MP KINABATANGAN , Datuk Bung Moktar Radin dalam tweetnya menganggap penghalangan Nurul Izzah dari memasuki Sabah sebagai satu kesilapan besar dan perlu diperbetulkan. Malahan dalam tweet MP Kinabatangan itu yang dilinkkan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman menganggap insiden itu sebagai satu kesilapan dan malapetaka.
Nurul Izzah yang dalam rangka lawatannya ke Sabah, dihalang memasuki negeri itu di Lapangan terbang Kota Kinabalu dan dilarang menemui penguamnya yang juga MP Penampang.
7 ulasan :
Tindakan spontan 'macho' Bung Moktar Radin membela Nurul Izzah hanyalah untuk melahirkan keluhan 'Desperado' yang 'menggatal' di dalam Twitter setelah gagal mendapat kepercayaan Perdana Menteri untuk dilantik sebagai Menteri atau Timbalan Menteri sejak sekian lama menjadi Ahli Parlimen Kinabatangan.
Datuk Seri Salleh Said Keruak menyokong penuh keputusan kerajaan negeri meminta Pengarah Jabatan Imigresen Negeri menghalang naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar memasuki Sabah
Beliau berkata kuasa menghalang seseorang daripada memasuki Sabah disebut dengan jelas oleh Seksyen 66 Akta Imigresen.
, peruntukan undang-undang berupa rayuan, sentiasa ada bagi Nurul Izzah. Saya percaya keputusan ini bukan bersifat politik, tetapi untuk menjaga kepentingan dan kestabilan Sabah.
Sabah perlu menyekat kemasukan mana-mana ahli politik dari luar negeri ini tanpa mengira kecenderungan politik mereka, yang datang ke negeri kami dengan niat untuk menanam perasaan curiga dan benci dalam kalangan rakyat kami
Sambil menegaskan bahawa rakyat Sabah tidak mahu mengamalkan budaya politik 'pecah dan perintah' seperti yang terdapat di tempat lain, Salleh, , berkata Sabah merupakan sebuah negeri yang sentiasa aman serta harmoni dan "kami berbangga dengan perpaduan dalam kepelbagaian kami".
Kami tidak boleh membiarkan kepentingan Sabah dipermainkan oleh ahli politik tidak jujur dari Semenanjung Malaysia yang ingin memburu kemegahan politik peribadi,
Post a Comment