Membicarakan tentang ‘kelahiran’ seorang pemimpin yang diterima kepimpinannya dalam daerah Kota belud, mungkin sensitive kepada sebilangan orang . Namun begitu ‘pembukaan’ cakrawala pemikiran, dengan ledakan maklumat yang begitu cepat, memungkinkan isu ini boleh diperbincangkan seadanya,mengikut lunas-lunas kewarasan politik yang menyakinkan. Kali ini, KM cuba mengajak kita berfikir dan terus berfikir, apa yang telah berlaku di daerah yang digelar oleh ramai orang ini sebagai ‘daerah pejuang’ namun pada realitinya daerah Kota Belud hanya gah pada nama dan gelaran tetapi telah ‘gagal’ menyempurnakan pewarisan kepimpinan biarpun telah lebih 30-40 tahun berlalu.
Anak-anak muda yang kini mewarisi cerita-cerita mitos dan lagenda dari datuk moyang mereka, pastinya disajikan dengan beberapa nama pejuang yang diabadikan dalam cerita petualang seorang murid kepada gurunya dalam Perang Pandasan. Namun kepimpinan itu berakar subur di kota belud apabila daerah ini begitu banyak melahirkan pemimpin kelas pertama dalam kancah politik Negara. Biarpun bukan anak jati Kota Belud, rasanya ramai bersetuju bahawa Tun Mustapha telah ‘mencipta’ kegemilangan dan separuh dari hayat politiknya di Kota Belud. Membina dan mengasaskan pemikiran politik kepada segelintar generasi selepas itu, telah melahirkan pemimpin nasional yang Berjaya menempa nama seperti Tan Sri Pandikar Amin dan juga Datuk salleh Tun said yang mewarisi daripada Ayahandanya Tun Said yang juga pernah menduduki kerusi TYT Sabah.
Bagi yang mengikuti liku-liku politik di daerah ini, sayugia diingatkan bahawa ketrampilan dua tokoh politik yang saya sebutkan itu iaitu TSP dan DSSK, menimbulkan banyak polemic pemikiran di peringkat masyarakat anak-anak muda. Bukannya kerana pendewasaan politik yang mereka lakukan..tetapi kerana kebimbangan yang mengunung, bahawa Kota belud benar-benar ketandusan pemimpin seligat dan selincah mereka. Misalnya TSP bukan sahaja, berupaya ‘mendamaikan’ ahli-ahli parlimen yang bertelagah di dewan Rakyat, tetapi juga seingat kita telah mendapat kepercayaan penuh dalam pengendalian isu-isu Negara sebelum itu. Rasanya kalian masih ingat, bahawa TSP sendiri pernah diutus ke Mindanao, menyelesaikan beberapa isu melibatkan kepentingan Negara.
Kehebatan mereka inilah yang amat merunsingkan anak-anak muda di daerah ini…Siapakah agaknya yang boleh mencontohi mereka..? Seperti kata Sdr Belum Pendekar…sejujurnya kita akui …..setelah lebih tiga dekad Kota Belud sebenarnya telah ‘gagal’ melahirkan pemimpin sekelas TSP dan DSSK..? Benarkah ? atau sebaliknya?
Nama-nama seperti Serin Hj. Sudah,Musli Oli, Jeniar Subeh, Anifah Hj Rajak, Rosmin Kasan, Roslan Hj. Manshor, Baghdad Turogan, Ideris nanti,Roslan Akik,Naumul Hj. Mulud,Matlee Hj Johari,Barul@baharul Sawi,Norjam Endingan, manakala wanitanya seperti Eyong @ Ejungmah dan Aminah Hj Menjan..serta ramai lagi yang tidak sempat disebutkan di sini…berupayakah mereka merangka keperibadian kepimpinan kelas pertama..? Jika berkesempatan..bila ruang dan peluang mereka..?
Persoalan ini, saya lontarkan pada anda yang membaca artikel ini. Saya pulangkan kepada pemikiran anda mencerna isu ini..kerana, selayaknya kita membicarakannya kerana sudah ramai pemimpin yang dilahirkan..tetapi tewas dipersimpangan jalan. Dimana silapnya ..?Berikan saya 3 sebab mengapa situasi ini berlaku..?
8 ulasan :
Salam,
Saya fikir, Politik hari ini semakin kdepan menuju politik rentas kepartian. Maka, kita mestilah mampu bercakap mewakili generasi baru yg terbuka mindanya terhadap bukan sahaja isu setempat malah ke peringkt nasional.
Figura pemimpin spt ini tentulah lahir daripada seorang pemikir lantas menterjemahkannya kpd sebuah idealisme kepimpinan.
Jika pemimpin kelas pertama matlamat kita, jangan segan2 meletakkan pemimpin tempatan sebaris dengan pemikiran Mahathir, Tn Guru Nik Aziz atau DSAI, kemudian buat penilaian, dimana lebih-kurangnya.
Soal idealisme kah? soal kecekalan kah?..pemimpin kelas pertama mesti ada nilai tersebut. Soal idealisme, membawa pemimpin diangkat menjadi 'icon' besar.Soal kecekalan membawa seorang pemimpin bertakhta dihati rakyat.
Selain itu, pemimpin2 veteren mestilah menyediakan ruang dan laluan kpd golongan muda yg punya idealisme baru dan segar.
Masalahnya, bila ada politik cantas mencantas, maka cuma yg kaki bodek dan tukang ampu sajalah yg naik. Kalau yg ada gelran PHd naik, dia terpaksa meninggalkan ilmunya itu diluar gelanggang sebenar.Lihatlah diluar sana, berapa ramai anak muda yg tdk kurang bijaknya dan ikhlas mau membela nasib bangsanya, tapi mengambil posisi tunggu dan lihat sebab bosan dgn kerenah org2 lama.
Sudah tiba masanya, pemimpin dari kota belud melahirkan generasi kepimpinan kelas pertama. Jadi jangan segan-segan meletakkan cita-cita lahirnya seorang pemimpin yg sebaris dengan nama-nama seperti nelson mandela atau mahatma ghandi..
Sekadar pandangan yg dhaif...
Kelapa mawar,
Bagaimanakah rupa bentuk dan kriteria pemimpin kelas pertama itu? Apakah kriteria spt Tun Mustapha yang ketika berkuasa, dalam setahun hanya 43 hari berada di Sabah, masih dianggap generasi madani hari ini sebagai pemimpin kelas pertama?
Apakah kriterianya seperti Datuk Yahaya Lampong? Seorang opportunis tersohor. Pernah membangkit isu suku Banjar dan perang pandasan untuk kalahkan Datuk Mohd Nor mansor, selepas itu bolot harta dan hilang begitu sahaja?
Apakah SSK yang kerap dikatakan gagal walau pernah jadi KM dan menteri kewangan?
Cukupkah TSP memenuhi kriteria pemimpin kelas pertama semata-mata kerana peranan sebagai Speaker sehingga dia diserang sakit jantung?
persoalannya sekarang siapa dimata generasi muda, generasi berilmu dan berpendidikan iaitu masyarakat sivil dan masyarakat madani Kota Belud memenuhi kriteria pemimpin kelas pertama itu?
jawapannya sudah tentu TIDAK ADA dan BELUM PERNAH ADA. dan politik tidak pernah dapat melahirkan pemimpin kelas pertama.
Pipit mau jumpa Datuk Musbah pemimpin Penglipur Lara kelas pertama Kota Belud di Kingfisher, manalah tahu ada rezeki puji-puji dia akan dapat duit dengar hikayatnya.
Salam,
Kalau belum ( bakal ada ) ada pemimpin kelas pertama, blogger macam kelapa mawar pun sdh nampak riak-riaknya blogger kelas pertama tempatan..
Maaf kalu terpuji lebih..
KM..
menarik tulisan ini..mungkin ada makna disebaliknya ..terutama pengertian mengenai pemimpin kelas pertma..
bagi saya, simple saja...tidak ada ukuran utk mengukur tahap kepimpinan seseorang secara lebih nyata..adakah dia sudah mencapai tahap pemimpin kelas pertama atau belum..tetapi ada tanda-tandanya..dia akan menuju ke arah itu.
Antara tanda-tanda ialah..:
\1.. Pengabdiannya kepada Allah begitu cemerlang.
2. kebertanggungjawabanya kepada diri dan rakyat begitu mengkagumkan.
3. Daya fikir dan ilmunya terkini dan menyeluruh.
4. Akhlaknya melangakui prinsip masyarakat setempat..mungkin akhlak madani..
5. Perancangan dan agendanya membangunkan ummah bersandarkan kepada kewajipan dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada beliau.
persoalannya:
Adakah pemimpin UMNO di KB yang merangkumi tanda-tanda itu..? tepuk dada tanya selera.
Assalamualaikum
'pemimpin kelas pertama'.... rasanya belum pernah ada lagi di KB ni, jangankan di KB, di Sabah pun tak pernah ada seorang pemimpin yang layak mendapat gelaran ini. Hakikatnya kita terpaksa menerima yang seadanya.
Saya lebih suka kepada persepsi yang melihat pemimpin itu sebagai 'public servant' kepada massa. Pemimpin yang baik bukan hanya bermegah untuk memimpin, disanjung, dipuji, mendapat penghormatan ketika melawat daerah, tapi lebih penting lagi pemimpin sebagai wakil kepada rakyat di bawahnya.
Cuba tanya...adakah pemimpin-pemimpin di KB yang sanggup mengabdikan diri kepada rakyat mengorbankan masa, harta dan dirinya demi rakyat yang diwakilinya.
Salam KM,
Cuba kita tanya pada rembulan mcm lambang PAS adakah pemimpin kelas pertama dikalangan mereka????kwn cuba dengar apa jwpnya ketika ku tanya ia mengapa? barangkali disana ada jawapnya, cuba kita tanya siapa mereka?
Setinggi manakah pohon "Kelapa Mawar" ini dan selebar mana rimbunan daunnya sehinggakan pemimpin-pemimpin dari kalangan suku/bangsa lain di daerah tercinta Kota Belud tidak kelihatan dari pandangan buah pemikirannya?
Post a Comment