Siapa tidak kenal Raja Petra kamaruddin, blogger yang menjadi buruan pihak berkuasa kerana tulisan-tulisan beliau yang berbaur fitnah dan perkauman. Di laporkan berada di luar negera, selain menjadi tanda tanya bagaimana Raja Petra berjaya meloloskan dirinya. Tidak kurang yang melabelkan blogger ini sebagai penulis upahan kepada DSAI. Terlalu banyak yang kita dengar berkaitan dengan pertalian antara RPK, dengan DSAI dan itu menzahirkan bagaimana laporan Hospital Pusrawi berkaitan dengan kes liwat DSAI dapat diketahui umum.
Namun bukan itu yang menjadi tajuk cerita KM kali ini, tetapi ia berkaitan dengan dakwaan RPK bahawa 'dalang' di sebalik pemimpin PKR 'melucutkan' keahlian dalam Parti itu sehingga membawa kepada beberapa siri perletakan Jawatan ADUN dan PARLIMEN adalah di sebabkan oleh BN yang memujuk rayu dan menawarkan habuan yang lumayan untuk 'mendapatkan' lebih 2/3 majoriti di Dewan Rakyat.
Menurut RPK lagi, hasrat untuk mengembalikan kuasa 2/3 ini adalah disebabkan oleh hasrat Kerajaan BN menyusun semula persempadanan kawasan Pilihanraya sebelum PRU 13, dan langkah ini memerlukan sokongan 2/3 daripada ahli dewan. Dalam kenyataannya melalui tulisan beliau, menamakan langkah persempadanan ini sebagai "Gerrymandering" (Gerrymandering adalah kaedah persempadanan kawasan pilihan raya yang dibuat sedemikian rupa untuk menyusun para pengundi untuk kepentingan pihak tertentu yang menghasilkan bentuk yang luar dari biasa) Cerita lanjut layari blog ; http://wfauzdin.blogspot.com/.
Apakah asas kepada kebenaran dakwaan RPK ini, sedangkan sebelum ini, umum didedahkan bahawa kebanyakkan pendedahan RPK berkaitan dengan dokumen berkaitan dengan kes Liwat DSAI dan kes pembunuhan wanita Monggolia adalah palsu dan berniat jahat.
Sewajarnya pihak SPR adalah satu badan bebas yang tidak mengikut telunjuk sesiapa. Adalah tidak berasas sama sekali jika mengaitkan SPR dengan menjaga kepentingan kerajaan BN.
Bukankah tindakan keluar pemimpin PKR itu adalah atas kesedaran mereka.? Jika benar BN ada niat sedemikian tentunya bukan sahaja pemimpin PKR,yang menjadi sasaran tetapi juga pemimpin PAS dan DAP. Kenapa hanya PKR yang termakan lada, maka harus BN pula yang menanggung pedasnya.
Wednesday, March 3, 2010
12:08 AM
kelapa mawar
Posted in
RPK
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
2 ulasan :
salam Kelapa Mawar,
Waah..sudah ke politik nasional. dulu KM pernah kritik blogger Musli Oli kerana terlalu nasinal.
Saya baca banyak paparan nasional KM tulis tapi saya cadangkan kekalkan imej KM sebagai pembicara dan pengulas politik KB dan Sabah sahaja. Lebih asli dan tulin. Daripada menulis politik nasional.
itu cadangan saja. kalau ikut bagus. tidak ikut tidak apa bah!
salam kembali Pipit..
ma kasih atas nasihat itu..saya menghargai..
Post a Comment