Seorang Guru yang mengajar di Sk pandasan dalam laman FCBnya memberikan gambaran ringkas tentang lawatan Ketua menteri Sabah datuk Musa Aman ke Kg.Pandasan kota Belud dalam kawasan N6 Tempasuk di mana Datuk Musbah adalah wakil rakyat di kawasan itu. Menurut pandangan guru berkenaan, kehadiran Musa Aman tidak membawa apa-apa makna apabila langsung tidak mengumumkan sebarang peruntukan sama ada peruntukan dari kerajaan ataupun sumbangan peribadinya.
Sebaliknya kata guru berkenaan, bangunan SK Pandasan yang kedua tertua di daerah Kota Belud, bukan sahaja dilihat dengan mata kasar tanpa penglihatan mata hati, malah kedaifan bangunan tersebut terus terbiar. Harapan warga pendidik di sekolah berkenaan untuk mendapatkan sedikit ehsan dari ketua menteri tidak kesampaian.
Walaupun program Yayasan sabah di jalankan di Kg berkenaan, namun kehadiran YB-YB di kota Belud dalam majlis berkenaan bersama Ketua Menteri dilihat petanda semakin dekat PRU 13. Dianggarkan seramai lebih 2000 orang penduduk kampung menghadiri majlis berkenaan.
11 ulasan :
Yang penting turun padang ziarah rakyat KM, daripada langsung tak tengok2 rakyat..
Musa datang melawat Pandasan kerana dia ingin melihat keadaan rakyat, waalaupun tak da peruntukan di berikan, tapi Musa pasti nampaknya keadaan Pandasan dan ia boleh ambil tindakan kemudian untuk majukan Pandasan.
dah kira baik KM dtg melawat rakayt daripada tak lawat. jgn hnya nak fikir benda negatif saja.
CM made time to visit Kg Pandasan even with his busy schedule.
"kehadiran Musa Aman tidak membawa apa-apa makna apabila langsung tidak mengumumkan sebarang peruntukan sama ada peruntukan dari kerajaan ataupun sumbangan peribadinya. "
How to announce the allocation on the spot if he just got there. He needs to see the condition of the place first before deciding how much allocation to give.
Yang penting beliau turun padang, dan pasti akan membantu penduduk di sana.
jangan fikir benda negatif sahaja, pasti ada peruntukan yang akan di berikan untuk penduduk Pandasan.
Datuk Musa Aman adalah pemimpin yang benar-benar prihatin akan kepentingan rakyat. Beliau tidak akan duduk diam selagi masalah di Sabah tidak dapat diselesaikan.
Beruntung juga KB balik-balik dilawat oleh pemimpin Negara dan Negeri. Semoga lawatan ini mendapat perhatian daripada mereka.
Datuk Musa Aman berkata pemimpin-pemimpin pembangkang melihat dan tahu pembangunan tetapi berpura-pura tidak tahu, berpura-pura tidak melihat dan berpura-pura tidak mendengar.
mana sudah wakil rakyat kawasan itu?? kenapa tidak ajukan masalah ini kepada wakil rakyat?
Post a Comment