Memang diakui secara teknikalnya, PRU 13 masih jauh,lebih kurang sekitar 2 tahun lagi. Satu tempoh masa yang agak panjang kerana banyak perkara yang berubah..selain daripada pelbagai kemungkinan yang terjadi. Namun begitu, sekitar 2 tahun yang lampau telah berlaku pelbagai kemungkinan politik yang meresahkan di Sabah.Biarpun kerajaan UBN di Sabah masih teguh,namun sudah mula Nampak penyusunan strategi menghadapi PRU 13. Dan bagi ahli politik yang hidup, bangun, makan dan minum dengan cerita politik, situasi sekarang di Sabah begitu mendebarkan. PKR dan pembangkang di Sabah mula mengorak langkah menimbulkan kesangsian masyarakat kepada kerajaan. Selain menyaksikan penubuhan parti baru, Sabah juga dikejutkan dengan sokongan kepada PKR ketika DSAI melawat Sabah baru-baru ini.
Walapun secara teknikalnya juga sambutan kepada DSAI tidak harus dijadikan kayu pengukur dan penanda aras sokongan rakyat Sabah kepada pembangkang, kerana selain daripada yang datang itu benar-benar memberikan sokongan politik, ada juga golongan atas pagar yang sengaja menambah khazanah ilmu politik mereka, di samping penyokong UBN yang datang sebagai mata-mata politik .Namun itu semuanya tidak penting kerana disepanjang jalan politik di sabah terdapat beberapa isu berkaitan yang dijangka mendominasi isu PRU 13 akan datang. Berdasarkan pengamatan dan analisis politik semasa, isu politik suku menjadi isu terbesar yang akan mewarnai politik Sabah pada dekad-dekad yang mendatang.
Beberapa kenyataan tentang sokongan puak KDM terus menjadi pertaruhan UBN di Sabah. Selain daripada kenyataan Lim Kit Siang yang menyatakan bahawa KDM rugi besar berada di bawah BN, suku majority KDM juga dilanda dilemma besar apabila memikirkan, sama ada kebergantungan mereka selama ini dalam BN akan ‘menawarkan’ diskaun politik yang besar untuk menjadikan sekali lagi pemimpin mereka menduduki kerusi Ketua Menteri. Apakah pemimpin mereka yang berada dalam Umno berpotensi menduduki jawatan berpresteji itu ? Sewajarnya diakui bahawa selama ini penentu kepada politik di Sabah adalah dari suku KDM. Kerana ini apabila suku ini berpaling tadah ia menyaksikan BERJAYA diaibkan oleh parti PBS yang baru 3 bulan ditubuhkan. Begitu juga ketika UMNO bertapak di Sabah, PBS dan suku KDM ini terus mengenepikan keunggulan politik UMNO peringkat Pusat..apabila rakyat masih memberi mandate kepada PBS. Alang tidak kepalang, apabila pemimpin PBS terutama Datuk Lajim Ukin meninggalkan PBS maka, parti itu dijatuhkan dengan cara yang tidak demokratik. Akhirnya UBN memerintah Sabah.
Sepanjang UBN menjadi teras pentadbiran esekutif di Sabah, isu yang turut mendominasi ialah Isu pembangunan yang tidak seimbang dalam konteks pembangunan kawasan Bandar dan luar Bandar. Walaupun sepanjang 9 tahun ini, Sabah mengalami limpahan pembangunan , namun ia banyak tertumpu di kawasan Bandar utama, manakala di kawasan luar Bandar dan pedalaman , proses pembangunan begitu perlahan..dan yang menyedihkan banyak projek pembangunan termasuk penyediaan keperluan asas, dan perhubungan tidak menepati sasaran.Ada lojiknya ‘delivery system” diperkemaskan di peringkat perlaksanaan.
Selain daripada kredibiliti pemimpin juga menjadi isu yang akan berbangkit ketika PRU 13 akan datang. Selain daripada kes-kes rasuah yang berprofil tinggi yang ‘didiamkan’ rakyat juga melihat beberapa kes pemilikian harta yang begitu pantas oleh para pemimpin di Sabah. Maka perhatian kepada isu kerdibiliti , ketelusan, kebocoran, kemudahlenturan politik peribadi akan menggamit citarasa orang muda di Sabah.
Selebihnya termasuk peluang pekerjaan, pengangguran,peningkatan kos sara hidup yang tidak sekata dengan sumber pendapatan, kos harga barang keperluan yang melambung naik, selain daripada beberapa isu nasional termasuk kes liwat siri 2 DSAI dan 20 perkara yang sekian lama tertangguh.
14 ulasan :
Salam, Catatan perjalanan PRU ke 13 di Sabah yang hebat, saya berharap ada Part seterus nya untuk tatapan Rakyat Sabah, seterus nya mengetahui sejarah Politik di Sabah.
isu menarik dan serius. Perlu lihat dari latar belakang pergolakan politik negeri Sabah sejak era pasca merdeka. perebutan kuasa antara bumiputra Islam dan bumputra bukan Islam.
i) Pembangunan bukan isu utama yang akan mendominasi politik Sabah menjelang PRU 13
ii) Sentimen kaum dan suku jadi tumpuan seperti PRU 1967, 1976, 1985, 1994 akan kembali warnai politik Sabah menjelang PRU13
iii)isu kepimpinan dan peribadi pemimpin jadi serangan
iv) politik wang akan main peranan utama.
v) pengundi cina kekal sebagai "king maker" dalam PRU akan datang.
vi) pengundi baru dan pengundi muda akan jadi faktor penentu.
salam MO
Salam Kelapa Mawar,
Saperti kata Sdra Musli, post KM kali ini agak serius dan disamping itu ia nya disuntikkan juga dengan latar belakang ringkas sejarah politik Sabah.
Bagi saya, pada keseluruhan nya analisa KM ini, boleh di kirakan matang lagi menarik.
Secara am nya saya setuju dengan pendapat Sdra Musli mengenai fakta-fakta yang akan mendominasi PRU13 nanti. Terutama sekali mengenai;
i) Pengundi cina kekal sebagai "king maker" dalam PRU akan datang.
ii) Sentimen kaum dan suku jadi tumpuan seperti PRU 1967, 1976, 1985, 1994 akan kembali warnai politik Sabah menjelang PRU13
iii) Pengundi baru dan pengundi muda akan jadi faktor penentu
Saperti biasa, sebelum saya memberi komen di sini, saya telah bertemu dengan kawan-kawan penganalisa politik dan bertanya pendapat mereka mengenai isu-isu diatas.
Saperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini penggundi Cina sememang nya sudah jauh meninggalkan BN, bermula sejak Datuk Musa Aman memegang kuasa sebagai Ketua Menteri.
Agak nya justifikasi ini hampir-hampir semua kita tahu sebab-sebab nya.
Manakala isu sentimen kaum ; sapertimana yang disentuhkan oleh Sdra Musli, terdapat beberapa bukti disana sini yang menjelaskan bahawa penggundi akar-umbi KDM, telah mulai mengorak langkah untuk mengulang kaji kepentingan mereka selama BN memegang tampuk kerajaan.
Maksud nya, sejauh mana kah setakat ini; bantuan yang ditaburkan oleh BN kepada mereka dari aspek kongsi kuasa, moral, budaya, agama dan pembangunan generasi muda.
Dalam kontek penggundi baru atau penggundi muda pula, kajian telah pun di buat oleh para-para pakar politik akhir-akhir ini.
Dalam lapuran tersebut, dikatakan penggundi muda ini lebih cenderung kepada ‘non-partisan’ atau tidak berpehak kepada mana pehak setakat ini.
Dalam arti kata yang rengkas, atas pagar.
Untuk kepastian, sila rujuk blog saya yang berjodol ‘Benar kah Generasi Muda Cenderung Non-Partisan?’.
Selanjut nya, dalam kajian ‘turun padang’, saya dapati penggundi muda ini merasakan bahawa kerajaan pemerentah kurang pekah atau tidak mengambil perhatian serius terhadap permasaalahan yang sedang mereka lalui masa kini…pengangguran yang tidak berkesudahan.
Salam sukses untuk kalian
KM..
1.Saya selalu mengingatkan orang muda supaya sentiasa peka kepada perkembangan dan sejarah politik Sabah supaya pertimbangan mrk dibuat berdasarkan fakta dan bukan secara semborno. Dan syukur kerana KM bersama saya dalam hal ini.
2. Di Semenanjung politik berasaskan kaum, di Sabah pula adalah suku..sebenarnya sama saja...cuma kaum itu lebih dilihat secara 'besar'jika di banding dengan 'kecil' sesuatu suku..ini adalah tinggalan penjajah...dan itu harus kita akui..
3. mengubah tinggalan sejarah, apatah lagi kalau sudah jadi prinsip dan etika politik adalah susah dan tidak mudah dilakukan...prosesnya lama dan memakan tempoh yang panjang...setelah 50 ahun merdeka..nyata prinsip politik penjajah itu sukar dikikis.
4. Di Sabah, suku majoriti seharusnya sudah lama memerintah negeri ini..tetapi kerana tamak dan enggan menerima idea perubahan maka kuasa politik itu tidak bertahan lama. Tun Mohd Stephen pernah membubarkan partnya dan menyertai USNO tetapi tidak bertahan lama..
5. Tun Mustapha pernah menjadi TYT tetapi meletakkan jawatan bila menyedari kuasa yg diperuntukkan adalah terlalu sedikit.
6.Sejak itu puak KDM dan suku lain ( USBO -Kini) telah mengorak langkah merebut kuasa tetapi suku lain yang mendapat manfaatnya.
Salam KM,
Saya masih berkeyakinan penuh bahawa BN masih menguasai dan akan terus menerajui tampuk pemerintahan Negara kita pada PRU-13 nanti berdasarkan senario semasa yang melanda parti lawan...percaya lah, ASAL DARI KAMPUNG.
salam kelapa mawar
Mura.kb juga turut bersetuju dengan perkiraan fakta sdr musli, perkara itu akan mendominasi senario politik di sabah. terutama peranan politik wang kepada politik di sabah. tidak di nafikan, kebanyakan pergolakan politik di sokong kuat oleh 'wang' untuk meraih sokongan daripada pihak tertentu. namun pada perkiraan awal murai, PRU13 nanti akan menyaksikan satu kejutan besar kepada rakyat dan juga pemimpin politik di sabah. kerna pengundi baru adalah enjin kepada majoriti undi.
-murai.kb-
salam untuk semua
tahniah kepada blogger kota belud, kerana anda semua adalah pembela rakyat.
sy sependapat dgn sdr musli oli, akan tetapi sy ingin menambah satu lagi faktor yang sy rasa boleh menjadi faktor politik di sabah khas nya. iaitu, faktor 'kebajikan rakyat' bila sebut tentang hal ini, kebanykan pemimpin di kota belud terlepas pandang sedangkan hal ini adalah sangat penting dalam perjuangan politik mereka untuk meraih sokongan daripada rakyat. lihat saja datuk shafie apdal di daerah semporna, dia menjaga hak dan kebajikan rakyat nya, boleh di katakan beliau kebal dan berpengaruh di daerah nya. bagi sy, kebajikan rakyat sangat penting untuk di beri perhatian sepenuhnya.
Salam kembali SRK..
ma kasih kerana mengunjungi blog ini..kehadiran sdr saya hargai..
sdr MO..
ma kasih kerana turut memberikan komen..saya sangat bersetuju dgn idea sdr bahawa isu ini harus dilihat dari persepktif sejarah di Sabah..
isu lain yang sdr katakan itu juga sangat relevan dgn suasana politik di Sabah.
semoga sdr sukses
sdr Solymone..
isu beginilah yang memerlukan penglibatan sdr utk memberikan ulasan yang berkesan kerana keudukan sdr yang begitu rapat dgn akar umbi membuatkan fakta itu dapat disalurkan dengan cepat dan berkesan..
Setidak-tidaknya maklumat yg sdr perolehi boleh mengukuhkan fakta sejarah yang ada..
saya begitu berterima kasih atas kunjungan sdr yang tidak putus-putus dengan memberika idea yang bernas dan berwibawa..saya begitu teruja membaca setiap inci ulasan sdr mengenai hal ini..
semoga sukses dan mendapat keberkatan dalam hidup..wassalam
Salam Pendekartua..
Saya juga begitu teruja membaca komen sdr kali ini..sangat simple tetapi membuatkan saya berfikir mengenai hal ini..
ma kasih atas kunjungan ini..semoga sukses.
sdr Rojokobog..
perubahan kerajaan di sabah mungkin tidak akan berlaku pada PRU 13 akan datang. tetapi saya meramalkan akan berlaku peningkatan sokongan kepada pembangkang..itupun banyak faktor yang dipertimbangkan termasuk gejala politik wang
ma kasih kerana berkongsi idea..kunjungan sdr saya hargai..semoga sukses
Salam Muraikb..
ma kasih kerana memberikan komen yang berkesan..saya hargai ulasan sdr ini...golongan muda adalah enjin kepada sokongan kepada pemimpin...ia akan menyumbang kepada perubahan landskap politik di Sabah.
semoga sdr terus sukses..bial lagi ada isu baru?
sdr ARK..
ma kasih kerana turut sama berkongsi dengan idea mengenai hal ini..isu kebajikan rakyat wajar diberikan perhatian..kerana rakyat dan pemimpin adalah ibarat uda dan dara yang saling memahami antara satu dengan lain..
teruskan penulisan sdr..semoga terus sukses juga.
Post a Comment