Tuesday, March 16, 2010


Satu-satunya tokoh politik di Kota Belud yang sering menjadi perhatian media massa dan para blogger ialah Datuk Salleh Tun Said. Kalau dibandingkan dengan Tan Sri Pandikar, nyata DSSK lebih menyerlah idea dan gagasan kepimpinannya. Barangkali kerana pengalaman dan keterlibatannya dalam dunia politik peringkat nasional memungkinkan tokoh berbangsa Bajau ( walaupun dikatakan berbangsa Banjar ) ini boleh mendepani zamannya.




Biarlah kita mengulas perhal ini secara lebih adil dan beradab ilmiah, kerana mahu atau tidak dan sedar atau sebaliknya, Datuk Salleh adalah pemimpin Kota Belud yang mula menyinar kembali tatkala PRU 13 mula mendekati kita. Sejurus selepas dilantik sebagai Timbalan ketua perhubungan Umno Negeri Sabah, DSSK tidak memerlukan masa yang agak lama untuk 'menjalinkan' kembali hubungan politik intim dengan Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi perhubungan Umno Negeri, Datuk Musa Aman, walaupun sebelum ini Datuk Musa Aman dil;ihat sebagai 'dalang' kepada pengguguran DSSK pada PRU 12 yang lepas.




Melancarkan himpunan ideanya yang dibukukan dengan membawa tema besar "meneraju Perubahan" dengan penuh simbolik hanya bersandarkan kepada kunjungan hormat kepada Ketua menteri itu, telah membawa bahana politik peribadi yang paling unggul dalam kerjaya politik DSSK. Kerana mengubah startegi politik dari 'mengancam' dan mengertak kepada 'berbaik-baik' nyata membuahkan hasil. Selang beberapa bula selepas itu DSSK telah di bawa menganggotai kebinet negeri sebagai Penasihat Sains kepada Musa Aman yang bertaraf menteri.




Mendepani idea kempimpinan sedia ada diperingkat negeri dan nasional telah membangkitkan idea Reb-branding atau transformasi logo BN. Ini menguatkan hujah sesetengah pihak bahawa DSSK bukan sekadar pemimpin kelas daerah tetapi telah mencapai tahap nasional sehingga Datuk Serio Najib juga melihat perlunya perubahan peringkat BN itu. Walaupun mendapat kritikan banyak pihak, berkaitan dengan kesesuaian idea perubahan itu dengan alasan parti-parti komponen BN masih bergolak, dan ini memungkinkan idea itu tidak berjaya mencapai matlamatnya, namun nyata akhirnya pengerusi BN, Datuk Najib mengumumkan bahawa Bn akan mengadakan konvensyen penghujung tahun ini.




Di Peringkat daerah Kota Belud DSSK juga mengutarakan betapa perlunya pembangunan pendidikan dikembagbiakkan. Pelenturan modal insan bukan sahaja menjamin masa depan yang cerah tetapi juga boleh menghadapi krisis kemiskinan yang lebih parah. ketika berucap pada bengkel Halatuju pendidikan Kota belud anjuran Yayasan Kota Belud, beliau menyatakan bahawa
"Kita tidak boleh fokus terhadap penyelesaian jangka pendek sebaliknya memikirkan serta melihat masa depan melangkaui satu generasi atau tempoh 10 atau 15 tahun akan datang,"


"Kita hendaklah mampu meramal apa yang berlaku pada masa depan dengan menyediakan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi bagi membolehkan mereka bersaing dalam era yang lebih mencabar,"



Dan yang terbaru ialah apabila DSSK mengutarakan keperluan masa depan untuk menyerapkan gelaran kepada bangsa Melayu-Bajau ketika bersama dengan AMT USBO. Sambil mengakui bahawa berlaku kelembaban aktiviti bagi USBO beliau juga mengingatkan bahawa yang paling utama ialah kualiti aktiviti dan bukannya kuantiti. Agaknya idea yang kedepan ini harus diperhalusi kerana di peringkat nasional sendiri sudah berlaku pengiktirafan bangsa yang berteraskan kepada Melayu. Misalnya Melayu- jawa, Melayu siam., Melayu- Mamak dan sebagainya.



Jika idea ini menjadi kenyataan, maka kita akan menyaksikan bahawa bukan sahaja Melayu-Bajau, tetapi juga suku lain seperti Melayu-iranun, Melayu-suluk, Melayu-Sino barangkali boleh dipertimbangkan.



Idea-idea ini tentunya mempunyai impak berganda bagi penyatuan bangsa dan kesepaduan politik mereka. walaupun ada pihak yang menganggap bahawa idea-idea sebegini dibuat atas sebab semakin dekat PRU 13, tetapi nyata ia turut memberi kesan kepada pemikiran masyarakat sejagat.

12 ulasan :

rojokobog said...

Salam KM,
Selagi Ketua UMNO Bahagian P.169 ini digelar sebagai Huguan siau Kota Belud khususnya, selagi itu lah pengaruh politik beliau akan bertapak di Daerah kelahiran UMNO sabah ini, TAPI...apa yang sebenarnya berkocak didalam UMNO kota Belud itu sendiri khususnya di peringkat akar umbi, apakah kepincangan dan penyakit ini disedari oleh Ketua Bhg serta AJK Bhg,Ketua Wanita Bhg dan AJK Wanita Bhg, Ketua Pemuda Bhg dan AJK Pemuda Bhg, Ketua Puteri Bhg dan AJK Puteri Bhg.
1. Mereka sedar kah bahawa keadaan kehidupan harian para ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi, samada kais pagi pun tak makan apa lagi hendak di kais petang..apakah mereka mengharapkan KETUA CAWANGAN utk membuat laporan akan situasi/keadaan yang berlaku di peringkat Cawangan sedangkan Ketua Cawangan pun hendak meletakkan jawatan kerana tidak tahan dengan masalah yang dihadapi, Ketua Cawangan hanya berdiri di kaki sendiri setakat ini dan AJK Cawangan pun belum lagi ditubuh untuk menggerakkan aktiviti cawangan, hanya yang ada Setiausaha dan Bendahari itu pun sekadar nama sahaja. bila tiba mesyuarat Cawangan baru lah Ketua Cawangan sibuk menyenaraikan AJK Cawangan disebabkan senarai tersebut akan dihantar ke Pejabat Bahagian, ini kah sebuah PARTI KERAMAT yang mempunyai pemimpin berkelibar diperingkat atas dan bermimpi untuk menjadi JUARA RAKYAT, sedangkan masalah di peringkat Cawangan pun belum selesai ini kan pula di peringkat pengundi akar umbi yang boleh memangkah siapa kemahuan mereka bila tiba PRU kelak...berbalik kepada soal kehidupan akar umbi tadi, disebabkan kenaikan harga barang harian yang telah naik mendadak, ini yang menyebabkan keperitaan hidup amat dirasai oleh mereka (Org Kampung),,harus diingat bahawa ALASAN seperti kelembapan ekenomi dunia, kenaikan bahan pertol, pengangkutan dan sebagainya akan diterima pakai oleh pakcik-pakcik dan makcik-makcik kita di kampung..aahh itu semua sekadar alasan, sepatutnya Parti yang memerintah yang menguasai kerajaan tapi berlaku sebaliknya kerajaan menguasai Parti memerintah, gejala-gejala diatas adalah WAJIB di pantau oleh UMNO sendiri walaupun itu tugas Jabatan-Jabatan yang berkaitan, org kampung hanya tahu bahawa UMNO lah yang meraka harapkan untuk menyelesaikan permasalahan mereka, jgn hanya ketika PRU mereka menagih undi, jika ada masalah yang timbul batang hidung mereka pun tidak kelihatan..JIKA KAMI TIDAK MENJADI TONGKAT/TIANG DIBAWAH MAKA KAMU DIATAS PASTI AKAN REBAH DAN JATUH TERSUNGKUR.

2. Kenapa peruntukkan berbillion-billion tidak menepati sasaran hingga ke Peringkat akar umbi, ini disebabkan telah di simpangkan oleh pemimpin politik yang tamak,Penjawat Awam pun terlibat dengan perebutan peruntukkan dgn ertikata yang lain Penjawat Awam atau orang Kerajaan pun jadi KONTRAKTOR dengan alasan gaji tidak mencukupi, mana yang lebih baik gaji tidak cukup atau langsung tiada gaji/pendapatan seperti orang kampung, maka dengan itu hanya cebisan-cebisan peruntukkan yang amat kecil sampai ke peringkat akar umbi yang jika diagihkan hanya menyayat hati kata mereka...INI KAH DINAMAKAN RAKYAT DIDAHULUKAN, INI NAMANYA RAKYAT DIMATIKAN PEMIMPIN DIKENYANGKAN.

Akhir sekali tiada gunanya Dato' Seri Najib berucap berapi-api diatas pentas dengan melaungkan kata-kata hikmat hingga mendapat tepukan yang gemuruh sedangkan rakyat di pelusuk kampung masih dirundung malang dan berselimutkan daun nipah bernasikan ubi kayu, berlaukkan umbut pisang dan memakai selipar putus...OLEH YANG DEMIKIAN UMNO KOTA BELUD HENDAKLAH MEMANTAU SEMUA PERMASALAH INI DAN MENGAMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA KERANA MEREKA LEBIH DEKAT DGN PEMIMPIN DIPERINGKAT DAERAH DAN NEGERI, DGN INI BARU LAH UMNO BOLEH DIGELAR JUARA RAKYAT.

Pak Cik Amin said...

KM..

Saya setuju dgn apa yang dikatakan oleh Rojokobog itu..bertepatan sekali dgnkeadaan kita di KB ni..ketua-ketua cawangan sebenarnya hanya wujud jika sudah dekat dgn mesyuarat bahagian..yang lainnya itu hanyalah sekadar nama ketua cawangan UMNO sahaja...

tiada sumber pendapatan..dan ada juga yg mengharapkan projek2 kecil yang diberikan...tetapi sampai bila..?

anri said...

SALAM...

Barangkali PRU 13 bakal penentu MASA DEPAN UMNO/BN di Sabah

Barangkali PRU 13 merupakan hari terakhir UMNO/BN memegang tampuk kuasa di Sabah

Barangkali PRU 13 PARTI BARU akan menjadi RAJA KUASA memerintah di Sabah

Atau mungkin PR akan berkuasa

Atau mungkin UMNO/BN serah kuasa (mengaku kalah ba)

Andaian saya PARTI BARU MENJADI RAJA KUASA, DARAH MUDA BAKAL MENJADI KETUA

Cuba kita renung dan tenung bersama pada sejarah POLITIK SABAH

SENGAJA BERHUJAH

Idahan said...

KM..

SSK hanya seorang pemimpin biasa seperti DARD juga...banyak sangat gagasan dan pembaharuan tetapi hujung-hujung K.O. juga..

Unknown said...

Salam Kelapa Mawar,

DSSK sememangnya pakar dalam politik adakalanya boleh jadi harimau menjadikan orang lain jadi mangsanya adakalanya dia jadi macam buaya diam-diam kononnya baik tapi hakikatnya menunggu mangsa menghampirinya lantas menerkam tanpa belasan kesian. Inilah DSSK yang saya kenal.

BELUM PENDEKAR said...

Salam KM,

1. Membaca ulasan rakan-rakan bloggers membuatkan saya teringat kepada pesanan orang tua-tua yang berbunyi begini "Kadang-kadang diam adalah lebih baik daripada bercakap andai kita tidak tahu apa yang diperkatakan."

2. Justeru, kalau benar-benar ikhlas untuk membina masyarakat dan bangsa kita; berilah komen, ulasan dan cadangan yang lebih membina. Apapun tanggapan saudara semua, kita tidak dapat lari dari hakikat bahawa untuk mencari pengganti kepada pemimpin seperti DSSK dan TSPM yang telah diterima dan diyakini oleh pemimpin pusat bukanlah kerja mudah. Semua orang boleh mempunyai pelajaran tinggi sehingga ke tahap PHD tetapi tidak semua orang boleh menjadi pemimpin politik yang baik. Kita di KB patut bersyukur,kita ada 2 orang pemimpin yang ada kelas.

3. Saya tetap yakin dan percaya bahawa kepimpinan mereka masih releven dan diperlukan oleh masyarakat KB dan negeri Sabah.

kelapa mawar said...

Salam juga buat kamu Rojokobog..

ma kasih atas kunjungan yang tidak putus-putus ini..saya hargai kehadiran sdr..

Saya turut bersetuju dengan apa yang sdr katakan itu..ketua cawangan memang tidak aktif dan hanya bergantung harap ketika perhimpunan sudah semakin dekat..

kelapa mawar said...

Pakcik Amin..

ma kasih atas kunjungan ini..semoga sdr terus sukses

kelapa mawar said...

anri..

ma kasih juga dengan hujah sdr itu hujah sdr banyak memberi kita pilihan untuk membuat keputusan..

semoga sukses

kelapa mawar said...

sdr Idahan..

ma kasilah dengan ulasan pendek sdri ini,,,semoga terus memeriahkan dunia cyber di KB..

kelapa mawar said...

sdr rakyat Biasa..

dalam politik bukan sahaja harimau, buaya dan serigala..malahan kadang-kadang orang boleh menjadi ular sawah membelit musuh sehingga mati..

betulkah sdr ? semoga sukses/

kelapa mawar said...

Belum Pendekar..

ma kasih atas penerangan yang ikhlas itu..saya nampak ia memberi satui persepsi baru mengenai keperluan kepimpinan kita di daerah ini..sehingga membuka lembaran baru yang cukup menyakinkan kepada rakyat KB..

salam hotmat dan semoga sukses.