Mengharapkan pagar tapi pagar makan padi,ibarat api dalam sekam, umpama mencurah air di daun keladi begitu antara peribahasa yang boleh kita umapamkan kepada MCA yang merupakan parti kanan dalam BN. Krisis yang berlaku sekian lama dalam MCA bukan sahaja menganggu gugat cetusan transformasi yang dilaungkan oleh Najib,bahkan memberi satu imej kotor kepada BN, bahawa disamping melihat 'kehancuran' PKR, UBN lupa lupa bahawa dalam "kapal' Besar mereka juga satu gejolak api perpecahan sedang melanda. MCA begitu kronik persengeketaan para pemimpinya. Timbalan Presidennya sahaja sudah 2 kali meletak jawatan. walaupun pelan perdamaian telah dirangka namun para pemimpin yang berpecah kepada 3 kumpulan besar itu enggan berkompromi dan menyaksikan satu lagi pergolakkan besar berlaku apabila ramai pemimpin kanan MCA meletakkan jawatan menyaksikan satu pemilihan parti 28 Mac ini akan dilakukan.
Sesetengah pemerhati politik yang ultra menyifatkan pergolakan MCA yang berakar umbi ini akbiat dari ketidaktegasan Najib untuk memulihkan MCA. Malahan dasar tidak campurtangan dalam rumah parti komponen BN dilihat hanya sesuai jika campurtangan danteguran itu berniat jahat. Namun jika sebaliknya, dasar campurtangan itu 'halal' dilakukan bertujuan menyelamatkan BN dari Pergolakan yang lebih dahsyat.Keengganan Najib turun ke majlis sambutan ulangtahun MCA baru-baru ini, membenarkan tanggapan bahawa Najib sememangnya tidak begitu pro kepada Ong Tee Kiat. Malahan ada desas desus politik bahawa langkah Ong Tee Kiat suatu ketika dulu memaparkan punggutan suara sama ada MCA patut berada dalam BN atau tidak dalam Blognya begitu mengguris peribadi Najib.
Kelantangan Ong tee Kiat berkaitan dengan pendekatan UMNO kepada kepentingan orang CIna telah memberi imej yang buruk kepada MCA sehingga gagal mendapat sokongan dari masyarakat Cina pada PRU12 yang lalu. Kenyataan Ong bahawa MCA tidak perlu bergantung harap dengan tongkat pihak ketiga dalam menyelesaikan krisis MCA jelas menunjukkan 'keangkuhan' Ong dan ini memberi satu imej hitam dalam politiknya.Apabila Chua Soi Lek yang juga timb. Presiden MCA yang sebelum ini diaibkan dengan skandal VCD lucahnya telah 'menarik' kembali sokongan kepada Tee Kiat.
Kemelut MCA ini bukan sahaja melibatkan Presiden dan timbalan Presiden tetapi juga Naib Presiden serta sayap pemuda dan wanita parti kaum Cina tertua itu.Apakah pemilihan 28 Mac ini akan menyelesaikan kemelut itu..? atau barangkali pada satu keadaan MCA bukanlah merupakan 'kawan'yang harus diselamatkan oleh UMNO.

3 ulasan :
Umno Ibarat sudu lebih dari kuah,mengata orang pak Najib yg lebih...Mengata PKR akan rebah tetapi MCA sendiri begitu bergolak..silap2 ROS akab batalkan pendaftaran parti itu..ini belum lagi MIC, PPP,UPKO,Gerakan dan malahan UMNO sendiri pun berkrisis sesama sendiri..
berapa ramai penyokong Tun Mahathir dan Tun Abdullah dalam UMNO yg masih belum mendapat tempat pada era Najib ini..?
kepada kelapa mawar
saya memohon maaf atas kesalahan teknikal, blog yang sedia ada, saya terlupa password nya, maka saya membuat blog baru tapi serupa menerusi bantuan rakan saya. maklum lah saya baru dikatakan menggunakan system blog ini. harap maklum.
terima kasih dari blog ARKBelud.
sdr Tatap PAS..dan ARK KB
ma kasih atas komen ini.
Post a Comment