Monday, March 22, 2010


Satu daripada ciri politik konvensional ialah apabila ‘kuasa’ dikekalkan dengan cara apa jua. Manakala yang tidak berkuasa akan berusaha untuk mendapatkan kuasa. Dan itu adalah politik yang ‘dibaratkan’. Dalam agama politik kuasa lebih merujuk kepada ‘amanah’ dan amanah itu seharusnya dipelihara kerana pelaksana kuasa akan dipertanggungjawab kepada amanah yang dipikulnya. Semangat ‘amanah’ itu, sudah mula dipinggirkan ,malahan yang ada kini ialah politik pembaratan ,mengekalkan kuasa, dan kuasa adalah perebutan.



Resmi politik di KB, bergantung penuh kepada resmi politik Sabah. Percaturan peringkat negeri akan mempengaruhi percaturan peringkat daerah dan percaturan daerah akan mempengaruhi peringkat cawangan. Pertalian ini bertali arus dan sukar diputuskan. Justeru itu, apabila iklim politik Sabah mengalami perubahan dan penstrukturan kepimpinan, semangat perubahan itu menular di daerah kota Belud. Langsung menjadikan perubahan itu isu di peringkat cawangan dan akar umbi.



Pengguguran DSSK dan TSP pada PRU 12, telah mengubah landskap politik daerah kota belud, sekaligus mewujudkan satu paradigma baru diperingkat cawangan dan akar umbi. Bahawa daerah akan mengalami perubahan wajah politik .Bila DSSK dilantik sebagai Penasihat kepada Ketua Menteri, walaupun ada yang mengatakan jawatan itu adalah umpan kepada DSSK supaya tidak mencetuskan konflik politik suku di Sabah, namun perlantikan itu, nyata memberi impak dan response yang pelbagai di kalangan akar umbi. Pelbagai versi dan analisis yang dibuat mencerminkan betapa rakyat di peringkat ini begitu sensitive dengan pemimpin yang didukung oleh mereka. Ada yang menganggap jawatan ‘penasihat’ itu tidak ‘layak’ buat mantan ketua Menteri, dan tidak sewajarnya diberikan.Malahan ada yang bernai menyatakan bahawa cengkaman politik DSSK akan bertambah kuat dan boleh mengukuhkan pengaruh dinasti politik keturunannya .namun ada yang turut bergembira kerana bagi mereka, peluang sudah terbuka luas, termasuk dikalangan mereka yang mula mengampu dan mengharapkan balasan terhadap pujian mereka.



Bila DSSK dilantik sebagai penyelaras BN daerah Kota Belud, atas kapasiti kerana beliau adalah Ketua UMNO Bahagian KB, walaupun itu tidak semestinya berlaku kerana di Lahad Datu, Penyelaras BN bukan ketua Umno Bahagian itu, ramai juga yang menganggap bahawa sekali lagi Musa Aman menunjukkan kecekapan politiknya apabila pada waktu yang sama melantik Datuk Rahman Dahlan sebagai Setiausaha BN negeri. DARD sebelum ini memang dikaitkan dengan Datuk Musa Aman. Bagaimana dalam sebuah daerah yang mempunyai penyelaras BN akan berkerjasama dengan Setiausaha BN negeri yang telah “merampas” kerusi MP daripada penyelaras itu ? Saya rasa hanya kalian yang dapat mentafsirkannya.



Walaupun DSSK telah diberikan peluang sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Penasihat Ketua Menteri dan penyelaras BN daerah Kota Belud, namun itu semua dikatakan adalah atas ‘sabda’ Kuala Lumpur. Dan datuk Musa Aman dilihat sebagai ‘yang menurut perintah’. Oleh kerana itu, sebagai tidak mewujudkan konflik di peringkat pusat dan negeri Datuk Musa Aman merestui DSSK kembali dalam politik Sabah. Tetapi sebagai langkah berhati-hati, beliau juga menyusun orang-orangnya supaya ‘kuasa’ politik dalam politik Konvensional itu tidak terlepas. Inilah bentuk ‘pengekalan’ kuasa yang dirancang sebegitu rapi.



Maka itu, apapun Jawatan politik diberikan kepada DSSK, Datuk Musa Aman tetap akan ‘selamat’ percaturan politiknya. Sama ada, berlaku ‘pengkhianatan’ ataupun terjadi kesetiakawanan, DMA tetap berada dalam zon selesa dan eksklusif.Hanya bila peringkat Pusat bersuara, maka mungkin politik Sabah akan berubah. Tetapi apakah berlaku penurunan kuasa politik DMA, sedangkan rekod dan prestasinya begitu cemerlang..seperti yang dilaporkan oleh Datuk Yahya Husin bahawa Sabah telahpun Berjaya menurunkan paras kemiskinan sebanyak 7 %. Apakah ada lagi rekod sebersih dan setinggi ini yang pernah dicatatkan semasa Sabah dibawah kekuasaan BN ?. Saya pulangkan kepada anda, segala isu ini….

14 ulasan :

dayangwulan said...

mana itu respon akar umbi?

kelapa mawar said...

ma kasih dayang...nampaknya dayang tak habis membaca posting KM ni...

BELUM PENDEKAR said...

Sdra KM,

1. Saya tahu pasti bahawa sdra sependapat dengan saya bila saya mengatakan yang Ibarat pertunjukan wayang, semua yang berlaku sekarang ini baru sekerat jalan. Maka, adalah amat sukar untuk meneka dengan tepat akan apakah adegan yang bakal berlaku selanjutnya. Hanya pengarah dan mereka yang berlakon di dalam wayang berkenaan yang tahu pasti apa yang akan terjadi selanjutnya kerana hanya merekalah juga yang mencorak dan menentukan kan "adegan" yang bakal dilakonkan.
Kita hanya bisa mengkhayalkan apakah kejadian yang kita ingin lihat tapi apa yang kita khayalkan tersebut tidak semestinya benar dan tidak semestinya akan berlaku.

2. Pun begitu, bukanlah mudah untuk sesiapa saja mencapai tahap pengarah ataupun pelakon dalam sandiwara/drama politik ini. Begitu juga, tidak semua yang berlakon ini dapat menjadi pelakon terbaik. Hanya mereka yang benar-benar berwibawa yang mampu mencapainya.

3. Cuba berkias.

Unknown said...

salam Kelapa Mawar,

Dalam ranking atau hirarki kuasa, UMNO adalah diatas BN, sungguhpun BN adalah parti yang menggabungkan komponen. Yang berkuasa dalam BN sebenarnya UMNO sebagai pemegang saham terbesar dalam BN.

Saya tidak nampak ada pertembungan kehendak atau 'conflict of interest' Pengerusi BN Kota Belud dengan Setiusaha BN Sabah kerana di peringkat negeri hirarki SSK sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Negeri secara otomatik juga timbalan pengerusi BN Sabah.

Soal DARD menjadi MP dengan pengguguran SSK tidak timbul kerana ianya bukan atas kehendak DARD. Saya tidak nampak persepsi rakyat bawahan sedemikian sebenarnya cukup sebagai asas pertikain antara kedua tokoh berkenaan.

Saya yakin kedua-dua mereka adalah pemimpin yang wise and bijak dan lebih fokus kepada mempertahankan BN di Sabah seperti dipertanggungjawab jawatan mereka daripada semata-mata tertumpu kepada isu Kota Belud yang mungkin di sensasikan pihak-pihak yang tidak ingin melihat perpaduan dalam BN.

Salam MO

PIPIT PEKEPA' said...

waaaah..bukan main lagi Musli Oli pertahan SSK mentang-mentang sudah dilantik Ketua Biro Politik BN Kota Belud!

Ada komen dalam blog pipit kata bagus juga MO dilantik kerana selama ini BN melantik yes man sahaja. Ngam juga lantik MO yang berani menghantam tanpa pilih kawan atau lawan.

Kita tenguklah perubahan MO. betulkah dia berani kritik bossnya SSK.

Tspi ada kata MO tidak setuju SSK terima jawatan penasihat sains KM. itu dululah. sekarang mungkin sudah berubah.

sama-sama tunggu dan lihat.

Unknown said...

Salam Saudara Belum Pendekar,

Saya faham apa yang saudara perkatakan, DSSK merupakan pengarah terbaik dalam politik Sabah. Dari awal-awal lagi saya sudah memahami semua tingkalaku DSSK dalam dunia politik. Saya setuju pendapat saudara DSSK bukan sahaja pengarah yang baik malahan seorang pelakon yang baik dalam dunia Politik.

rojokobog said...

Salam KM,
Ada dikalangan akar umbi belum berani menyatakan setakat mana kewibawaan Datuk Salleh sebagai Pengerusi/Penyelaras BN Kota Belud, kata mereka Datuk Salleh agak lama berehat daripada memegang jawatan dalam Kerajaan mahu pun Parti, jadi untuk itu kata mereka kita jangan lupa bahawa " ORG KOTA BELUD PUN MUDAH LUPA" bukan saja org Melayu di Semenanjung..dari segi kederasaan pemikiran kita tidak dapat nafikan bahawa Datuk Salleh mempunyai kecepatan berfikir mungkin selaju bola tangkis (245kmh) maaf kalau silap..kita juga agak risau dan takut jika bola tangkis tersebut tersasar ke luar garisan (out).

BELUM PENDEKAR said...

Salam Sdra Rakyat Biasa,

1. Saya tidak menyalahkan saudara kalau saudara faham apa yang saya cuba sampaikan mengikut kemahuan dan citarasa saudara. Pun begitu, saya merasakan bahawa pernyataan saya yang berbunyi seperti berikut adalah amat jelas..

"Kita hanya bisa mengkhayalkan apakah kejadian yang kita ingin lihat tapi apa yang kita khayalkan tersebut tidak semestinya benar dan tidak semestinya akan berlaku".

Untuk lebih jelas, saya ingin menyatakan bahawa apa yang saudara faham tentang ulasan saya adalah amat jauh MENYIMPANG dari apa yang saya cuba sampaikan.

2. Pun demikian, komen saudara terhadap ulasan saya di atas benar-benar membuatkan saya berfikir.. adakah orang kita di KB ini masih begitu ganjil pemikirannya sehingga belum bersedia untuk membaca diantara garisan (read between the line) atau memahami maksud sesuatu kiasan.

3. Setakat ini, saya masih yakin bahawa ramai yang faham maksud saya yang sebenarnya.

Unknown said...

peduli apa semua itu, yang penting UMNO sy sokong. itu dorg punya psl, datuk salleh tdk ngam dgn tan sri itu mslh dorg lah. yg pntg sy baik dgn dorg semua.

Hussin Lampoyang said...

sALAM bELUM PENDEKAR..

Saya faham apa yang tersirat di sebalik kiasan sdra itu tetapi dalam musykil saya ialah kalaulah begitu keadaannya adakah salah kita mentafsir apa yang berlaku ?

salahkah kita di KB ini mengetahui apa yang tersirat disebalik tindakan pemimpin kita?

salah kita mempertikaikan tindakan pemimpin yang dilihat merugikan masyarakt KB..?

dan salahkah juga kalau kita menegur dan membetulkan tindakan salah itu, walaupun kita juga bikan semestinya selalu benar ..?

harap dapat penjelasan..

Hussin Lampoyang said...

Salam sekali lagi KIM..

saya cuba ulas kata-kata sdr RoslanM..

saya rasa sdr ini orangnya suka mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain...tidak peduli kepada apa yang berlaku adalah pengecut kepada kebenaran...

dalam hidup ini mesti ada penilaian supaya tindakan kita tidak dipersoalkan oleh orang lain di kemudian hari..

sebagai orang politik sdr Roslan M mesti optimis dan kuat penilaian bukan sekadar berpaut pada ranting yang rapuh..

Unknown said...

Salam KM,
Satu isu dan ulasan yang bagus. Tapi secara realitinya politik KB tidak boleh dipisahkan dengan DSSK. W'pun cuba dilenyapkan oleh DMA dan konco-konconya dari peta politik sabah tapi pengaruh DSSK di Peringkat pusat masih tidak dapat dilenyapkan. Apa-apa pun saya selaku penyokong kuat DSSK sgt gembira kerana DSSK kembali dlam aren politik KB dan Sabah. Kita tunggu dan lihat apakah tindakan seterusnya DMA untuk menyelamatkan jwtn KM Sabahnya itu????

eveerdeen said...

saudara semua..percaturan politik di peringkat tinggi kadangkala sukar untuk ditafsirkan oleh akar umbi,buku buku mengenai sains politik yang saudara saudara baca tidak sama dengan praktikal dalam politik.Siapalah kita jika dibandingkan dengan pengalaman DSSK dan DARD?Kecuali KM dan MO yang boleh mengupas sesuatu isu secara keseluruhan..yang lain hanya mencedok idea asal penulis..oh ya..kadangkala diam itu juga memberikan pengertian yang luas..hampir terlupa..saya bukan orang politik kb..sorry

BELUM PENDEKAR said...

Sdra Hussin Lempyong,

1. Pertama; Memang tidak salah saudara mentafsir apa yang berlaku. Cuma, dalam mentafsir itu; perlulah juga untuk kita (andai kita merasa kita ini tidak berpihaklah)bersederhana dan tidak keterlaluan sehingga menjejaskan kewibawaan seseorang. Isunya, tafsiran kita mungkin tidak tepat dan ini tidak adil pada orang yang berkenaan. Kalau saudara pasti dengan fakta saudara, maka silalah kemukakan sejujurnya. Jangan meluahkan fakta yang diandai-andai atau di dengar-dengar dari orang lain saja.

2. Kedua, Juga tidak salah untuk kita semua mengetahui apa yang tersirat disebalik tindakan pemimpin kita. Cuma, kita hendaklah membaca apa yang tersirat itu dengan sebaik mungkin dan tidak mengikut persepsi yang terhasil daripada adanya rasa marah atau benci terhadap pemimpin tertentu. Sikap prejudis seumpama itu tentunya akan memberikan tanggapan yang "berat sebelah" atau "bias" dan ini sekali lagi tidak adil kepada pihak yang berkenaan.

3. Ketiga, tidak salah juga untuk kita mempertikaikan tindakan pemimpin yang dilihat merugikan masyarakat. Pun demikian, sekiranya benar ada tindakan mereka yang boleh dianggap sebagai merugikan masyarakat maka silalah saudara "pin point" satu persatu dengan jelas. Membuat tanggapan secara "umum" bahawa tindakan pemimpin itu merugikan masyarakat bukanlah cara yang betul pada saya.

4. Keempat, sekiranya saudara memang ikhlas berniat untuk menegur dan memperbetulkan tindakan yang saudara anggap salah itu, maka pada saya saudara sentiasa dialu-alukan untuk berbuat demikian. Pun demikian, biarlah dengan kaedah yang baik kerana dengan cara ini ia akan lebih mudah diterima oleh pihak yang ditegur.

5. Kalau kita ikhlas ingin melihat KB terus berkembang dan maju seiring dengan daerah lain di Sabah, kita perlu selalu ingat slogan ini... "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!.."

2.