Bahang pilihanraya di permatang Pasir begitu panas terasa hingga ke Sabah yang jauhnya beribu kilometer. Biar terpisah oleh laut China Selatan yang luas dan bergelora, hangatnya masih terasa, macam 'hangat-hangat tahi ayam". Anak baru UMNO KL, di sabah juga turut 'mengidam' 9 purnama, bila pilihanraya di Parlimen Permatang Pauh itu dijadikan tempat 'bersalin' bagi UMNO Sabah. Dan setelah menghantar wakil yang ramai dalam pilihanraya di Manik Urai, UMNO sabah sekali lagi menghantar 'rombongan pesta' ke Permatang Pasir, 28 Ogos ini. "bala tentera' UMNO sabah dijangka dalam kekuatan batalion 50 orang yang diketuai oleh Ketua Penerangannya Datuk Sapawi Ahmad. Keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat tertinggi UMNO negeri kelmarin yang dipengerusikan oleh ketua perhubungannya Datuk MUSA AMAN, yang sudah lama 'aman' dalam jawatannya sebagai KETUA MENTERI sabah.
Wajarkah dalam situasi terkini, negera diulit demam H1N1, UMNO sabah pula seakan 'berpesta' sehingga menghantar sebegitu ramai ahli yang terdiri daripada Pemuda, Wanita dan Puteri ke Permatang Pasir..? Apakah ia hanya lawatan sambil belajar bagi UMNO Sabah..? atau sebagai melonjakkan imej MUDSA AMAN, bahawa kononnya dia adalah seorang PANGLIMA yang telah lama mengalahkan Pendekar cahaya.?..ATAU ini dibuat kerana sebagai membuktikan kesetiaan dan kehebatan UMNO Sabah kepada kiblat UMNO KL yang diwar-warkan sebagai "fixed deposit". yang tidak pernah memperolehi keuntungan berganda...?
Keputusan menghantar terlalu ramai wakil UMNO Sabah ke Permatang Pasir, menimbulkan banyak persoalan yang tidak dapat dijawab..kerana di saat Sabah dan kawasan pedalamannya memerlukan pemantauan dan perhatian daripada UMNO Sabah untuk melonjakkan taraf kehidupan masayarakat yang tergolong dalam miskin tegar...para pemimpin pula dilihat lebih banyak menumpukan kepada pesta yang tidak mendatangkan kesan perubahankepada masyarakat miskin ini..Pernahkan UMNO SABAH menghantar ahli seramai itu di kawasan Pitas, Kota Marudu, Pensiangan, Kalabakan, Semporna dan daerah-daerah lain yang sewaktu dengannya, untuk merasai denyut nadi kehidupan rakyat..? Pernahkah UMNO SABAH menurunkan pimpinan mereka untuk memantau projek pembangunan yang tidak pernah sampai kepada sasarannya..?
Beginilah keadaan masyarakat Sabah,miskin tapi masi setia dgn BN
Sebagai sebuah Parti besar dan teras di Sabah, UMNO sentiasa diperhatikan, kerena sokongan rakyat di masa akan datang adalah atas alasan dari pemerhatian yang diperolehi. Kepentingan politik peribadi dan budaya menjadi "barua" politik tertentu perlu dilihat dan diselami semua.Supaya UMNO SABAH akan menjadi UMNO UNTUK SABAH dan bukan sekadar "biduk lalu, kiambang akan bertaut semula"
16 ulasan :
Salam,
kera dalam hutan disusukan anak dirumah mati kelaparan...
Salam,
Hidup PR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Salam,
Terima kasih sdri Kelapa Mawar kerana mengundang saya untuk memberi ulasan. Artikel yang menarik. Mohon mengulas,
Sdri Kelapa Mawar, sebetulnya perkara yang bersangkutan dengan keperluan dan kehendak politik agak sukar untuk dirungkaikan dan memandang saya pun bukanlah orang yang arif dalam seni politik maka saya hanya mampu memberikan pandangan peribadi sahaja.
Dalam soal politik, UMNO pusat merupakan orang tuanya manakala UMNO Sabah, Penang dan lain2 negeri merupakan anak2nya. Jadi ceritanya lebih kurang macam manusia juga yang sekeluarga, jika ada dikalangan sdranya yang mengadakan majlis atau ada keuzuran maka adik beradik yang lain datang membantu. Sudah menjadi adat berkeluarga saling tolong-menolong, tidak kira sama ada rumahnya sendiri bagaimana keadaannya yang pasti jika sdranya sendiri keuzuran maka ia perlu juga datang menziarahi.
Itu dalam soal kekeluargaan tetapi jika falsafah ini diterima pakai dalam politik, mungkin sudah adat berpolitiklah juga.
Apa pun maaf jika ulasan saya tidak tepat, ini kerana saya masih terlalu muda dalam dunia politik. Akhir sekali ini cuma pandangan peribadi sahaja. TQ
Salam,
nak tanya sikit...sdra Bahrur K.Pemuda dan Arshad TKP ada pergi kah? saya difahamkan mereka ni lulusan dari oxford...memang tepat jadi penyampai suara generasi muda KB, kita tak lah berasa malu sangat kalau mereka ni jadi wakil kita...
salam radimoda..
Betullah apa kata sdr tu..bukan lagi kera yang disusukan..gorila disusukan dengan Dumex...anak dirumah diberi susu sekolah...patutkah?
salam KP.walaupun hanya bercakap berhadapan dengan lambang, suka juga saya memberi komen soal bala tentara umno Sabah ke Permatang Pasir, Pulau Pinang. Tujuan 1. makan angin 2. tengok orang semanjung kempen caci maki, nak bawa ilmu itu masuk sabah. 3. Buat apa hantar tentara umno ke kawasan-kawasan Sabah, sebab, tiba pilihanraya, bagi duit 20 ringgit, undi lah tu 4.Angkat kaki pemimpin semanjung, agar pru akan datang jadi calon lagi 5. buat net working untuk cari projek
salam abgmus..
aiii nama baru agaknya...pertama kali menjenguk blog saya ni..tak apalah ma kasihlah kerana datang ye...
jemput lagi...lain kali
salam sdr batu gadung
Ma kasih kerana menerima undangan saya..dan saya hargai pandangan sdr biarpun bersifat lebih halus dan berhemah...
salam abg mus..
confrm KP UMNO ikut..bukan soal tinggi sekolah sdr..yang penting wajarkah ?..di KB banyak lagi program pembangunan utk rakyat perlu difikirkan..kan mrk tu lulusan oxford..mana sudah guliga otak mrk tu..
ma kasih sekali lagi dgn pandangan sdr..wassalam
salam sdr pagipagi..
saya amat berkenan dgn kehadiran sdr dlm blog saya nie...rasanya Pa'Min dah berkunjung dan berikan komen..kemudian Datuk Rahman juga turut serta memberikan pandangan...sekarng Sdr pula..ma kasih..
Saya hanya memperkatakan yang sepatutnya..dan pandangan sdr bahawa kehadiran bala tentera UMNO SABAH ke Permnatang Pasir atas beberapa faktor seperti yg sdr nyatakan...adalah amat saya persetujui..
sebab2 itulah yg menjadi daya tarikan mereka ke sana...kalau benar bagai dikata..tunggulah PRU-13 menjadi nyata..
Sekian sdr..wassalam
Salam Kelapa Mawar,
UMNO sabah usah terlalu ghairah dengan keadaan politik di sabah, yang kononnya selamat untuk mereka. Mereka ke Permatang Pasir hanya sekadar untuk tunjuk muka sahaja, mereka takut dilihat tidak menolong UMNO pulau pinang. Orang di sana awal-awal lagi pilih PAS, kan kawasan itu kubu kuat Datuk Sri Anwar. Di Sabah sendiri belum selamat bagi UMNO pada PRU13 nanti, bukan apa rakyat sabah dah nah muntah dengan muka Musa Aman. Hanya orang kanan dan keluarga dia sahaja yang pajak semua projek megah di Sabah. Kota Belud Dtk Musbahlah orang dia. Meluat aku bercerita, tunggu ja kita undi PR.
Salam sdri kelapa Mawar,
Thanks kerana sudi melawat blog saya, dan seperti biasa telah memberi komen yang bernas.
Satelah meniliti ala tuju topik mu kali ini, saya rasa akan mengambil jalan tengah. Kerana walau pun saya telah menarik diri dari keahlian UMNO, namun saya maseh lagi terikat dengan ‘code of ethic’ sebagai seorang professional. Justru itu , ada lah tidak betul kalau saya sengaja memberi komen secara ‘semborono’.
UMNO selaku parti siasah, bukan lah tugas mereka secara lansung untuk melawat atau memantau masaalah yang kurang menyenangkan kan dikawasan-kawasan luar bandar di Sabah ini (Saperti mana yang sdri telah hurai dan tekankan dalam blog ini).
Rasa nya, isu itu harus di pertanggung jawab kepada mereka-mereka yang di lantik sebagai pentadbir negeri ( Menteri dsn). Means, semua ahli-ahli BN yang di lantik, bukan hanya UMNO.
Bagi saya, lawatan yang dilakukan oleh UMNO Sabah ke Penang ini ada lah normal. Terutama sekali kepada ahli-ahli yang jarang atau belum pernah bertugas dalam pilihan raya.
Hal saperti ini boleh lah mendedahkan mereka kepada situasi sebenar pilihan raya. Sebagai persedian menghadapi PRU13 di Sabah nanti.
Dalam kontek yang lain, ada lah juga normal, bagi sesebuah organisasi untuk menyediakan kos perbelanjaan ‘ technology transfer’ kepada ahli nya untuk tujuan lawatan sambil bertugas atau sambil belajar. Sekurang-kurang nya 1 tahun sekali.
Kalau dibandingkan dengan bilangan semua ahli-ahli UMNO di Sabah, 50 orang itu bukan nya banyak sangat. Dengan harapan bila mereka balik nanti akan membawa pengalaman yang bermanafaat untuk Sabah.
Salam dan mohon maaf kalau pandangan saya tidak sealiran dengan kalian.
tumpang lalu......
salam abu..
saya menghargai pandangan dan ulasan sdr..adalah hak sdr sebagai rakyat yang merdeka untuk membuat keputusan dlm pemilihan pemimpin di kb dan sabah...semoga sdr berjaya...wassalam
Salam sdr solymone..
Ma kasih atas kunjungan dan pandangan sdr yang bernas itu..biarpun agak bertentangan dgn idea asal saya, namun saya menganggapnya itu satu kelebihan kerana perbezaan pandangan adalah satu rahmat dalam perjuangan...
Ma kasih sekali lagi. Semoga sdr terus sukses..
salam Aku yg Gilaz..
Jangan lupa Tunduk kalau nak tumpang lalu tu..
Ma kasih dgn kunjungan pertama anda.
Post a Comment