Apabila menjadi pendekar bermusim
Pemimpin politik KB paling sedikit mendapat liputan pada PRU 13 ini adalah Tan Sri Pandikar Amin. Yang Dipertua Dewan Rakyat ini, nampaknya bukan ‘neutral’ sepertimana dalam lagaknya di Dewan Rakyat. Kerana terbukti melepaskan jawatan sebagai ketua UMNO Bahagian Kota Marudu sejurus dilantik ke Jawatan itu, bukan gambaran TSP menjadi benar-benar “berkecuali”. Buktinya pada PRU 13 ini beliau turun dari pertapaannya ‘menggunakan’ segala ilmu pecak silat pendekar Cahaya untuk membantu rakan-rakan calon BN/UMNO di KB yang sedang ‘gering’ dengan pelbagai kaeranh pengundi terutamanya pengundi muda.
Malam tadi TSP turun ke Kg Tamau, kampong petempatan Iranun yang membuak-buak keiltizaman politik masyarakatnya, baik politik BN atau pun politik PR. Dan pada malam itu juga TSP melihat dengan matanya sendiri Bangunan SK Tamau yang terlewat lebih 3 tahun. Sebelum ini TSP tidak pernah turun melihat permasalahan ini. Hanya dengar dari mulut ke mulut, kerana TSP terlalu sibuk menjaga pelakon-pelakon politik di Dewan Rakyat hingga asas pendidikan masyarakat Iranun ini sudah tidak terpeduli lagi.
Kelapamawar difahamkan tempat TSP memberikan ceramah hanya lebih kurang dua ela dari bangunan SK Tamau yang terbengkalai itu. Tidak ada rasa mahabah langsung untuk menyentuh isu itu. Tidak menarik! Bahkan tidak tertarik dengan permasalahan anak-anak Iranun yang mendiami kawasan ini lebih dari 5 perkampungan sekitar purata 5-6 ribu penduduk. Alahai ! pendekar cahaya yang bermusim kembali dengan auranya , !
Dalam ceramahnya TSP sekali lagi mengingatkan masyarakat Iranun untuk memberikan sokongan kepada UMNO dan BN. “ Jangan ambil seorang, dan tolak yang seorang” itu antara ungkapan TSP. Ungkapan itu bermakna jangan sahaja menyokong Datuk Musbah jamli sebagai calon Tempasuk tetapi menolak Datuk rahman sebagai calon parlimen.
Dan ketika majlis bersurai kedengaran anak-anak muda berkata “ Ini lah masanya membalas budi TSP “...Apa maknnya itu? Berbudikah kita atau dia yang berbudi kepada kita? Tinggal dengan persoalan itu.
0 ulasan :
Post a Comment