Monday, March 8, 2010



Walaupun beberapa kali PKR Pusat menyembunyikan krisis dan prinsip yang melanda parti itu, dengan pelbagai alasan dan bayangan, namun akhirnya DSAI mengakui sendiri bahawa PKR sememangnya silap memilih calon, kerana ramai pemimpin PKR yang tidak teguh kepada perjuangan parti dan mudah hanyut dengan tawaran pihak lawan. Apa yang tidak diakui oleh DSAI ialah, calon-calon PKR sememangnya calon PAYUNG TERJUN yang diambil secara rambang, langsung tidak punya kredibiliti, kualiti dan kemahiran pengurusan, malahan ada yang menawarkan diri menjadi calon kerana faktor dendam dan kesumat politik yang kronik sehingga terdorong untuk balas dendam. Ada juga yang masih baru menceburkan diri dalam dunia politik. Kerana itu, para pemimpin PKR, mudah disabotaj, menjadi mangsa konspirasi dan akhirnya kerana tidak tahan dan tidak cinta pada parti, mereka meninggalkan DSAI terkontang kanting keseorangan mengurus parti.


Di Sabah pada PRU 12 yang lepas menyaksikan juga calon-calon PKR bukanlah antara yang mempunyai kredibiliti yang menarik. Bah kan hanya beberapa nama besar dalam politik Sabah, itupun pengaruh politiknya merudum bagaikan saham di BSKL. Hanya DR Jeffry, Datuk Ansari dan selebihnya hanyalah calon PAYUNG TERJUN. Maka bagaimanakah PKR boleh menyaingi calon UBN yang lebih ‘ternama’ dalam politik Sabah.


Di Kota Belud, nama seperti Mohd Syukur dan Awang Laiman, bukanlah nama besar dalam politik KB. Malahan pelbagai krisis dikaitkan dedngan calon PKR ini. Misalnya Mohd Syukur dikatakan sebagai ‘pengkhianat’ apabila mantan ketua Pemuda Umno KB itu bertindak meninggalkan parti itu, atas factor peribadi. Manakala Awang Laiman juga, adalah mantan Pentadbir di sebuah sekolah anak yatim di Tambunan juga dikatakan bertindak meletakkan jawatan atas sebab ‘mungkin’ ketidakpuasan hati dengan pihak tertinggi pengurusan. Lalu bagaimanakah PKR mampu menumbangkan pemimpin UBN di Kota Belud, seperti Datuk Musbah, Datuk Rahman Dahlan , Datuk Japlin Akim dan DUN KADAMAIAN, Herbert Lagadan, kerana walaupun para pemimpin ini masing-masing punya kelemahan , namun sudah terbukti kemampuan mereka. Sekurang-kurangnya rakyat Kota belud dapat memberikan 1-2 bintang kepada pemimpin ini, meskipun belum sampai ke tahap 3-5 bintang.


PKR di Sabah harus berhati-hati memilih calon pada PRU 13 akan datang. Mengulangi resepi PRU 12 akan membawa kepada penolakkan total calon-calon PKR. Kalaupun menang, ia tidak akan dapat bertahan, wakil rakyat PKR akan bertindak ‘lompat’ parti apatah lagi bila ditawarkan ganjaran yang lumayan.Bagaimanakah strategi 1 lawan 1 yang diumumkan oleh PR akan berlaku? Kerana walaupun Dr Jeffry , Datuk Ansari, Sdr Tamrin dan kini Datuk Kalakau Untol adalah tokoh lama dalam politik, namun nisbah dengan calon tidak berpengalaman adalah jauh lebih besar.


Jikapun PKR dan PR dapat menawan Sabah pada PRU 13, cuba anda bayangkan, bagaimana barisan cabinet negeri yang bakal dibentuk? Terdiri daripada muka-muka baru yang baru belajar merangkak dan bertatih untuk menghadapi rakyat yang sudah lama ‘berlari’? Katakanlah Dr. Jeffry menjadi ketua menteri sabah, atau untuk mengambil hati orang Islam di negeri ini, mungkin boleh dikompromi dengan Sdr Tamrin atau Datuk Ansari..siapakah gandingan mereka untuk membangunkan negeri ini? Kerana itu rakyat harus berfikiran matang supaya tidak menjadi seperti “tikus Membaiki Labu”.

6 ulasan :

Tatap PAS said...

umno pun ramai calon payung terjun, calon helikpoter, calon kapal selam dan calon penyangak tidak kurang calon yang pengkhianat..

jadi kenapa heran dengan calon PKR..2 kali 5 jugalah.

Ajin b. Gagah said...

Salam kelapa Mawar,
Satu paparan artikel yang bukan mudah untuk diulas atau pun untuk diulang kaji. Ia nya mempunyai rasional nya yang tersendiri… Dahysat.

Walau pun pada hakikatnya banyak diantara kita yang tidak berminat atau takut untuk menyertai parti pembangkang dengan secara terbuka.
Namun dalam hati kecil kita, pasti nya terlintas juga untuk melihat satu bentuk kerajaan yang berlunas kan demokrasi yang ideal. Maksud nya sebuah sistem kerajaan yang di wakili oleh parti pemerentah versus parti pembangkang.

Otherwise, kerajaan itu akan di label kan sebagai kerajaan dictator atau pun socialist. So, dengan lahir nya parti pembangkang di Sabah ini nanti pasti nya akan memberi satu ‘excitement’ di DUN Sabah nanti.

Seterusnya, dengan ada nya wakil dari parti pembangkang ini, ia nya dijangka akan menimbulkan satu sistem ‘check and balance’.… Di negara-negara yang lain , perkara saperti ini ada lah normal ?

Walau macam mana pun, saperti KM nyatakan disini, ia nya bukan mudah untuk mencari pemimpin yang “punya kredibiliti, kualiti dan kemahiran pengurusan, malahan ada yang menawarkan diri menjadi calon kerana faktor dendam dan kesumat politik yang kronik sehingga terdorong untuk balas dendam.
Ada juga yang masih baru menceburkan diri dalam dunia politik. Kerana itu, para pemimpin PKR, mudah disabotaj, menjadi mangsa konspirasi dan akhirnya kerana tidak tahan dan tidak cinta pada parti, mereka meninggalkan DSAI terkontang kanting keseorangan mengurus parti”.

Dengan itu, bagi saya, pandangan KM dalam isu ini ada lah releven ( tidak extreme). Jadi nya, perlu juga kita fikirkan bersama cadangan KM dalam memilih pemimpin-pemimpin di masa akan datang, sama ada ia nya untuk BN atau pun pembangkang saperti PKR.
Sebelum kita dilabelkan saperti tikus membaiki labu?

Semuga sukses selalu

rojokobog said...

Salam KM,
Calon payung terjun ini 2 saja risikonya, 1. terjun dan tersangkut diranting pokok yang rapuh lalu terhempas ke bumi dan menemui ajalnya. 2. terjun dengan selamat tanpa sebarang rintangan...kedua-dua contoh diatas kita telah lihat sendiri pada PRU-12 yang lalu, dimana ramai calon-calon payung terjun dari PKR,PAS dan DAP khususnya di Semenanjung M'sia telah mengalami situasi sprt contoh no.2,seperti di negeri-negeri Selangor D.E Kedah D.A dan Perak D.R,juga nyaris tersangkut diatas pokok Negeri Sembilan D.K dan tidak kurang juga calon-calon payung terjun di pihak BN sendiri yang menerima nasip yang malang akibat percaturan politik dan kuasa yang ada pada Sdr Khairy Jamaluddin dan Pak Lah ketika itu dan tidak dapat dinafikan 4 negeri dan Wilayah Persekutuan terjun dengan labu-labunya...biarkan..biarkan.

kelapa mawar said...

tatap pas..

ma kasih atas maklumat itu..namun jangan jadikan alasan utk memperolehi pemimpin yang berkualiti.

kelapa mawar said...

sdr Solymone

sekali lagi sdr memberikan idea yang begitu menarik

ma kasih atas penerangan sdr mengenai situasi berkerajaan di negara kita membuat kan saya berfikir panjang akan kedaaannnya itu

semoga sukses

kelapa mawar said...

rojokobog..

satu perumpamaan politik yang matang..saya begitu teruja membacanya..

ma kasih atas kunjungan ini.