Saturday, August 22, 2009


Kontraktor kuasa hidro, Esajadi Power Sdn Bhd memulakan operasi projek hidro mini pertamanya di bawah Program Jana Kuasa Kecil Tenaga Boleh Diperbaharui (SREP) yang diperkenalkan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.


Stesen jana kuasa ini yang terletak di Sungai Kadamaian, Sabah, mampu menghasilkan 2MW (mega- wat) kuasa elektrik dengan menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui, kata syarikat itu dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.


Esajadi Power diberi lesen untuk tempoh 21 tahun dan merundingkan perjanjian pembelian tenaga (PPA) dengan Sabah Electricity Sdn Bhd untuk menjual elektrik yang akan dibekalkan kepada sistem grid peng- edarannya.

Sementara itu Ketua Pegawai Operasinya, Mahamat Ibrahim be-r kata projek tersebut akan menambah nilai kepada pasaran bekalan elektrik Sabah.

Syarikat itu ketika ini sedang membangunkan dua lagi sungai di Sabah, yang akan memberi sumbangan selanjutnya kepada mas- yarakat tempatan dan membantu merealisasikan wawasan Kerajaan.

Esajani Power berada di barisan hadapan industri penjanaan kuasa daripada tenaga boleh diperbaharui sejak penubuhannya sebagai sebuah syarikat yang pakar dalam pembinaan dan pembangunan loji jana kuasa hidro mini.

2 ulasan :

DEPU-DEPU said...

salam sdri KM..

Ngam lah tu supaya tak mati2 karan di KB..

kelapa mawar said...

salam sdr depu-depu..

ma kasih dgn pandangan sdr itu..bukan sahaja di Kb sdr..seluruh sabah pun menghadapi masalah yang sama...