Proses pendewasaan politik di Sabah mungkin agak perlahan disebabkan oleh beberapa faktor seperti perebutan 'kuasa dan kerajaan' di kalangan suku dan pemimpin selain daripada terlalu 'mengharap' resolusi politik dari Kuala Lumpur memihak kepada suku dan pemimpin mereka. Berapa parti yang telah melalui DAN MELANGGAR pantang larang Kuala Lumpur di sabah yang akhirnya kecundang termasuk USNO, BERJAYA dan PBS. Hinggakan ada suara sumbang menyatakan bahawa bila agaknya sabah "BEBAS" dari percaturan Kuala Lumpur seperti di Sarawak?
Mungkin ini yang dikatakan oleh Datuk kalakau Untol baru-baru ini, bahawa Rakyat Sabah harus bertindak menamatkan 'fixed deposit" BN.Biarpun kerajaan sudah bertukar sebanyak 4 kali, namun Sabah masih belum memperolehi hak-hak yang sepatutnya termaktub dalam perjanjian 20 perkara tatkala sabah menyertai Malaysia. Begitu antara isi pati ucapan Datuk Kalakau Untol dalam Syarahan Perdana Sempena Ulang Tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, di Stadium Malawati Shah Alam.
“Keputusan saya berbuat demikian ialah, saya terpanggil dengan keputusan konvensyen PR yang lepas. Untuk kali pertama dalam 46 tahun kita menubuhkan negara Malaysia, menyatakan bahawa PR bersedia untuk mengkaji semula (review) perjanjian Malaysia, khususnya, Sabah, Sarawak,” jelas beliau.
Isu 20 perkara selalu dijadikan asas kepada penuntutan keadilan politik di Sabah, malahan penyingkiran kepada beberapa tokoh politik sebelum ini seperti Tun Mustapha dan Stephen Kalong adalah berkaitan dengan pencetusan idea supaya penilaian perjanjian itu dibuat. Kerana itu bagi PKR dan sekutunya di Sabah, harus segera mengembalikan hak dan perundangan yang termaktub dalam perlembagaan. Apakah isu 20 perkara yang sudah dianggap 'basi' oleh sesetengah pemimpin politik BN di Sabah akan mampu mewujudkan lonjakan sokongan kepada PR..?
Dengan tegas dan sinis Datuk Kalakau untol menyatakan bahawa pada PRU 13 akan datang , BN akan kehilangan fixed deposit nya setelah sekian lama Sabah bergelora dengan percaturan politik berkepentingan yang di wujudkan oleh beberapa genarsi pemimpin BN dari Kuala Lumpur. Apakah asas kepada kenyataan Datuk Kalakau Untol ini..? Jika dianalisa kepada keputusan PRU 12 yang lepas secara timbang tara kita harus mengakui bahawa ada peningkatan kepada sokongan pembangkang. Walaupun Sabah masih mengekalkan sokongan padu kepada BN,Namun banyak faktor kepada kemenangan itu . Antara lain kerana pengundi hantu yang masih bergentayangan dan juga isu pemberian RM 50- RM 100 yang begitu memukau rakyat sehingga alpa kepada menuntut perubahan berkerajaan.
Di kebanyakkan kawasan di Sabah jelas menunjukkan pembangkang seperti DAP dan SAPP bakal mencuri beberapa kerusi Parlimen dan DUN terutama kepada kawasan yang majoritinya adalah kaum Cina. Di kawasan bumiputera Islam juga berlaku peningkatan sokongan kepada pembangkang yang boleh dikatakan sokongan itu datangnya dari golongan muda. Jika diperhalusi senario politik PRU 12 ini, ada kebenarnya BN akan kehilangan Fixed Deposit pada PRU 13 ?
Antara yang menarik perhatian golongan muda ini, bukanlah kepada pembangunan dan peruntukkan semata-mata tetapi lebih melihat kepada isu ketelusan dan keamanahan yang ada pada kerajaan yang dipilih. masyarakat kini sudah banyak bercakap mengenai rasuah dan penyelewengan dan jarang bercakap mengenai isu pembangunan kebendaan.
Sejauhmana kebenaran atas dakwaan Datuk kalakau Untol bahawa di sabah gejala rasuah berlaku secara berleluasa akan menarik minat golongan muda dan kelas pertengahan dalam pemilihan kerajaan pada PRU 13. walau bagaimana pun kita berpandangan jika PR dan pembangkang di Sabah mampu menjadi seperti pembangkang di Semenanjung yang 'menjaga' ketika sesi pengundian berlaku, serta proaktif mengintai isu gejala rasuah dan politik wang dengan persediaan yang rapi termasuk laporan kepada pihak berkenaan. ada kebarangkalian isu yang mendominasi PR di Sabah sebagai pengembalian hak Sabah dalam perjanjian 20 perkara itu akan menjadi kenyataan.
Masih menjadi misteri kepada rakyat Sabah apakah kata-kata Kalakau Untol ini menjadi realiti..
“If we want to change the policy of the nation, it can only be changed if you change and form a new government, Pakatan Rakyat! (Kalau kita hendak tukar dasar nasional, ia hanya boleh ditukar kalau kamu menukar dan menubuhkan satu kerajaan baru, iaitu Pakatan Rakyat!)”

1 ulasan :
Salam KM,
BN kah yang akan kehilangan Fixed deposit atau Kalahkau Untol yang akan hilang wang pertaruhan (Deposit) bila dia bertanding pada PRU-13 nanti,bila kita sudah tidak senada dgn muzik kita akan katakan bahawa pemain gitar, piano,drum dll bermain sumbang, sedangkan lagu kita yang amat sumbang..sejarah telah membuktikan bahawa BN UMNO telah membangunkan Negara malaysia ini selama 50 tahun lebih lamanya, lihat lah pada hari ini kesan limpahan pembangunan ekenomi,sosial dan sebagainya, adakah dengan beberapa kesilapan dan keterlanjuran BN UMNO yang telah mereka lakukan maka kita akan menghukum sedemikian rupa, sedangkan jasanya tidak terkira, kita berasa bertuah dapat menikmati semua yang ada hari ini hasil daripada pemerintahan BN UMNO, mungkin ada orang lain yang kan berkata bahawa jika pun parti lain selain BN UMNO yang akan memerintah selama ini mereka akan dapat lakukan seperti yang BN UMNO buat untuk membangunkan Negara kita, itu betul tapi tidak ada bukti sebab mereka tidak memegang tampuk pemerintahan dan tidak mendapat sokongan rakyat..jangan lah bercakap besar sambil meludah ke langit nanti akan terkena muka sendiri, sewaktu Kalahkau dalam keadaan selesa dan masih berada dalan BN suatu ketika dulu apa yang beliau telah sumbangkan kepada masyarakat di Tuaran khususnya? sekarang sudah tidak lagi memiliki kesenangan tersebut maka beliau dengan mulut yang agak celupar mengata itu ini dgn parti yang telah berjasa selama ini..porahhhh lah, lu fikir lah sendiri tol
Post a Comment