Friday, August 28, 2009


Siapa tidak kenal Tan Sri Pandikar Amin..seorang politikus dari suku Iranun yang banyak mengalami ‘jatuh bangun’ dari pesada politik Negara. Sekarang aktif menulis sebagai blogger di samping jawatannya sebagai Speaker Dewan Rakyat. Apa yang uniknya tokoh dari suku minoriti ini ialah dia sentiasa menjadi ‘perhatian’ bangsanya. Banyak cerita dan kritikan yang dilemparkan..sama ada oleh golongan yang berumur yang sama-sama mendukung perjuangannya dulu,kini dan selamanya..atau tidak kurang juga dari golongan muda berpendidikan dari suku Iranun. Antara isu yang dibangkitkan ialah tokoh ini dikatakan gagal menyediakan pemimpin pelapis muda dari kalangan suku Iranun. Di samping dikatakan seorang politikus yang tidak suka memberikan “restu” kepada pelapis dari sukunya sendiri. Sama ada benar atau sebaliknya…pelbagai hujah kita dengar. Namun jika kita menyelami pemikiran tokoh ini melalui penulisannya, maka ternyata banyak perkara yang harus menjadi pertimbangan sekiranya ‘melabelkan’ tokoh ini dengan pelbagai tanggapan. Kerana perlu diakui, pengalaman dan pengetahuan yang mendalam dalam hal-hal kepolitikkan di Sabah ,menjadikan tokoh ini tetap manis diperkatakan. Antara terbaru yang dilontarkan oleh TSP ialah perlunya politik ‘persefahaman dan kesamaan yang didasari oleh tolak ansur yang tinggi “ diaplikasikan di daerah Kota Belud.

Konsep perkongsian kuasa yang diamalkan oleh BN sejak dulu lagi memastikan setiap bangsa di Negara ini diagihkan tempat dan kuasa. Begitu antara lain hujah yang diberikan oleh TSP, dan jika pun diselusuri perjalanan politik di KB, ternyata ada kebenarannya. Kerana jika dulu Kawasan Tempasuk diberikan kepada suku Iranun ,atas semangat kesetiakawanan dan juga persefahaman semulajadi para pemimpin BN di daerah ini, sekarang keadaan itu tidak lagi berlaku. DUN USUKAN diwakili oleh suku Bajau iaitu YB Japlin Akim, DUN TEMPASUK, juga suku Bajau..YB HJ. MUSBAH JAMLI,DUN USUKAN kepada suku kadazandusun, YB TIMBUN LAGADAN..manakala PARLIMEN kepada YB RAHMAN DAHLAN juga dari suku Bajau, Tuaran. Sebelum ini DSSK adalah ahli Parlimen Kota Belud. Maka jika yang demikian, haruskah IRANUN diberikan “tempat dan kuasa” seperti suku-suku lain di Kota Belud..? kalau perlu SIAPA yang layak diketengahkan..?

Biarpun Formula 2:1:1 yang dikemukakan oleh TSP ini dilihat lebih kepada politik kesukuan, dimana setiap suku diberikan hak dan kuasa, namun ada juga yang berpendapat…apalah sangat kepada politik kesukuan itu…alangkah baiknya kalau SESIAPA SAJA TANPA MENGIRA SUKU MANA..? yang penting diterima sebagai pemimpin bersama. Ada juga yang ‘nakal’ mengatakan…Kalaupun 2 atau 3 orang dari suku yang sama, namun gagal membangunkan bangsa dan daerahnya…juga tidak bermakna.. Secara lebih kritisnya, pendapat-pendapat sebegini memang lojik dan memerlukan ‘keterbukaan’ ..apa yang paling penting ialah saling menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Namun jika berpaksikan kepada formula TSP itu, juga ada kelebihannya. “keharmonian” antara bangsa yang mendiami daerah KB akan lebih terserlah. Alangkah moleknya jika berat sama-sama dipikul dan ringan sama-sama dijinjing. Mungkin dengan terlaksananya formula ini, persengketaan lama akan terus dilupakan. Sebagai seorang tokoh lama dalam politik ,TSP tahu apa yang dimaksudkannya. Cumanya kita rakyat biasa ini perlu merubah minda, membahaskan formula itu satu hal, yang paling penting ialah ‘SUDAHKAH KITA BERSEDIA MELAKSANAKANNYA”?.. Kerana idea yang baik pun jika perlaksanaannya tempang, maka akan tiada faedahnya juga.

Idea perkongsian kuasa ini seharusnya diperbincangkan dulu diperingkat pimpinan parti dan daerah. Kalau dari persepsi UMNO, maka idea ini perlu disampaikan kepada DSSK kerana beliau adalah ketua bahagian UMNO juga timbalan ketua perhubungan negeri. Selain itu “keakraban’ kedua-duak pemimpin ini ( Pandikar-Salleh ) sejak kebelakangan ini bukan lagi cerita basi tetapi sudah diketahui oleh ramai rakan dan kenalan. Pergerakan dalam USBO adalah buktinya. DSSK adalah presiden USBO dan Timbalannya ialah TSP sendiri. Justeru adalah “manis’ jika formula itu dibincangkan di peringkat ‘kepimpinan tertinggi” di samping boleh ditimbulkan dalam ‘sembang-sembang senja’ antara dua pemimpin Kota Belud ini.


Setakat ini idea formula itu tidak ke mana,kerana DSSK ternyata masih ‘membisu’ sedangkan masa semakin suntuk mendekati PRU-13. Ada baiknya jika kesediaan itu diumumkan lebih awal supaya jentera pemimpin dapat berganding bahu lebih rapat dan kuat serta melupakan anasir-anasir yang tidak sepatutnya. Kedudukan Iranun dalam UMNO di KB, ibarat “melukut di tepi gantang”..SALAH SIAPA..? Bukan lagi mendasarinya,kerana yang paling penting setelah berlalunya G7, IRANUN perlu merapatkan kembali safnya untuk mengangkat satu lagi sekurang-kurangnya TOKOH MUDA’ IRANUN yang berkrisma dan berwibawa. Tidak ada siapa yang dapat berbuat yang demikian kecuali..ANDA YANG BERDARAH IRANUN..Fikirkanlah!!!..

10 ulasan :

dayangwulan said...

salam bulan ramadhan. teringat kisah zaman PBS, kecuali usukan sahaja diwakili bumiputera islam, parlimen dusun, tempasuk dusun, kedamaian dusun. masa itu formula 2:1:1 belum laku lagi, sebab bajau dan irranun belum kuat. formula boleh diguna pakai kalau kekuatan ada, akan tetapi jika satu suku kaum sahaja tidak memberi kerjasama, formula apapun di KB tidak berkesan.

Ajin b. Gagah said...

Sdri Kelapa Mawar,
Saperti biasa, izinkan saya menyusun salam dulu untuk sdri dan pelawat-pelawat yang bijaksana.

Post berupa isu yang sdri ketengahkan kali ini, nampak nya diturunkan kembali ke Kota Belud. Daerah tempat kelahiran UMNO di Sabah. Artikel yang nampak ringan namun skop ‘contents’ nya maseh menarik lagi berkesan.

Dari apa yang saya lihat, ada beberapa perkara penting yang pasti nya akan di ambil perhatian. Antara nya ;
i) Rasional nya Formula 2:1:1 yang disyorkan oleh TSP ( Pandikar Cahaya)
ii) ‘Doctrine’ TSP selaku Pemimpin Nasional yang lahir dari suku Kaum Iranun
iii) UMNO ‘ in the eyes of’ DSSK
iv) Kesimpulan ala-tuju warga muda suku-kaum Iranun (selaku pemimpin pelapis seandai nya TSP mengundur diri)

Perkara yang saya ‘highlighted’ kan ini agak luas juga kalau di perbahaskan disini. Orang kata, kalau diikutkan; dengan huraian berpuluh-puluh paragraph pun tidak selesai.

Oleh itu, untuk menjimatkan kata-kata, saya hanya dapat menyentuhkan dengan ringkas subtitle tersebut ( rasa nya dalam hal ini , kualiti maksud nya terpaksa dikompromikan).

Formula 2:1:1 TSP itu , secara umum nya, boleh dikatakan agak ‘desperadoes’, kerana perkara ini tidak di sentuh dalam perlembagaan UMNO dsn. Namun dalam keadaan yang mencabar lagi kucar-kacir masa ini, formula tersebut boleh lah di kira sebagai cadangan ‘ultimatum’ kearah penyelesaian.

Saperti yang pernah saya katakan suatu ketika, secara menyeluruh TSP maseh releven. Suka atau pun tidak, beliau ada lah ikon kepada suku kaum Iranun. Sekurang-kurang nya beliau ada lah ‘center point’ politik suku kaum Iranun khas nya dan juga daerah Kota Belud am nya.

Saperti yang sdri KM bilang, hubungan TSP dan DSSK ada lah rapat. Mala dalam banyak hal 'trend' pemikiran mereka pun hampir-hampir sama.
So, persoalan setuju atau pun tidak itu, tidak akan timbul. Mereka tahu apa yang rasional untuk masa depan politik Kota Belud.

Soal ala tuju warga muda suku-kaum Iranun pula, saya tiada komen. Kerana mereka (termasuk sdri KM) akhir-akhir ini telah banyak yang berpendidikan tinggi dan berpengalaman. Saperti kata sdri KM sendiri, “ANDA YANG BERDARAH IRANUN..Fikirkanlah!!!..”.

Semuga kalian sukses dan mohon maaf kalau ada kata-kata yang tersasul

SABAHKITA said...

Dulu ada pemimpin cakap bahawa UMNO BUKAN parti suku. Ini masa UMNO kuat. Jadi kalo sekarang cakap juga yang begitu. Cakaplah. Nanti kalo UMNO sudah ranap barulah ingat ada pula nombor macam pancing dan tiang gol.

Di semananjung Malaysia dulu, sewaktu BN menguasai kerajaan, kompromi dan consensus di amalkan. Sungai siput, misalnya kasi sammy blue yg majoritinya melayu. Di Sabah Edward Kho di pertandingkan di Putatan wal hal dia dari sandakan dan penduduknya ramai bumiputera Islam.

Saya fikir Pandikar dulu diberi peluang bertanding di Tempasuk bukan sebab formula 2:1:1. Bagi saya sebabnya ialah kerana BN tidak mampu menyingkirnya atau mengenepikannya.

Ada juga yg mandapat pengaruh kerana parti khasnya BN-UMNO. Tanpa parti pengaruh juga hilang. Kerana itu mereka sanggup bergolok bergadai mempertahankan kedudukan dalam parti walaupun terpaksa mengorbankan perlembagaan dan peraruran parti.

Ada yg menang, esp G7, bukan kerana jasa dan pengorbanan kepada parti, masyarakat dan kawasan. Bukan juga keran kalibar dan ketokohannya tetapi kerana mengorbankan hartanya melalui satu sistem yang amat popular disebut 'POLITIK WANG". Ada yg menggambarkan bahawa keputusan G7 yg lalu representasi dari jumlah RM yang disogokkan. Manakala :"buku Konspirasi Politik Melayu" tak dapat di convert into CASH walaupun adalah sekelumit ilmu di dalamnya. So penulisnya gagal dapat pingat G7. So jika tidak adanya wakil G7 dari suku Iranun barangkali baik juga kerana prinsip mereka tidak menggunakan "Sistem haram". Janganlah pula salahkan pemimpin atau perwakilan atau sistem., atau menyalahkan angin bila perahu layar terkandas.

Sebaiknya, kita berusaha jadi pemimpin yang "referable" yang tidak mampu diketepikan, yang diperlukan kalo tak hadir tidak jadi, atau dengan kehadirannya kita menjadi kuat dan dengan ketiadaanya kita menjadi lemah. Tetapi malangnya itu 1 dalam sejuta. Kerana itu formula 2:1:1 diperguna untuk regulator. Bukan menjawabnya dengan "parti ini BUKAN parti kesukuan" orang kata sombong!. Atau terhantuk baru tengadah.

DEPU-DEPU said...

salam sdri KM..

Banyak perkara yg kita dengar, bila memperkatakan tentang orang Iranun dan UMNO KB..Ada yang berterus terang..Iranun tidak ada seorang pun yg mempunyai kualiti kepimpinan, tidak ada idealisme yg jelas yg boleh diterima oleh org lain yg bukan dari suku Iranun..Mungkin kenyataan ini 'panas' bagi sesetengah orang...boleh menimbulkan polemik...tapi jarang yg mahu menerimanya dan melihat kembali bagaimana melahirkan pemimpin yg demikian..

Maaf buat sdri KM, kalau saya berani mengutarakan persoalan..Siapa pemimpin Iranun Muda yg boleh kita kedepankan? Jangan di peringkat nasional kerana tentunya masih jauh..tapi di peringkat UMNO bahagian..? Dua org yg menang dlm pemilihan pemuda itu..bolehkah..?

Maka nya jangan kita mengharapkan Formula matematik 2:1:1 itu..? dlm ilmu Math ada satu ruang yg diberi nama :kebarangkalian"...kerana tidak semua formula itu tepat dan diterima...
Wassalam.

kelapa mawar said...

salam kak Wulan..

Ma kasih kerana terbuka hati memberi komen mengenai post saya kali ini..dan saya sangat menghargainya..

Dulu zaman PBS zaman belum ada UMNO, USNO pun tak berdaya waktu itu kerana bila KDM bersatu...bumiputera Islam tidak akan berdaya kerana mrk sendiri pun berpecah belah.Skrg bila ada UMNO..Iranun makin tidak tahu hala tujunya..harus difikirkan bersama. wassalam..

kelapa mawar said...

Salam sdr Solymone..

Ma kasih sekali lagi kerana berkunjung dan memberikan idea yang tidak putus2. seperti biasa saya juga amat2 menghargainya. Thanks a lot.

Now..Bilamana seorang pemimpin bercakap mengenai kesaksamaan dlm perjuangan ertinya pemimpin itu juga sudah sedar akan akibatnya..maksud saya apa yang akan berlaku jika cadangan itu diterima atau ditolak. Dalam hal ini TSP bersikap terbuka kerana melihat suku Iranun tidak mendapat tempat dalam UMNO kB. Sebagai orang lama..beliau kena mengambil langkah drastik berbincang dgn DSSK secara peribadi supaya formula itu menjadi lebih jelas..

Bagi masyarakat Iranun..keputusan susulan adalah diharapkan dan bukan sekadar perbincangan cyber sahaja. salam hormat semoga sdr juga sukses selalu.wassalam

kelapa mawar said...

salam Ayahanda Sabahkita..

Ma kasih yg tidak terhingga atas pandangan A.Sabahkita itu yg cukup2 bernas..saya merasakan perlu didedahkan kp masyarakat Iranun kerana dgnnya nanti muda2han akan membangkitkan kembali semangat perjuangan yang mulapudar itu..

Seperti yang Ayahanda katakan bahawa melahirkan pemimpin yg tidak boleh ditolak itu memerlukan satu pedekatan yang lebih terbuka dan berani..memilih seseorang yg dianugerahkan yg sedemikian juga menjadi persoalan..namun jika kita berani memelihara dan menjaga pemimpin muda yang lebih berkarisma jika ada adalah lebih baik daripada baru mencari dan mengasuhnya..semoga perjuangan ini akan berjaya.

salam ramadhan utk ayahanda dan keluarga.wassalam

kelapa mawar said...

salam sdr depu-depu..

pertama sekali ma kasih dgn kunjungan dan pandangan sdr.Saya juga menghargainya.

Setakat ini belum ada lagi bakal pendekar cahaya yg kita nampak..tak tahu yg tersembunyi..

Formula 2:1:1 itu hanya cadangan dan terpulang kp pemimpin UMNO KB utk melaksanakannya atau tidak..kita tunggulah kesudahannya..wassalam

Senjaliza said...

Indah sungguh Tanjung Sedeli
Pulau Seratus dilambai Nyonya
Sepanjang mana seutas tali
Akan ada tirus hujungnya.

kelapa mawar said...

Dari Sedeli Ke Sikuati,
singgah sebentar memberus gigi,
kalau tali tersimpul mati,
dapatkah benar hujungnya lagi.

Indah sungguh Tanjung Sedeli..
Indah lagi pulau sipadan
kalau sungguh tamsilan tali
kenapa sungguh merosak badan

kalau padi katakan padi,
tidaklah kami rosakkan tampi,
kalau kak liza orang berani,
jangan segan luahkan hati..