Friday, April 19, 2013

Pertembungan paling hangat dalam sejarah politik Sabah antara dua calon di satu kawasan Parlimen tentunya berada di Kota belud. P169 menyaksikan pertemuan antara setiausaha BN Sabah, datuk rahman dahlan dengan calon PKR , anak tempatan Cik Munirah Majlid. Pertembungan dua calon ini persis pertemuan dua arus besar laut Cina Selatan dengan laut Sulu di Tanjung Magayau, Kudat. Aruanya kuat, berpusing-pusing, derasnya bukan kepalang. Bunyinya gerak gempita tatkala air pasang, dan surutnya bisa kelihatan batu dan  karang.

Saya katakan sebagai satu pertembungan yang mencatat sejarahnya yang tersendiri kerana dalam sejarah politik Kota belud, inilah julung-julungnya 'diperturunkan' seorang calon wanita. Strategi PKR nyata ampuh dan berwawasan. Tidak sia-sia kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa kali di Kota belud selain dari ceramah umumnya, nyata percaturan ketua umum PKR itu masih berbisa. DSAI tahu bahawa hanya dengan cara meletakkan calon wanita yang mewakili golongan muda , kedudukan Datuk Rahman Dahlan akan tergugat. DSAI tahu sejarah politik KB. DSAI membaca pergerakan demografi dan kelahiran luar jangka penduduk KB. DSAI tahu dengan meletakkan calon wanita, ma ia mewakili 60% pengundi kawasan parlimen Kota belud. Jika itu memihak kepada calon PKR , Munirah Majilid, bermakna selebihnya hanya penentu undi kemenangan.

Sebab itu dalam banyak ceramah DSAI di Kota belud, ketua pembangkang ini melabelkan Datuk Rahman Dahlan sebagai 'angkuh' dan "sombong"., Dengan meletakkan calon wanita pada PRU 13 ini, nyata DSAI mahukan DARD 'dimalukan' dalam sejarah politik peribadinya.

BN dan UMNO Sabah, nyata gagal membaca nawaitu DSAI yang selalu berkunjung di KB. DSAI tahu dan pasti dengan keyakinan 99% Datuk Rahman akan dicalonkan kembali di KB lantaran kelantangan mengkritik PR di dewan rakyat. satu-satunya pemimin mewakili golongan muda di Sabah yang sebegitu menonjol dalam setiap kali perbahasan di Parlimen termasuk menyertai apa-apa program BN dan UMNO sama ada dalam wacan dan bicara rakyat.

Pertembungan DARD dan Munirah ini akan menyaksikan pertembungan 'dua darjat'. Antara calon wanita dan calon lelaki.Dua gender yang berbeda dan juga berbeza dari status kependudukan mengikut daerah. DARD adalah orang Tuaran, manakala Munirah adalah anak jati KB.Kedua-duanya adalah calon mewakili golongan profesional dan golongan muda. Hanya yang membedakan mereka ialah sama ada salah seorangnya dappat menarik sokongan golongan 'atas pagar' sebagai loncatan kemenangan mereka.

DARD nampaknya memikul tugas yang amat berat atas pundaknya. "MEMPERTAHAN" adalah lebih bahaya dari 'MEREBUT' > pada hemat kelapamawar, selepas penamaan calon 20hb.April ini, DARD tidak akan lagi 'bertafakur' lama sebaliknya akan menyusun strategi dan akan menggunakan segala kelebihan yang ada untuk memastikan P169 masih dalam gengamannya. Pada waktu yang sama, kita juga percaya, Munirah tidak akan menunggu lama, akan menggerakan jentera PKR di KB dan Sabah untuk menyusun plan A dan Plan B hattta mungkin hingga ke plan Z untuk "menggoda" DARD meninggalkan tahkta P169 Kota Belud ini.

 Situasi i ni akan lebih menarik jika DARD dan MUNIRAH dipertemukan atas padang yang rata. Satu lawan satu. Kita juga berharap agar kedua-dua pihak tidak berselindung dengan calon-calon BEBAS tajaan mereka, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada keputusan rakyat KB unutk menentukan siap sebenarnya yang benar-benar layak mewakili aspirasi mereka.

Kita juga tertunggu-tunggu apakah isu yang akan menjadi talian hayat DARD. Prestasinya? kredibilitnya?wawasannya? Projek bekalan airnya? ataupun isu-isu peringkat nasional yang membinggitlkan telinga rakyat KB. apakah juga MUNIRAH telah bersedia mempamerkan segala macam kecacatan DARD sewaktu menjadi MP kota Belud. mendedahkan kepincangan dalam pengurusan dan pengagihan peruntukan Parlimen? atau MUNIRAH sudah punya bukti nyata untuk mempengaruhi rakyat KB untuk menolak DARD? bersama kita tunggu!.


1 ulasan :

Anonymous said...

punya hancur artikel kau ni... aku bercakap dr segi penulisan, penyampaian dan idea...bukan pasal mau sokong mana2, yg sokong pkr pun mungkin rasa begitu...langsung tidak menarik dan tidak meningkatkan pengetahuan! ayam punya penulis! org lain menulis kau pun mau menulis....pegi main billiard jauh2...shush!