Ketika TSP diangkat sebagai menteri di JPM di Putrajaya, dalam era Tun Mahathir, kawasan Tempasuk "diserah rela" kepada Hj.Musbah, yang juga calon UMNO/BN. Dan waktu itu seluruhnya masyarakat Iranun "terkena kejutan elektrik' yang maha dahsyat. Ramai penyokong AKAR, kehilangan arah. Bagaikan anak baru kematian ibu dan bapa. Benar-benar yatim piatu. Apa tidaknya TSP "dihantar" jauh meninggalkan mereka. TEMPASUK yang menjadi 'gelanggang politik terakhir " suku Iranun turut tergadai. Suatu ketika IRANUN-AKAR, menangisi kepemergian TSP ke Putrajaya. Dan ketika diumumkan bahawa TSP tidak dipilih sebagai calon di TEMPASUK, ribuan IRANUN-AKAR, IRANUN-UMNO membanjiri kediaman TSP di Marampayan...kata mereka..bagaimanalah nasib badan kita...?Tidak kurang juga yang bersorak riang kerana bagi mereka "ayam tambatan' Iranun ini tidak perlu ke gelenggang lawan lagi..sudah diberikan kemenangan awal-awal..bukankah Jawatan Senator-Menteri penuh Di JPM itu adalah tanda kemenangan..? Berbisik lagi rakan dan taulan..."bila habis di Putrajaya..TSP akan mengambil alih TEMPASUK semula." Begitulah mudahnya politik orang kampung...yang tidak langsung memikirkan nasib dan kesudahan bangsanya..
Tambah kuat dan bersemangat IRANUN-AKAR dan IRANUN-UMNO ialah bila TSP sendiri turun padang berkempen untuk memastikan kemenangan Datuk Hj.Musbah. Segala ceruk rantau perkampungan Iranun dilawati...Kata-kata "HJ MUSBAH ITU SAYA.., SAYA MACAM JUGA HJ.MUSBAH" masih segar dalam ingatan semua. Kata orang TSP dan HJ MUSBAH ada 'persefahaman semulajadi' iaitu tolak-ansur yang tinggi dan saling mengenali. Kata-kata itu juga menguatkan IRANUN AKAR DAN IRANUN UMNO, bahawa selepas HJ.Musbah..TSP akan kembali ke TEMPASUK. Apa kata orang pada waktu itu, TSP DAN HAJI MUSBAH ADALAH TEMAN SEPERMAINAN.
Setelah AKAR dibubarkan, IRANUN-AKAR kembali gelisah...Aii kata mereka apa pula TSP buat dengan kita..? dulu kita jauh ditinggalkan tidak beribu tidak berbapa..sekarang, rumah pusaka kita pula dirobohkannya..Menyahut IRANUN UMNO.."Jangan bimbang, TSP seorang yang jauh pandangan, dibawa kalian ke rumah tumpangan, sementara menunggu reda ribut dan taufan.."Kata IRANUN-AKAR, "apa lagi yang di mahu TSP, kami ni dah tak berbaju..malu kepada sahabat yang lama sudah dalam UMNO.." Di Jawab oleh IRANUN-UMNO.." Isssk..nak malu apa, TSP kan bersama-sama, hanya itu cara menyatukan kita semua...bubar AKAR, Masuk UMNO, TEMPASUK akan ditandingi masa pilihanraya.."..Seksta itu dibiarkan berlalu begitu sahaja..kerana apabila AKAR di bubarkan..ramai-ramai IRANUN-AKAR berpusu-pusu memohon menjadi ahli UMNO.
Setelah tamat jawatan Menteri Di JPM, Putrajaya..TSP menjadi rakyat biasa seketika...melihat ke kiri, melihat ke kanan..di mana pula tempat meneruskan perjuangan...Sebagai politikus berpengalaman, kehadiran TSP di daerah kelahiran, mengusarkan banyak pihak, terutama HJ MUSBAH..terbayang-bayangnya, TEMPASUK akan berpindah tangan. Katanya.."kalau begini, Teman sepermainan, nak kan balik TEMPASUK ini.." Di kumpul ahli fikir bagaimana kesudahannya pula...maka kata yang tak bersekolah...HJ..lobilah dengan KM, Musa Aman, minta dia 'amankan' Datuk di TEMPASUK...habis cerita..Maka masuklah di kepala HJ.MUSBAH..
Sedang TSP, masih teraba-raba membaca liciknya politik di KB. Maka katanya..kalau beginilah 'haru-biru'nya UMNO di KB, bagus saya bertandang di luar daerah..uji ilmu kependekaran bangsa, di tempat asing lagi bermaruah...LALU..UMNO KOTA MARUDU tempat tujuan..dan benar atas benar TSP menjadi ketua di sana. IRANUN -UMNO, DAN BEKAS IRANUN AKAR, sekali lagi merah muka, aiiiiiii...kata mereka..ke mana pula TSP sudah..? bilangnya dulu.."kamu tunggu, selepas aku bertapa, kita ambil balik TEMPASUK, dan saya berikan kepada kamu sebagai hadiah...Kata IRANUN SEMUA.. " YA ALALH, APA SUDAH JADI DENGAN BANGSA KAMI, MEREMPAT TAK SUDAH, KAMI SUDAH TAK BERIBU DAN TAK BERBAPA, SEKARANG KAMI DITINGGAL , AYAH KAMI BERISTERI DUA..'
Berkata IRANUN -UMNO yang dulu, .."biarkan TSP itu menyusun strateginya, bila PRU-12, tu baliklah dia.."Waktu inilah golongan fikir dan berpendidikan di kalangan IRANUN -AKAR DAN IRANUN-UMNO, mula dilanda rasa tidak puas hati...macam-macam tanggapan dilontar dan diberi...Kata mereka .." kenapa TSP hanya pandai mengurus diri..? bangsa kecil dibiar sendiri...? kami yang mendukung dari dulu sampai nak mati..tak pula di simpan di dalam hati..." Lihat! kata mereka..TSP lari dari kita...waktu, dia di Putrajaya, kita tidak tahu ditaruh di mana..? Kesian bapa dan ibu kita...mereka menyokong TSP sampai ke tua, jangankan...mereka terbela..Kampung kita pun, semua tak ada...mana elektriknya..? mana Air Bersihnya..? kamu tengok Kg.Marampayan tu, baru sahaja dapat di aspal jalanrayanya..? Maka benar kata orang dengan "pendidikan' orang mula sedar, dengan pendidikan orang mula menuntut perubahan. Dengan pendidikan juga manusia sukar diperbodohkan.
Akhirnya, PRU-12 pun datang....Dan Sah ! TSP tidak tercalon di mana-mana. TEMPASUK kekal kepada TEMAN SEPERMAINAN nya..Kata Golongan muda berlimu Iranun UMNO dan bekas Iranun Akar...kalau begini tak boleh jadi..apa kita tunggu lagi...mana panglima muda kita..? mana hulubalang sekerat dua..? mana panglima satu matanya..? berjuang kita...jangan sampai anak-cucu kita meludah di pusara kita, kerana kita tidak menjaga maruah mereka.."Sekali lagi TSP turun berkempen..memenangkan TEMAN SEPERMAINANNYA.. Iranun mula muak, iranun mula benci, Iranun mula marah kepada TSP..mereka kata..apalah TSP ini, tidak putus-putus di perkuda, Iranun tergadai semuanya. Lalu bangunlah golongan muda Iranun, "lawan tetap lawan' kata mereka..Bangunlah mereka dengan PKR nya, Bangkis mereka dengan PAS nya, tidak kurang yang kecewa, menjadi tali barut pemimpin sedia ada...
Nah...sekarang TSP sudah dilantik menjadi Tuan Speaker, mengenang jasanya membantu TEMAN SEPERMAINANNYA dari UMNO untuk kembali berkuasa. IRANUN KEMBALI terhakis kuasa politiknya..Iranun menangis, Iranun merintih, Iranun terkupas bahunya...Apa yang diperolehi...'MENANG JADI ARANG, KALAH JADI ABU'..IRANUN TERUS BERPECAH.Kapan Bila ?..tak tahu lagi...masih menjadi tanda tanya.
40 ulasan :
salam ziarah Sdri KM..
Penulisan yg berapi-api..
lebih kurang jugalah ceritanya begitu...
Terima kasih kerana memberi ulasan di blog saya.Sekian.
Salam...
Sdri Kelapa mawar...politik tidak kenal kawan mahupun lawan...kuasa adalah segala2nya...inilah falsafah politik....
Apa pun tahinah...artikel yang menarik untuk dibaca...
salam Sdri KELAPA MAWAR
Perasaan cintakan bangsa dan tanahair adalah tuntutan agama.namun mencintainya melebihi segala-galanya adalah suatu larangan.
SELAMAT BERKENALAN DI BULAN PUASA INI..
Salam Kelapa Mawar,
PRU13 ini giliran anak TSP pula, Lepas itu DHMJ pula. Begitulah seterusnya bergilir-gilir sehingga mereka puas atau mati antara satu sama lain. Kalau ada yang bercita-cita menggantikan mereka, simpan dulu sehingga mereka berdua ini mati. Terima kasih.
salam...
terima kasih atas jemputan dan pelawaan saudari...Saudari tak perasan eh...saya sentiasa berkunjung dan sesekali ada membuat ulasan juga tau...
begini lah langah....nak bercakap pun takut di kata tak hormat ramadhan...apa yang perlu kita fikir dan buat adalah..bersatu dan bersedia berubah...sekalipun senjata lu ah mata di persembahkan kepada sukubangsa kita, keadilan dan kewarasan perlu diutamakan...cukup sukubangsa kita diperbodoh2kan...tq
salam sdri KM
ini kah yang berlaku dengan politik iranun???? sangat kecewa saya membaca nya..kenapa la pemimpin ini tidak menghargai sukun kaum nya sendiri dan lebih mengutamakan kepentingan peribadi. sedangkan iranun merempat entah kemana.
sekarang iranun hanya mampu tersenyum dan melihat dari jauh kemewaannya kerna hasil perbuatan yang tidak berperikemanusiaan oleh pemimpin iranun ini, sanggup mengadai maruah iranun demi kepentingan anak, isteri, dan saudara mara.
betullah apa yang di katakan oleh sdr batu gadung, politik tak kenal kawan mahu pun lawan.
Saudara-saudara,
Salam hormat,
Pandangan kalian semuanya betul. Tidak ada insan didunia ini yang tidak ada silap salahnya. Termasuk juga saudara-saudara yang membuat pernilaian.
Pemimpin datang dan pergi sama ada pemimpin tersebut mahu pergi atau tidak. Yang pergi itu tak penting sebab buruk baiknya telah pun diketahui. Pada saya, yang penting ialah mereka yang 'datang' itu. Saya berdoa semoga'mereka' ini semuanya bijaksana seperti saudara-saudara semua.
Semoga Allah panjangkan umur kita semua, termasuk saya untuk dapat menyaksikan kejayaan bangsa kita di bawa kepimpinan anak-anak muda kita yang akan 'datang'.
Tak payah lah kita mengaibkan orang lain yang sememangnya serba kekurangan.
Saudara-saudara kalian memang sedia maklum bahawa kuasa itu bertingkat-tingkat. Kadang-kadang orang yang kita fikirkan yang menentukan segalanya itu bukan orangnya yang sebenar. Ada lagi yang lebih berkuasa daripadanya.
Ingat tak, DSSK dan TSP di dalam PRU12 telah digugurkan. Mereka tak dapat buat apa-apa. Yang peliknya orang luar pula yang mengganti DSSK walaupun kita semua menghendaki orang tempatan.
Jangan ceritalah pengguguran TST, sedangkan suku nya pun benci kepadanya, apa lagi orang lain. Kalau dirinya pun tak dapat dia selamatkan sebagi calun, apa tak lagi anaknya yang setengah Iranun.
Mungkin juga fail DSSK dan TSP dalam politik daerah dan negeri akan ditutup tidak lama lagi sama ada mereka mahu atau tidak.
Jadi, ikhtiarkanlah siapa bakal pengganti kepada mereka yang telah gagal ini.
Salam hormat,
Pa'Min
Mengenali TSP di dunia realiti, jelas banyak beza nya saperti apa yang saya nampak dalam penulisan beliau disini.
TSP yang saya kenal ada lah seorang umat yang tidak pandai berputus asa. Mempunyai semangat jati diri sebagai seorang ‘warrior’ yang tidak pernah gentar berhadapan dengan apa jua jenis cabaran yang di bawah oleh gelombang politik yang turun naik di Sabah ini.
Dalam beberapa situasi, beliau ini agak unik, kerana walau pun beliau tahu bahawa beliau dalam keadaan tersepit namun beliau tetap berdiri tegak maju kehadapan dengan hanya berbekalkan semangat ‘PBerjuang tetap Berjuang’.
Seakan-akan perkataan 'Kalah' itu tidak ujud dalam kamus beliau.
Walau pun beliau melaksanakan tanggung jawab sebagai seorang nasionalist, namun Patriotik bangsa beliau bagi saya, tetap kental. Sehingga beliau terpaksa mengharungi lautan Sulu untuk melihat sendiri, tempat asal usul bangsa beliau, Iranun di kawasan Mindanao, Filipina.
Beliau dan rakan-rakan terpaksa berdepan dengan kumpulan Pembebasan MORO (MILF) dalam perjalanan ke daerah Cotabato dsn, tempat asal-usul nya suku kaum Iranun.
Semua ini beliau laku kan semata-mata untuk menyatakan kepada negara rakyat Malaysia bahawa ‘ kaum Iranun tidak hilang di dunia’.
Dalam dunia politik pula saya nampak ‘political doctrine’ beliau ini terlalu ‘universal’ bukan racist saperti pemimpin politik yang lain.
Namun , secara peribadi sifat-sifat sebagai seorang yang lahir dari suku kaum Iranun itu amat jelas, sering kali bercakap bahasa ibunda beliau dengan mereka yang boleh berbahasa Iranun. Walau pun situasi ketika itu dirangkumi oleh mereka-mereka yang berbilang kaum.
Now, berbalik kepada ulasan beliau di blog KM ini, dari apa yang saya perhatikan (especially di hujung-hujung penulisan) beliau terasa mahu meninggalkan bidang politik daerah dan bangsa beliau di Kota Belud?
Jelas dari ayat-ayat nya, beliau sudah bersedia untuk menyerahkan tanggung jawab beliau( yang dipertikaikan) kepada anak-anak muda untuk meneruskan lagi kesinambungan perjuangan bangsa beliau.. Sekali gus mengganti tempat beliau yang gagal? ..dahysat
Salam dan saperti biasa mohon maaf kalau ada kata-kata yang tidak tepat dan tersasul..Semuga kalian sukses
Salam KM
Baru kam keboson leh Pa'amin a.. Begaa pala cerita ni, birai pan aku tak TSP a.
Betul lah kata Pa'amin tu... Lebih kurang beginilah..kita berusaha tuhan menentukannya. Dalam UMNO, kita melobi, presiden yg menentukannya.. Makanya rajin2 la melobi, mana tau ada rezeki..
Hai..knapa lak KM tak jawap komen Pa'amin tu. Jawap la...jangan tak jawap... Good Luck ya KM..
Kelapa Mawar,
Tulisan baik. Tapi fakta tidak betul, Dalam tulisan seolah-olah TSP yang bersalah semua.
Ringkasnya begini. Dulu TSP dalam AKAR. Dan AKAR dalam BN. Gagasannya ialah untuk menyatuhpadukan Iranun dalam satu perjuangan supaya 'sentiasa' ada kuota dalam daerah KB - Tempasuk.
Tapi, pemimpin muda dalam Iranun semua pandai-pandai dan tentang TSP. Datu Bandira masuk Pas dan lawan TSP. Razak Rakunman masuk PBS. Apabila tidak di Calonkan oleh PBS bertanding atas tiket bebas. Dan macam-macam lagi karenah pemimpin muda.
Atas sebab itu - Iranun tidak nampak gagasannya-TSP bubar AKAR sebab dia tak tahan tampung 22 Bahagian AKAR yang aktif dan cuma Tempasuk saja yg boleh dimenangkan.
TSP masuklah pula UMNO walaupun tunggu 2 tahun baru diterima.
Tapi, bukan semua Iranun pula masuk UMNO untuk kuatkan pasukan - masih berpecah lagi. Ada dalam PBS, ada dalam SAPP. Ada dalam PKR. Ada dalam PAS dan macam-macam lagi.
Bagi TSP senang saja. Ditempat orang pun dia diterima. Kota Merudu pun dia kena terima. Yang bermasalah pemimpin Iranun muda-muda yang belum tajam taji sudah tunjuk kekuatan. Itu lah semua kalah. Bercalon G7 pun semua kalah. Sebab semua pandai tulis dan cakap saja, tapi tidak pandai berpolitik.
Hakikatnya Iranun cuma pandai satu hal. Bercakap dan berpecah.
Kelapa Mawar,
Sambungan .....
Dalam soal bercakap dan berpecah ini pula, bukan Iranun saja. Semua suku dalam rumpun USBO suka berpecah. Atas sebab itu, biarpun rumpun ini majoriti di Sabah, rumpun lain yang berkuasa. Saya nak tanya, apa guna berpolitik dalam negeri sendiri, dimana rumpun itu majoriti tapi orang lain yang perintah. kalau gitu bilang orang Bajau, 'beranti kiti 'pakau'.
Maka atas sebab kesilapan besar ini, DSSK dan TSP dan pemimpin lain dalam rumpun ini, berkumpul lah pula dalam satu wadah USBO. Gagasan ini diselaraskan dgn maksud pepatah' Sesat dihujung jalan, balik kepangkal jalan'.
Apabila pula ini dibuat, timbullah pula satu lagi perpecahan - Persatuan SAMA - yang di ketuai oleh pemimpin KB timbul. Dan jelas orang lain yang 'perkudakan' SAMA untuk mempertahankan kuasanya dalam negeri ini.
Oh!, begitu rupanya, kalau orang lain yang mahu pertahankan kuasa dengan menggunakan bangsa kita dibolehkan oleh Iranun dan Bajau. Tapi kalau DSSK dan TSP buat gagasan baru untuk menyelamatkan maruah rumpun, kononnya ini untuk 'menyelamatkan' politik mereka yang telah berkubur.
Bersambung.....
Kelapa Mawar,
Sambungan......
Hakikat yang sebenar, pepecahan di Kota Belud ialah, semuanya ingin BERCALON dan jadi YB semata.
Bagi DSSK dan TSP, masa untuk bercalon dan jadi YB semata sudah bukan soal lagi. Tanpa gelaran YB pun mereka berdua ini sudah ada nama di dalam negara Malaysia.
Na, dlam pilihan raya ke 12, DSSK dan TSP tidak diturun untuk bertanding sebab politik mereka dicantas oleh orang lain yang menganggap mereka ini sebagai persaingan. Bukan persaingan nak rebut jawatan G7 atau Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO KB dan sebagainya, Tapi persaingan jawatan KM dan jawatan lain yang lebih berkuasa. Kalau nak berebut jawatan di Bahagian saja, Perdan dan Barul pun boleh.
Apabila DSSK tidak dipilih, orang luar pula yang di calonkan dalam kawasan Parlimen KB. Apakah maknanya ini, Kelapa Mawar? Maknanya, belum ada pemimpin di Kota Belud yang layak atau pemimpin KB tidak boleh dipercayai (sebab persaingan), atau yang di berikan tempat pemimpin yang 'tumpang tuah' saja.
Kalau nak jadi pemimpin 'tumpang tuah' pula, DSSK pun boleh kasih tumpang bah, kalau dia jadi pemandu 'bas yang besar'.
Tapi begitu lah halnya, Iranun dan Bajau KB tidak mahu ikut bas yang dipandu oleh driver sendiri.
Bersambung.........
Kelapa Mawar,
Sambungan.......
Ekoran dari digugurkan sewaktu PRU12, DSSK dan TSP sememangnya sudah pun memikirkan untuk bersarah dalam politi. Tapi setelah difikirkan baik-baik, itu bukan satu tindakan yang bijaksana sebab mereka ini belum 'mengenal pasti' lagi pemimpin pelapis yang boleh diketengah keperingkat, bukan saja dalam negeri, tapi sampai peringkat negara dan antarabnagsa.
Bukan senang buat kerja ini. Kalau tanya pula kepada pemimpin-pemimpin KB secara beramai, saya pasti semua ikut angkat tangan mahu dijadikan pengganti, walaupun pada hakikatnya mereka itu cuma layak jadu Ketua bahagian saja.
Maka untuk kearah tujuan, 'Balik ke Pangkal Jalan', DSSK dan TSP telah bergabung tenaga dan fikiran untuk ambil balik Bahagian KB, agar dengan kedudukan sebagai Ketua Bahagian, DSSK boleh bersuara kembali.
Gagasan ini berbaloi dan DSSK kini dilantik sebagai Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Sabah.
Manakala TSP pula, selepas pilihanraya dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat...Hakikatnya ialah TSP memang tiada harga satu sen pun dimata masyarakat Iranun dan pemimpin-pemimpin Iranun di KB, Tapi di ada guna dan harga di mata orang lain.
Lantikan TSP sebagai speaker pun di bilang salah sebab dia meninggalkan sukunya di KB. Tapi dulu sewaktu dia pimpin AKAR semuanya pemimpin muda dalam suku ini bilang gagasannya salah. Gagasan yang betul masuk PAS atau PBS atau PKR atau UMNO dan sebagainya.
Na, semua dah ikut kehendak hati sendiri dan masuk parti-parti besar, tapi sewaktu bertanding merebut jawatan semua kalah, itu pula salah TSP. Tapi dulu sewaktu AKAR ada krisis kepimpinan dan dia hendak dibuang dari AKAR oleh suku majoriti dia dapat bertahan sehingga dia bubar AKAR.
Dari semua bukti ini sebenarnya TSP ini manapun boleh hidup dan diterima. Pemimpin muda dari suku Iranun perlu rapat dan belajar dengan caranya. Tapi, manalah mereka ini mahu sebab dimata mereka TSP itu 'Tahi Kun, Bodoh, Dunguh, dan sebagainya.
Tapi apabila TSP tidak berada dalam politik, semua pula cari TSP......Apa ini semua?
Kelapa Mawar, banyak lagi cerita TSP ini yang perlu mungkin didedahkan satu persatu,....untuk menyedar Rumpun USBO....
Buat sementara waktu....TSP memantau dari cyber dan dilapagan...
Tapi, yang pasti TSP dan DSSK akan mengenalpasti bakal-bakal pengganti, kalau perlu caranya mungkin dibuat seperti cara Akademi Fantasia.
Salam hormat,
Pa'Min
Kelapa Mawar,
Salam,
Terimah kasih sebab berani paparkan komen saya. Tapi si Rengit tidak paparkan komen saya di dalam blognya.
Sebenarnya DSSK dan TSP telah baca komen-komen dan pendapat bloggers di KB. Pada mulanya saya tak nak mahu komen sebab tiada masa dan mynkin kurang elok atas sebab tertentu pasal soal kedudukan saya.
Kalau tak jawab pula orang lain fikir semua yang ditulis pasal DSSK dan TSP betul.
Jadi tak pandai tulis pun (bukan macam kelapa mawar dan lain-lain bloggers semua pandai tulis) terpaksalah menulis dan berblog juga.
Na. kamu semua tulis pasal DSSK dan TSP. kamu dedahkan hal politik mereka dan kadang-kadang keperibadian mereka.
Jadi, kalau hal kamu di dedahkan kelak - (siapa-siapa kamu yg sebenarnya) di dunia cyber, gentlemanlah sikit....poskan komen orang lain pula.
Ada komen yang saya buat terhadap tulisan si Rengit, Iranun: Gagau ....Katalau...tapi dia tidak poskan...Ah!, mungkinkah dia pidtalauan? atau peg'ka'gagau'an sa ginawa yan.
Dan kalau menulis itu, tulis lah perkara yang benar. Jagan tulis perkara yang boleh di anggap sebagai agenda sendiri atau untuk bantu orang lain mencapai agendanya....itu politik namanya.
Kalau mahu berpolitik...berpolitiklah. Tiada siapa yang larang. Siapapun boleh berpolitik.
TSP dan DSSK memang orang-orang politik, jadi tidak salah dalam 'game' ini untuk pertahankan kedudukan. Kan begitu?
Seperti juga si Rengit yang menulis 'gugat kedudukan' orang politik.
Jadi tidak salahkan kalau ada orang yang akan 'gugat kedudukannya' sebagai penulis hal politik pula. Mungkinkah dia ini 'penulis upahan' atau ' nak tulis untuk angkat diri sebab ada angan-angan berpolitik.
Kalau ada angan-angan, lupakan sajalah. Sebab cara awalnya pun sudah silap langkah. Sebab, kan DSSK dan TSP ada 'hardcore' supporter di seluruh Sabah bukan di KB saja.
Kalau pula nak tunjuk siapa pandai menulis di alam Cyber dan nak tunjuk siapa pandai dedah hal peribadi orang pemimpin, TSP dan DSSK boleh juga dedah asal usul dan keturunan setiap blogger di KB, dan apa agenda masing-masing sebenarnya.
Nak, terpulanglah pada bloggers KB kalian!
Salam.
Pa'Min
Salam Saudara-Saudara,
Inilah manusia, biasanya dapat melihat kesalahan orang daripada mengenang jasa yang dicurahkan orang kepada bangsanya. Menjadi kelaziman anak muda Iranun, bila ada kelebihan sikit mula lah menunjuk-nunjuk akan kelebihannya yang tidak seberapa itu. PA`MIN orang yang paling berjasa dalam masyuarat iranun seperti ini pun jadi cercahan dan cemuhan di kalangan bloger, yang sedihnya mereka ini anak-anak iranun yang mungkin suatu ketika dulu bergantung hidup kepadanya.
Saya masih ingat suatu ketika dulu ada seorang anak Iranun mempunyai kelebihan sedikit kerana memiliki perniagaan Komputer dan sebuah kereta Ninja. Mulalah memperlihatkan keangkuhannya kononnya dalam pilihanraya nanti akan lawan PA`MIN sebagai calon bebas. Lepas lingkup perniagaan dan kereta Ninja kena tarik, akhirnya mengejar-ngejar PA`MIN balik. Banyak lagi contoh sikap anak muda Iranun yang mudah gelojoh bila ada sikit kelebihan. Ada yang dapat peluang jawatan tinggi sewaktu PA`MIN jagi menteri dulu, lepas merasakan dia gagah lawan balik PA`MIN, bukankah orang seperti ini tidak mengenang jasa.
Yang paling memalukan peristiwa yang berlaku di depan restoran Kota Raya semalam yang kebetulan saya melalui kejadian itu kerana memandu pulang, seorang hamba Iranun ASLI HAJI PARLIN mengamuk tidak tentu pasal, hanya kerana masalah parking kereta. Yang sedihnya dia menyumpah-nyumpah seorang wanita yang tidak tahu menahu hal sebenar. Baru berjawatan Pegawai Perhubungan Parlimen kepada DARD, jawatan tidak seberapa,telah memperlihatkan dirinya terlalu berkuasa di Kota Belud.Wahai DARD orang macm ni tidak seharusnya ada dalam pejabat Datuk.
Wahai anak Iranun ubahlah sikap,jangan sampai kita dilihat bangsa yang angkuh, tidak mengenang jasa, Berutel dan macam-macam lagi. Belajarlah kita berbudi bahasa, mengenang jasa, menghargai pertolongan orang sesuai dengan tanggapan pelbagai masyarakat di KB yang masyarakat kita terkenal dengan pegangan agama islam yang kuat.
Salam semua kawan2 blogger..
Ai pakih bana kiti tau le komen pa'min a.
Saya sokong 100% apa yg dikomen oleh Pa'min tu.. Selama ini sedar tak sedar kita asyik mengutuk mereka.. padahal politik kita ni setakat "kampong-kampong" je.. G7 pun ada yg tak lepas.. hehehe..
Jadi kita ambil iktibar dari komen ini dan bermuasaba diri.. perbaiki segala kelemahan.. Gunakan senergi IQ & EQ kita yg cemerlang ini ke landasan yg betul.. forget about sourgrape. Balik ke pangkal jalan kata pa'min.. bersatu kita teguh.. Ikut cara hidup semut.. walaupun sekadar "aku semut merah"... Hidup USBO !!!
Wasalam.
Salam kembali kepada semua sdr-sdr yang berkesmpatan membuat komen..terutama PA,MIN ...
ma kasih atas pandangan itu...
Buat Lukusku PA'MIN..,
Ma kasih kerana menjernihkan semula apa yang tidak jelas..Moga-moga selepas ini Iranun akan bersatu semula. Saya post kan penulisan terbaru "KEPADA IRANUN" ...
Salam...Insan bernama ASLI BIN PARLIN...malu saya mengaku sebangsa dengannya...bukan itu saja, banyak lagi perkara yang saya sendiri malu untuk menerangkannya disini...tapi biarlah si luncai dengan labu2nya...Kota Belud ini dia yang punya...adakah seorang perempuan pun kaum yang harus dilindungi diperlakukan sedemikian rupa...dayus namanya itu...mana slogan rakyat diutamakan...baru pegawai perhubungan parlimen dah berlagak...su kadtaruh ah mangalokos pun boleh eh tumbok ku sa opis bahawa sekayan kena ku bangsa...ghamalu aku atantu mamakineg run...
Kelapa Mawar,
sambungan......
Terima Kasih, kerana beri ruang kepada 'org tua nyanyuk' ini menjelaskan perkara hal sedikit, tetapi penting.
Ingat!, di dalam mana mana dunia "perguruan", guru, apa tak lagi 'maha guru', tidak akan mencari 'anak murid'. Anak murid yang cari guru biar sampai ke negara China.
Sesungguhnya DSSK dan TSP banyak pengalaman di dalam dunia politik yang panjang dicerita. Sesiapa yang mahu berpolitik sampai ke peringkat negara dan antarabangsa, dekatilah mereka ini.
Makan tebu jangan dikupas,
Kalau di kupas sayang kulitnya,
Pemimpin tua jangan dilepas,
Kalau dilepas sayang pengalaman dan jasanya.
Salam,
Untuk Hari Raya nanti, saya fikir DSSK dan TSP akan mengadakan rumah terbuka untuk kita bermaafan. Datang lah perkenalkan diri masing-masing supaya saya dapat berguru blogging pula dari anda kalian.
Terima Kasih Kelapa Mawar.
Pa'Min
Salam...PA'MIN...orang muda bukannya ingin meminggirkan TSP...itu pada fahaman saya sebagai orang muda...kami masih memerlukan TSP dalam politik sebagai nakhoda kapal kami, cuma kami sebagai kelasi/ anak kapal ingin meluahkan rasa meminta TSP membetulkan haluan kapal...seperkara kami juga meminta TSP jangan jadi "kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan"...kami melihat apa saja perjuangan orang muda TSP tidak pernah memihak...kami juga bukan memaksa TSP memihak pada kami, tapi usahlah memihak kepada lawan...TSP ini cerita mengenai Iranun, akan tetapi TSP cuba melibatkan pula DSSK...ini cerita hal rumahtangga kita TSP!!..biarlah kita2 saja, takkan hal rumahtangga kita babitkan jiran sebelah rumah...
ASSALAMUWALAIKUM..SDR-SDR SEAGAMA..
TERUTAMA KEPADA KELAPA MAWAR..
Apalah yang kamu bincangkan ini..? TSP sudah mahu jemput waktu Hari Raya nanti..Itupun tak faham kah? datang dan berbincanglah dengan dia..
Kelapa Mawar,
Rupanya, Tawadakan belum sedar lagi bahawa dunia sekarang sudah tiada sempadan. Kan sekarang ini kita berbincang masalah bangsa di alam siber. Maknanya semua orang boleh baca. Jadi apa salahnya di dalam dunia globalisasi yang tiada sempadan ini saya libatkan DSSK.
Tawadakan,
Hai na. macamana saya dapat susukan kalau Tawadakan enggan menghisap susu badan ibu sejati.
Pun begitu belum terlambat lagi. Kalau pun susu badan ini sudah tiada, maklumlah sudah dimamah usia, tapi susu tepung, susu junjung dan macam-macam lagi jenama susu masih ada.
Kembalilah ke pangkuan orang tua yang sudah tidak banyak masa ini. Kembali lah nak.....TSP menanti untuk membelai mu...jangan merajuk lagi nak...sudahlah tu!
Salam,
Pa'Min
p/s
Kelapa Mawar,
KB perlu pemimpin wanita yang pandai menulis!
Fikirkan lah!
salam...
Ya, anak irranun harus mengubah sikap dan pemikiran, supaya kita boleh maju dan dihormati setanding dgn bangsa lain.For us to b competent with others we must willing to change our paradigm.
Jangan kita menyamakan iranun itu dgn lanun. Tapi malangnya ada lg org kita yg berlagak mcm lanun, seperti yg di ulas oleh sdr datu pidtailan. amat memalukan bangsa iranun oleh aksi brutal ASLEE HJ PARLIN, di depan restoran kotaraya membaling kerusi kearah seorang perempuan gara2 parking lot yg d reserved oleh restoran tu. Sudah la baling kerusi kena maki hamun lg perempuan tu.. Mcm samseng saja gaya si Aslee tu dgn perempuan pun sanggup gaduh. MEMALUKAN ORANG IRANUN saja..
salam kembali sdr tawadakan..
Ma kasih kerana membarikan pandangan..adalah sesuatu yang merugikan jika kita memikirkan bahawa kita boleh menyelesaikan masalah bangsa dengan seorang diri tanpa melibatkan keseluruhannya.
walaikumsalam palingberani..
ma kasihlah kerana datang..
kita sama-sama datang ye...jangan lupa..
Salam kembali PA'MIN..
Ma kasih kerana bersunguh-sungguh memberikan pandangan..setakat ini saya lebih suka memberikan sumbangan dalam bentuk penulisan...menceritakan keadaan masyarakat akar umbi...
salam sdr abu..
apakah bendanya tu sdr..? tak habis2 dgn Aslie Hj Parlin...
Saya cadangkan sdr jumpa dia dan nasihatkan ...
Salam Kelapa Mawar,
Peristiwa Asli Haji Parlin yang angkuh
--------------------------------------
Kemarin dulu seperti yang saya terangkan sebelum ini peristiwa ini terjadi di depan mata saya adapun saya jadikan contoh sikap yang tidak baik kepada anak muda Iranun bila ada kuasa sudah mula mendabik dada kononnya dia lebih berkuasa daripada orang lain.
Si Asli ini mengamuk tidak tentu pasal hanya kerana tidak dapat parking kerana parking yang tersedia direserved oleh restoran kota raya. Oleh kerana dia ini merasakan dirinya hebat kerana berjawatan Peg.Phubungan Parlimen hilang pertimbangan membaling kursi dan mengeluarkan kata-kata yang kurang menyenangkan kepada seorang wanita yang tidak tahu-tahu hal tentang parking tersebut.
Melihat sikapnya yang memalukan itu, saya hanya mampu melihat dari jauh kerana malu dia sebangsa dengan saya,lebih-lebih lagi peristiwa itu dikerumoni orang ramai yang sempat menyaksikannya.
Melalui peristiwa itu dan penghayatan saya terhadap bloger anak iranuan. Anak Iranun harus menerima hakikat bahawa kita mudah angkuh bila ada kuasa sikit. Saya amat teruja penjelasan PA`MIN tentang persoalan yang di timbulkan bloger Iranun selama ini.
Justeru itu saya mengajak saudara yang sebangsa dengan saya, jagalah kesonpanan di kelayak ramai, kenanglah jasa orang yang telah berbudi dengan kita. Jangan mudah angkuh dengan yang ada, ingat ada lagi orang yang lebih berkuasa dengan kita.
Sikap Asli itu memalukan seluruh masyarakat Iranun di mata masyarakat dalam daerah kota belud. Fikir-fikirlah peritiwa ini.
Assalamuwalaikum..Sdr Abu..
Kau nie kan..asyik2 ceta pasal si Asli..ada kau mahu tahu kah pasal bangsa kau yang mundur dan terbiar..?
Kau pegi tengok di nanamun sana berapa ramai yg terbiar, miskin dan tidak dapat pembelaan..?
Kau pegi tengok di Marampayan..kau pegi tengok di Tawadakan...dan tempat yg lain..
Kalau pemimpin kau tu...gagal membangunkan bangsanya..salahkah KM tegur dan ceritakan apa yang berlaku..
Betulkan masyarakat kau tidak senang dgn TSP..?
Woi sdr Abu..
Sopan kau tu tak bertempat...sOPAN sampai bangsa sendiripun tidak terbela...Aku ni walaupun bajau..tapi masih kasihan lagi dgn bangsa kamu...kau fikirlah..
Akum...
Su kadtaruh ah mangalokos si bapa Pamin, pibpasah yan su gubang tanu ah patundaan,su mangalokos daah makabagih...ni talighod yan sa rogoh...nyapasad pialaguyan sekitanu...
Saken setuju atantu sa kadtaruh a Tawadakan...su langun a pagari tarutama yan su mangoda, dih yan a ghaguad si bapa Pamin, akan tatapi sekami betulen amih su akal yan a dih pakasugat...
sambatan run saken den aya babai su kadtarua run mangadayang...tarpaksa pakadtaruh, kino basaulah den, daah den ah katurunan tanu a mangadatu sebagai pelapis...si bapa Pamin, dih sukelian cuma pangenien amie mangilai sekayan sa pelapis...su umur dih mitutoroh, doa aken ban si bapa Pamin matas a umur yan, akan tatapi manayan aden sesuatu tarjadi...manaya kami, antuna paka atur rekami...CUBA KA KUN FIKIRAH BAPA PAMIN...
Salam,
Sdra2 sekalian.....Apalah dirisaukan HJ Musbah kan ada, dia kan anak kesayangan Ketua Daerah Mengundi Tamau Tn Hj Manshor dan adik kesayangannya sdra Mokdin Hj Manshor...
Pernah saya duduk di kedai kopi tiba2 terlepas cakap pasal Hj Musbah...apa lagi Tn Hj Manshor merah telinganya....
DARD pun ada juga...tapi kena cium tangan sdra Aslee Parlin dulu, barulah dapat jumpa DARD...hebat tau kuasa Aslee Parlin....jangan main2 tau...Kota Belud dia yang punya!!!
Hidup Aslee Parlin!!!! Bakal YB mengantikan YB Japlin yang dikatakan DUN Usukan akan kosong tak lama lagi.... Hidup YB Aslee Parlin!!!!!!!!!!!!
Salam Radimoda,
Hai begitu kah, patutlah si Asli mengamuk baru-baru ini, macam hilang akal. jangan dia ingat DARD itu kekal di diKB. Kalau pun dia di calon semula kami ramai-ramai akan cantas dia. Dulu masa kempen, dia bilang segala projek kota belud untuk orang kota belud. Betul lah tu, lepas itu sekarang semua projek bagi adik dia semua termasuk si Asli dia buat gelanggang Futsal di Pantai Emas di atas tanah haram, lain tapak yang di cadang lain pula kena buat itu gelanggang Futsal. Sudahlah gaya macam samseng sekol pun tiada mahu bercita-cita jadi YB konon. Hoi! cermin dulu diri kau Asli, keluarga kau tu bukan juga terpakai di Pantai Emas. tembirang semua. porlilah!!!!!!!!!.
Salam Datu Pidtailan,
YB Aslee HJ Parlin adalah dikhabarkan sebagai pengganti TSP bagi memenuhi kouta/formula 2:1:1...
Datu...kalau dia jadi YB, nanti jadi kering kontang...bagus Datu puji sikit2 YB Aslee...mana ada projek dia boleh bagi
Salam,
Terlupa bagi tau...Tajudin Dahlan pun...jangan lupa urut...sebab dia tauke projek KB
salam PALINGBERANI...
klu sdr abu itu menceritakan tentang rakan sebangsanya itu tidak bermakna dia menjatuh SDR Asli...
kita sendiri sedar bahawa blog sekarang memainkan peranan penting,TSP,DSSK dan DARD pun menjenguk2 blog ni...ini mgkin cara sdr abu 'menyampaikan'..
yang sdr KM dan sdr paling berani ni sentitif kenapa??bukan sdr2 nie bernama ASLEE HJ PARLIN pun....xtaw la klu ada kaitan sanak saudara..??
klu nak jadi pemimpin biarlah berani terima kritikan.betullah kata TSP,mcmmna nak jadi pemimpin klu tdk than sepak terajang politik??ni belum sepakterajang..baru cubit2..
mengkritk bukan bermksud menjatuhkan!!tapi untuk membetulkan!!
cara Sdr abu itu pun nampaknya membuahkan hasil..??DARD pun dah memohon maaf..tapi YB(kononlah) ASLEE HJ PARLIN bila lagi??
salam radiamoda...
yaka??HJ Musbah 2 ank kesyangan Tuan hj Manshor ka??..cita la lebih lanjut..
oww....begitu..
KOK begitu mesti ada projek2 mega Tuan hj manshor dapat kan dr hj Musbah??
ya benar dong?
Salam Risktakar,
Jangan salah sangka Tuan Haji manshor seorang yang setia kepada keptennya. Kaptennya tak membalas budi asyik memperkaya dirinya ja. Tapi haji Manshor ada apa, hanya kesetiaan kepada perjuanganya.
salam sdr-sdr sekalian..
Ma kasih atas kunjungan sdr2 sekalian .Segala pandangan sdr-sdr saya hargai...namun atas kesibukan tidak dapat saya membalasnya seperti biasa..wassalam.
salam nyawa bin badan...
bgtu skali balsan Hj musbah kepada tulang belakangnya 2?
tdk ka dia sedar masa makin singkat buat veteran ini...??
Post a Comment