Saturday, March 20, 2010


Apabila Parlimen dikejutkan dengan pendedahan mantan YB PKR, Datuk Zahrain Hasyim berkaitan dengan perancangan DSAI merampas Putrajaya pada 16 sept. 2008, termasuk pendedahan bahawa 8 ahli parlimen BN pada waktu itu bersedia untuk lompat parti. Media massa memperuntukkan masa yang panjang membuat liputan mengenai ‘skandal” politik paling panas abad ini. DSAI ‘dimalukan’ sehingga memaksa ketua pembangkang yang ‘terumbang-ambing’ itu keluar dewan. Selepas itu, wakil Pembangkang pula ‘membalas’ dengan mendedahkan bahawa Datuk zahrain juga kaki ampu dan gila gelaran apabila mendedahkan kandungan surat yang dihantar oleh Zahrain kepada Ketua menteri Pulau Pinang untuk mendapat sokongan penganugerahan pingat negeri yang membawa gelaran “Datuk seri”. Rakyat ‘atas pagar’ turut meluat melihat drama terbaru ini. “dimalukan” dan “memalukan”.



Bagi Penyokong UBN, isu ini jelas membuktikan bahawa PKR dan sekutunya begitu terdesak untuk merampas kuasa. Malahan kata mereka institusi raja dan angkatan tentera juga dilibatkan, kononnya turut memberi lampu hijau kepada DSAI untuk menjadi PM yang ke-6. Dakwaan Datuk Zahrain ini membawa kepada, kenyataan PM dan Tim. PM supaya ia nya perlu disiasat untuk memastikan kesahihan dakwaan “jembalang ‘ PKR itu.




Bagi penyokong pembangkang, mereka melabelkan Datuk Zahrain sebagai ‘anjing’ upahan UMNO. Pendedahan yang dibuat oleh beliau, dikatakan bertujuan untuk menjatuhkan reputasi ketua pembangkang itu dan juga PR keseluruhannya.




Apa yang menarik dengan pendedahan ini, ialah antara 8 ahli parlimen itu, 5 daripadanya adalah dari Sabah, tidak termasuk Timbalan Yang dipertua dewan datuk Ronald yang juga dikatakan memberi laluan kepada usul undi tidak percaya kepada PM di dewan rakyat.Antara yang didedahkan ialah seperti YB Kalabakan, YB Kimanis, YB Kinabatangan, YB Tawau, YB Sepanggar, YB Batu Pahat termasuk YB Jerantut dan YB Gua Musang. Setakat ini, YB Kinabatangan datuk Bung Muktar telah membuat penafian dan Ku Li, MP Gua Musang yang menyifatkan kenyataan Datuk zahrain itu sebagai satu pembohongan. Manakala yang lain, masih mendiamkan diri.



Persoalan yang boleh dibangkitkan ialah bukannya kebenaran atas dakwaan itu, tetapi imej MP yang dilibatkan sudah tercalar. Bagi BN Sabah, Datuk Musa Aman bukan sahaja memperlihatkan ketidaksepakatan dan ketidapuasan hati para pemimpin BN di Sabah, malahan sudah wujud kesangsian antara para pemimpinnya. Bayangkanlah bagaimana agakanya ;hubungan’ politik antara MP kalabakan , Datuk Ghaffur Salleh dengan Musa Aman apabila namanya dikaitkan dalam senarai MP BN yang ‘bakal’ melompat parti pada 16 Sept. Itu..? Apakah Datuk Musa Aman akan menggunakan ‘taktik’ nya pada PRU 12 yang lepas, ‘mengenepikan’ pemimpin yang boleh menggugat kewibawaan politiknya?..Bagaimana juga dengan Datuk Bung Moktar yang sudah lama menjadi MP? Apakah ‘alasan’ itu boleh digunakan..? Nyata imej BN Sabah telah mula tercalar dengan insiden ini.

2 ulasan :

Tatap PAS said...

KM..

BN sabah sudah lama tercalar..bukan sahaja di sebabkan oleh peristiwa itu..rakyat memerhati setiap gerak langkah pemimpin BN sabah..ramai yang sudah kaya raya dan terlibat dalam skandal pengubahan wang haram selain memberikan konsesi pembalakan kepada proksi mrk, itupun melibatkan jutaan hektar hutan simpan yang sepatutnya dilindungi..

cuba KM bayangkan bagaimana seorang Menteri Besar yang memotong Gajinya 45% ...40% utk baitul mal dan 5% utk Parti..kemudian beliau tidak menggunakan rumah rasmi MB, tinggal dirumah sendiri yang tidak berpagar...menggunakan harta dan asset negeri dengan berhemah dan berjimat...itulah Tuan Guru Nik Aziz,MB kelantan..

kemudian KM bayangkan pula dengan imej para pemimpin di Sabah...Janganlah cerita Ketua Menteri..lihat sahaja datuk Musbah, baru pembantu menteri dan ADUN..tetapi harta ,rumah dan kereta mewah..berbaris di rumahnya..

inilah perbezaan ketara antara pemimpin PAS dan UBN..

Unknown said...

salam kelapa mawar

datuk musbah bukan begitu orang nya. wlupn dia byk harta tp rakyat tetap juga di utamakan. dia org busines tdk hairan klu dia byk harta. saya setuju dgn tatap pas, sebelum timbul perkara ini, UBN sabah memang berantakan.

jgn ksh besar, fokus sahaja di kota belud, datuk musbah tdk ngam dgn DSSk, begitu dgn yang lain. sy pemerhati dr jauh ja.