Ramai agaknya yang bersetuju dengan saya, kalau dilihat dari heareki pemimpin yang kerap turun padang di KB, Datuk Musabah adalah antaranya. Malahan ranking menunjukkan YB yang "asalnya dari kampung" boleh menduduki tempat kedua atau ketiga, bersaing dengan MP KB, DARD yang juga dikatakan mempunyai 'kesungguhan' yang tinggi merealisasikan penaiktarafan infrastruktur asas di daerah KB. Rekod menunjukkan bahawa YB Datuk Musbah begitu perhatin dengan permasalahan rakyat, teruatam apabila musibah tidak terjangka melanda rakyat di kawasan DUN TEMPASUK.
Namun bukan itu persoalannya, kerana kejayaan Datuk Musbah memantau penyelarasan projek Ekonomi berimpak tinggi Jelapang Padi dan Agropolitan, menyebabkan rakyat di DUN TEMPASUK begitu bersyukur, walaupun masih dalam proses perlaksanaan dan masalah timbul di sana-sini, seperti kes pengambilan tanah dan isu pampasan, nampaknya isu itu timbul tenggelam dan tidak merencatkan perjalanan projek berkenaan.
Tindakan Datuk Musbah mengenepikan pembangunan dari aspek lain menjadi tajuk perbualan di KB. Kenapa asyik-asyik projek Jelapang Padi dan Agropolitan saja? Begitu yang saya dengar diperkatakan. Bagaimana dengan keperluan asas yang lain seperti Pendidikan, Jalan raya, bekalan air bersih dan isu Pendatang Tanpa Izin..?
Dalam aspek Pendidikan, walaupun sudah dimaklumkan mengenai kedaifan sebuah sekolah agama di Kg. Merabau di dalam DUN TEMPASUK, namun sehingga kini Datuk Musbah dikatakan 'gagal' menyelesaikan permasalahan sekolah agama di bawah kuasa kerajaan negeri ini. Di Samping uzur, sekolah ini juga dikatakan sering dilanda banjir apabila hujan lebat, ekoran berada di kedudukan tanah rendah dan berdekatan dengan sungai Merabau.
Begitu juga di kawasan lain selain dari kawasan Kaguraan dimana bermualnya tapak projek Jelapang padi. Di kawasan kampung Peladok di mana Datuk Musbah menang dalam peti undi di kawasan ini dengan majoriti 14 undi, terdapat juga kawasan sawah padi yang 'gagal' diusahakan akibat ketiadaan sistem pengairan dan perparitan yang sempurna. Kawasan yang terletak berhadapan dengan rumah Datu Salin itu dianggarkan lebih kurang 30-40 ekar. Apa yang menjadi tanda tanya kita ialah kawasan terbabit juga dikatakan berdekatan dengan rumah UPKR DUN TEMPASUK, Baghdad Turogan. Mengapakah keadaan ini tidak dimaklumkan kepada YB datuk Musbah?
Begitu juga dengan kebanjiran Pendatang Tanpa Izin di kawasan perkampungan Tawadakan, Tamau, Pintasan dan sekitarnya, sehingga menimbulkan banyak masalah 'monopoli' ekonomi serta penerokaan tanah rezab kerajaan di pesisiran pantai berkenaan. Bukan sahaja tidak ada usaha dan response dari YB Datuk Musbah, malahan dikatakan juga masalah itu telah lama berlarutan sejak sekian lama. Di Peringkat daerah KB, warga luar ini juga telahpun mendapat peluang berniaga di pasar Malam dan Pasar Tani.
Apakah kawasan sekitar DUN TEMPASUK juga yang menghadapi masalah bekalan air terutama di musim kemarau ini telah dapat diselesaikan oleh Datuk Musbah? Apakah juga langkah bantuan yang diusahakan oleh YB ini kepada petani yang terjejas dengan penanaman padi di musim kemarau ini..? hanya Datuk Musbah yang dapat menjawabnya.

SUI Merabau yang dikatakan uzur dan sering dilanda banjir.

2 ulasan :
pipit sudah tulis bah siapa punya idea jelapang padi dan agropolitan. Ianya bukan idea asal Datuk Musbah. rujuk Pipitpekepa.blogspot.com
Begitupun, sebagai YB Tempasuk kita salut beliau kerana ada peranan untuk jadikan projek itu kenyataan.
Pipit pernah menulis YB Musbah ini orang baik, tapi setakat orang baik saja tidak bermakna akan jadi wakil rakyat yang baik.
Rakyat tempasuk harap Musbah tidak ada niat untuk berniaga dalam urusan rakyat. Kalau urusan pendidikan dan keperluan asas tidak akan beri keuntungan, janganlah abaikan. Itu adalah amanah dan tangungjawab sebagai pemimpin yang dipilih rakyat Tempasuk.
Mungkin untung bukan di dunia inui untuk beli kereta mewah dan rumah baru tetapi jadi bekalan di akhirat kelak.
bantulah rakyat datuk musbah walau tiada untung sedikitpun.
salam blog kelapa mawar
saya terfikir untuk membuat blog khas untuk membela nasib rakyat. cadangan semua blogger saya perlukan.
sebab ini lah blog aduan rakyat kota belud saya bina, untuk mendengar keperitan dan permasalahan masyarakat sekitar daerah kota belud. di harap blog kelapa mawar ini dapat bekerja sama dgn blog aduan rakyat untuk membela hak masyarakat di kota belud khususnya.
salam hormat.
Post a Comment