Monday, August 17, 2009


“Mendung tidak, ribut pun tidak, tiba-tiba hujan di tengah hari”, barangkali begitulah yang sepatutnya menjadi gambaran kepada UMNO KOTA MARUDU apabila dalam mesyuarat Bahagiannya meluluskan usul meminta satu kerusi diperuntukkan kepada UMNO Bahagian itu dalam PRU-13 akan datang. Biarpun PRU-13 masih lama lagi,namun bahagian itu sudah seakan mendesak agar Parlimen Kota Marudu diserahkan kepada UMNO.

Sebagai rekod, Parlimen Kota Marudu diwakili oleh Datuk Dr. Maximus J. Ongkili dari parti PBS/BN. Manakala kedua-dua DUN di kawasan itu juga diwakili oleh parti berkenaan (DUN Matunggong Sarapin Magana, DUN Tandek, Anita Baranting@ Lasiah). Apakah agenda di sebalik usul ini..? Jika permintaan itu ditunaikan, apakah yang akan menimpa nasib Dr.Maximus yang sekarang ini adalah menteri Sains, Teknologi dan Inovasi..? Bukankah kemenangan PBS di kawasan itu adalah juga kemenangan BN keseluruhannya..? Kenapa usul sebegini mendapat perhatian daripada UMNO KOTA MARUDU, sedangkan PRU-13 masih jauh lagi..? Apakah UMNO KOTA MARUDU sudah mula ada krisis dengan PBS?..Banyak persoalan yang boleh difikirkan.


Timbalan Ketua Umno Bahagian Baintin Adun @ Abdul Halim yang membentangkan usul itu meminta Perhubungan Negeri dan Pusat mengambil tindakan lanjut tentang perkara ini. Usul itu dipersetujui sebulat suara oleh kesemua perwakilan. Dalam ucapan alu-aluan Ketua Umno Bahagian Kota Marudu Wetrom Bahanda @ Mohd. Fikri juga ,memohon perkara yang sama dan meminta agar Perhubungan Umno Negeri dan Pusat memberikan kerusi berkenaan kepada UMNO KOTA MARUDU. Sebagai Rekod tambahan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, adalah mantan ketua UMNO KOTA MARUDU, sebelum mengambil keputusan melepaskan Jawatan itu setelah dilantik sebagai speaker Dewan Rakyat.

6 ulasan :

rojokobog said...

Salam KM,
TAHNIAH, sebab ada peningkatan yg ketara dlm ejaan, nampaknya KM begitu berhati-hati,
sebenarnya keris UMNO Kota Marudu sudah mulai tajam agaknya, tu lah berani minta kerusi DUN..kebetulan Ketua Bahagian UMNO Kota Marudu yg paling muda dlm semua KB seluruh Malaysia, dia dah asah keris tersebut...tapi harus diingat keris juga pandai tikam tuannya.

kelapa mawar said...

salam kembali Rojokobog..

Ma kasih dengan kunjungan dan pandangan sdr itu..
saya suka dgn ulasan sdr yg bersahaja tetapi cukup bernas dan berwibawa..rasanya sdr juga punya pengetahuan politik yg baik..

ma kasih sekali ..wassalam

PENDIKAR KEBENARAN said...

Salam,

Ketua Bahagian ini lagi pintar dan berani daripada yang dulu kuat mengampu.

cakap tak serupa bikin tetapi sekarang UMNO Kota Marudu berada di landasan betul...tahniah tapi jgn jadi kaki ampuh

kelapa mawar said...

salam pendikarbuta..

biarpun begitu..saya harap sdr pendikarbuta dapat membaca ulasan ini...

ma kasih dgn kunjungan dan pandangan sdr itu..lain kali datang lagi..wassalam

Unknown said...

Salam Kelapa Mawar,

Seharusnya begitulah yang dilakukan selama ini, daripada membiarkan ahli-ahli UMNO Kota Marudu dianak tirikan oleh PBS. Keyakinan ahli-ahli UMNO terhadap UMNO itu sendiri akan pudar dan mungkin akan berpaling arah kepada pembangkang sekiranya berlarutan.

UMNO KB juga perlu melakukan sesuatu bagi menyakinkan ahli-ahli UMNO bahawa parti UMNO itu masih berkuasa dan kuasa UMNO itu mengatasi pegawai-pegawai kerajaan dan bukannya pegawai-pegawai kerajaan yang berkuasa kepada pemimpin UMNO.Sekarang ini pemimpin-pemimpin UMNO samaada diperingkat cawangan atau bahagian tidak lagi dipandang oleh ketua-ketua jabatan, malahan ada yang dilayan macam seolah-olah penyokong parti pembangkang.

Jika perkara ini dibiarkan, keyakinan ahli-ahli UMNO terhadap parti akan pudar dan lambat laun mereka akan beralih arah kepada parti pembangkang. Percayalah!!!!!!!.....

kelapa mawar said...

salam sdr abu..

saya bersetuju dgn apa yg sdr katakan itu..UMNO KB juga perlu lebih bersikap terbuka dan tidak memilih bulu dalam meneruskan perjuangan sedia ada..

team2 mengikut pangkat dan status sosial tidak sahaja menjadikan uMNO sebagai pilihan terakhir kepada generasi muda tetapi juga lambat laun UMNO akan berkubur...

UMNO di Kota Marudu juga perlu lebih bersikap terbuka dan mendaulatkan kepimpinan parti itu di KM. bukan sahaja menurut rentak dan naluri pimpinan atasan...suarkan kehendak akar umbi..

ma kasih sdr abu kerana pandangan sdr ini..semoga sukses.wassalam