Walaupun agama mensyariatkan bahawa diharuskan melakukan solat Sunat Istisqa, iaitu untuk memohon turunnya hujan keranaberlakunya kemarau yang berpanjangan. Namun jarang dikalangan pemimpin politik merasakan ia satu keperluan. Malahan, penyelesaian secara Sains dan teknologi melalui pembenihan hujan di anggap sebagai usaha yang perlu dilaksanakan. Oleh yang demikian, apabila Tuan Guru Nik Aziz mengetuai ribuan umat Islam di Kelantan, menunaikan solat Sunat ini, ia menjadi isu politik dan sindiran. Kononnya di rakaat pertama solat Istisqa ini, hujan mula turun, dan kemudiannya berhenti sehingga sekarang, Kelantan masih kemarau.
Isu ini merebak di seluruh Negara, dan sebagai sebiah daerah yang digelar “Politik Center” di Sabah, Kota Belud juga menerima tempias politik ini. Beberapa blogger tempatan, turut sama memuatkan isu ‘kemakbulan’ doa Tuan Guru Nik Aziz ini, selain dari berbentuk sindiran, kononnya BN telah menyebabkan Banjir di daerah ini, ekoran pembinaan Jalan raya Bypass Kota Belud- Kudat, ada juga isu kononnyakemarau yang melanda Negara lewat bulan ini adalah cetusan ‘penderhakaan’ BN kepada ‘amanah’ rakyat.
Tidak dapat dipastikan sama ada sindiran itu benar-benar menyusuk hati rakyat dalam soal kesetiaan kepada parti dan pemimpin, kerana di Kota Belud sendiri, ketika bencana Banjir melanda, beberapa orang pemimpin politik turun padang memberikan bantuan, termasuk menyediakan kemudahan helicopter dan meminta Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman, melawat mangsa-mangsa banjir. Impaknya peruntukan ‘kecemasan’ dan bencana Alam di salurkan. Walaupun hingga kini setelah berlalunya Banjir itu, ramai yang masih tidak tahu, adakah bantuan itu sampai ke sasarannya..? Atau apakah mangsa banjir di daerah ini telah mendapat manfaat daripada bantuan itu untuk mengurangkan beban mereka..?
Namun yang peliknya, ketika Kota Belud dilanda kemarau, tidak ada pula pemimpin BN negeri dan daerah yang menyediakan helicopter untuk meninjau kerugian beribu hektar sawah padi oleh para petani. Tidak ada pula pemimpin turun padang melihat sendiri penderitaan rakyat di hampir semua kawasan perkampungan di Kota Belud akibat ketiadaan bekalan air bersih. Ada rakyat yang meminum air sungai, ada yang pada awalnya mengharapkan air hujan, lantas di musim kemarau ini, mereka cuba-cuba mengali perigi dan mencari mata air.
Inilah perbedaan, para pemimpin BN dan PAS secara luaran yang kita Nampak. Walaupun Tuan Guru Nik Aziz seorang ahli politik dan saban waktu ‘sentiasa’ mendapat provokasi dan menjadi perhatian media kerana beberapa kenyataannya yang selalu dipolitikkan. Namun jarang benar dikalangan kita yang melihat ‘kemurnian’ peribadi pemimpin ini. Kita asingkan dahulu perasaan yang meluap-luap yang lahir dari ideology politik. Sama ada anda seorang pendukun PAS atau UBN. Bukankah TGNA adalah satu-satunya MB yang cukup ‘bersederhana’..? Zuhudnya begitu terserlah dengan mengenepikan bentuk-bentuk ‘kesenangan’ yang sentiasa mengoda..? TGNA adalah satu-satunya MB dan ahli politik yang membuat potongan gajinya, dengan membahagikan 40% kepada Baitul Mal dan 5% kepada PAS. Kemudiannya tinggal di rumah kampung yang sederhana, tidak berpagar, tidak ada pengawal, tidak menghalang untuk ditemui, terlibat aktif dengan aktiviti kampungnya, termasuk dalam soal kenduri dan kendara.
Keperibadian inilah,yang harus dilihat bukannya, isu kemakbulan doa lantas dipersendakan. Apakah imej murni TGNA ini ada dengan pemimpin BN di Kota Belud. Janganlah kita cerita tentang Ketua Menteri Datuk Musa Aman, kerana ia sudah cukup mewah bagi kita, tetapi bagaimana dengan ADUN dan MP di Kota Belud..? Perbandingan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa..tetapi memberi kita satu persepsi lain bahawa, walaupun Kemarau melanda di Kota Belud.. dan walaupun TGNA dibolehkan ‘mendoakan’ agar hujan turun di daerah ini,,namun yang lebih penting ialah penurunan peribadi TGNA ini.Walaupun tidak dapat di ikuti oleh pemimpin kita, setidak-tidaknya janganlah ‘mempersendakan’ peribadi orang lain..apatah lagi melibatkan Habluminallah..Fikirkanlah!.
3 ulasan :
salam KM..
Ma kasih ( pinjam istilah KM ) atas paparan ini..
TAKBIR !
TAKBIR !
TAKBIR !
Ada terpancar kesedaran di dalam tulisan tuan....
Apa yang saya perolehi dari tulisan tuan ialah, "Walaupun kita mungkin "bermusuh" dari segi politik, tetapi kita juga perlu melihat "kebaikan" musuh2 kita...., bukannya main "harung" aje"....
Saya X nafikan "kezuhudan" kehidupan seharian TG, cuma banyak "fatwa" beliau yang terlalu mengikutkan nafsu politik....dan demi kepentingan PKR serta DAP.
Salam...
Nafsu politik kata tuan?...tak mengapalah, sekurang-kurangnya ada asas Nik Aziz mendekatkan PKR dan DAP dalam satu wadah..
antara sangka baik PAS terhadap umno atau sangka baik PAS terhadap DAP dan PKR, apa bezanya?
Nik Aziz pernah melalui zaman perit ketika dikhianati umno dalam kerajaan campuran (MAGERAN tahun 1977) hingga tinggal '2 batu nisan' yg sentiasa segar dlm sejarah politik di kelantan. Sehingga hari ini royalti minyak pun masih dinafikan. Takut apa BN dengan PAS Kelantan..Sabah juga ada pengalamn yg sama..
Apa umno buat dengan bahasa ibunda?
Apa umno buat terhadap sekolah-sekolah agama?
Apa umno buat dengan sistem kehakiman negara ini?
Apa umno buat terhadap institusi DiRaja?
kalau Nik Aziz berkawan dengan DAP dan PKR untuk tujuan 'selamatkan demokrasi' negara ini daripada umno, mungkin ada sisi cerah yg boleh diambil disebalik 'nafsu politik' itu..
Post a Comment