Thursday, March 4, 2010


Apabila Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali yang juga ahli parlimen PASIR MAS mempelopori penyatuan 76 NGO Melayu merealisasikan Majlis Perwakilan Melayu (MPM), maka ramai nadsionalis Melayu menyatakan kebimbangan kepada parti-parti Melayu terutama UMNO, kerana apakah ini menggambarkan 'kegagalan' parti UMNO memperjuangkan hak peribumi di negara ini. Sebagai parti nasionalis yang "memperjuangkan dan mempertahankan" hak orang Melayu, wajarkah UMNO mempunyai NGO Pendesak seperti yang dikatakan oleh Datuk Ibrahim Ali sebagai "pendesak berhemah" bagi Kerajaan.?Apakah sepanjang 50 tahun Umno memerintah negara ini, berlaku 'pencabulan' hak dan ketuanan Melayu dan pribumi? sehingga memaksa MPM ditubuhkan?



Para nasionalis melayu mula dilanda kegusaran mengenai perkembangan terbaru ini. Terlucut dari perkiraan mereka, apakah orang Melayu perlu mula bergantung harap kepada NGO untuk 'mengembalikan' maruah orang Melayu dalam perlembagaan..? Sedangkan UMNO dilihat semakin jauh dari yang sepatutnya di perjuangkan..Mereka melihat orang Melayu semakin 'kecil" dan kehilangan hak yang sewajarnya dalam negara sendiri? lantas membuatkan mereka terfikir..Siapa yang patut di salahkan?



MPM bukan sahaja dilihat sebagai 'penegur' berlapis kepada UMNO tetapi juga turut mempertahankan beberapa hak dan keistimewaan orang Melayu termasuk peri penting dan peranan raja-raja Melayu yang sudah termaktub dalam perlembagaan negara. Termasuk agama Islam dan juga kedaulatan bahasa kebangsaan.Antara NGO yang menyertai MPM ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).





Di Sabah, secara jujurnya, Peranan PERKASA tidak berapa terserlah lagi, mungkin masih baru atau mungkin juga kerana terpaksa melalui 'prosedur' tertentu sebelum menangani permasalahan rakyat pribumi di negeri ini. Al maklumlah..PERKASA di Sabah adalah ibarat 'anak' yang masih memerlukan perhatian dari seorang 'bapa'. Penulisan ini bukan 'mempertikaikan' kejujuran dan kredibiliti PERKASA Sabah, namun mungkin boleh dijadikan sebagai permulaan awal penterjemahan peribancangan secara lebih teratur. Kerana di Sabah, bukan sahaja sejak dulu, pribumi menghadapi banyak permasalahan, tetapi juga sudah sampai ke tahap 'lambakan' dan 'gagl' diselesaikan. Terfikir saya ketika menulis paparan ini..BOLEHKAH PERKASA SABAH MENJADI PENDESAK BERHEMAH KEPADA KERAJAAN BN SABAH..?




Kita mengharapkan supaya tidak berlaku doktrin pengasingan masalah pribumi di Sabah. segelintir tidak terbela, manakala segelintir mendapat pembelaan. Oleh yang demikian kita serahkan kepada YDP PERKASA SABAH, Sdr Musli Oli dan juga AJK nya termasuk Setiausaha Kehormat Sdr Kibin Samad yang begitu optimis dengan pendedahan penyelewengan hak pribumi di Sabah.

Kita tidak mahu, kehadiran PERKASA di Sabah sebagai 'melukut di tepi gantang' atau diistilahkan oleh kebanyakan orang sebagai 'tidak menambah kepada yang ada, dan tidak berkurang kepada yang tiada". PERKASA SABAH , bukan sahaja 'berhak' menentukan halatuju penglibatannya dalam hal kewajaran pembelaan hak pribumi malah harus dilihat berhemah menegur kerajaan BN Sabah, terutama berkaitan dengan hak Sabah dalam 20 perkara. Tinggal lagi, apakah PERKASA SABAH dapat memenuhi selera pribumi di Sabah? bersama kita harapkan yang demikian.

15 ulasan :

Unknown said...

TERIMA KASIH DARI PERKASA CAWANGAN SABAH ATAS PAPARAN KELAPA MAWAR:

Perkasa Sabah akan mengadakan beberapa program dalam tempuh terdekat selepas Mesyuarat Agung Perkasa Pusat pada 27Mac .

Perkasa Sabah mengambil pendekatan seperti alunan ombak yang sentiasa menghempas pantai, barangkali sekali-sekala akan membadai.

Perkasa tidak seperti Tsunami hanya mengamuk sekali dan senyap bertahun. Perkasa akan konsisten dalam menegur isu-isu yang membabitkan kepentingan pribumi di Sabah.Tetapi kami mesti juga berhati-hati agar Perkasa tidak mencipta musuh atau terpijak kaki orang lain dalam usaha itu.

Terlalu banyak isu sensitif yang perlu dilihat secara hati-hati seperti menarik rambut dalam tepung. Umpamanya isu PTI dan isu "anak negeri".

InsyAllah dalam beberapa minggu lagi rakyat Sabah akan melihat perkembangan Perkasa Sabah.

Renungi bait-bait sajak ini:

Demikianlah
bertahun-tahun sudah
ombak mengejar pantai
dari benua ke benua
menyampai rayuan
rindu
membawa salam kalbu
namun pasir itu tidak
jua mengerti
tidak jua peduli
Aduhai!!

Salam YDP Perkasa Sabah.

Hussin Lampoyang said...

Oiii KM..

apa kau susah-susah cerita ini PERKASA..macam mana Perkasa tegur kerajaan Musa Aman sedangkan YDPnya berikan fakta tentang pertumbuhan ekonomi Sabah pun tidak update..23% tu rupanya tahun 2004, yang terbaru 2007 16%..cuba kau fikir sendiri..wajarkah dia didengar oleh ketua menteri..

Pak Cik Amin said...

Salam KM..

PERKASA di Sabah akan menjadi NGO pak turut kerana faktor mau 'selamat' dan menjaga kepentingan peribadi politik.

Kalau di KB Perkasa sendiri tidak boleh bersuara membela nasib pribumi..bagaimana pula di peringkat negeri..

Itu pendapat sayalah..kalau tak setuju boleh kita bincangkan bersama.

Unknown said...

husin lempoyang,

yang 23% dan 16% itu apa? Kalau pertumbuhan ekonomi terlalu tinggi. Paling tinggi kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia awal 90an ialah 8%.

Barangkali kadar kemiskinan yang sdra maksudkan.

Pakcik amin jgn terlalu awal kata Perkasa Pak turut. Mencemuh memang kerja yang senang. Saya tiada kepentingan politik.

Di KB Perkasa menawar diri dengan menyediakan peguam percuma kepada penduduk yang kata tertindas dan tidak dibayar pampasan tanah, namun setelah siasat kebanyakannya telah mendapat pampasan. hanya jumlah pampasan yang mereka terima tidak seperti diharapkan.

Tawaran PERKASA masih terbuka dan berharap JK Bertindak akan berhubung dengan PERKASA.

Salam MO

PIPIT PEKEPA' said...

salam anakanda KM,

Walaupun saya tidak minat cara Husin Lampoyang kerana mencuri identiti orang lain iaitu blog "The Antics of Husin Lempoyang", blogger yang terkenal, saya setuju juga bila dia cakap pasal YDP Perkasa Sabah.

Husin yang menyamar ini patut kekal identiti sebagai Murai KB. Jgnlah ikut nama blogger yang sudah tersohor.

Siapa juga si Musli mahu jadi hero NGO? Kerja tiada. Sana sini pau duit kontraktor. Ini kerja dia dari dulu. Kalau ada orang dapat projek di KB dia akan minta macam dia pula wakil rakyat. Tanya semua kontraktor di KB semua Musli tipu.

SSK pun bukan percaya sangat dengan dia. Kena buang kerja diganti sepupunya si Majin. Hahaha

isk isk. MO mau jadi hero konon! Pipit harap Musli naik hajilah dulu.

Pendekar Tua said...

Salam KM..

lama juga saya tidak memberikan pandangan di blog KM ini...saya terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti sosial seperti PERKASA juga..cuma saya buat secara sendirian dan kadang-kadang berkumpulan 2-3 orang sahaja. Membantu penduduk miskin yg mempunyai anak tetapi tidak dapat peluang menyambung pelajaran kerana tiada kemampuan.

Setakat ini kami, telah berjaya menghantar 7 orang menyambung persekolahan peringkat diploma, STAM dan Ijazah d beberapa kolej di semenanjung. Alhamdulillah.

Baru kali ini berpeluang memberikan pandangan. Isu pilihan KM ini satu isu yang berat kerana melibatkan tatacara pengendalian badan bukan kerajaan NGO iaitu perkasa.

Peranan perkasa di Sabah tidak seberat peranan di peringkat Pusat. Dan buat pengetahuan KM, saya mengenali YDP Perkasa ini serta sebilangan AJKnya..saya tahu 'tahap'mana managment mereka...semuanya oklah..tapi itu bukanlah faktor kepada berjayanya Perkasa di negeri kita..saya rasa 'penerimaan' pemimpin kepada 'teguran' Perkasa itu..yang penting.

Bolehkah SSK berkompromi mendengar teguran Perkasa, sedangkan YDP nya adalah orang yang dikenali tindak tanduknya?

Bolehkah pula pemimpin Perkasa menegur SSK sedangkan sudah diketahui gelagat dan perangai SSK. itu baru contoh dengan andaian SSK berjaya menjadi ketua menteri Sabah...kalau berjayalah...kerana dengar khabarnya sejak dilantik penasihat kepada Datuk Musa Aman..rakan-rakan lama sudah mula dilupakan..

Apapun terima kasih kepada Kelapa Mawar kerana memberikan peluang kepada saya orang tua ini bercakap dengan lancar dan terbuka.

salam hormat
PT

Unknown said...

salam KM,

saya tidak berhajat menjadikan blog KM sebagai medan pertikaman lidah dengan Pipit Pekepa.

Saya hanya minta jika pipit seorang pengkritik berhemah, tolong namakan seorang saja kontraktor di KB yang saya pernah minta duit sewaktu SSK jadi YB. Saya minta satu nama kontraktor saja. Bukan dua atau tiga. Jika tiada tolong hentikan buat fitnah.

Semasa SSK jadi YB saya tidak pernah ada jawatan dengan SSK. Pegawai Perhubungan ialah Jikal Gabie, Mansu Ujud dan Mohd Yakin. Manakala Pegawai kemajuan Rakyat atau PKR ialah Deraman Salun, Aziz Zaman, Mansu Ujud.

Saya tidak pernah ada jawatan dalam parti atau kerajaan. harap Pipit maklum.

Salam MO

Murai.KB said...

salam KM

terlebih dahulu sy mgulas tuduhan pipit pekepa bahwa husin lampoyang adalah murai.kb. di sini murai tegaskan bahwa murai.kb.hanya MEMPUNYAI blog murai.kb SAHAJA.

bukan mcm pipit pekepa yg myamar bagi menyerang peribadi pemimpin atau orang lain.

murai berstuju dgn husin kerna kadar kemisikinan yg di nyatakan oleh sdr musli di blog murai.kb adalah tidak tepat kerna itu adalah kadar pd tahun 2004 bukan 2010. terimah kasih.


-murai.kb-

Hussin Lampoyang said...

Kepada sdr Musli Oli,YDP Perkasa Sabah..

Pipit Pekepah..ini tidak ada bukti bercakap demikian ...kita kena ada bukti baru org boleh percaya..

Pertumbuhan ekonomi yg saya maksudkan itu kadar kemiskinan..saya ada membaca pertikaman lidah sdr MO dgn Muraikb..mengenai hal ini..

kelapa mawar said...

Sdr MO..

Ma kasih atas response sdr selaku YDP Perkasa Sabah..saya begitu menghargai keterbukaan sdr emmperjelaskan kedudukan yang sebenar dan itu perlu sebagai rekod dan rujukan generasi akan datang tatkala kita sudah tidak berada di kedudukan kita sekarang.

Secara berhemah saya menjangkakan Perkasa di Sabah akan menjadi NGO yang aktif memperjuangkan hak dan kepentingan pribumi..

Dan yang paling mengejutkan saya ialah apabila rupanya sdr MO ini seorang yang dekat hatinya dgn sastera. selama ini sdr MO begitu terkenal dgn komen dan ulasan yang 'berat' dan berhati-hati..

Semoga sdr dan Perkasa akan terus sukses.

P/s Saya suka sajak itu.

kelapa mawar said...

sdr Hussin lampoyang..

ma kasih juga kerana mengunjungi blog KM ini..

salah satu sifat semulajadi manusia ialah pelupa..dan itu dimiliki oleh semua orang termasuk KM dan sdr hussin sendiri..mungkin pernyataan ini dapat membantu sdr mengendalikan emosi.

kelapa mawar said...

Pakcik Amin..

saya setuju dgn apa yg dikatakan oleh sdr YDP Perkasa, iaitu masih terlalu awal utk kita menyatakan kredibiliti Perkasa..

ma kasih

kelapa mawar said...

Sdr Pipit pekepa..

sdr ni selalu membuat pernyataan yang 'menggemparkan' rasanya macam terlalu banyak rahsia orang tertentu yg sdr pegang dan ketahui hanya menunggu utk didedahkan..

saya berharap agar sdr pipit pekepa mengutamakan 'kebenaran' ketika membuat sesuatu pendedahan..

ma kasih kerana turut sama menyerikan dunia penulisan kita di KB.

kelapa mawar said...

Pendekartua..


ma kasih kerana masih mengingati blog ini..kehadiran sdr saya hargai sepenuhnya.

ulasan sdr yang begitu rupa membuatkan saya berfikir..apakah ia juga akan menjadi satu dilema baru bagi Perkasa? kerana pertautan antara emosi dan perasaan serta prinsip akan membuatkan satu pertimbangan menjadi tidak wajar.

semoga sdr terus sukses.

kelapa mawar said...

Muraikb..

saya memahami apa yg sdr katakan .saya juga mengikuti perkembangan penulisan sdr mengenai kadar kemiskinan dan perkem,bangan ekonomi yang menjadi polemik antara sdr dgn sdr MO...

mungkin ada kekeliruan dan salah faham mengenai hal in..kita tunggu penjelasan sdr MO mengenai isu ini.

semoga sdr sukses selalu.