang ingin saya kongsikan disini selaras dengan situasi politik yang bercelaru kini;
1) Saperti kata blogger 2178 , “politik memang sukar diramal”. Saya setuju.
2) Peranaan UMNO-BN sebagai sebuah organisasi politik di Sabah bukan lah teruk sangat saperti yang diwar-warkan selama ini. Kerana kemunculan UBN disini serba sedikit telah membantu mereka-mereka yang pernah suatu ketika tertekan oleh parti pemerentah sebelum ini.
Namun hingga kini, saya tidak dapat menerima ‘ attitude’ kebanyakan pemimpin-pemimpin BN yang sedia ada. Tidak telus dan mudah lupa perjuangan yang dijanjikan setiap pilihan raya umum di sini.
3) Amat susah untuk meramalkan tindak tanduk ala tuju parti SAPP; sama ada kekal sebagai pembangkang atau merujuk kembali kepangkuan BN.
Untuk perkara ketiga ini, saya pernah bertemu dengan beberapa orang pemimpin pusat SAPP dan berbincang mengenai ala tuju parti mereka. Terutama sekali strategi ketika berhadapan dengan PRU13 nanti.
Apa yang jelas, mereka tidak minat untuk bergabung dibawah payung barisan PR. Mereka berjuang sebagai pembangkang secara individu. Dan akan meletakkan calun mereka sendiri sebanyak yang boleh. Selaras dengan situasi dan kehendak rakyat, kata mereka.
Mereka merasakan PR, terutama sekali PKR; tidak serius untuk membantu rakyat Sabah. Bagi mereka tidak banyak beza nya perjuangan PR dengan BN disini…Setelah memerintah ,doctrine KL tetap didehulukan; masaalah rakyat Sabah akan di fikirkan kemudian.
Namun itu, saya ingin juga melihat kehadiran YB pembangkang; bertindak sebagai 'watch dog' kepada parti pemerentah yang selalu nya lupa daratan.
Politik...politik...politik! Bersekutu dan SAPP saya lihat tidak akan menyertai PKR. Banyaklah spekulasi mereka ni..dan pendapat saya..mereka sedang tunggu habuan besar untuk ditangkap. Pandangan saya...janganlah salah pilih. Pendirian kena tetap..barulah orang respect! Sekali silap orang akan ingat selama-lamanya.
Pada pendapat saya SAPP tidak perlulah menyerti pekatan rakyat. SAPP perlu ada pendirian sendiri dan mempertahankan parti sendiri. Macam mana sekalipun bila masa PRU13 akan diadakan semua perti akan saling bersaing satu sama yang lain. So tunjukkan kepada rakyat kemampuan parti masing-masing.
Salam,
1 lawan 1 banyak manfaatnya. Kalau SAPP menangpun, mampukah menahan tekanan dari kerajaan umno-bn?..lainlah kalau pemimpin SAPP betul-betul pernah tunjuk bukti mereka istiqamah menentang BN..
Cuma kelantan saja yg mampu bertahan walau sdh 20 tahun ditekan macam-macam oleh kerajaan BN..Kalah pun masih istiqamah lawan BN..pada tahun 2007, ucapan perdana menteri dlm parlimen meletakkan Sabah ditangga teruncit sekali dan kelantan di tangga ke-6 kadar kemiskinan tegar di Malaysia.
Semua parti perlu tunjuk siapa lebih berdaya saing, tapi tgk juga kpd SEJARAH dn belajar dari SEJARAH. Sebab yg miskin dan susah hidup melarat tetap juga kembali kpd rakyat. jangalah mcm org-org kampung cakap, "tiada BN susah, lawan BN lagi susah"
SAPP dan PR tidak akan setuju bekerjasama kerana masing masing mementingkan diri.
Post a Comment