Sunday, March 7, 2010


Walaupun pada awalnya kedudukan Datuk Musa Aman selaku Ketua Menteri di Sabah tidak disenangi oleh pemimpin suku politik tertentu atas faktor kerana kononnya Datuk Musa Aman bukanlah "teras" kepada suku majoriti di Sabah, namun sebab musabab itu tidak bertahan lama, kerana nyata sokongan serta percaturan politik DatuK Musa Aman begitu ampuh untuk dilumpuhkan hanya dengan bersandarkan kepada 'minoriti dan majoriti' suku dan bangsa. Mungkin 'alasan' itu boleh dipergunakan lewat politik Sabah tahun 80an dan 90-an. Tetapi tidak sudah buat masa mendepani alaf baru, kerana generasi muda dan generasi kedua, lebih banyak melihat kelibat pemimpin berteraskan 'keupayaan' dan 'pendepanan' gagasan yang boleh membangunkan negeri ini. Walaupun masih banyak perkara yang harus di selesaikan, nyata sewajarnya juga diakui bahawa datuk Musa Aman , adalah antara pemimpin yang banyak menyumbang idea pembangunan di Sabah, termasuk usaha memperbaiki kemantapan dan kemampanan ekonomi dan politik.
Imbang Penuh


Sebagai Pengerusi perhubungan UMNO Negeri, merangkap pengerusi BN, Datuk Musa Aman dilihat sebagai pemimpin politik yang punya daya sensitiviti politik yang tinggi. Mengenepikan masalah peribadi remeh dan temeh asalkan BN dan UMNO 'kekal' sebagai penyumbang kepada kemenangan BN di peringkat pusat.


Perkembangan politik terkini di Sabah, membuatkan ramai pihak menjangkakan akan berlaku pertarungan sengit menjelang PRU 13 akan datang. Ini melewati batas kesiapsiagaan parti parti komponen BN di Sabah. Kehadiran DSAI beberapa hari yang lepas cukup menyakinkan ramai pemerhati bahawa selepas ini dunia politik Sabah akan besar geloranya. Sambutan yang begitu meriah yang ditunjukkan oleh rakyat sabah membuatkan Datuk Musa Aman Dan parti komponen lain mula gusar dan gelisah. Apatah lagi apabila strategi PR lebiha awal diumumkan iaitu 'satu lawan satu' ,menyaksikan begitu besar dan mampan niat PR untuk membuatkan Datuk Musa Aman 'kempunan' menjadi Ketua Menteri buat sekian kalinya.

Walaupun pembangkang di Sabah, menyaksikan dua pola politik yang berbeza iaitu PR ( PKR, PAS dan DAP ), terdapat juga pembangkang tempatan seperti SAPP, BERSEKUTU dan PARTI PERPADUAN RAKYAT SABAH. Namun sudah nampak ada kesepakatan apabila Bersekutu, sedia memberikan kesemua kerusi Parlimen di Sabah kepada PR, dan kerusi DUN untuk pembangkang Tempatan. Apakah senario ini boleh menjadi kenyataan. Masih diperingkat perbincangan.


Di sinilah letakknya sensitiviti Datuk Musa Aman, apabila mengambilkeputusan muktamad merombak barisan kepimpinan BN negeri, menyaksikan 10 muka baru diumumkan termasuk perlantikan Ahli Parlimen KB, Datuk Rahman Dahlan sebagai setiausaha baru menggantikan Datuk Karim Bujang. Manakala seramai 15 orang dikekalkan sebagai usaha memantapkan kembali barisan kepimpinan BN supaya tidak ada kerusi yang boleh dikuasai oleh pembangkang. Sebagai menarik sokongan semula kepada beliau, datuk Musa Aman telah awal-awal melantik Datuk Salleh Tun Said sebagai 'penasihat' kepada beliau dan bertaraf menteri. Kelicikan politik Datuk Musa Aman ini, dibuat dengan begitu terancang supaya 'musuh' lama dapat 'dimaafkan' secepat mungkin supaya tidak terus merumitkan politik di sabah.



Pengukuhan kepada pemantapan hubungan antara Datuk salleh dengan Datuk Musa Aman jelas kelihatan apabila sekali lagi Datuk salleh dilantik sebagai pengerusi penyelaras BN bagi daerah Kota belud. Membuktikan bahawa Datuk Musa Aman sedang berusaha gigih 'mendamaikan' sebilangan pemimpin yang 'digugurkan' pada PRU 12 yang lepas. Berikutan itu, bertambah kuat pada penelitian ramai bahawa Tan Sri Pandikar 'bakal' di nobatkan sebagai TYT Sabah. Manakala datuk Amir Kahar juga bakal diberikan peluang semula pada PRU akan datang.



Apakah sensitiviti Datuk Musa Aman ini akan berkekalan hingga menjelang PRU 13 akan datang..? Atau apakah sensitiviti politik ini akan dapat mengekang pengaruh Pembangkang di Sabah yang mula menunjukkan frekuensi yang agak tinggi sejak PRU 12 yang lepas..? Atau apakah segala langkah dan penstrukturan barisan kepimpinan BN ini hanya untuk sementara waktu dan selepas ini, ia akan kembali seperti sebelumnya..? Susah untuk kita mencari rahsia politik Datuk Musa Aman.

12 ulasan :

Ajin b. Gagah said...

Bagi saya, satu lagi artikel dari Kelapa Mawar yang menarik, tersusun dan mempunyai class nya yang tersendiri.

Tidak dapat dinafikan bahawa DSMA sangat-sangat smart dalam memainkan peranaan nya sebagai seorang pemimpin Sabah dalam alaf baru ini.

Tidak dapat dinafikan, bahawa beliau serba sedikit telah mengemaskini kan pentadbiran Negeri Sabah dalam berhadapan dengan kemelesitan ekonomi dan lain lagi. Termasuk usaha beliau untuk memperkenalkan Pembangunan Koridor Sabah.

Tidak dapat dinafikan, beliau telah berusaha ( atas nasihat PM) untuk membaik pulih hubungan dengan musuh politik dalaman beliau saperti DSSK dll lagi.

Tidak dapat dinafikan bahawa UBN masih lagi mendapat tempat dihati penggundi-penggundi Islam (bersebab); terutama sekali dari rumpun USBO.

However, bagi saya, isu pokok disini ada lah dapat kah DSMA melanjutkan career politik beliau dengan penuh cemerlang dan berpengaruh selepas PRU13? Atau ada kah beliau akan di hantui oleh paradigma yang menimpa nasib Datuk Harris Salleh pada suatu ketika… Dikalahkan oleh ‘Kadoh-the giant killer’ ?

Menurut penganalisa politik yang pernah saya temui, 6 – 7 kawasan yang majoriti nya di polopori oleh kaum cina sudah di kategorikan sebagai tidak selamat untuk BN.
Dijangakan kawasan ini akan di tawan oleh DAP atau pun SAPP. Penganalisa ini mempunyai banyak rasional dan logistic; sebab-sebab mengapa kawasan tersebut jatuh kepada parti pembangkang.

Seada nya, kawasan-kawasan kaum suku kaum KDM dirasakan maseh lagi belum selamat sepenuh nya sebagai ‘fixed deposit’ kepada BN menjelang PRU13 nanti.
Banyak cerita-cerita sunyi lagi mencabar yang sedang bergelombang disana sini..

Justru itu, sama-sama lagi kita memikirkan sejauh mana kah pengaruh DSMA ini akan berkekalan dimasa akan datang ?

Semuga sukses

Pendekar Tua said...

KM..

Sekali lagi saya menyatakan bahawa penulisan KM ini mempunyai 'value' yang baik dan berupaya membuatkan kita berfikir..dan berkata...eee, eyakan...!!!


Saya rasa kenyataan DMA adalah seorang ahli politik yang sensitif adalah benar..kenyataan bahawa DMA sedang memperbaiki hubungan politik dengan pemimpin yang digugurkan pada PRU 12 juga benar..kenyataan bahawa DMA sedang bersiapsiaga( meminjam istilah KM ) untuk menghadapi PRU 13 adalah benar..kenyataan bahawa UBN di Sabah sedang memerhati gerak pihak pembangakng juga adalah benar..

itulah politik, ada tahap untuk mengekalkan kuasa. Dan bagi yang belum berkuasa pula akan memastikan kuasa jatuh ditangan mereka.

Kenyataan IR Ajin mengenai kawasan-kawasn Cina yang bakal diperolehi oleh SAPP atau DAP juga ada kebenaranya berdasarkan kawasan pengundi CIna pada PRU 12 telah memberikan sokongan kepada parti ini

kawasan KDM tidak banyak berubah, kecuali sejauhmana aura KalakauUntol mempengaruhi KDM..itupun kalau Kalakau Untol ada kuasa magic..

keseluruhannya, saya berpendapat jika berjaya inisiatif pembangkang meletakKAN calon satu lawan satu di Sabah, ia akan tentu lebih menarik kerana dari dulu fenomena politik itu tidak pernah wujud di Sabah.

Tatap PAS said...

Kalau bersandarkan kepada kenyataan sdr Pendekartua..maknanya akan ada kawasan pengundi Cina yang jatuh ke tangan pembangkng sama ada DAP atau Sapp..

begitu juga apa yang dikatakan oleh sdrku Solymone..ada kwsn KDM yang akan menjadi milik pembangkang..dimana agaknya?

kalaulah begitu memang benarlah BN di sabah tidak akan bertahan lama..saya berharapa ia menjadi kenyataan..takbir!!!

Ajin b. Gagah said...

Kelapa Mawar, dengan izin dan untuk tujuan kongsi pengalaman, ingin saya teruskan komen yang saya akan saya fokuskan kepada ‘mood’ KDM dalam situasi politik di Sabah ini.

Terdehulu dari ini saya pernah nyatakan bahawa kawasan KDM bukan lagi selamat untuk di ‘fixed deposit’ kan oleh BN.
Disamping itu, pernah juga di katakan kaum KDM ini ada lah ‘political master’, namun kerana keadaan tidak berpehak kepada mereka, maka mereka lebih banyak berdiam dari bercakap banyak.

Contoh nya ( kalau dibandingkan) di KB, bloggers yang banyak mengeluarkan pendapat politik ada lah terdiri dari golongan bijak pandai Islam. Setakat ini kaum KDM di sana kebanyakan nya berinteraksi sendiri di kalangan mereka.

Sebelum saya memberi pandapat saya di sini, saya telah banyak membuat kajian di sana sini dan telah bertemu-ramah dengan beberapa orang intellectual dan golongan elite dari kaum KDM. Dan telah bertanya pendapat mereka tentang perkembangan politik semasa setakat ini.

Apa yang saya dapati, mereka merasakan banyak kekeliruan yang berlaku sejak BN memerentah Sabah. Terutama sekali cara-cara BN mengendalikan kes penggunaan kalimah ‘ Allah’ dan hak-hak rakyat Sabah yang terkandung dalam perkara 20, sehingga kini belum selesai.
Bagi mereka, peranaan Kalakau Untol, ada lah hanya setakat sebagai 'catalyst' untuk pengerak minat.

Dalam kontek yang lain, kita boleh lihat keputusan PRU12 yang berlaku di beberapa kawasan KDM, saperti Ranau, Inanam dll.
Kalau sekira nya pertandingan hanya satu lawan satu, pasti nya beberapa kawasan akan jatuh kepada parti pembangkang ( sedangkan pada masa itu, kaum KDM belum di kelirukan dengan isu-isu sensitif saperti sekarang ini)

Kita kini terlalu ghairah sehinggakan kita ‘overlooked’ bahawa banyak kemungkinan ‘political change’ yang akan berlaku kepada kaum lain selain dari kita.

PRU13 maseh lama lagi. Justru itu, kita tidak dapat menjaminkan 100% bahawa parti saperti UPKO dan PBRS akan kekal dalam dakapan BN ? ( tiada komen dari parti UPKO terhadap aktiviti Kalakau keluar BN kan? Kenapa ?) kerana orang, kata dalam politik apa-apa boleh jadi.

Walau macam mana pun cukup lah sekadar ini. Semuga kalian sukses

rojokobog said...

Salam KM,
Sedikit sebanyak kita kena akur bahawa Datuk Musa Aman ada membuat perubahan ekenomi dan lain-lain selama beliau memegang tampuk pemerintahan BN di Negeri Dibawah Bayu ini, walaupun ada diantara kita bukan penyokong beliau, fakta tetap fakta, yang kita pegang tetap kita rasa.
Strategi pembangkang pada PRU-13 nanti untuk mempertaruhkan 1 lawan 1 agak kabur setakat ini, ini disebabkan Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee belum pun menyatakan pendirian parti tersebut mengenai percaturan tersebut, apa yang kita dapat saksikan Datuk Yong hanya menghadiri majlis anjuran pembangkang saja, menghadiri majlis-majlis pembangkang ini adalah merupakan satu kemestian bagi Datuk Yong atas dasar bahawa SAPP bukan lagi anggota BN, jadi pengaruh SAPP mesti nampak jelas kelihatan oleh rakyat berbilang kaum khususnya di Negeri Sabah, disebabkan SAPP saja parti pembangkang tempatan yang agak menyerlah buat masa ini, percaturan Datuk Yong ini memang bijak, dan tepat pada masanya, beliau lakukan sepertimana beliau berada di dalam BN dulu, ternyata pengaruh Datuk Yong tidak akan pupus di kawasan Likas dan sekitarnya, sehingga kini masih menjadi bahan bualan para pengundi di kawasan Likas dan Sepanggar, bagaimana Datuk Yong dapat memberikan sumbangan tenaga beliau semasa menjadi ADUN N.14 Likas, saya rasa BN akan lebih tercabar jika 1 lawan 1 dengan SAPP di kawasan-kawasan tertentu disebabkan SAPP merupakan parti pembangkang tempatan yang senang didekati oleh rakyat berbanding dengan parti-perti pembangkang lain.
Parti-parti seripan seperti Bersekutu, Perpaduan Rakyat Sabah dan lain-lain hanya lah sekadar melukut ditepi gantang, ini terbukti sejak dulu lagi dan jika berlaku tawar-menawar dgn Parti lain dengan sendirinya Parti serpihan ini akan lenyap buat seketika dan akan timbul semula bila menjelang PRU..tapi saya rasa Datuk Musa Aman dan barisan kepimpinannya ada penawar segala
penyakit menjelang PRU-13 nanti, sama-sama kita saksikan.

Unknown said...

Kelapa Mawar,

tahniah kerana paparan yang baik.

Ketua-Ketua Menteri Sabah 1963- sekarang:

1. Donald Stephens (1963-65) 2 tahun
2. Peter Lo(1965-67) 2 tahun
3. Tun Mustapha (1967-1975) 8 tahun
4. Tun Said (1975-1976)7 bulan
5. Tun Fuad ( March 1976- Jun 1976)
6. Harris Salleh (1976-1985) 9 tahun
7. Pairin Kitingan (1985-1994)9 thun
8. Tun Sakaran (1994-1995) 8 bulan
9. Salleh Said (1995-1996) 18 bulan
10.Yong T Lee(1996-1998) 2tahun
11.Tan Sri Dompok (1998-99) 7 bulan
12.Osu Sukam (1999-2001) 2 tahun
13.Chong Kah Kiat(2001-2003) 2 tahun
14. Musa Aman(2003-sekarang) 7 tahun

13 orang pernah jadi Ketua Menteri sebanyak 14 kali bertukar jawatan kerana Tun Fuad pernah dua kali menjadi KM Sabah!

Singapura, Malaya dan Sarawak yang merupakan tiga rakan kongsi asal pembentukan Malaysia hanya bertukar ketua kerajaan tidak sampai begitu kerap. singapura sebanyak 3 kali. Sarawak sebanyak 4 kali. Dan Malaya 6 kali. Kenapa demikian?

Dari segi pembangunan Sabah yang paling miskin, yang paling mundur tetapi paling kaya dengan hasil bumi. Kenapa demikian?

Dikalangan suku kaum hanya seorang pemimpin Bajau pernah jadi KM selama 2 tahun iaitu Datuk Osu, manakala Tun Said hanya memangku 8 bulan dan SSK 1 tahun 6 bulan. Tun Mustapha adalah dari suku Suluk dan pada ketika itu tidak mengakui dirinya Bajau.

3 pemimpin KDM pernah jadi KM, Pairin 9 tahun, Tun Fuad 2 tahun dan 3 bulan dalam dua tempuh dan Dompok selama 7 bulan sebelum kalah sebagai calon BN di Moyog pada pilihan raya 1999.

dua pemimpin kaum campuran Harris Salleh (9 tahun) dan Musa Aman selama 7 tahun hingga sekarang. Jumlah tempuh kedua-duanya menjadi KM Sabah lebih lama daripada jumlah kaum Bajau dan kaum KDM menjadi KM Sabah. Kenapa demikian?

Persoalan-persoalan ini perlu direnungi sedalam-dalamnya.

Salam MO

kelapa mawar said...

Salam Sdr Solymone..

saya begitu mengalu-alukan pandangan sdr dalam setiap isu yang dipaparkan oleh KM ini..kerana saya rasa sdr mempunyai hubungan yang rapat dgn akar umbi masyarakat ...sebab itu dapat menyelami permasalahan yg menimpa golongan ini, termasuk suara-suara mereka yang hilang arah politiknya dan juga suara menagih janji pemimpin yang pernah mereka sokong.

keberadaan sdr dalam blog KM ini begitu saya sanjungi dan banyak idea murni yang KM dapat perolehi teruama senario politik suku dan politik peringkat negeri. maklumat sdr nampak begitu terbuka dan tidak berselindung , dan lebih bersifat benar berbanding dgn maklumat media arus perdana yang masih banyak berselindung dari pelbagai kepentingan sehinggakan membuatkan kita malas berfikir mengenai sesuatu isu.

saya namapak sdr mempunyai future mind yang boleh diketengahkan terumata memberi penerangan kepada masyarakt mengenai hal bersangkutan dgn kelangsungan politik matang di Sabah. saya akui itu dari awal lagi..alangkah indahnya jika saya dapat bersemuka dgn sdr mendengar sendiri idea-idea ini..

Insyallah, satu masa KM akan menghubungi sdr utk itu..

semoga Sdr terus sukses dan diberikan kekuatan minda dan pemikiran untuk terus menyumbang kepada perkembangan politik di Sabah.

salam hormat,
KM

kelapa mawar said...

Sdr Pendekartua..

ma kasih dengan pujian itu..saya hargainya semuanya itu kerana atas pengamatan kepada isu semasa.

Kemasukan Kalakau untol dalam PKR banyak menimbulkan perbincangan kerana Kalakau Unto masuk ketika BN dalam proses transformasi dan ketika PKR sedang nazak dgn keputusan wakil rakyat meninggalkan parti itu..namun ada sesuatu yg menarik kerana berdasarkan kenyataan Kalakau dia berbuat demikian kerana hilang keyakinan kepada BN utk memberi 'keadilan' kepada Sabah terutama bersangkut 20 perkara.

dan isu satu lawan satu juga menarik utk dilihat kesudahannya.

kelapa mawar said...

Tatap PAS..

ma kasih kerana mengunjungi blog KM ini..

DAP dan SAPP jika bersandarkan dgn keputusan pru12 yg lepas adalah parti pembangkang yang kuat..( SAPP telah keluar dari BN ) ini kerana beberapa kerusi majoriti cina sudah dikuasai oleh parti ini..

kelapa mawar said...

sdr Rojokobog..

sekali lagi saya mengakui bahawa sdr memp[unyai pengetahuan yang baik dalam politik Sabah..pandangan sdr mengenai konflik BN begitu baik.

namun yang agak menarik ialah apakah PR akan mampu menyatukan pembangkang temnpatan di Sabah?

kelapa mawar said...

Sdr MO..

saya sejujurnya mengakui bahawa sdr begitu mempunyai pengamatan yang tinggi sehingga isu sebegini menjadi begitu menarik..

pengamatan sdr berkaitan dgn Ketua menteri sabah dari sudut suku dan kaum begitu membuatkan saya banyak berfikir kepada apa yg sdr persoalkan itu..

mengapa suku yang bukan teras mampu menjadi KM dalam jangak masa yang lama ? mungkin sebab kerana perebutan suku majoriti atau mungkin kerana memang kualiti kepimpinan ada pada mereka.

Saya cuba membuka beberapa buku politik yang ada dalam simpanan saya termasuk buku-buku sdr MO, dan saya juga mula mencari peristiwa sejarah dalam internet berkaitan dgn peralihan kepimpinan di sabah sejak merdeka..

apa beza kita dengan Sarawak ?Kenapa bumi kenyalang ini dalam banyak aspek dapat mempertahankan hak dan pengaruh politik mereka? Kenapa Sabah sejak merdeka dicatur politiknya oleh Kuala Lumpur sehingga 'menerima' sisistem penggiliran KM..?

Insyallah setelah dapat bahan-bahan ini, saya akan paparkan untuk pengetahuan dan perbincangan kita bersama.

ma kasih, salam hormat ..
KM

bayugunung said...

Salam

Tahniah kelapa mawar..

bacaan politik yang menarik. Teruskan, makin teruja saya..