Teka teki kedudukan MP Kota belud, Datuk Rahman Dahlkan pada PRU 13 mungkin akan terjawab melalui serangkap pantun yang beliau postkan dalam wall fcbnya. Rahman Dahlan secara berteka teki meluahkan perkara itu:
Darau Inanam Gudon Karambunai;
Nanamun Kulambai Rangalau Wakap;
Walau pun Sepanggar indah dan permai;
Namun Kota Belud mesra didakap.
Darau Inanam Gudon Karambunai;
Nanamun Kulambai Rangalau Wakap;
Walau pun Sepanggar indah dan permai;
Namun Kota Belud mesra didakap.
Jika bersandarkan kepada maksud tersirat dari pantun ahli UMNO Tuaran ini ada dua kemungkinan yang akan terjadi .
Pertama : Datuk Rahman Dahlan akan terus dicalonkan di parlimen Kota Belud.
Kedua : Datuk Rahman Dahlan akan berpindah ke Sepanggar.
Sebagai Setiausaha Bn Sabah , Datuk Rahman 'telah' lebih awal mengetahui kedudukan politiknya menjelang PRU 13 ini meskipun belum diumumkan oleh Datuk Musa Aman.
Jika ramalan yang pertama ini berlaku apakah benar luahan sesetengah orang dalam Fcb bahawa Rahman Dahlan bakal kencundang di Parlimen KB?
Dan jika ramalan yang kedua terjadi ertinya, Parlimen KB akan menyaksikan calon baru atau calon lama yang dicalonkan kembali.
0 ulasan :
Post a Comment