Monday, April 22, 2013

Sejurus selepas proses penamaan calon Sabtu lepas, calon PKR Usukan Sdr. Mustapha Sakmud setangkas Singa yang bari bagun dari tidurnya bertindak melancarkan manifesto tambahan buat penduduk DUN USUKAN. Meskipun pada PRU kali ini BN/UMNO tidak menggunakan perkataan manifesto tetapi kepada "aku janji" namun sehingga kini, belum ada pun pelancaran oleh calon BN/UMNO di DUN USUKAN iaitu Datuk Salleh Tun Said, selain daripada apa yang ditokok tambah melalui manifestio BN pusat dan negeri.

Sdr Mustapha Sakmud dalam manifesto tambahannya turut menawarkan beberapa penyelesaian kepada masalah rakyat di Usukan setelah sekian lama masalah itu berakar umbi. Selain daripada beberapa program menurunkan kadar kemiskinan tegar di Usukan, calon PKR itu turut menawarkan jalan penyelesaian kepada masalah bekalan air bersih yang sudah lebih 40 tahun membelanggu kawasan itu.

Tumpuan kepada  masalah tanah dan sistem pengairan pertanian di Usukan juga turut diambil kira dalam manifesto tambahan itu.

Rakyat Usukan berhak pada asasnya untuk menagih janji kepada calon-calon yang terlibat pada PRU kali ini. Selain daripada unutk memastikan tidak timbul lagi lepas menang Usukan tinggal, Rakyat di usukan harus berani menyahut cabaran ini. Jika tidak, usukan akan tetap seperti itu pada 5 tahun mendatang lagi.

Datuk Salleh perlu berani melakuan transformasi dalam kempennya dengan menyajikan manifesto tambahan, supaya rakyat Usukan boleh menilai mana satu manifesto yang relevan, praktikal dan berjiwa rakyat.Kita tunggu!

3 ulasan :

Anonymous said...

bravoo haji itu yang kita mahu

Anonymous said...

Nantikan undiku pada PRU 13 nanti. Ini kalilah.

Anonymous said...

Akujanji saya ialah untuk undi perubahan. Ini kalilah....