Friday, May 31, 2013


Politik negara ini pasca PRU13 menyaksikan satu trend baru apabila parti pemerintah dan parti pembangkang masing-masing mula menunjukkan keraguan tentang keputusan PRU yang lalu, apabila masing-masing berkeinginan untuk memohon penyemakan semula keputusan kawasan-kawasan tertentu mengikut perkiraan parti-parti berkenaan.

PR pada khabarnya akan memfailkan petisyen di 27 kawasan pilihanraya, manakala pada hari ini BN pula mewar-warkan akan memfailkan  lebih 50 petisyen membabitkan sekurangkurangnya 37 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Petisyen itu bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke13 (PRU13) yang memihak kepada pembangkang. Petisyen itu akan difailkan sebelum 11 Jun.


Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, berkata semua petisyen itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi sebelum tarikh akhir 11 Jun ini, iaitu 21 hari selepas keputusan PRU13 diwartakan.

Najib berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tertinggi (MT) UMNO selepas PRU13 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

0 ulasan :