Thursday, March 4, 2010


Barangkali dengan memikirkan bahawa 'semangat' isu tuntutan royalit minyak di Kelantan boleh diasimilasikan dalam dunia politik di Sabah, maka di sepanjang lawatan DSAI ke negeri ini, begitu bersungguh-sungguh untuk mengkhabarkan bahawa jika PR memerintah negara, Sabah akan memperolehi kenaikan royalti minyak dari 5% sedia ada kepada 20%. Satu angka yang nampak besar tetapi bolehkah direalisasikan?



Isu pertimbangan kenaikan Royalti minyak ini yang termenterai lebih 20 tahun itu sudah lama di suarakan oleh pemimpin Bn di negeri ini. Seingat KM ,PBS adalah antara parti yang begitu komited mengutus permohonan kepada kerajaan Pusat untuk tujuan pertimbangan,namun sehingga UMNO masuk ke Sabah, isu penelitian semula isi perjanjian antara Petronas dan kerajan Sabah didiamkan sahaja.




Beberapa pemimpin "ultra" yang tidak terus terputus harap masih menyuarakan isi hati rakyat Sabah. Atas alasan sudah tiba masanya isu ini dilihat dari konteks 'kesesuaian' zaman yang sudah berubah. Kerana itu juga isu ini menjadi perjuangan Dr Jeffry Kitingan dan beberapa pemimpin dalam PKR Sabah termasuk Datuk Kalakau Untol. SAPP juga mempunyai alasan yang sama ketika meninggalkan BN dengan kemuncak 'hilang kepercayaan kepada BN".



Bukan sahaja Sabah akan memperolehi royalti 20% tetapi juga termasuk Sarawak, Terengganu dan Kelantan. Itulah 'promosi' politik DSAI di Sabah. Ia menjadi satu isu 'kedai kopi' di KB, kerana daerah ini juga menyumbang kepada pencarigalian telaga minyak,gas dan Petroleum. Maka bagaimanakah pula nanti PKR mempromosikan isu ini di KB?



Di peringkat negeri, Isu ini begitu menarik diperbincangkan kerana tidak sampai 24 Jam DSAI mengumumkannya di Tuaran, maka rakyat Sabah berpusu-pusu menghadiri rumah terbuka Pakatan rakyat yang diadakan di SM Kian Kok Likas dengan anggaran 10 ribu orang. selain mendengar ucapan DSAI dan beberapa pemimpin PKR termasuk Lim Kit Siang, rakyat Sabah juga nampak begitu terpesona dengan "manifesto Pra- PRU 13", PKR yang disampaikan secara lisan oleh para pemimpin PR ini. Dan antara yang diwar-warkan ialah strategi 'satu lawan satu' yang akan menjadi formula keramat PKR menundukkan kerajaan BN di Sabah. Namun sebelum formula itu bisa dilaksanakan di sini, negeri Sarawak akan merasainya terlebih dahulu apabila pada waktu terdekat PRU dijangka diadakan di negeri bumi Kenyalang itu.



Apakah promosi 20% DSAI ini akan mampu menarik perkiraan orang muda dan 'atas pagar' di Sabah?. Apakah peranannya royalti minyak ini dengan persepsi golongan berumur dan penghujung kehidupan mereka? Benarkah bahawa apa yang dikatakan oleh DSAI Pakatan Rakyat tolong rakyat dari hasil bumi mereka sendiri, bukan untuk diri sendiri dengan cara buat projek mega dapat komisyen mewah."



Beranikah BN membuat siri penerangan mengenai kepatutan Sabah menerima 5% royalti minyak daripada kerajaan Persekutuan? Beranikah BN Sabah menghadapi strategi 'satu lawan satu' yang sudah dicanang awal ini..? Sedangkan bagi penyokong PKR di Sabah, mereka begitu berbangga kerana parti mereka PKR dan PR sebegitu berani 'menyatakan' formula dan strategi tanpa berselindung..

2 ulasan :

Hussin Lampoyang said...

KELAPA MAWAR..

ulasan ini untuk pipit pekepa..

pipit,..pipit

boleh lagi kau bilang aku ni menyamar ..nama aku bah itu..kau ingat di dunia ni seorang saja kah Hussin Lampoyang..ah..?

dia pakai itu nama, sebab di kasi oleh emak bapak dia..janganlah kau peduli..

macam juga kau ni..pakai nama pipit...kau pun menyamar bah...aku pun tahu kau ni orang TSP dan DSSK..eperti yg TSP cakap dulu.."orang yang sudah diberi peluang, tetapi disia-siakan"

rojokobog said...

Salam KM,
Untuk tujuan mendapat undi simpati dan demi untuk menegakkan benang basah, segala janji-janji manis, bulan dan bintang bakal akan diutarakan oleh parti-parti politik demi untuk mengalahkan/menumbangkan parti lawan masing-masing, ini adalah tabiat manusia selaku pemimpin sesebuah pertubuhan dan parti politik, tapi bila tiba masanya untuk dilaksanakan cakap tak serupa bikin, 20% janji rolyiti minyak utk Sabah jika Parti Keadilan memerintah, itu pun JIKA, KALAU....janji boleh diubah dari masa kesemasa, Anuar Ibrahim kalau berceramah politik saya ibaratkan semut pun akan berhenti mendengar, monyet pun akan berhenti bergayut, ombak pun tidak membadai lagi, begitu lah hebatnya Anuar Ibrahim pandai memutar belitkan kata-katanya..setiap yang mendengar pasti akan terpegun dan akan menyangka semua putar belitnya benar belaka,,kalau kita masih ingat sewaktu Anuar Ibrahim menjadi TPM dan Timbalan Presiden UMNO dia telah mengatur strategi untuk menjatuhkan Tun Mahathir, seluruh pelusuk Malaysia Anuar telah kepong demi untuk mengatur strateginya agar dia cepat naik jadi PM, tapi dia kurang bernasip baik Tun Mahathir tercium bau awal segala perancangan Anuar ini,akhirnya dia masuk penjara maka tertubuh lah Parti Keadilan Rakyat yang diterajui oleh Isteri beliau..dan yang paling penting sekali untuk kita sama-sama lihat nanti selepas PRU-13 adalah kemana arah para pemimpin dari Sabah yang telah menyertai Parti Keadilan?? dan jika ditakdirkan Keadilan memerintah Negeri Sabah saya rasa kita akan menyaksikan perbalahan mengenai perebutan kuasa dalam kerajaan yang mereka akan tubuhkan..ini adalah firasat saya.