Monday, August 3, 2009


Sepanjang saya mengikuti perhimpunan UMNO KB untuk memilih wakil-wakil 7 ke persidangan Agung UMNO Pusat di Kuala Lumpur..tidak ada satu orang perwakilan pun yang membahaskan isu untuk membangkitkan daya juang di kalangan ahli UMNO KB. Isu-isu perbahasan yang di lontarkan lebih kepada isu nasional yang tidak mudah difahami oleh kebanyakkan perwakilan dari golongan berumur. Isu-isu tempatan seperti kegagalan Projek Jelapang Padi Kota Belud, Projek Agropolitan dan isu tuntutan padang ragut Kuala Pintasan, serta pembinaan Jalan raya pintas Kota Belud-Kudat, langsung tidak dijadikan fokus untuk menerangkan kepada perwakilan yang merupakan basic kepada akar umbi UMNO di peringkat cawangan. Malahan isu-isu nasional kerapa dibangkitkan.


Mungkin ramai yang bersetuju dengan saya bahawa UMNO KB perlu mengadakan beberapa siri kursus dalaman atau seminar kepimpinan yang menyeluruh dalam semua peringkat kepimpinan. Dari Puteri,pemuda dan wanita, hinggalah kepada AJK bahagian. Saranan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa semua ahli UMNO tanpa mengenal pangkat kepimpinan perlu ke sekolah kembali dilihat ada kebenarannya. UMNO KB bukan sahaja perlu melatih dan menyekolahkan ahli dan pemimpin serta perwakilannya dalam soal-soal kepimpinan dan kemahiran berbahas, tetapi juga mereka perlu diajar 'membaca' kemahuan dan aspirasi akar umbi secara lebih dekat dengan hati rakyat. Jika perlu ke Tadika pun, rasanya tidak ada masalah. Dan lebih wajar lagi bila ahli UMNO KB bersekolah di sekolah rakyat.


Kemahiran membangkitkan motivasi perjuangan supaya sentiasa segar dan berkilauan bak permata nilam perlu segera dirancang dan dilaksanakan. Ini kerana para perwakilan adalah 'hero-hero' kecil seperti yang dikatakan oleh Ahli Parlimen KB, dalam blog beliau, bahawa UMNO KB memerlukan hero-hero ini yang berperanan seperti" Cicakman "diperingkat akar umbi. Justeru hal-hal sebegini perlu mendapat [perhatian langsung dari ketua bahagian DSSK, kerana dalam ucapan beliau dalam persidangan itu, juga membangkitkan bagaimana memperkasakan UMNO KB. kalau nak pergi ke Tadika...di KB pun banyak termasuk Tadika Cina.


13 ulasan :

Unknown said...

salam KP, part masuk Tadika Cina itu saya tertarik...

masalahnya, persidangan UMNO masih dianggap satu pesta. makan minum. jumpa kawan-kawan. beri sikit saguhati, bukan tempat membincang masalah rakyat..

rojokobog said...

Salam,
Saya ingin menambah komen Sdr Musli, jika kita perhatikan sewaktu persidangan UMNO Kota Belud yg lalu, ketika ucapan perasmian Ketua Bhg ada dikalangan perwakilan yg keluar masuk dewan dan mereka tidak tahu langsung apa isi kandungan ucapan Ketua Bhg, ada yg merokok diluar dewan, berbual mesra dgn calun2, gelak ketawa..seolah-olah ada pesta keramaian diadakan, sewaktu persidangan Pemuda lagi teruk, kerusi dibahagian tengah yg dikhaskan utk perwakilan Cawangan kosong, sehinggakan seorg kawan dari UMNO Bhg Batu Pahat Johor bertanya dgn saya , berapa jumlah perwakilan Pemuda seluruh Kota Belud, saya menjawap kehadiran 400 lebih, tapi kenapa banyak kerusi yg kosong, saya matikan perbualan kami disitu saja, sebab saya rasa malu dgn sikap perwakilan yg tidak pandai mengubah mentaliti, lebih-lebih lagi sewaktu Wakil Pemuda UMNO Malaysia Ustaz Syarin Mohd Jamaludin berucap, dewan riuh rendah dgn suara perwakilan yg bercerita..sungguh memalukan, entah apakah fikiran para perwakilan sewaktu menghadiri persidangan tersebut???disarankan masa akan datang agar pintu utama dewan dikunci sehingga persidangan tamat?? peranan siapa kah yg harus ditagih agar ada perubahan mentaliti perwakilan dalam mendisplin diri semasa menghadiri majlis rasmi.

SI RENGIT said...

salam...

Tadika pun tadika lah...janji ada perubahan...

salahkan ketua dulu sebab beliau pun bukanya ambil peduli apa yang berlaku didepan mereka...buat bodoh aje...

penganut UMNO tidak akan berubah?????

SAMBAL BELACAN said...

Salam,
Sdri Kelapa Mawar, bab inilah yang merisaukan TSP...kalau dah terpaksa masuk tadika perpaduan...faham2 sajalah...

pelapis2 yang sdri sebutkan kalau terpaksa dimasukkan ke tadika maknanya apa?...macam mana TSP nak ambil mereka pelapis...sesungguhnya TSP sangat komited terhadap permasalahan ini...cuma individu2 yang teringin nak jadi pelapis tidak pernah belajar bagaimana menjadi pemimpin politik dan pemimpin rakyat...

Dalam pertemuan saya dulu dengan TSP...saya mengutarakan perkara ini...dari raut wajah dan nada kata2 TSP menggambarkan bahawa beliau lebih suka melihat pemimpin pelapis datangnya drp golongan muda yg belum tercemar akhlaknya....

Sdri Kelapa Mawar...nampaknya kurang memahami perjuangan dan sumbangan TSP terhadap masyarakat KB khasnya orang Iranun....TSP sungguh sedih apabila jasanya dilupakan ditambah dengan kehadiran segelintir ahli politik Iranun yang cuba memburuk2kan nama beliau demi kepentingan politik mereka...

TSP pada pemilihan G7, tidak pernah memberikan arahan atau bersuara...jadi kenapa orang Iranun tidak menang? jelas menunjukkan pemimpin pelapis yg sdri sebutkan gagal meraih undi drp kaum2 lain...kalau nak pemimpin biarlah jadi pemimpin untuk semua kaum...itu saja nasihat drp orang tua yang terlebih dahulu makan garam..

kelapa mawar said...

Salam sdr Musli..

Aii dah lama ke bangun? penat jadi calon agaknya..

Kalau benar seperti yg sdr katakan itu..maka wajarkah UMNO Kb dijadikan sebagai wadah perjuangan?..SDR Musli lah sendiri yg jawab..kan..kan...

kelapa mawar said...

Salam sdr rojokobog..

memang benar pun apa yg sdr katakan itu,,.memang benar2 terjadi bukan cubaan..Jadi, apakah mentaliti itu wajar diteruskan?,,,Bila perubahan akan berlaku?...UMNO KB perlu lebih terbuka..tolak saja pemimpin yg tidak mengubah situasi ini..

kelapa mawar said...

Salam sdr renggit..

Tadika cina lagi bagus...calon cina pun menang di KB..aiii..tak reti lagi kah....UMNO KB, UMNO CACAMARBA...HURUHARA...

kelapa mawar said...

Salam sdr Sambal belacan..

Kalau setakat risau saja..tindakan tak pernah ambik..buat apa?...Peranan TSP sepatutnya dari dulu lagi menyatukan Iranun..tetapi tidak dibuat..Itulah pelapis kena masuk tadika..Memangpun tidak ada tokoh Iranun yang boleh menggantikan TSP...tunggu sajalah nanti..kalau dia tak ada..Iranun kembali pusing...Masa berkuasa..tak reti nak jaga bangsa..bagaimana bangsa nak jaga kita...

DEPU-DEPU said...

Salam sdri kelapa Mawar

UMNO bagi saya perlu lebih fleksibel dlm menghadapi permasalahan rakyat...dan apa yg lebih penting ialah kesanggupan UMNO utk berubah mengikut citrasa masyarakat..jika tidak..ia akan rebah..

SI RENGIT said...

SALAM...

Penyakit jiwa banyak pada Penganut UMNO...UMNO tak salah yang salah penganutnya...tadika cina k juga...minta Chin Peng ajar....

kelapa mawar said...

Salam sdr depu-depu..

Memang benar apa yg sdr katakan itu,..UMNO jika tidak berubah akan rebah..banyak lagi masalah rakyat yg tidak diambil peduli...

kelapa mawar said...

Salam sdr Renggit..

UMNO banyakpemimpin yg berpenyakit jiwa..asyik kejar duit dan dunia saja...Aiii kan Chin Peng belum boleh balik ke Malaysia lagi....

Ajin b. Gagah said...
This comment has been removed by the author.