Tuesday, August 4, 2009


Sesiapa pun tahu bahawa suku Iranun adalah golongan minority di Sabah. Penempatan besar suku ini hanya di Kota Belud dan Tungku, Lahad Datu. Biarpun suku minority tetapi ternyata Iranun Berjaya mengukir sejarah politiknya dengan gaya dan pendekatan sendiri. Dalam era kepimpinan pejuang Mat Salleh menentang pejajahan British, Iranun telah memainkan peranan penting. Kumuta dikatakan suku Iranun yang merupakan orang kanan Mat Salleh. Kepimpinan Iranun ternyata begitu dikehendaki dalam scenario politik di Kota Belud dan juga diperingkat nasional. Sebab itulah ramai orang Iranun begitu bangga sekali dengan pencapaian Tan Sri Pandikar Amin, sehingga menjadi idola kebanyakkan orang Iranun. Tokoh ini dianggap berwibawa, berdedikasi dan menaikkan imej kepimpinan Iranun di peringkat Nasional. Hinggakan kerana terlalu assabiyah, ramai orang Iranun yang tidak bersedia mendengar kelemahan dan kesilapan pemimpin ini…Bukan sahaja tidak bersedia dari pendengaran telinga..,termasuk juga minda dan perasaan. Penulisan saya pada kali ini lebih bersifat pendedahan secara berani dan tidak berselindung.Melihat dan mengupas Dilema Iranun Baru yang dikatakan menyebabkan suku minority ini terus berpecah aliran fahaman politik mereka.

Kesungguhan TSP dalam memertabatkan suku Iranun di persada politik Negara, adalah sesuatu yang tidak boleh dipertikaikan. Namun, mengapakah masih wujud golongan-golongan tertentu dalam masyarakat Iranun yang “tidak ikut “di belakang tokoh ini? Sebaliknya menyonsang arus perjuangan dengan menyertai beberapa parti pembangkang PAS dan PKR. Dan rata-rata pemimpin baru bertunas pucuknya ini, ramai dari kampung Tamau. Itu adalah realitinya. Kenapa?...Saya akan cuba mententeramkan ketegangan pembacaan saudara-saudara ini dengan alasan biasa..”kerana ingin menjadi pemimpin Iranun..”Betulkah ?...Atau atas rasa dendam kesumat dan tidak puashati dengan TSP, maka mereka memilih jalan lain….Ataupun kerana mereka merasakan susah untuk bersaing dengan TSP….Alasan apa lagi…Mungkin juga kerana mereka merasakan dengan menyertai pembangkang, dan menjadi calon dalam pilihanraya mereka akan menjadi “hero Tamil “ seperti Kamal Hassan dalam filem TAKKARA..

Kita memulakan perbincangan ini dengan parti PAS. Antara tokoh anak-anak Iranun yang lantang dan tegas serta tidak berselindung dalam perjuangan fahaman politik PAS di Kota Belud ialah SDR AKRIAH HJ. BARABAG..seorang usahawan farmasitual yang Berjaya…mempunyai hampir 8 cawangan farmasi di Tuaran dan sekitar Kota Kinabalu. Bila memasuki kedai Farmasi beliau ini..kita tidak segan melihat majalah HARAKAH – lidah rasmi PAS.. Di jual. Dan penglibatan beliau dalam PAS peringkat negeri memang sedia diketahui….suatu ketika adalah orang kuat di belakang Datu Bandira Datu Alang ( Arwah ) yang ketika itu menjadi Pesuruhjaya PAS negeri Sabah. Di peringkat kampung, kita juga menemukan tokoh-tokoh seperti SDR NORBIN ALOH, ASIK MASTARI, MADLI HJ.MANSHOR, MILUS ALOH DAN beberapa orang lagi….Secara analitikalnya, kebanyakkan tokoh PAS adalah golongan muda yang mendapat pendidikan agama sama ada dari Semenanjung ataupun dari luar Negara. Mungkin kehadiran mereka ini Nampak kecil dan bertaburan, tetapi…dalam konteks perpaduan Iranun, ia juga menjadi musibah besar..kerana golongan minority yang berpecah menwujudkan saf-saf tertentu akhirnya tidak akan punya kuasa politik.

Parti PKR juga tidak sunyi dari menjadi tempat Iranun untuk berkecimpung dalam kepolitikkan di daerah Kota Belud. Antara tokoh yang disebut-sebut ialah USTAZ LAIMAN yang juga menjadi calon pilihanraya yang lepas. Bukan berseorangan, tetapi dengan suku sakatnya, termasuklah beberapa golongan muda yang terpengaruh dengan slogan reforamsi dalam parti PKR. Ini juga merupakan musibah berganda bagi masyarakt Iranun. Banyak tokoh anak Iranun yang senyap dan menjadi pemerhati dan tidak berani menyatakan pegangan politik mereka. Antaranya ialah seperti Matlan Dt.Unjung,DT. Jamigul Dt. Salin,Dt. Roslin Dt.Siabok, Haji Zainal @ Hj. Sain., Ustaz Abdullah @ Sawi, Ustaz Sateri Putung, dan beberapa orang lagi yang tidak sempat saya nyatakan di sini. Manakala golongan muda yang berpendidikan juga mula menunjukkan minat dalam politik, tetapi masih merahsiakan anutan politik mereka.

Di Peringkat UMNO bahagian Kota Belud, juga menyaksikan beberapa orang dari suku Iranun yang menceburkan diri. SDR ROSLIN KASAN, SDR IDRIS KISAB, SDR SUHAIMI, SDR ROSLAN HAJI MANSHOR, SDR RAZAK RAKUNMAN, SDR SELISIH UKOH,SDR TAJUL serta beberapa orang yang lain. Namun dalam barisan ini, SDR ROSLAN HAJI MANSHOR dilihat lebih rapat dengan pimpinan ketua bahagian DSSK. Tetapi kerana tokoh ini dianggap sebagai sentiasa “Panas” oleh cerita-cerita peribadi dan kurang mendapat sokongan keluarganya, termasuklah adiknya IMAM MADLI yang disebut-sebut antara orang yang berlainan fahaman ideology politiknya,maka suku Iranun juga menjadikannya sebagai ‘ pertimbangan’ terakhir.Bah kan, dalam mesyuarat UMNO memilih wakil 7 baru-baru ini, penglibatan Isteri SDR ROSLAN.. sebagai orang kuat DATIN BADRU..turut mematikan langkah perwakilan memberikan sokongan kepada SDR ROSLAN. Begitu juga dengan SDR RAZAK yang dikatakan pernah ‘melawan’ TSP dengan menyertai PBS kerana factor peribadi yang tidak diketahui, menjadikan tokoh terpelajar Iranun ini masih terumbang-ambing mencari landasan perjuangan yang boleh menaikkan imej dan kepimpinannya.

Apakah yang akan berlaku jika fenomena politik Iranun ini akan berlarutan..? Bagaimanakah kita dapat melihat pelapis kepimpinan TSP jika keadaan ini terus berlaku?...Apakah cara dan kaedah yang boleh merintis kesatuan fikrah dikalangan tokoh-tokoh Iranun..? Bagaimanakah langkah seterusnya yang boleh dilaksanakan untuk mencegah ketirisan dan kebocoran pimpinan Iranun sedia ada..?


Inilah antara persoalan yang perlu dijawab untuk melihat Iranun berada dalam keadaan selesa politiknya..Jika tidak Iranun akan terus-terusan dalam dilemanya sendiri.

11 ulasan :

SI RENGIT said...

salam...

Satu penulisan yang berani...teruskan...masyarakat kita perlu berfikir dengan berani...satu ulasan yang berwibawa dan ikhlas....tahniah..tq

DEPU-DEPU said...

Salam sdri Kelapa Mawar..

Semua tokoh yg sdri katakan itu saya mengenalinya secara baik..susah nak kita katakan dalam hal ini..tetapi saya rasa penulisan sdri dlm hal ini lebih berterus-terang..dan ini wajar diberikan perhatian..

minoriti spt yg sdri katakan itu...adalah benar dan wajar diselami emula..Tq dgn pendedahan ini

BATU GADUNG said...

Salam,

Sdri Kelapa Mawar ku...Satu pendedahan yang cukup berani...saya seperti juga sdra Depu-depu, cukup mengenali semua tokoh yang sdri sebutkan...tapi dalam hal ni saya no comement...apa pun comment sdri ini perlu diberikan perhatian sewajarnya....

minoriti bukan halangan kerana yang penting kualiti...

kelapa mawar said...

Salam sdr Renggit..

Ma kasih kerana berkunjung lagi..Penulisan saya adalah atas pandangan dan pengalaman yg saya perolehi ketika bersama dalam komuniti Iranun..

saya cuba mengupas permasalahan ini..dan kerana tidak ada seorang pun blogger Iranun yg cuba mengupas persoalan ini..

saya amat berharap agar..persoalan ini dapat kita fikirkan bersama....

bersatu dalam satu fahaman politk adalah lebih baik daripada apa yg terjadi sekarang ini...

kelapa mawar said...

Salam sdr depu-depu..

saya juga mengharapkan sdr blogger yg lain utk memberikan pandangan mrk..mana sdr Solymone dan kak dayang wulan kita....

kelapa mawar said...

salam sdr batu Gadung..

Ma kasih kerana mengenali para pemimpin Iranun yg saya katakan itu..bila nak sampaikan kp mereka..hal ini?

Bangkitkan persoalan ini ketika bersua dgn mrk..mudah2 dapat response yg positif

DEPU-DEPU said...

salam sekali lagi sdrii..

Bolehkan Iranun berada dlm satu parti...AKAR dulu pun bukan semua iranun jadi ahlinya?...

Ajin b. Gagah said...
This comment has been removed by the author.
kelapa mawar said...

Salam sdr solymone..

Saya tidak tahu...kenapa hilang sdr..saya tak padam pun..

saya memang tertunggu-tunggu komen dan ulasan sdr,,,

harap sdr dapat memberi komen dan ulasan semula..

mungkinmasalah line tak ?

Ajin b. Gagah said...

Sorry banyak-banyak Adik Kelapa Mawar..ada masaalah teknikal..komen saya keluar di lain folder lah pula. Ngak apa ulasan saya telah di siar dalam post ber tajuk "UMNO KB : PERLU KE TADIKA UMNO KB : PERLU KE TADIKA ".
Salam kemaafan jua ku pinta

Ajin b. Gagah said...

ok, dengan izin, dan untuk membetulkan masaalah teknik tersebut, ulasan saya 'cut and patch' di sini, saperti berikut;
"Saperti biasa, akhir-akhir ini saya sebuk dengan ‘commitment’ di luar. Realiti nya, di Tuaran pun belia-belia atau pun kawan-kawan lama maseh ingin seimbang dan berbincang hal-hal setempat. Disamping itu saya kena atur juga perjalanan business yang perlukan perhatian.

Justru itu, saya kurang ada masa untuk memberi komen dsn. Namun, lawatan sdra SI RENGIT ke laman blog saya baru-baru ini, mengingatkan saya bahawa kawan-kawan di KB pun perlu juga sumbangan idea dari saya ( barangkali).

Now, secara ‘particular’ nya, saya tidak lah ‘releven’ untuk memperkatakan mana yang baik untuk sdra-sdri dari suku kaum Iranun. Siapa lah saya ? Namun satelah meniliti isi kandungan isu yang adik KM analisis kan di sini, terasa ia nya satu agenda ‘ beyond politic’ orang-orang Iranun saja .

Ia juga membawa persoalan unik terhadap ‘political survival’ untuk kaum-kaum yang lain saperti Iranun, Bajau dan lain-lain ethnic yang ada hubung kait diantara mereka.

Apa yang berlaku di Kota Belud, juga berlaku dimana-mana, termasuk daerah saya Tuaran. Kerana kalau kita perincikan pandangan kita, hanya golongan tertentu sahaja yang memainkan peranaan; (rasa nya).

Untuk mendalami ‘political survival’ orang Iranun, ia nya perlu dilihat dari dua atau tiga dimensi. Kerana situasi yang ada amat mengelirukan; selaras dengan topik yang di ketengah kan “ DILEMA ORANG IRANUN”. Menjadi satu fenomena.. fenomena yang teramat susah lagi komplek untuk di rumus atau di selesaikan.

However, persoalan nya, tak kan sampai bila-bila pun fenomena ini terus melandah kita?

Next, kita minat atau pun tidak dengan TSP( mungkin beliau kurang membantu) namun kalau di bandingkan; beliau ada lah seorang ikon yang lahir dari suku kaum Iranun yang telah berjaya .

Justru itu, apa-pun ‘parameters’ yang perlu kalian diambil sebagai ‘stimulus’ untuk maju kehadapan; TSP tetap jadi satu rujukan. (Dalam hal ini, sdra Sambal Belacan pernah menyatakan bahawa TSP tiada halangan dan sedia membantu). Untuk itu, fikir-fikirkan lah.

Untuk rekod, walau pun saya dan TSP ada lah sahabat yang rapat, namun dalam banyak hal ‘philosophy’ politik kami ada beza nya.

Dalam realiti nya, dimana-mana di dunia ini bukan mudah untuk satu kaum ethnic yang kecil untuk menunjulkan diri dalam senario politik nasional. Apa lagi tahap Antarabangsa.

So, dalam persoalan ini, sekali lagi saya nyatakan di sini; bagi ruang untuk diri kita memandang perkara ini dari dua atau tiga dimensi….fikir-fikirkan lah

Cukup lah untuk kali ini, kerana masa tidak mengizinkan. Namun saya doakan agar perjuangan sdri Kelapa Mawar dan kawan-kawan yang sewaktu dengan beliau akan berjaya. Orang kata “ disebalik pelangi berbilang warna ada lah syurga harapan”. Mana lah tahu kan?
Fikir-fikirkan lah

Salam semuga kalian success "