Friday, March 12, 2010


Pertikaian kepada pengwujudan sebuah gabungan NGO Melayu oleh orang bukan Melayu dan orang melayu sendiri begitu menyedihkan. PERKASA yang menjadi "teras" kepada pembentukan MPM telah di cop oleh orang Melayu sendiri sebagai "tali barut" politik UMNO. Jika orang Melayu sendiri sanggup berbuat demikian, apakah yang harus kita perbahaskan lagi kalau Orang melayu sendiri turut mencemuh dan memperlekehkan kewujudan PERKASA dan MPM nya. Sedangkan pada hemat ramai nasionalis Melayu, meletakkan PERKASA dan MPM adalah "kuasa ketiga" orang Melayu ,ketika banyak 'kepentingan' dan kedaulatan politik Melayu telah terkubur oleh kerakusan melulu ramai pemimpin Melayu yang berfikiran sosialis.


Justeru, kelantangan sebuah akhbar Cina yang mempertikaikan PERKASA dengan melabelkan bahawa PERKASA seharusnya wujud 'terkebelakang' dari sekarang dengan merentasi tempoh masa lampau..ia dilihat sebagai memperkecilkan peranan NGO Melayu ini. Dengan bersandarkan kepada alasan bahawa, Apa lahi kepentingan Melayu yang harus dijaga, sedangakan negara telah 50 tahun merdeka. Bukankah kata editor akhbar Cina ini, sebelum merdeka lagi Orang Melayu telah memperolehi hak dan keistimewaan mereka. Jadi, kenapa sekarang PERKASA dan NGO Melayu harus menjadi pendesak kepada kerajaan..? Hujah picisan yang sewajarnya tidak dipertimbangkan langsung dari menyapa pemikiran yang sihat.


Kemudiannya Lim Kit Saing turut mempertikaikan kewujudan Perkasa Dan MPM ini. Dilaporkan melalui blognya, Lim Kit Siang bukan sahaja mempertikaikan, dengan penuh prasangka dan disumbat dengan pemikiran yang prejudis, tetapi juga turut mengecop NGO Melayu sebagai kelahiran Syaitan dan kejahatan. Pengakuan biadap Lim Kit Siang ini bukan sahaja boleh mencetuskan perbalahan kaum yang tragik tetapi juga turut menutupi peranan NGO kaum Cina yang turut menjadi pendesak kepada kerajaan dalam memelihara kepentingan kaum Cina di negara ini. Apakah Lim Kit Siang sudah lupa dengan kewujudan Dong Jiao Zhong yang terbit dari dua buah NGO Cina iaitu Dong Zhong dan Jiao Zhong . Bukankah kedua -dua NGO ini yang telah mengagalkan keberkesanan sekolah Wawasan.? dengan bersandarkan alasan kepada pemeliharaan dan pemuliharaan budaya dan tradisi kecinaan.





Masihkah kita ingat lagi tragedi 1999, ketika Umat Melayu dilanda dogma politik yang teruk dengan pemecatan DSAI sehingga mewujudkan krisis kepimpinan Melayu..lalu dalam waktu segenting itu,kaum Cina melalui NGO nya SUQIU telah membuat beberapa tuntutan melampau sebagai satu tindakan menghimpit kuasa politik Melayu. Akibatnya sebanyak 2095 NGO Cina telah bersatu dengan "tuntutan Pilihanraya"..Di mana Lim Kit Siang pada waktu itu ? Di mana sifat kesyaitanan yang beliau katakan dimiliki oleh NGO Melayu itu ? Apakah hanya apabila Orang Melayu dan Pribumi di negara ini bangun dengan 'desakan' berhemah kepada kerajaan untuk mempertahankan hak dan kedaulatan mereka mengikut lunas perlembangaan, maka ia disifatkan sebagai Cauvenist ?





Seharusnya PERKASA dan MPM tidak dilihat dari kaca mata seorang pemimpin yang racist seperti Lim Kit Siang...PERKASA sewajarnya ditinjau dari aspek kesepakatan bermasyarakat..kerana sebagai warga asal di negara ini, kita telah lama berkompromi dengan tidak mengusik langsung 'kontrak sosial" yang sudah lama terjalin..lalu sekalipun kita sudah semakin terpinggir di tanah air sendiri..tetapi PERKASA dan MPM sebolehnya dijadikan sebagai "penyelamat" kepada ketidaktentuan ini. Sehingga itu umat Melayu dan Pribumi tidak terus mati semangatnya menempuh persaingan membina tamadun politik kerana..selain UMNO,PAS dan PKR, kita sebenarnya sudah ada PERKASA.

6 ulasan :

Tatap PAS said...

Salam KM..

Sama juga ceritanya perkasa di Sabah..ramai pihak yang mempertikaikan kerana ia nampak sebagai yes man kepada kerajaan..

usah lah kita percaya sangat kepada NGO yang pro BN kerana mereka juga mungkin ada kepentingan yang tersembunyi..

palingberani said...

Di Semananjung Ibrahim Ali tidak sangat dipedulikan kerana kelantangannya mengkritik UMNO sehingga digelar sebagai pengkhianat..

di kelantan Ibrahim Ali ini dicap sebagai Barua UMNO yang tidak pandai malu dan menggunakan PAS utk kepentingan politiknya.

rojokobog said...

Salam KM,
Buat YDP PERKASA Sabah Sdr Musli Hj.Oli, jgn peduli segala cemuhan,kritikan dan rintangan yg dihadapi semasa menjalankan tugas YDP, ini semua cabaran yg seharusnya ditempuhi dlm tugas2 NGO seperti PERKASA, kami sentiasa menyokong perjuangan yg belum selesai ini....semoga Sdr sukses selalu.

kelapa mawar said...

Sdr Tatap Pas..

soal kepercayaan tidak timbul kerana perjuangan mereka harus dilihat dari sudut positif..

ma kasih kerana memberikan komen.wassalam

kelapa mawar said...

sdr Paling berani..

lama sudah rasanya sdr tidak melayari blog KM ini..ma kasih kerana memberikan gambaran kepada isu ini.

kelapa mawar said...

salam juga rojokobog..

ma kasih atas keperhatinan sdr mengenai hal ini.Sokongan sdr terhadap PERKASA Sabah sewajarnya dihargai. sukses selalu.wassalam