Tuesday, March 30, 2010



Ramai yang tertunggu-tunggu formula yang boleh meredakan kemelut dan krisis kepimpinan MCA. Antara sebabnya ialah kerana MCA adalah parti paling kanan dalam BN. Parti yang menjadi sayap penting kepada kelangsungan BN terutama dalam meraih sokongan pengundi CINA. Dan setelah mesyuarat EGM berakhir semalam, sesuatu yang mengejutkan telah berlaku. Presiden MCA sebelum ini iaitu Datuk Ong Tee Kiat telah kecundang di tangan Timbalan. Presiden MCA , Datuk Chua Soi Lek. Ong hanya memperolehi undi lingkungan 500 lebih dan Chua pula meraih sokongan terbanyak seramai 901 undi seterusnya menolak harapan Ong Ka Ting untuk kembali mengemudi parti kaum Cina Terbesar itu. Ka Ting hanya memrepolehi undi 800 lebih. Ini menolak desas-desus sebelum ini, yang meramalkan, Ka Ting bakal menerajui semula MCA bersama gandingan Datuk Seri Liow Tong Lai yang telah pun lebih awal menempa kerusi nombor dua parti berkenaan itu.




Keputusan perwakilan memilih Datuk Chua Soi Lek, dilihat mempunyai signifikan dengan transformasi yang bakal dilakukan oleh parti itu. Keengganan Datuk Ong Tee Kiat sebelum ini untuk bertolak ansur dikatakan punca kepada krisis MCA bertambah teruk. Agak mengejutkan juga, kerana Chua Soi Lek yang terlibat dalam skandal seks dengan tersebarnya vcd lucahnya sukar diketepikan oleh perwakilan.




Dua keadaan yang harus dibezakan iaitu antara kehendak perwakilan dan kehendak pengundi yang terdiri daripada rakyat jelata.Jika kehendak dan percaturan perwakilan tidak selari dengan kehendak dan naluri pengundi,maka itu juga tidak ada gunanya. Ertinya transformasi yang dicanangkan akan menemui kegagalan. Parti dan pemimpin itu akan terus ditolak oleh rakyat. Apakah janji Chua Soi Lek untuk mengukuhkan parti akan diterima oleh para pengundi Cina ? Apakah MCA akan menjadi parti pilihan ramai?




Di sebalik janji Chua Soi Lek itu, rakyat masih melihat sebagai satu sandiwara politik yang bisa menghancurleburkan harapan rakyat kepada BN. Transformasi kata sesetengah penganalisis bukan sekadar perubahan kepada penstrukuturan organisasi dan membaharui janji dan ikrar kepada rakyat. Tetapi juga rakyat mengkehendakkan transformasi moral yang membebaskan dari belenggu dan cengkaman keruntuhan akhlak. Seorang ahli politik bukan sahaja mendedahkan diri kepada penelitian khalayak tetapi juga adalah merupakan suara kepada kepimpinan. Bagaimana seorang yang rosak moralnya boleh menjadi suara kepada kepimpinan itu ?



Keputusan perwakilan MCA ini akan memberi kesan kepada BN. Ia tidak akan menyelesaikan bahkan akan menjejaskan imej parti perikatan itu. Di saat PM mendendangkan Perubahan kepada BN, Nampak gayanya parti komponen masih sukar mengikutinya.

3 ulasan :

ROJOKOBOG said...

Salam KM,
Peribahasa ada menyatakan lain padang lain belalangnya...Belalang oh!belalang, peribahasa ini agak menepati ciri-ciri pemilihan MCA beberapa hari yang lalu, dimana Dato' Chua Soi Lek yang mempunyai skandal sex berprofail tinggi dan diakui oleh beliau sendiri bahawa dalam video yang tersebar beberapa tahun yang lalu itu adalah beliau, disini lah kita dapat bezakan cara berfikir dan memilih seseorg pemimpin terutama dikalangan parti dalam BN sendiri, jika kes seperti DCSL ini berada dalam UMNO, sudah tentu calon yang bertanding akan jatuh tersungkur sebelum bertanding dgn isu yang sebegini besar sekali, tapi berbeza dgn MCA mereka bolah mempertaruhkan ayam tambatan mereka sampai ke menara gading iaitu sebagai PRESIDEN yang baru, persoalannya KENAPA dan MENGAPA? perkiraan perwakilan MCA bahawa mereka tidak mencampur adukkan diantara kes peribadi dan kepimpinan seseorg itu, penilaian dalam segala aspek mereka akan ambil kira dan sampuakan hingga mendatangkan keuntungan walaupun tidak seberapa tapi yang penting endingnya keuntungan menyebelahai mereka, itu lah salah satu matlamat kaum yang menerajui ekenomi negara kita ini, inti patinya bagi DCSL dapat membuat kepimpinan MCA mengharungi PRU-13 nanti dengan jayanya sepertimana yang dihasratkan oleh PM..semoga Ahli Parlimen Labis yang petah bercakap melayu ini berjaya menunjangi MCA dgn jayanya TAHNIAH, kata org jawa Batu Pahat, Johor "NIR KARSA NIR JAYA"

bayugunung said...

Salam,

..Ada beberapa orang yg saya saya temui sambil berseloroh yg kurang enak di dgr, "Tiada org lain lagika, mau juga pelakon ..tut!.. jadi org no 1.

..Kalau masih bgaduh kes d mahkamah, gagah juga saya mengajak mereka ini berfikir.

Tapi Chua Soy Lek, saya tiada kekuatan...

kunyit said...

Makan Nasi bercampur Udang,
Hendak makan di Tanah Seberang,
Sudah lama tidak bertandang,
Dimana kau menghilang kelapa ku Sayang..