Bukan main marahnya orang PKR di Kota Belud apabila Datin Saidatul Badru mengeluarkan kenyataan menyeru Datin Seri Wan Azizah yang Presiden PKR untuk berhenti 'membela' suaminya DSAI yang kini menghadapi Kes Liwat siri 2 di Mahkamah. Datin Saida yang pernah menjadi Naib Presiden PKR itu dan pernah bertanding atas tiket PKR di Karambunai tetapi gagal turut mengingatkan datin Wan Azizah bahawa sebagai isteri dan ibu, adakalanya perlu untuk mengakui kesalahan dan kesilapan Sang Suami turut menyarankan supaya segera bertaubat. Kenyataan Datin saida itu dikeluarkan ketika Datin Seri Wan Azizah dalam rangka lawatan 'memperkenankan' kemasukkan Datuk kalakau Untol beberapa minggu lepas. Selain turut menemui beberapa pemimpin PKR dan akar umbi untuk memperjelaskan 'konspirasi' terbaru pada hemat mereka untuk menjahanamkan politik DSAI.
Pemimpin PKR di Kota belud, memperkecilkan gesaan datin Saida itu yang disifatkan oleh mereka sebagai seorang politikus yang tidak punya pendirian. Pada satu masa pernah meninggalkan UMNO dan menjadi pengkhianat pada parti itu, setelah gagal memperolehi kedudukan dan kelebihan dalam PKR sekalipun pernah menjawat Naib Presiden, Datin Saida bertindak meninggalkan parti itu. Maka kata penyokong PKR Kota Belud, genap 2 kali Datin Saida menjadi "pengkhianat". sewajarnya kata mereka, beliau tidak berhak memperkecilkan Presiden PKR yang konsisten dan istiqamah dalam pembelaan Suami dan prinsip perjuangan parti itu.
Malahan para penyokong PKR Kota Belud dalam satu kenyataan tidak rasmi turut menyatakan akan 'memalukan' Datin Saida dalam PRU 13 akan datang jika Datin itu bercita-cita untuk bertanding di Usukan. Bukan sahaja kata mereka Datin Saida akan menghadapi kesukaran mendapatkan sokongan masyarakat di Kawasan itu, tetapi juga akan menyaksikan 'kekalahan' yang teruk.
Mereka juga turut menyangkal, bahawa kemenangan Datin saida dalam pemilihan G7 baru-baru ini adalah disebabkan beliau telah 'dimaafkan' sebaliknya adalah disebabkan oleh faktor lain yang semua orang ketahui.
Khabar terbaru dari PKR kota Belud ialah kesungguhan mereka untuk merapatkan kembali saf kepimpinan dengan menerima saranan kepada DSAI, bahawa pada PRU 13 akan datang, strategi satu lawan satu akan direlaisasikan di daerah ini bersama dengan PAS.Namun yang agak menrunsingkan kita ialah apakah strategi itu boleh dipraktikkan di kota belud? bersama kita tunggu jawapannya.

15 ulasan :
KM..
Saidatul Badru menang G7 kerana dia tabur duit banyak..lagipun DSSK minta perwakilan sokong kakaknya.
Kalau dia bertanding di Usukan, dijangka menang selesa tetapi kalau PKR atau PAS dapat cari calon sprti Dr.Saijan..mungkin ada faith lah..
salam..
PAS pada dasarnya telah bersetuju untuk bertanding di 24 kawasan pada PRU akan datang termasuk di KB..PAS juga berkeyakinan satu lawan satu akan dapat dilaksanakan di Sabah...takbir!
Salam KM,
Datin Saida 2 kali mengkhianat. Pertama khianat dengan UMNO. Kedua khianat dengan PKR.
Belum di kira khianat dengan Wan Azizah dan khianat dengan pemimpin-pemimpin PKR yang dia bawa masuk dalam parti itu.
Saida juga khianat dengan adiknya SSK sehingga SSK tidak terpilih sebagai calon pada 2008.
Pada mesyuarat agung UMNO Kota Belud pada tahun 2007, Saida yang pada masa itu belum menjadi ahli UMNO telah hadir mesyuarat UMNO atas jemputan Datuk Musbah.
Saida turut main peranan untuk singkir SSK kerana begitu berangan-angan menjadi calon dan YB.
Sudah berapa kali khianat?
Seorang yang menjadi pengkhianat tidak wajar di dengar cakapnya..
tetapi hairan juga ya..sdr MO tidak menjadi npengkhianat tetapi kalah dalam pemilihan G7..Saidatul yang dicap sebagai pengkhianat menang pula..
apa dah jadi dengan politik Kb ah..?
Salam KM,
Dengan Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha penyayang, segala puji tertumpu kepada Allah SWT, selawat dan salam keatas junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW.
Pada hemat saya PRU-13 adalah PRU yang terpenting bagi Dato' Seri Najib Tun Razak selaku PM dan amat mustahak bagi Barisan Nasional untuk mencapai majoriti lebih daripada 2/3 untuk menebus segala dosa pada PRU-12 yang lalu, jadi untuk itu faktor siapa akan menjadi calon BN pada PRU-13 nanti pastinya dikalangan orang yang Dato' Najib telah fikirkan boleh menang dengan mudah khususnya kerusi Parlimen yang ditandingi disamping calon yang bermutu tinggi dari semua aspek kepimpinan dan tidak kurang pentingnya juga calon BN di DUN, mereka adalah dikalangan pemimpin yang berwibawa dan mudah mendekati rakyat setiap masa...tiada guna nya kita memilih calon dikalangan orang yang hanya petah bercakap tapi gagal membuat kerja, senario politik sekarang ini amat jauh bezanya dengan zaman USNO, saya rasa apa yang amat penting sekali ialah calon tersebut mudah didekati oleh rakyat dan tidak mudah berjanji, dalam soal Datin Saidatul Badru Tun Said ini adakah beliau benar-benar ikhlas ingin berkhidmat dengan masyarakat Kota Belud atau ada udang disebalik mee, dan seperti kata Sdr Musli Hj Oli bahawa Datuk Musbah yang menjemput Datin Saidatu Badtu ke Mesyuarat UMNO yang lepas, jemputan ini atas dasar apa?? sedangkan Datin Saidatul Badru belum pun menjadi ahli UMNO ketika itu, adakah Datuk Musbah ingin menunjukkan kepada Datuk Musa Aman bahawa dia akan memainkan peranan agar Datin Saidatul Badru menyertai UMNO untuk menghalang pengaruh Datuk Salleh Tun Said di KOta Belud yang ketika itu tiada jawatan dalam UMNO, tetapi setelah Datuk Salleh memenangi Ketua Bahagian UMNO Kota Belud segala strategi Datuk Musbah ini terhenti begitu saja.....dan yang menjadi persoalan lagi KENAPA Datin Saidatul meninggalkan PKR dengan begitu mudah sekali, beliau anggap politik ini macam pintu pagar yang luas terbentang dan kita bebas keluar masuk, dalam politik amat penting adalah PENDIRIAN seseorang pemimpin itu, jika hari ini cakap lain esok cakap lain, itu politik menyelamat diri namanya, seperti tertubuhnya PKR pimpinan Datin Seri Wan Azizah, salah satu sebab hanya sekadar untuk menyelamatkan suaminya yang berada dalam penjara ketika itu..akhir sekali kata Tun Dr Mahathir " politik itu tiada bukunya"
husin lampoyang...MO menang waktu pemilihan 2008 iaitu pemilihan Majlis Tertinggi. 2009 MO hanya datang sewaktu hari persidangan sahaja manakala Badru berkampung berminggu-minggu di KB
salam KM,
yang Pipit tahu Husin Lempoyang ini seorang blogger terkenal. Dia berasal dari KL nama penuh Salahudin. Yang orang KB menyamar jadi Husin Lempoyang ni siapa? tidak tahu guna identiti sendiri kah..mungkin rakyat Datuk Musbah ni..
Pak cik..
Ma kasih kerana masih 'rajin' memberikan komen di blog Km ini..
Dengar khabar Datin saida berminat di Usukan..kita tunggulah
Tatap PAS..
ma kasihalah dengan maklumat itu..semoga berjaya..takbir juga..
Salam sdr MO..
seingat saya sdr MO adalah satu-satunya yg berani menggelarkan Datinsaida sebagai pengkhianat di KB ini..walaupun kedengaran sdr juga punya kaitan kekeluargaan ..
dalam politik..semuanya adalah percaturan...siapa yg licik dia akan mendapat kuasa.
ma kasih.
Hussin Lampoyang..
tidak kira siapa sdr...kehadiran sdr saya hargai..harap dapat berkunjung lagi menyerikan bloh KM ini...
teringat saya cerita P.Ramlee pulak
makasih
rojokobog...
ma kasih dengan idea sdr yang begitu mempersonakan itu.KM begitu tertarik membacanya..moga-moga ia menjadi satu iktibar kepada kita semua.
sdr Pipit..
makasih dengan maklumat itu.
ye ke?
Jadi KM rasa menang lah dalam post ini?
Post a Comment