Saturday, March 6, 2010


Menceritakan apa yang berlaku di tempat sendiri punya cabaran yang hebat, kerana walaupun serba serbi tahu ,tetapi tidak semua pandangan dan pemikiran kita mampu diikuti oleh kebanyakan orang. Apatah lagi sekiranya orang tersebut mempunyai 'selera' lain daripada kita. Walaupun demikian, penulisan KM kali ini adalah atas pengamatan mendalam setelah melakukan beberapa perbincangan lisan dengan beberapa orang pemimpin "middle society" atau kelas masyarakat pertengahan di daerah kota Belud. Satu siri perbincangan yang panjang dan mendalam, kerana saya katakan mendalam, ia berkisar tentang halatuju kepimpinan sedia ada dan hambatan di masa depan yang harus diharungi. Luas skop dan temanya.



Tidak perlulah saya dedahkan nama pemimpin yang saya katakan itu cukup untuk menyatakan bahawa penglibatan mereka dalam politik memakan masa yang panjang, melalui liku-liku 'mengikut' dari belakang pemimpin tertentu di Kota Belud, sejaka zaman USNO, BERJAYA, PBS dan kini UMNO.NAMUN perbincangan itu lebih terfokus kepada perkembangan terkini 'otai-otai' kita di daerah ini. Termasuk pertimbangan perlantikan Datuk Rahman Dahlan sebagai Setiausaha BN yang baru menggantikan Karim Bujang dan juga perlantikan Datuk Salleh sebagai penyelaras BN bagi daerah KB.



Penulisan kali ini ialah meninjau dari aspek natijah kepada percakaran pemimpin politik di KB, atas percaturan datuk Seri Aman dan kepimpinan pusat membuat rombakan kepada barisan kepimpinan BN negeri baru-baru ini. Fokus penulisan ini ditujukan buat sementara waktu untuk daerah KB.



Jika menurut pemerhatian mata kasar, ramai pemimpin kelas pertengahan yang mula 'merestui' kehadiran ahli Parlimen KB yang baru Datuk Rahman Dahlan. Persetujuan itu diungkapkan melalui komen ringkas yang mereka berikan kepada saya sebagai "lebih baik dari sebelumnya". Namun persetujuan itu hanya terbenam dalam sanubari mereka kerana, apabila berpeluang membuat pilihan dalam UMNO KB..orang yang mereka katakan sebagai " kurang dari Datuk Rahman" terpaksa mereka pilih atas faktor 'keterikutan mereka secara majoriti" dan juga faktor kepala raja yang bermaharajalela. Namun kata mereka, kehadiran Datuk Rahman jika dilihat dari aspek 'kerukunan' warga KB, ia menjadi agak mencabar. Satu pikulan berat di pundak DARD untuk berhabis sebaik mungkin mendapatkan perhatian dari masyarakat KB. saingan yang hebat bukan datang dari orang lain, melainkan dari DSSK sendiri.



Apabila perlantikan DSSK sebagai penasihat ketua menteri, maka kedudukan DARD sebagai MP KB mula 'terancam' . Seperti yang mereka ceritakan kepada saya, mungkin DARD mula tidak duduk senang kerana walaupun DARD pernah menjadi SU kepada Ketua Menteri, tetapi dalam politik, semuanya adalah 'musuh' dan semuanya adalah 'kawan'. Penerimaan DSSK dalam saf kepimpinan MUSA AMAN adalah satu signal awal bahawa kerusi MP Kota Belud akan menyaksikan 'pertukaran'. Dan kerusi itulah yang paling sesuai buat DSSK, dan paling selamat buat Musa Aman. Ada dua keadaan yang harus difikirkan iaitu jika niat DMA membawa DSSK ke kabinet negeri,maka kedudukan DARD akan lebih terjamin. tetapi jika sebaliknya, DARD harus mula mencari tempat mula berpaut dari sekarang.



Perlantikan DARD sebagai setiausaha BN Sabah, juga membuktikan bahawa beliau diperlukan dalam pengurusan dan keupayaan BN Sabah dalam PRU 13 akan datang.Banyak faktor kepada pembawaan perlantikan itu, seperti pengalaman luas sebelumnya, kerapatan dengan pemimpin pusat peringkat pemuda dan Naib Presiden, dan tentunya kerana senang dengan DMA. Perlantikan DSSK sebagai penyelaras di KB juga atas faktor kerana beliau adalah Ketua UMNO KB. Namun jika dilihat dari pensiratan politik, maka ia satu petanda bahawa DMA begitu berhati-hati dalam percaturan politiknya. Memberikan satu anak tangga kepada DARD dan satu anak tangga politik kepada DSSK. Perseimbangan ini membuatkan kedua-duanya merasa begitu 'perlu' dan 'diperlukan'. seketika percakaran dan masam muka politik antara mereka akan reda.Itupun kalau ada.tetapi betulkah tidak ada?



keberuntungan kepada masyarakat KB kerana kedua-duanya adalah pemimpin di daerah ini. satu bentuk kesungguhan yang ditunjukkan oleh negeri dan pusat sekaligus akan mengangkat daerah ini sebagai daerah pejuang yang disegani. Bagaimana kata anda? saya menantikannya.

5 ulasan :

Idahan said...

KM..

Penstrukturan semula BN di Sabah dibaut oleh Musa Aman kerana takut berhadapan dgn PR dgn strategi satu lawan satu..kalau sabah jatuh di bawah PR..musa aman akan 'kemaluan' seperti datuk Khir Toyo..

mambangtiora said...

salam kelapa mawar,

posting saudara kali ini,membawa kita berfikir panjang umpama teka teki yang kita perlu fikir untuk mendapat jawapan yang tepat kadang kala boleh juga tersasar...percaturan KM memberikan satu anak tangga bagi DARD dan DSSK sebenarnya demi kepentingan politik KM dan UMNO sabah amnya.Sebab KM sudah nampak bahawa DSSK masih berbisa di Kota Belud . Semasa pertandingan ketua bahagian orang kuat KM tumbang ditangan DSSK. Sekiranya DSSK yang tumbang sudah pasti DSSK akan terus dipinggirkan oleh KM ,perkataan yang lebih tepat karier politik DSSK akan terus dipadamkan dalam kamus politik kota Belud.Oleh yang demikian KM terpaksa berbaik-baik pula dengan DSSK, tetapi itu hanya apa yang tersirat..DSSK pasti akan membuat perancangan yang rapi untuk memastikan karier politik tetap bertahan dikb..dann untuk DARD pula terpaksa berjuang menjadi juara rakyat dikb bagi memenangi hati pengundi dikb bagi mengekalkan kerusi parlimenya dan beliau mesti berhadapan dengan warlord kb iaitu DSSK dan TSP, sekiranya beliau dapat menambat hati kedua-dua warlord ini,pasti beliau akan kekal dikb...jika beliau bermusuhan dengan 2 warlord ini pasti beliau terpaksa balik kampunglah..tentu Datuk hajiji memastikan beliau tidak akan mendapat tempat di tuaran..lagipun DARD tidak akan dapat bertanding di tuaran kerana dibawah kouta PBS.Jadi kita tengoklah nanti nasib DARD...buat DARD ..selamat berjuang

kelapa mawar said...

Idahan..

memang benar apa yg dikatakan itu, kerana penstrukuran ini dibuat untuk menghadapi PRU akan datang.

ma kasih kerana memberikan komen.

kelapa mawar said...

Salam kembali mambangtiora

ma kasih atas ulasan sdr yang membina ini..

politik KB tidak akan sunyi dari isu mengenai DSSK, DMA dan DARD ini..kerana semakin dekat pru 13, semakin panas cerita mengenai pemimpin ini..seakan ada tarik tali dikalangan mereka.

bersama kita tunggu.

rojokobog said...

Salam KM,
Malam tadi saya lihat dalam mangkok sakti milik kawan saya bahawa Dato' Abdul Rahman Bin Datuk Hj Dahlan akan menjadi calon Dewan Undangan Negeri pada PRU-13 nanti, tapi DUN mana tak berapa jelas sebab ada hujan gerimis di Kota Belud yang menitis dalam mangkok ketika kami menilik jadi air dalam mangkok tersebut berkocak..naujubilaminjalik.