Sunday, May 27, 2012



Speaker Dewan Undangan Negeri, datuk Salleh Tun Said yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Belud menerima kecaman dari pelbagai pihak ekoran kenyataannya yang dibuat secara terbuka berkenaan 20 Perkara yang selama ini menjadi tunjang pejuang-pejuang poliitk berhaluan kiri di Sabah. Salleh dalam ucapannya dalam bengkel Cyber Toppers yang diadakan untuk menangkis propaganda pembangkang dalam alam maya dipetik berkata bahawa 20 perkara yang melibatkan Sabah sarawak sudah tidak SAH danm TERBATAL setelah sebahagiannya menjadi Akta Malaysia 1963.

Hari ini pemimpin dalam BN sendiri melahirkan bantahan kepada kenyataan Datuk Salleh itu. Timbalan Presiden PBS, Datuk Maximus Ongkili menyifatkan 20 perakar sebagai relevan sampai bila-bila.Sebelum ini Pakatan Rakyat melalui BUKU JINGGA memberi outonomi kepada Sabah berkaitan dengan 20 perkara apabila diberikan mandat memerintah pada PRU 13 termasuk mahu menaikkan royalti minyak sehingga 20% kepada Sabah dan kelantan.

Daripada perbincangan ilmiah bersama beberapa pakar sejarah dan Politik di UMS, beberapa bulan lepas, kelapamawar dimaklumkan bahawa 20 perkara adalah Hak-Hak sabah yang tertangguh. Seharusnya di tunaikan.

Datuk Salleh sewajarnya meminta pandangan ahli akademik dan sejarawan tanahair sebelum membuat kenyataan. Kerana kenyataan sejarah dan kenyataan politik adalah dua perkara yang berbeda.

7 ulasan :

mantera said...

kenyataan Salleh ini mmg mengguris hati penduduk Sabah. perjanjian 20 adalah asas pembentukan Malaysia.

mantera said...

perjanjian 20 telah lama diperjuangkan, mengatakan ia tak sah mmg mengecewakan.

Anonymous said...

Berhati-hati ketika memberikan kenyataan kerana ia muah disalah tafsir.

Anonymous said...

Kenyataan Salleh dan Maximus telah mencetuskan kontroversi kerana kontra antara satu sama lain. Namun Musa Aman sudah menjelaskan hal sebenar.

Unknown said...

Kenyataan Datuk Salleh itu mungkin dari segi pendapat semata-mata. Apa yang pasti kepentingan penduduk Sabah dan hak mereka akan terus diperjuangkan.

Bujang Senang said...

Nampaknya isu 20 perkara ini mula dibangkitkan lagi.

Anonymous said...

Salleh patut jelaskan secara terperinci tentang bahagian mana dalam 20 perkara itu yang tidak valid dan kenapa 20 perkara ini bagi beliau tidak valid..

isu2 sensitif seperti ini sudah tentu memerlukan penjelasan terperinci.. kalau Salleh tidak mempunyai points bernas, baik jangan sentuh isu ini.. nanti terludah pula muka sendiri..