Sekarang semacam ada perubahan besar dalam dunia cyber. Perdebatan dan perbahasan berlangsung cukup meriah di Sabah. Kalau dulu laman Blog dan laman FCB serta Twitter lengang dan 'berdebu' , kadang-kadang tiada komen dan ulasan meskipun dari trafik maya jelas menunjukkn peningkatan persinggahan pembaca. KINI ia telah berubah, barangkali setelah diadakan bengkel Cyber Tropper oleh BN dua hari lepas, pejuang-pejuang Cyber Upahan BN ini telah mula menyusup masuk. Pelbagai pandangan dan pendapat diberikan mengikut isu panas. Ini satu perkembangan yang baik dan perlu diteruskan.
Dalam situasi ini, kelapamawar tidak terkecuali. Pelbagai isu mendapat perhatian pejuang cyber BN ini. bedanya hanya kerana kita menulis bukan menyebelahi sesiapa walaupun kadang-kadang ada isu yang menyebelahi pihak lain dan ada isu pula yang memanaskan punggung pihak lain. Kelapamawar masih berada pada status NEUTRAL..
Apa yang melucukan hati saya apabila ada juga komen dan ulasan dari cyber Tropper ini yang jelas terkeluar dari isu yang dipaparkan. menyerang kredibiliti Kelapamawar dan bukan isu pokok yang ditimbulkan. Itulah bezanya jika kita mengulas isu atas kepentingan orang lain. Lebih-lebih lagi kalau diupah untuk itu. Macam manapun benarnya dan relevannya isu yang dipaparkan tetapi kerana sebab tertentu, maka ia juga dianggap tetap salah. Biarkan...kerana ketenteraman penulisan dan pencetusan idea tidak pernah menjadikan situasi itu sebagai halangan.Malahan ada yang inbox kelapamawar dengan kata-kata kesat dan lucah!
Ramai blogger dan fcbokker di Kota belud ini yang terdiri daripada golongan muda yang berada pada kedudukan atas pagar. Mereka menulis dan mempostkan sesuatu isu dalam alam maya ini bukan kerana ditaja oleh pihak tertentu atau di upah tetapi itu adalah atas inspirasi minda mereka. kekalutan, kejelekitan dalam menongkah arus politik negara dengan dendangan pelbagai lagu sumbang telah mencetuskan perubahan pegangan dan pandangan politik golongan ini. Justeru jika ada yang BERANI mengkritik pemimin tertentu itu bukan bermakna satu gerakan penyanggahan sedang berjalan di KB. Tetapi itu adalah ilham suci yang lahir dari pengamatan golongan ini.
Selamat berjuang untuk Cyber Tropper!!
S
Selamat
pemimpin tertentu, itu bukan bermakna kerana
7 ulasan :
bengkel cybertrooper hari tu diadakan di 1Borneo, perang cyber mmg telah berlaku sejak dahulu, cuma sekarang ia makin sengit.
I'm surprised there are workshop held specifically to train cyber troopers. Looks like these people are no longer working in the dark but start to operate in the open.
I believe both BN and PR are engaging on Cyberwar, especially since the general election is getting nearer.
Sekarang dalam siber pun ada perang! Ianya lagi bahaya kerana mampu mempengaruhi minda pembaca.
Cyber trooper memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pengundi terutamanya mereka yang berada di atas pagar.
Pembangkang pun tidak terkecuali menggunakan khidmat cybertrooper ni. masing2 menggunakan teknologi moden untuk mendapatkan sokongan dari rakyat.
Nampaknya internet menjadi senjata pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan. Mungkin sudah masanya kerajaan menepis semua ini.
Post a Comment