Friday, April 30, 2010



Pergolakan yang berlaku di negara jiran Thailand telah menjadi inspirasi kepada beberapa ahli politik kota belud untuk melabelkan ADUN TEMPASUK Datuk Musbah Jamli sebagai simbol "Thaksin Kota Belud" dengan berpandukan kepada keterlibatan tokoh anak petani ini dengan permasalahan akar umbi. Hampir keseluruhan isu yang dipaparkan oleh YB Tempasuk ini dalam blognya berkisar tentang kebergantungan rakyat akar umbi kepada pemimpin ADUN mereka. daripada isu kebakaran, bencana alam, isu peningkatan taraf hidup rakyat sehinggalah kepada isu pendidikan dan PIBG, Datuk Musbah dilihat sebagai 'hero' Tempasuk yang begitu dekat dengan denyut nadi penduduknya.




Atas ilham politik itu beberapa ahli politik Kota Belud 'mengandaikan' bahawa pergolakan yang berlaku di Thailand lewat beberapa bulan kebelakangan ini adalah antara pemimpin berjiwa rakyat dengan pemimpin legasi politik ketenteraan. Namun ada perkaitan dengan YB Musbah kerana Tahksin adalah merupakan PM Thailand bermula 2001 hingga 2006 dan merupakan ketua parti populis Thai Rak Thai. Kebarangkalian yang tepat dengan menyamakan Thaksin dengan YB Datuk Musbah ialah dalam aspek ekonomi. Kerana Thaksin adalah merupakan jutaan telekomunikasi di Thailand.Jawatankuasa Pemeriksaan Aset yang dilantik MKK telah membekukan 76 billon baht ($2.2 bilion) asetnya di Thailand, dan mendakwa dia menjadi terlalu kaya ketika berkuasa. Thaksin dan keluarganya mengisytiharkan aset bernilai cuma 15.1 bilion baht ketika mula berkuasa pada 2001. Sehingga kini, tiada keputusan undung-undang telah dibuat mengenai hartanya.




Datuk Musbah juga mempunyai nasib yang agak sama. dari seorang anak petani, peniaga kayu-kayan dan padi hinggalah mencatat nama antara ahli perniagaan yang berjaya di daerah Kota Belud. Barangkali atas pengalaman sebagai ahli perniagaan dan kontraktor maka visi dan misi beliau lebih banyak tertumpu kepada peluang ekonomi di daerah ini dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat. Walaupun pedapatan dan harta yang diperolehi oleh YB Tempasuk ini pernah dijadikan isu oleh pembangkang di daerah Kota Belud seperti yang dilaporkan oleh Sabahkini.net. tetapi ia tetap menjadi antara isu yang dipergunakan oleh kebanyakkan 'musuh politik' beliau seperti yang juga berlaku kepada Thaksin Shinawat.




Kini atas ketidapuasan hati masyarakat akar umbi di thailand, maka ratusan ribu masyarakat Thailand membanjir jalanraya di bangkok mendesak supaya PM Thailand membubarkan Parlimen sekaligus mengadakan pilihanraya. Walaupun isu sebegini tidak akan berlaku di daerah Kota belud, jika berlaku pengguguran datuk Musbah sebagai calon pada PRU 13 akan datang, namun sudah banyak idea dan pandangan ahli politik tempatan di Kota belud yang menaruh harap agar pemimpin Thaksin Sinawat kota belud ini akan terus menjadi wakil rakyat di tempasuk. selain kerana keterlibatannya diperingkat akar umbi, beliau juga di harapkan dapat menyempurnakan perancangan jelapang padi kota belud.




Walaupun keputusan pemilihan calon terletak di tangan pucuk pimpinan, namun ramai pemimpin masyarakat masih meletakkan Datuk Musbah sebagai ADUN yang sukar dicari ganti. bagi anda yang membaca coretan pagi ini, saya pulangkan pada anda untuk mencerna idea ini, kerana saya hanya sekadar berkongsi atas apa yang berlaku di beberapa perkampungan DUN Tempasuk terutama idea dan pandangan dari beberapa ketua kampung yang sempat saya temui.

11 ulasan :

Unknown said...

KM, tahniah kerana menyamakan Datuk Musbah dengan tokoh besar, Thaksin Shinwatra! Blogger Nujum Pak Belalang juga pernah posting artikel sama.

Mencari seorang tokoh politik dan ahli perniagaan di Malaysia ini setaraf dengan Thasin samalah seperti mencari sebutir beras dalam seguni pasir...

Tiba-tiba ada pula di Kota Belud yang setaraf dengan Thaksin?! Jika PM tahu, sudah tentu DMHJ dilantik Menteri Penuh dan penasihat kepada PM! Alangkah bertuahnya rakyat Tempasuk dan Kota Belud.

Hanya Jauhari yang kenal manikam..

Namun yang ketara persamaan antara DMHJ dengan Thaksin: Kedua-duanya sebagai ahli perniagaan yang kaya raya. Dan masih kaya raya.

Perbezaan?: terlalu banyak! sukar jelaskan satu persatu, bimbang ada pula yg kata saya prejudis dengan DMHJ.

Politik? Thaksin tidak pernah kalah dalam election kerana popular dengan rakyat. DMHJ pernah kalah dalam PRU 1990 dan kalah Ketua UMNO Bahagian.

fikir-fikirkanlah!

BN Kota Belud akan jemput DMHJ memberi penerangan mengenai Projek Agropolitan dan Jelapang Padi dalam satu Seminar "Pembangunan Kota Belud: Kini dan Masa Depan" yang dijangka akan diadakan July. Harap Thaksin KB ini hadir dan meyakinkan semua peserta seminar

kelapa mawar said...

Salam Ayahanda MO...

lama tak memberikan komen...rindu membaca komen Ayahanda MO mengenai hal ini..

saya hanya terfikir, bagaimana seorang tokoh besar yang mengkucar-kacirkan Thailand kerana atas sebab dilucutkan darui jawatan PM dalam satu rampasan kuasa tentera ..boleh mendapat perhatian dari masyarakat akar umbi..?

Saya terfikir bagaimana seorang yang kaya raya boleh mendekati rakyat sebegitu rupa sehingga rakyat sanggup berhadapan dengan pelbagai ancaman..?

lalu..ia mengingatkan kepada saya bahawa seorang pemimpin itu harus akur pada naluri semulajadi politik iaitu 'kuasa' adalah hak rakyat dan harus dikembalikan kepada rakyat..

Di KB..saya hanya menyaksikan bagaimana pemimpin kita begitu tidak mempedulikan hal sebegini.. Saya kagak sepi dalam hal ini..? walaupun ada yang masih cuba berjuang utk kebajikan rakyat..namun masih ada yg berjuang utk kepentingan diri dan status politik mereka..

Sama ada Thaksin sama dgn Datuk Musbah..itu penilaian masing-masing..Saya hanya cuba berkongsi persepsi ini,,

Unknown said...

Saudara MO,

Komen saudara lebih kepada emosi seorang yang tidak berpijak kepada akal fikiran sebalik berpandukan kebencian, keirihatian dan rasa dengki saudara kepada DHJM. Apakah yang dilakukan oleh pemimpin terdahulu sebelum DHJM langsung tiada. Keakrabkan DHJM dengan masyarakat akar umbi sukar ditandingi oleh mereka terutama bos kau DSSK. Saya mencadangkan MO mengulas berdasarkan fakta bukannya dipengaruhi oleh pemikiran saudara itu penyokong DSSK.

BELUM PENDEKAR said...

Saudara Kelapa Mawar,

1. Ada dua perkara yang ingin saya kongsikan.

2. Pertama berhubung posting saudara mengenai seorang pemimpin yang dilebel sebagai sama atau standing dengan Thaksin Shinawatra, bekas PM Thailand. Saya tidak tahu dari sudut mana sebenarnya pemimpin berkenaan "sama" dengan Bekas PM Thailand sehingga beliau digelar Thaksin Shinawatra Kota Belud.

3. Pun demikian, sedikit sebanyak mengenai Thaksin yang saya perolehi dari sebuah laman web adalah seperti berikut:_

“In his latest assets declaration on November 14 last year, ousted Prime Minister Thaksin Shinawatra reported assets totaling Bt 557 million to the National Counter Corruption Commission. His wife Pojaman declared assets totaling Bt 8.7 Billion after debt. Thaksin reported his six deposit bank accounts worth Bt 509 million. Pojaman had 18 deposit bank accounts worth Bt 3.4 billion and a deposit account in a non bank financial institution worth Bt 60 million.” – The Nation, Jun 12, 2007.

Jumlah harta yang beliau isytiharkan sebelum beliau menjadi PM Thailand adalah kira-kira 150 juta Bhat sahaja. Dan, harta yang sebegitu banyak didakwa diperolehi oleh Thaksin melalui kedudukan beliau sebagai pemimpin.

...bersambung/-

BELUM PENDEKAR said...

...sambungan/-

4. Thaksin begitu disukai oleh rakyat Thailand kerana beliau kononnya memberi wang tunai kepada mereka. Ini jelas diakui oleh seorang pemandu “Tuk-Tuk” di Bangkok yang memaklumkan kepada seorang teman rapat saya seperti berikut “Thaksin very good, give money money. Abishit.. no good, F*** F***”. Jawapan ini timbul secara spontan bila teman rapat saya tadi bertanya mengenai pandangan beliau terhadap Thaksin kerana pada waktu itu, tunjuk perasaan “baju Merah” di adakan di sekitar Pattaya, iaitu lokasi Persidangan Pemimpin-pemimpin ASEAN sedang berlangsung.

5. Dengan maklumat di atas, saya fikir banyak perkara yang boleh kita fikirkan. Namun, barangkali lebih baik untuk saya tidak mengulas dengan lebih mendalam dan lanjut kerana bak kata Kelapa Mawar, “saya serahkan kepada pembaca untuk menilainya.”

6. Kedua, saya sebenarnya tidak faham dengan fungsi blog wakil-wakil rakyat kita dari KB. Kalau kita perhatikan, kandungan blog-blog berkenaan hanyalah memuatkan acara yang mereka gelar sebagai “turun padang”. Saya tidak tahu apa pandangan orang lain, tetapi pada saya aktiviti merasmikan mesyuarat PIBG, Melawat kawasan banjir, merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai dan sebagainya (sekadar menyebut sebahagian yang saya ingat) sepertimana dimuatkan dalam laman web Wakil Rakyat kita adalah kurang memberi manfaat kepada rakyat. Saya melihat bahawa bahan seumpama itu adalah terlalu “low standard” untuk dipaparkan dalam blog seorang wakil rakyat. Selain untuk “menunjuk-nunjuk” bahawa mereka kononnya buat kerja dan untuk mempromosikan diri sendiri, saya tidak nampak tujuan yang lain.

7. Ekspektasi saya terhadap kandungan blog seorang wakil rakyat adalah perkongsian pemikiran-pemikiran baru mengenai kaedah untuk memanjukan bangsa dan masyarakat. Wakil rakyat pada saya perlu mempunyai kebolehan untuk mengenalpasti masalah dengan tepat, mampu mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan sentiasa mempunyai pandangan dan buah fikiran yang berbeza untuk dikongsi bersama dengan rakyat dalam usaha membawa mereka ke arah kehidupan yang lebih baik lagi. Kalau setakat menjalankan aktiviti rutin sepertimana yang mereka lakukan dalam laman blog tersebut, saya fikir siapa-siapa pun boleh buat. Sebab itulah barangkali maka terlalu ramai yang merasakan bahawa diri mereka layak menjadi pemimpin dan tidak sabar-sabar untuk “beraksi”.

8. Tidak seperti penyokong Thaksin, orang seperti saya mengharapkan agar pemimpin saya, memberikan saya “pengetahuan untuk membuat kail dan bukannya ikan”. Ini adalah kerana, dengan diberi ikan, saya hanya akan dapat makan ikan untuk hari itu sahaja sedangkan jika diberi pengetahuan untuk membuat kail, saya akan dapat makan ikan untuk sepanjang hayat. Dan kerana saya ini orang yang kurang berpelajaran dan kurang berpengetahuan, maka Saya juga mengharapkan agar pemimpin saya memberitahu saya bahawa ada banyak cara lain untuk menangkap ikan iaitu dengan jala, pukat, kelong dan sebagainya dan seterusnya mengajar saya bagaimana untuk membuat alat-alat ini dan juga perkara lain yang berkaitan dengannya supaya saya mendapat lebih banyak ikan lagi.

9. Malangnya, saya belum nampak usaha wakil rakyat kita yang menjurus kepada semangat bidalan di atas. Yang ini, saya serahkan kepada saudara Kelapa Mawar untuk mengulasnya.

rojokobog said...

Salam KM,
Jangkauan dari segi politik ibarat langit dan bumi diantara mereka..apa lagi dari segi kekukuhan kewangan, Thaksin mampu memiliki Kelab bolasepk elit di Eropah dgn perbelanjaan berbillion sepanjang tahun...Harus dan wajib DIINGATKAN bahawa KESEDARAN Datuk Haji Musbah Bin Haji Jamli untuk mendampingi akar umbi/pengundi khususnya di DUN Tempasuk agak terlalu baru, bagi mereka yang baru berpolitik memang nampak beliau sering berdamping dgn akar umbi, TETAPI bagi mereka yang telah lama berkecimpung dalam arena politik di Kota Belud lebih memahami dan maha mengetahui sejak bila Datuk Haji Musbah Bin Haji Jamli mula mendampingi/turun padang mendekati rakyat, kita kena terima hakikat..yang baru tetap baru dan yang lama tetap lama.

Unknown said...

Saya amat tertarik dengan komen panjang lebar sdra Belum Pendekar. Tahniah kerana mempunyai pengamatan yang tajam..

Oh Ya kepada Blogger Rakyat Biasa: Seseorang yang menuduh komen seseorang itu emosi, sebenarnya lahir dari perasaan seorang yang penuh emosi dan prejudis terhadap saya dan SSK!

Unknown said...

Saudari Kelapa Mawar,

Saya secara peribadi melihat penulisan saudari kali ini amat baik untuk diperbincangkan. Walaupun idea ini mulakan oleh saudara nujum pak belalang. Tetapi saya melihat saudari telah dapat membezakan antara pemimpin terdahulu dengan DHJM. Pun demikian saya akur kepada pandangan prajudis rakan bloger lain mengenai penulisan ini.
Bila saya membaca komen Saudara Musli Oleh memberi gambaran kepada kita bahawa saudara tidak bersetuju dengan penulisan ini. Saya memberi alasan begini kenapa saudara Musli tidak pernah bersetujui dengan DHJM.

1. Dari dulu lagi MO oleh ini tidak pernah melihat kebaikan yang dilakukan oleh DHJM kepada penduduk Kota Belud, sebaliknya beliau hanya merendah-rendahkan kebolehan DHJM membawa perubahan kepada masyarakat kota belud. Kita faham siapa MO ini, dia amat pro kepada DSSK sebab itu apa juga yang dilakukan oleh DHJM sentiasa di anggap remeh. Cuma saya ingin membawa saudara berfikir apakah bentuk pembangunan yang dilakukan oleh DSSK sewaktu memegang Ketua Menteri yang boleh dianggap memacu ekonomi Kota Belud seperti yang dilakukan oleh DHJM. Sedangkan kuasa Ketua menteri begitu cukup untuk mengubah imej Kota belud
2. Saya fikir tanggapan MO terhadap DHJM tidak akan pernah telus selagi beliau dipengaruhi oleh pemikiran yang negetif terhadapnya. Perasaan seumpama ini harus dikikis supaya pendapat yang dikemukkan tidak berbentuk prejudis.
Kepada saudara Belum Pendekar terima kasih cerita saudara kisah ikan dan kail, saya terasa saudara telah mengakui DHJM telah menyediakan kail kepada penduduk Kota Belud apabila beliau membawa pembangunan seperti Projek Jelapang Padi dan Projek Agropolitan. Kedua-dua projek ini umpama kail kepada golongan petani. Terima kasih saudara berbicara lebih terbuka berbanding saudara MO.

Pak Cik Amin said...

sdr Belum Pendekar..

saya agak terkejut membaca komen sdr mengenai blog wakil rakyat di KB yang sdr katakan sbg 'low standard"..ini satu persepsi yg salah..kerana sdr sendiri tidak ada blog yg berkongsi pengalaman dan pemikiran..

soal menceritakan aktiviti turun padang.saya rasa ada baiknya supaya masyarakat tahu peranan pembangkang..

namun saya bersetuju dgn pendapat sdr mengenai perlunya perkongsian gagasan dan pemikiran kepada rakyat..dari seorang pemimpin.

Pak Cik Amin said...

Sdr Belum pendekar..

saya juga tidak ada blog..tetapi saya tidak melabelkan blog orang lain sbgi low standard apatah lagi blog wakil rakyat kita...

saya mohon supaya sdr belum pendekar memberi ulasan mengenai hal ini..

BELUM PENDEKAR said...

Salam Pak Cik Amin,

1. Terim kasih atas komen Pak Cik. Saya mohon Pak Cik membaca semula komen saya. Saya katakan, bahan yang sedemikian rupa adalah "low standard" untuk di paparkan bukannya blog berkenaan. Pak Cik harus faham, sebagai seorang yang memegang gelaran pemimpin, haruslah ada kelebihannya dari segi pemikiran dan pengetahuan. Maka itu baru seseorang itu layak untuk kita angkat sebagai pemimpin. Kalau hanya sekadar memaparkan acara-acara yang sedemikian, saya kira pemimpin kita belum lagi menepati apa yang sebenarnya diharapkan dari seorang yang bergelar "pemimpin".

2. Saya kira, penjelasan saya dalam komen terdahulu amat jelas dan tidak perlu diperjelaskan lagi. Melainkan, jika Pak Cik memilih untuk "tidak melihat" isu yang saya perkatakan. Maka, saya sarankan agar Pak Cik membaca komen saya sekali lagi agar Pak Cik benar-benar faham maksud saya.

3. Mengenai isu, saya tiada blog, saya kira itu bukan persoalan yang penting kerana saya bukan pemimpin atau wakil rakyat. Oleh sebab itu maka tiada keperluan untuk saya mempunyai blog. Saya hanya rakyat biasa yang cuba berkongsi pemikiran dan pandangan yang sedikit. Namun, andai hanya kerana saya tiada blog maka saya tidak boleh memberi pandangan, saya kira itu pemikiran yang kolot.

4. Kepada saudara MO, setelah membaca komen rakan-rakan kita yang lain maka memang benar lah kata saudara
"Hanya Jauhari yang mengenal Manikam"...