Thursday, May 30, 2013

Penulis dan penganalisis politik tanah air Mohd. Sayuti Omar dalam blognya Merah Tinta, mengungkap perkataan "kuasa Gila" sebagai respone spontannya terhadap nasib MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang tidak dibenarkan memasuki Sabah semalam. Ulasan Sayuti Omar itu adalah seperti berikut:

UBN Sabah masih lagi dibayangi seruan "Ini kalilah" yang merupakan seruan pembangkang Sabah untuk menumbangkan kerajaan UBN Sabah dalam pilihan raya lalu. Walaupuan seruan itu tidak menjadi, bila mana Pakatan Rakyat gagal menguasai Sabah tetapi ia seakan-akan terus mengusik perasaan pemimpin UBN Sabah.

Mengapa tidak, semalam Imigresen Sabah bertindak mengalang Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dari memasuki ke negeri berkenaan. Izzah dihalang dan diminta pulang semula ke Kuala Lumpur sebaik tiba di lapangan terbang Sabah.

Izzah katanya dalam rangka mengadakan lawatan ke negeri berkenaan untuk menyertai pesta Keamatan yang sedang berlangsung kini.


Setiba di lapangan terbang Sabah beliau tidak dibenarkan masuk ke Sabah. Pemakluman penahanan beliau dibuat menerusi twiternya, antara lain Izzah menulis; "Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU13. Just you wait BN".

Sebelum ini Imigresen Sabah menghalang Tian Chua dan seorang pembantu Mohamed Azmin Ali dari memasuki ke negeri berkenaan tahun lepas.

Jelas tindakan itu menggambarkan kerajaan UBN pimpinan Musa Aman masih lagi dikejar bayang-bayangan ketakutan ekoran kebangkitan rakyat Sabah secara menyeluruh menjelang pilihan raya lalu.

Sekiranya tidak berlaku tragedi serangan ke atas Lahad Datu sudah tentu Sabah sudah luruh dalam pilihan raya lalu. Tragedi Lahad Datu yang masih menjadi misteri sampai kini, dipercayai menjadi faktor sokongan (tipu) bagi mengekalkan kerajaan UBN Sabah.

Persoalan juga timbul di sebalik penahanan Nurul Izzah dan beberapa ahli politik lain di Sabah itu, apakah 'kuasa gila' itu akan terus dibenarkan. Kuasa gila itu jelas sekali bertentangan dengan semangat penubuhan Malaysia 1963 walaupun Sabah adalah sebahagian dari persekutuan Malaysia tetapi ia masih mempunyai kuasa otonomi gila tersendiri untuk menghalang sesiapa saja rakyat Malaysia dari memasuki ke negeri berkenaan.

Sudah sampai masanya kuas gila yang dimiliki Sabah dan Sarawak dimansuhkan kalau tidak kewujudan mereka dalam Malaysia tidak membawa apa-apa erti khasnya bagi rakyat Semenanjung. Ketidakadilan juga nampak, rakyat kedua buah negeri itu bebas untuk ke Semenanjung tetapi tidak sebaliknya.

Dalam perkembangan lain penahanan Nurul Izzah itu menimbulkan kemarahan kepada Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin yang menyifatkan ianya satu masalah besar.

Kata Bung penghalangan itu satu kesilapan besar dan juga malapetaka. Nada Bung Mokhtar Radin itu agak sumbang sedikit dan apakah ianya merupakan penzahiran rasa kurang senang Bung Mokhtar ke atas Musa Aman?

Ketiadaan Bung Mokhtar di dalam senarai kabinet yang dibentuk Najib Razak baru-baru ini khabarnya timbul rasa kurang puas di kalangan pengikut Bung Mokhtar. Mereka kesal mengapa Bung Mokhtar yang sudah berkhidmat sebagai ahli parlimen lebih dua penggal tidak dilantik menjadi anggota kabinet berbanding dengan mereka yang hanya menang baru sepenggal sudah menjadi menteri.

Apakah penghalangan Nurul Izzah memasuki Sabah itu akan menjadi titik mula kepada Bung Mokhat untuk melancarkan serangan mortar ke atas Musa Aman dan Sabah?

2 ulasan :

mantera said...

Larangan kemasukan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar ke Sabah bukan satu larangan tetap, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman.

"Pengharaman Nurul Izzah hanya untuk satu ketika iatu pada malam majlis penutup sambutan Kaamatan peringkat negeri (30 Mei)," katanya pada Isnin.

mantera said...

Menurut Sukarti, keputusan menghalang Nurul Izzah daripada memasuki Sabah dilakukan atas sebab keselamatan berdasarkan laporan yang diterima oleh kerajaan daripada pegawai keselamatan.

"Tidak ada larangan tetap ke atas beliau atau mana-mana pemimpin parti pembangkang yang lain untuk datang ke Sabah selagi mereka tidak menimbulkan ancaman keselamatan," katanya.