Friday, March 26, 2010


Datuk Seri Shahrizat, dikatakan mangsa kepada golongan Non Partison ini, apabila kalah mengejut di Parlimen Lembah Pantai kepada Nurul Izzah Anwar yang baru setahun jagung dalam kancah politik tanahair.




Rasanya politik Negara telah memasuki fasa baru bermula pada tahun 1998, iaitu ketika berlakunya pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam parti dan kerajaan. Waktu itu “Fasa baru” politik tanahair berlaku kerana ribuan anak-anak muda membanjiri jalanraya di ibu kota menuntut perubahan kepimpinan yang mereka simpulkan pada laungan “REFORMASI”. Walaupun sebelum ini keterlibatan anak-anak muda dalam politik memang telah lama berlangsung, namun penterjemahan perjuangan dan kehendak naluri golongan ini, masih selari dengan dasar dan kehendak kerajaan. Suara-suara anak-anak muda ini..kadangkala kedengaran, dan kadangkala lantang hanya di kampus-kampus university dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan atau NGO.






Walaupun gerakan Reformasi bimbingan DSAI itu, dikatakan kebanyakkannya adalah anak-anak muda orang Melayu, dan sedikt golongan muda Cina Dan India, tetapi apa yang nyata ialah bermula tahun 1998 itu, golongan muda bagaikan satu gelombang baru yang terdiri daripada buih-buih kecil yang rapuh dan bertaburan. Tidak ada kesepakatan perjuangan. Sebilangannya menyertai PAS Dan PKR selepas itu. Dentuman politik golongan ini terhenti bersama ‘roh’ perjuangan Anwar Ibrahim yang terpenjara di dinding berpagar besi. Kerajaan pada waktu itu masih melihat golongan muda yang ‘engkar’ ini masih boleh didamaikan.






Kini di tahun dan di alaf baru politik tanahair, Dentuman politik anak-anak muda atau golongan belia ini begitu menjadi perhatian pihak kerajaan dan Pembangkang. Bahkan kemenangan mengejut Pakatan Rakyat di 5 buah negeri di kaitkan dengan pendekatan kepada golongan muda. Kekalahan Datuk Sahrizat Jalil di Parlimen Lembah Pantai, kepada Nurul Izzah Anwar adalah petanda bahawa golongan NON-PARTISON ini sukar diramalkan. Dan itu memungkinkan Nurul Izzah mencipta sejarah tersendiri, apabila merupakan ahli Parlimen yang termuda pernah menjadi suara rakyat di Parlimen. Malahan DSAI menggesa agar kerajaan mendaftarkan para pengundi yang mencapai umur 21 tahun secara automotik, namun ditolak. Bagi DSAI penolakan itu dibuat kerana atas dasar ‘ketakutan’ UBN tidak dapat meraih sokongan dari golongan ini. Benarkah?






Pembangkang dikatakan lebih ‘menjiwai’ kehendak dan naluri mereka. Kebangkitan rakyat yang selalu dilaungkan oleh PKR, adalah berteraskan kepada kemahuan golongan ini. Maka dengan tidak disangka, golongan muda menjadi bahan kaji kepada beberapa penganalisis politik..melihat sejauh mana mereka berpihak kepada sesuatu idelogi perjuangan. Dan agak memeranjatkan kerana hasilnya: Golongan muda adalah NON-PARTISON ! yakni tidak memihak. Benarkah ? atau dalam diam golongan ini lebih ‘merestui’ perjuangan pembangkang.?






Di Sabah, gelaran NON-PARTISON ini, boleh dipersoalkan. Kerana atas hujah, penyebarluasan maklumat yang pelbagai telah mempengaruhi tindakan dan perhitungan golongan muda di Sabah. Mereka bukan sahaja ‘senyap’ dan ‘membunuh’ tetapi juga mampu menggerakkan gelombang baru di negeri ini untuk memasuki satu lagi fasa politik pada PRU 13 akan datang. Walaupun agak perlahan, tetapi natijahnya begitu besar, pemerhatian dan kepersoalan mereka terhadap parti dan pemimpin , begitu mempengaruhi tindakan selanjutnya.





Namun secara prinsipnya, dan atas fakta bahawa infrastruktur informasi yang cukup terbatas di sabah, memungkinkan golongan NON- PARTISON ini masih memberikan sokongan padu kepada kerajaan sedia ada pada PRU 13 akan datang. Terkecuali jika berlaku ledakan politik yang besar termasuk protes berpanjangan dari golongan ini akibat keperluan mereka yang diabaikan.


10 ulasan :

Hussin Lampoyang said...

salam ziarah..

ada beberapa fakta dan realiti yg harus dihadapi oleh Umno dan BN

1. Golongan muda lebih cenderung kp pembankang

2. golongan muda di sekat daripada mengikuti politik dalam UMNO

3.tidak ada program yg dibuat untuk memberi peluang kp golongan ini.

Datu pitung said...

salam sdr kelapa mawar

sambil berehat dan menikmati secawan kopi, saya terpanggil untuk memberi komen mengenai isu ini. saya lebih tertarik jika isu itu mengenai belia.


sabah khususnya, politik orang muda adalah penyumbang kelanjutan umur sesuatu politik. namun benarlah sdr katakan itu, politik belia mampu menumbangkan karier politik yng betahun lama nya betapak.

saya tertarik untuk mengulas komen sdr husin lampoyang..

sdr husin, memang tidak di nafikan, golongan orang muda lebih cenderung kepada parti pembangkang..kenapa?
saya boleh kongsikan beberapa fakta mengenai isu ini.

1. orang muda tidak di beri laluan khusus untuk berpolitik. dalam parti pembangkang, orang muda adalah enjin kepada parti, setiap komen dan idea orang muda, di dengari dan di selami. sbb itu pakatan rakyat lebih majoriti nya kpd org muda.
2. di kota belud, realiti politik orang muda, seperti sdr husin katalkan itu, di sekat, jadi kemana arah politik orang muda. kalau di lihat dari sudut pendidikan, orang muda lebih menonjol berbanding dngn orang lama dalam politik. maklum lah kerajaan lbh menekan kan dalam soal pendidikan.
3. juara rakyat adalah satu program untuk mendekati rakyat, tapi saya lihat program ini hanya tertumpu pada kawasan pekan/bandar. sedangkan program ini adalah untuk semua rakyat. mcm mn pula masyarakat yang berada di kampung2? sedangkan masalah rakyat lebih byk di kampung2 berbanding pekan/bandar yang insfrastruktur nya berbanding di kwsn kampung?

ini perlu di teliti bagi memberi satu tahap kenyakinan kepada orang muda kepada kerajaan, bagi orang muda sendiri, mereka dapat membezakan politik yang membela hak rakyat dan tidak.

terima kasih daun keladi klu ada masa kita jumpa lagi..

BELUM PENDEKAR said...

Saudara KM,

Saya tidak fikir golongan muda memilih untuk menyebelahi pihak pembangkang kerana "mereka diberi ruang" untuk berpolitik. Sebaliknya, mereka ini terpedaya dengan hasutan dan pembohongan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang. Bagi golongan muda yang kurang faham dan belum mengerti perjuangan politik yang sebenarnya, mereka sudah tentu akan cenderung kepada sesuatu yang kelihatan "ideal' walaupun ia pada hakikatnya tidak "praktikal".

Saya percaya, pendedahan beberapa orang ahli parlimen kebelakangan ini tentang tindak-tanduk pemimpin parti pembangkang yang pernah mereka sertai cukup menjadi bukti bahawa orang muda di dalam parti pembangkang bukanlah diberi ruang untuk berpolitik. Sebenarnya, mereka ini lebih kepada "dipergunakan" untuk mencapai hasrat politik pihak tertentu. Untuk memperguna orang lama, sudah tentu tidak boleh kerana mereka walaupun dikatakan kurang berpendidikan amat maklum akan pahit manis perjuangan politik terutamanya untuk mencapai kemerdekaan dahulu.

Saya tidak faham mengapa ada persepsi yang mengatakan bahawa golongan muda disekat daripada mengikuti politik dalam UMNO. Ini adalah kerana saya tidak nampak asas yang kukuh atas dakwaan sedemikian. Bukankah UMNO ada sayap Pemuda, Puteri dan Putera? bukankah ini ruang yang luas yang diberikan kepada golongan muda untuk berpolitik?.. Janganlah hanya kerana individu tertentu yang kita sokong telah tewas dalam pemilihan sayap-sayap ini maka kita terus membuat kesimpulan bahawa orang muda disekat untuk berpolitik dalam UMNO. Juga, jangan salahkan UMNO kerana barangkali calon pilihan kita yang ada "kekurangan" hingga tidak mampu menarik sokongan yang cukup untuk menang.

Pun begitu, saya setuju supaya lebih banyak program dibuat untuk memberi penerangan kepada golongan muda ini supaya mereka tidak lagi dengan begitu mudah "dipergunakan" oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

bayugunung said...

Salam,

Saya ada seorang kawan bekas ajk bahagian umno sepanggar..dulu dia memang aktif tapi sekarang ini tidak lagi..bila ditanya kenapa?..beliau kata, orang politik mana dengar cakap orang macam kami..

Lepasan graduan UK ni sekadar terlibat dengan NGO untuk membantu masyarakat Islam di Sabah setakat yg mampu.

Adakah ini satu contoh terpinggirnya golongan golongan muda dan cerdik pandai dalam arus politik perdana? mungkin ya, mungkin juga tidak.


..cuba menerang bukan menyerang..

dave said...

sya rasa golongan muda la yg paling byk dipengaruhi dakyah politik tanpa pertimbangan & pemikiran yg rasional...

kerana golongan muda ini lebih berdarah panas & tertarik kepada perjuangan yg berbentuk 'rebellious' sifatnya & beranggapan mereka berjuang untuk kepentingan rakyat, padahal pada zahirnya mereka digunakan oleh politician yg rakus dalam mencari pangkat & kedudukan...

tinggi atau rendah pelajaran seseorang itu bukan ukuran, kerana jika tidak rasional, apa2 pun boleh dilakukan dan khabar angin pun boleh menjadi fakta..yg salah pun boleh jadi benar...

Oleh itu, golongan2 muda perlu lebih peka terhadap perkembangan politik & tidak hanya mendengar dari satu pihak sahaja, kerana dalam mendengar dan mentafsir sesuatu, perlu ada balance dalam information kita...jgn la tergesa2 untuk menerima & mempercayai suatu maklumat itu, kerana ia mungkin salah...

Unknown said...

pandangan matang dari Dave.

Tahniah saya tidak perlu tambah apa-apa lagi.

ejaan partisan bukan partison.

salam MO.

BELUM PENDEKAR said...

Sdra Bayugunung,

1. Saya menghormati pandangan saudara mengenai perkara ini. Pun demikian saya ingin membuka sedikit ruang untuk kita sama-sama berbincang mengenai isu yang sdra bangkitkan dari sudut yang lain..

2. Pertamanya, isu yang dibangkitkan dalam perbincangan kita adalah bahawa "golongan muda cenderung untuk memilih menjadi ahli parti poltik p[embangkang kerana kononnya golongan ini disekat daripada mengikuti politik dalam UMNO'. Sebab itu, saya mengatakan bahawa bagaimana mungkin ruang untuk mengikuti politik di sekat di dalam UMNO sedangkan wujud sayap Pemuda, Puteri dan juga Putera. Kes yang sdra bangkitkan adalah contoh yang jelas bahawa ruang berpolitik terbuka luas dan kenyataan bahawa kawan saudara itu adalah bekas AJK UMNO Bahagian adalah buktinya. Masalahnya, ialah barangkali nasihat dan pandangan beliau tidak diendahkan oleh pemimpin parti peringkat Bahagian beliau. Perlu diingat bahawa perbesaan pendapat dalam apa juga hal adalah lumrah di dalam sesuatu oraganisasi. Cuma, kita tidak boleh menjadikan perkara ini sebagai alasan untuk mengatakan bahawa kita tidak mempunyai ruang untuk berpolitik atau kita telah terpinggir kerana nasihat kita tidak diendahkan.

3. Jadi, jangan mudah putus asa apatah lagi merajuk.

Anonymous said...

Assalamualaikum

sekadar pandangan

saya syorkan rakan blog melayari semula blog chedet di bawah tajuk "UMNO busuk hingga ke usus". Antara isu yang dilontarkan oleh ramai bloggers seluruh negara ada yang berpendapat keahlian UMNO di peringkat akar umbi disekat khususnya dari kalangan mereka yang berpendidikan tinggi, professional dan golongan muda kerana kekhuatiran mereka yang berada di tampuk akan cuba digulingkan. Akhirnya kepimpinan UMNO di peringkat cawangan (dan bahagian) kekal berkisar di kalangan tukang kebun, penganggur, kaki ampu, pak karut, penglipur lara dan ahli perniagaan alibaba dan chauvinist politik,

Ini menjelaskan kenapa ramai pemuda dan pemudi berpelajaran tinggi, professional dan pendakwah agama mencari alternatif lain dalam menyuarakan aspirasi mereka.

Trend ini memang jelas di Semenanjung tapi di Sabah belum nampak lagi, mungkin PRU13 kita akan lihat perubahan.

anri said...

Salam saudara/i ku,

Saya merasa terpanggil apabila GOLONGAN MUDA, mudah dipersalahkan

Apabila berlaku sesuatu yang tidak baik, GOLONGAN MUDA INI DIPERSALAHKAN

Apabila wujud kesalahtanggapan dalam semua hal, GOLONGAN MUDA INI DIPERSALAHKAN

Cuba kita lihat dan renung kembali sejarah negara !,bukankah GOLONGAN MUDA INI juga besar jasanya

"BERBAHASA PERLU ADA RASA,
BERKATA2 MESTI BENAR SUMBERNYA,
BERSUARA BIAR BERPADA2"

sengaja berhujah

watasikadi said...

salam KM,
sorry mawar berduri lama sudah tidak mendampingi...
rasa terpanggil pulak mengulas bila orang muda di sentuh... bagi saya orang muda kurang diyakini bila mahu berkhidmat punca sokongan kepada sesebuah parti. namun apapun yang diperkatakan selagi mana orang muda yang memasuki parti politik kerajaan sahaja diberi peluang mengaut keuntungan dan peluang pekerjaan maka selagi itulah orang muda tidak memberi sokongan pada parti pemerintah..satu langkah yang sangat 'bijak' bila kerajaan memperkenalkan umur bersara 58 tahun di mana dalam masa yang sama graduan menganggur meningkat. sampai baino tidak selasai. bila MEB diperkenalkan yang mana lebih bersifat pro swasta, sekali lagi orang muda kini akan disisihkan bilamana graduan kini cenderung memilih bekerja kerajaan demi masa depan yang terjamin..maka parti pemerintah teruskanlah agenda yang bakal menguburkan perjuangan anda...semoga berjaya PRU-13...hehehe