Memang benar, politik itu adalah penuh dengan kemungkinan yang sukar diramalkan. Dan memang benar juga politik itu tiada kawan dan tiada lawan yang berpanjangan. Barangkali ada juga kebenarannya kalau, ‘masa’ adalah hakim kepada kemungkinan dalam politik. Kerana, hanya masa yang menentukan sama ada kemungkinan politik itu suatu kenyataan atau sebaliknya.
Sejurus selepas PRU 12 yang lalu, politik di Sabah dilanda ‘kemungkinan’ yang mendebarkan. Kerana bila nakhoda baru mengemudi bahtera Kerajaan Sabah, ramai yang disingkirkan untuk menjamin keutuhan kuasa yang dimiliki. Di daerah Kota Belud…sehingga kini, walaupun sudah 2 tahun berlalu, ‘pengguguran’ pemimpin utama di daerah ini begitu menghiris hati. Apatah lagi bila DSSK dan TSP tidak diberikan apa-apa kedudukan dalam politik di Sabah.
Bila tercetusnya idea pengambilalihan NGO USBO oleh kedua pemimpin ini, ramai yang tidak bersetuju. Dari pemimpin masyarakat ‘kelas pertengahan’ sehinggalah kepada ‘golongan muda’ yang baru bertunas. Apatah lagi bila kedua-dua pemimpin , DSSK dan TSP memasuki fasa baru dalam politik mereka, iaitulah “fasa penyatuan”. Kerana sebelum ini, kedua pemimpin ini, walaupun dikeluarkan oleh satu daerah, namun banyak wujud ketidakserasian antara mereka. Dan Ini bukan retorika politik, tetapi perkara yang banyak diketahui oleh orang ramai.
Oleh itu bila adanya fasa penyatuan politik kedua pemimpin ini , di bawah USBO, walaupun dinafikan sekeras-kerasnya, bahawa USBO berwadahkan politik, tetapi ramai yang masih meninjau kewujudan USBO adalah membawa manfaat kepada penyatuan politik dua harimau kota belud ini. Maka ramailah penyokong kedua pemimpin ini mula ‘berbaik-baik’ dan saling ‘menerima’ antara satu dengan yang lain. Itulah lumrahnya yang berlaku di peringkat akar umbi, penyokong mereka. Walaupun ada yang masih ‘berdegil’, namun itu amatlah sedikit bilangannya.
Apabila DSSK dilantik sebagai Tim.Ketua perhubungan Umno negeri, ‘hubungan’ politik DSSK dan TSP masih dilihat sebagai ‘intim’, Buktinya ialah apabila kedua pemimpin ini bergabung dalam pemilihan Umno KB, sehingga Berjaya menyingkirkan penyandang asal, Datuk Musbah dan DSSK mengetuai kembali Umno KB.
Perlantikan DSSK sebagai penasihat Sains kepada Ketua Menteri ,Datuk Musa Aman telah menyebabkan DSSK begitu sibuk dan ini diakui sendiri oleh beliau sepertimana yang tertera dalam blognya.Ramai pemmerhati politik di daerah KB, melihat disinilah bermulanya detik kerenganggan politik antara dua pemimpin ini. Malahan USBO sudah semakin terpinggir. Dan ketika pertemuan dengan beberapa AJK USBO baru-baru ini,…DSSK mengakui sendiri bahawa USBO semakin kurang programnya. Apakah sebab kepada wujudnya situasi ini ? Di manakah TSP dalam posisi perencanaan USBO ? Apakah sudah dapat gading bertuah, tanduk sudah tidak berguna lagi ?...Atau apakah ‘hubungan ‘ politik DSSK dan TSP semakin ‘utuh’ menghadapi PRU 13 akan datang ? Kalau TSP dan DSSK masih wujud ikatan politik yang kukuh, bagaimana pula DSSK dengan Datuk Amir Kahar? ..Apa yang nyata, USBO makin tidak kedengaran.
9 ulasan :
Perlukah SSK dan TSP berkulum lidah dan bercium mulut depan rakyat KB untuk buktikan hubungan mereka masih rapat?
Pipit tahu sewaktu TSP dirawat di Hospital Singapura, SSK dan Datuk amir Kahar sentiasa melawat beliau. Begitu juga Shafie Afdal.
KM dan Pipit..
suami isteri yg berkulum lidah pun..ada kalanya rengang...inikan pula pemimpin politik..
Usbo sudah tidak relevan utk perjuangan politik individu..lebih baik jika tubuhkan parti baru..
saya juga tahu TSP begitu marah dgn SSK ketika SSK berjumpa dgn MA ketika melancarkan bukunya...
alah pipit...orang politik, jangan selalu dipercayai...
Rakyat sudah bosan dgn USBO..mrk tidak mahu ambil tahu kerana jelas USBO dijadikan alat utk kepentingan politik.
SSK lebih baik lepaskan jawatn dlm USBO seperti MO supaya orng lain dapat menjadikan USBO berperanan mengikut matlamat asalnya..
Salam Adindia kelapa mawar,
Saudara kita Pipit Pekeba ini macam anjing upahan DSSK dan TSP. Baru kena sentuh pasal Bos dia melenting macam gasing berpusing-pusing. Setidilah kawan waras sikit, adindia kelapa mawar cuba mengutarakan isu ini kerana USBO semacam lumpuh setelah DSSK diberi jawatan oleh Musa Aman. Waraslah
KM,
Orang Bajau ini kalau boleh janganlah pemimpin merreka dilantik sebarang jawatan dalam kerajaan!
Kalau dilantik pemimpin Bajau mereka akan marah dan keluar ayat "tidak relevan" dan lain-lain.
Berilah masa dan peluang kepada pemimpin USBO tersebut jgn terlalu membuat persepsi negatif kerana mereka adalah pemimpin yang telah membaca kira-kira politik dan mereka lebih bijak dari kita sebagai pemerhati dan rakyat biasa.
salam MO
KM,,,
Saya hairan dgn pendapat denakan Musli..asyik-asyik beri peluang..tapi orang yang diberi peluang tidak pernah mengambil peluang utk membantu rakyat..
saya katakan tidak relevan kerana sudah terbukti mereka telah 'gagal' melaksanakan tanggungjawab mereka..
saya cabar denakan MO, supaya memberikan 1 program yang dibuat oleh USBO utk meningkatkan taraf hidup masyarakat Bajau..?
Saya mengaku bukan pandai berbanding dgn mereka tetapi saya lebih pandai daripada tidak menipu rakyat...cukuplah itu bagi saya.
Saya setuju dengan pak cik amin..memang usbo sudah tidak relevan..saya lebih suku Perkasa yang YDPnya si MO itu daripada USBO..
janganlah cabar-mencabar wahai Pak cik..si MO ni memang pantang di cabar..lihat sekejap lagi dia jawablah itu...
Salam Semua,
1. Saya tertarik untuk memberi sedikit pandangan berhubung perkara ini.
2. Pertama, izinkan saya memberi pandangan mengenai perhubungan politik DSSK dan TSP yang dahulunya dikatakan agak renggang. Sebelum itu, saya ingin memohon maaf andai ada sesiapa yang tersinggung dengan kenyataan saya kelak kerana saya mungkin agak berterus terang kali ini.
3. Sepertimana kita semua sedia maklum, pada masa dahulu masyarakat tidak kira di mana sekalipun hidup dalam keadaan yang kurang bertamaddun. Justeru, timbullah perasaan bahawa orang lain selain dari kelompok suku tertentu adalah merupakan "musuh" dan perlu dihapuskan. Inilah yang terjadi di mana-mana tempat di dunia ini. Di Sarawak misalnya, ia berlaku dengan lebih dahsyat lagi sehingga suku-suku yang berlainan saling serang-menyerang antara satu dengan yang lain dengan tujuan untuk memburu "kepala" puak lain yang dianggap musuh tadi. Sila baca buku tulisan allahyarham Amil Jaya bertajuk NGAYAU, maka saudara sekelian akan faham apa yang saya maksudkan. Walaupun zaman tersebut sudah lama berlalu, di KB pemikiran bahawa puak lain adalah musuh masih bertahan hinggalah ke era awal tahun 80-an. Samada secara langsung atau tidak, kita tidak dapat lari dari kenyataan bahawa orang bajau bersangka buruk dengan orang irranun dan dusun, orang irranun bersangka buruk dengan orang bajau dan dusun dan orang dusun pula bersangka buruk dengan orang bajau dan irranun.. Inilah hakikatnya...
4. Justeru, saya tidak hairan jika di peringkat awal pembabitan DSSK dan TSP dalam arena politik, mereka ini diberikan nasihat dan pandangan yang salah oleh pihak-pihak tertentu yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menasihatkan kedua-dua pemimpin ini untuk bersama-sama berjuang memertabatkan masyarakat dan daerah KB. Kedua-dua pemimpin ini barangkali telah disogokkan dengan maklumat bahawa DSSK adalah musuh, manakala TSP pula disogokkan dengan maklumat bahawa DSSK adalah musuh. Walhal, hakikatnya, kedua-dua pemimpin ini barangkali tidak pernah berfikiran sedemikian pun. Akhirnya, kerana pada masa tersebut usia mereka masih muda maka tidak hairan jika mereka termakan nasihat yang salah lantas mereka menjadi agak sedikit berprasangka antara satu dengan lain pada masa itu.
5. Dengan meningkatnya tahap pendidikan negara, pemikiran lama bahawa orang lain yang bukan dari suku kita adalah "musuh" telah bertukar. Sekarang ini kita telah bersikap lebih terbuka dan menerima bahawa kita ini semamngnya hidup dalam kepelbagaian suku. Di tambah dengan faktor kahwin campur yang begitu banyak antara suku kaum ini, maka prasangka dan pemikiran negatif kita menjadi semakin hilang. Kalau dulu orang irranun atau dusun dianggap musuh oleh orang bajau misalnya, sekarang mereka dianggap sebagai saudara kerana isteri kita mungkin dari keturunan berkenaan. Justeru, hanya mereka yang berfikiran kolot sahaja yang akan menganggap bahawa orang dari suku lain adalah "musuh" dan ancaman. Sekarang ini, kita bersaing melalui pendidikan. Jika tiada pelajaran maka tertinggal lah dan jangan pula salahkan orang lain kalau kita tidak seperti orang lain.
...bersambung/-
... sambungan...
6. Dengan kesedaran bahawa selama ini mereka telah tersilap dalam menilai hati budi masing-masing maka DSSK dan TSP pada saya telah mengambil langkah yang betul dengan mencari persamaan antara mereka. Sebagai pemimpin yang disegani di kalangan suku masing-masing, mereka bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengujudkan suasana yang lebih baik agar masyarakat KB khususnya dapat bergerak ke hadapan secara bersama-sama. Dan, sepatutnya usaha ini disokong oleh semua orang kerana kalau boleh, kita tidak mahu lagi melihat permusuhan dan buruk angka antara kita di KB.
7. Maka, tidak ada sebab pada saya pemimpin-pemimpin ini didakwa sebagai "semakin renggang" antara mereka kerana mereka tidak mempunyai sebab ke arah itu. Sebagai pemimpin, saya percaya mereka kesemuanya lebih memilih untuk kebaikan dan bukannya keburukan. Saya juga yakin bahawa mereka walaupun jarang kelihatan bersama masih utuh persahabatan mereka. Pada saya, tidak perlulah mereka dilihat sentiasa saling berpegang tangan maka barulah mereka dikatakan rapat. Secara extreme nya, betul lah kata sdra Pipit Pekepa tu..
8. Maka, bila ada yang sanggup menggelar orang lain sebagai anjing hanya kerana membela pihak tertentu, pada saya itu sudah melampau dan tidak bertamaddun. Kalaupun tidak bersetuju, ada cara yang lebih baik lagi untuk menegur.
Post a Comment